Pas anggap Protes gagal capai matlamat & Nik Aziz Kecewa

SHAH ALAM 8 Julai – Pas Selangor menyifatkan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Kelana Jaya, Ahad lalu, sebagai tidak relevan dan gagal mencapai matlamatnya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, perhimpunan itu gagal selepas tindakan penganjur mengundang kumpulan muzik underground sehingga mencetuskan insiden aksi penyanyinya melondehkan seluar pada persembahannya.

Katanya, pihak penganjur seharusnya peka dengan budaya serta agama kerana tindakan penyanyi kumpulan Carburetor Dung, Alak jelas bertentangan dengan budaya dan agama yang diamalkan di negara ini.

Menurut beliau, insiden berkenaan juga dilihat tidak menjurus kepada matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak yang dikatakan membebankan rakyat ketika ini.

‘‘Saya tidak nampak apa relevannya pihak penganjur mengundang kumpulan itu mengadakan persembahan sedemikian kerana ia jelas tidak sesuai dengan tujuan sebenar perhimpunan itu. Malah, ia juga dilihat seolah-olah satu pertunjukan hiburan.

‘‘Saya difahamkan juga, ketika perhimpunan itu, kira-kira 700 orang Unit Badan Amal Pas turut menarik diri sebagai urus setia dan saya tak salahkan mereka.

‘‘Tetapi saya fikir, jika itu (persembahan) merupakan tarikan orang ramai hadir ke perhimpunan tersebut, saya anggap ia tidak mencapai sasaran dan tidak berjaya,’’ jelas beliau yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, di sini hari ini.

dan

KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun kelmarin yang bertukar menjadi majlis ‘seronok-seronok’.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh pakatan pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.

“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.

“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok-seronok, tak boleh,” katanya.

nota: tujuan utama himpunan ini amat diragui. Ia jelas bahawa himpunan ini adalah bermotifkan politik. Ramai rakyat yang tertipu. Itulah Pakatan Rakyat..Islam Hadhari Ditolak…Budaya PUNK dijemput!!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Pas anggap Protes gagal capai matlamat & Nik Aziz Kecewa

  1. Kuntakinte

    Salam!!! ha… dapat la korang, kata dulang paku serpih kata orang kau orang yang lebih dari segala kelebihan….

    Jilat!!! jilat!!!! pungkok , apa tunggu lagi kepala minyak dah naik, apa tunggu lagi korang jilat le pungkok si punk haprak tu ha…. nak marah apa… jangan belakun la, bila kejadian jadi tak elok semua nak lepas tangan, semua nak main politik, semua tak ngaku, telunjuk mencacak tunding pada hishamudin rais yang memang jenis haprak..liberal sekor tu bukan korang tak kenal, kawan baik si anwar tu ha…

    Jangan nak bohong rakyat, sekor korang pun semua tak mengaku, mana ada akai, buat program dirancang begitu lama, mesyuarat berapa kali untuk pastikan berjaya mencapai 1.0 juta penyokong untuk protes, mustahil slot untuk hiburan ala red indian ni tak di bincangkan dalam mesyuarat, masuk akai ke tapi di anjur bersama PKR, PAS dan DAP, hai… nasib.. nasib.. PAS awal2 lagi cabut tak tahan, ambil lah korang kena tunjuk pungkok.. meleleh air liur anwar tengok pungkok dan pusat berkarat si kera sekor tu ha…

    Jangan nak hipokrit lah pemimpin2 besar PAS & PKR, tuhan dah tunjukkan kelakuan macam beruk korang tu ha… dah la nak kumpul orang tak ada kekuatan, gunakan strategi hiburan untuk orang ramai datang dan akhirnya yang hadir 5,000 orang je, dapat pulak ditunjuk pungkok kurap dan pusat berkarat tu ha… sedih siapa yang tak sedih.. perhimpunan tak berjaya, punya le lama rancang aleh…aleh… dapat pungkok dan pusat karat hai..hai.. nasib tak baik.

    Jadi lah dapat tengok tiger show ala red indian ciptaan PKR, PAS dan DAP, Tahniah!!!!! show korang buat pecah rekod, kesian anwar pegi mana pun orang tunjuk pungkok macam perli dia je… yang kesiannya korang bantai penyanyi gila korang tu pasai apa.. tapi korang yang jemput khas, korang juga bertepuk masa diaorang nak start show, korang juga bayar untuk diaorang buat show, aleh!!! korang pukul, terajang dia orang, kalau tak setuju pun cukup lah dengan berhentikan show tu serta merta, dan beri teguran tegas yang membina, tidak kah ini mengambarkan kepada rakyat keganasan dan gangstersm yang korang tunjukkan teladan kepada rakyat, salah pukul, salah pukul, mereka pun korang tahu cari makan cara nyanyian bawah tanah (hantu kubor) sumber rezeki diaorang, kalau korang tak puas hati jangan bayar sudah lah… ni korang pukul ramai2 mana adil, yang jemput korang aleh2 dia yang kena pukul, Persatuan Pengiat seni kena ambil tindakan undang2 terhadap penganjur PKR,PAS dan DAP menuntut keadilan bagi pihak warga seni, yang di pukul tanpa pembelaan seperti binatang laku mereka, Pers Pengiat Seni harus mempertahankan pengiat seni tanpa sebarang alasan, cara persembahan itu sudah tentu tanggungjawab pengajur untuk beri panduan dan nasihat setidak2 nya di nasihat awal cara2 untuk membuat show, kenapa tengging sangat ni, terlalu gelojoh nak protes naik minyak sudahnya kepala minyak yang naik. hai..hai.. nasib2 jatuh di timpa tangga.

    p/s mamak!! kalau di luar negara kalau tunjuk pungkok nama underware jenama apa.. silap2 kaya penyanyi tu… dapat bonus promosi underware jenama diaorang kah!!!kah!!!.
    kau le punyai pasal!!! eh..eh.. mana ana pulak ante le punya salah!!! ehh..ehh.. mana wa punya salah!!!, lu olang punya salah!!!….

  2. Kuntakinte

    Salam, konsert dan perhimpunan bukan muhrim ni bukan ke PAS duk cerita merata kampung haram!!!! hairan juga macam mana hak perhimpunan protes minyak PAS boleh setuju malah buat show plak tu, dari panggil hantu kubur buat show, baik le panggil si penyanyi akhil si kurus kering tu menyanyi ada juga paklawak, terhibur jugak yang hadir, kena buat post mortem lah Tok Nik dan Tok Hadi, ni pakatan rakyat ni boleh rosakkan perjuanganPAS ni. malu ana… tengok gelagat puak2 mu ni. nyarih dia tunjuk pungkok kalau dia tunjuk hak depan tu kan ke parah, penyanyi tu bukan sedar diri tok nik, sebelum pi show depa singgah kilang botol hijau dah balun 4 botol seorang campur lagi air daun ketum, baru syok buat show.

  3. AbangTuah

    Salam brokuntekinte…

    Kawan bersembang dengan pengikut finatik PAS. Kawan gelak fasal PR jemput kumpulan underground…terlalak-lalak melompat-lompat dan tunjuk underwear sehingga kena bedal…yang heran tu UMNO juga yang dipersalahkan, konon yang tiga orang kaki bedal yang buat provok tu orang UMNO. Mengeleng kepala kawan…apa yang busuk mesti palitkan juga pada umno.Kawan selidik mungkin depa ni ada central informer temberang yang sentiasa update ahli melalui SMS dan Email bagi sentiasa maintain semangat ahli mereka.

    Oh ya, mana saudar hampeh tu ya…sian gak..dah lari agaknya merajuk. Kawan bukan apa bro…cara pendirian dan penulisannya kawan dapat rasa dia tu naive sikit dan baik bak kata Mamak Haji. Dulu dia masa umur 20 tahun sokong UMNO, kawan rasa dia tu keliru aje dengan situasi semasa dan seolah mencari kepastian. Memang di Malaysia ni ramai yang terkeliru oleh taktik PAS dan PKR terutama sekali yang muda. Eloklah bro dah bagi pandangan yang bernas dan positif pada dia mudah-mudahan akan menjadi ahli jemaah kita nanti..

    Ok..wasalam..

  4. mok

    Astaghfirullah… betul ker ni? Adakah aku bermimpi ? Bonto* ? Biar betullll… Apa sudah jadi sama lebai-lebai & muslimah-muslimah PAS & Bro-sis PKR ? Ada mentor bagi inspirasi ker ?
    HamPAS komen sikit.. he..he..he..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s