Protes harus disalahkan

Penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu harus dipersalahkan atas kontroversi kumpulan Carburetor Dung, kata seorang sasterawan veteran.

“Kalau nak salahkan sesiapa, penganjur yang patut dipersalahkan. Dah tahu kumpulan itu macam itu, kenapa jemput? Lagipun persembahan rock macam ini bukan budaya kita,” kata Razali Endun.

“Lain kali (penganjur) mestilah berhati-hati. (Perhimpunan) ini bukan kelab malam.”Beliau juga menambah: “Perbuatan itu kurang ajar, tidak tengok tempat. Aksi itu tidak patut berlaku. Perbuatan itu tidak kena dengan tempatnya dan menjejaskan nama baik penganjur dan PKR. Banyak benda lagi boleh buat.”

Mengulas cara bantahan penonton yang menggunakan kekerasan, Razali berkata:

“Tidak boleh salahkan penonton. Penonton ada macam-macam jenis. Itu aksi dia (Carburetor Dung), itu dia dapat.

“Apa yang dia buat, sesiapa pun akan marah. (Penonton) yang suka sedikit, (mereka) yang tidak suka ramai.”

Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya kelmarin menyaksikan kekecohan sewaktu penghujung persembahan konsert kumpulan punk tersebut.Penyanyinya Alak mengalami cedera ringan dalam serbuan sekumpulan penyokong pembangkang, sementara botol minuman dan batu bata melayang ke pentas utama.

Mereka dilaporkan marah dengan aksi menayangkan punggung ke arah penonton sewaktu penyanyi itu menyampaikan Mari nyanyi menjilat – lagu mengkritik budaya mengampu dan kebergantungan kepada korporat.

Difahamkan, isu kontroversi yang mendapat liputan meluas media ini dijangkakan akan dibincangkan dalam mesyuarat Protes hari ini bagi menilai program sehari suntuk yang berjaya menarik 25,000 orang.

Penyair tersohor Pyanhabib juga tidak senang dengan kontroversi itu. Bagaimanapun beliau bersimpati dengan kumpulan tersebut.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Susah payah Protes, jadi  habis begitu sahaja. Tidak pasal-pasal, yang difokuskan sekarang bukan hal minyak naik tetapi hal peserta naik minyak,” katanya, yang turut serta membaca puisinya membantah kenaikan harga minyak sebelum kejadian.

“Kasihan pemuzik, kasihan (golongan) fanatik, kasihan Protes. Lagi, waktu hampir maghrib, tidak elok berlaku begitu (kekecohan),” tambahnya.

Menurut Pyanhabib lagi, kontroversi itu berlaku disebabkan “peserta pengacau yang hipokrit”.”Mereka (Carburetor Dung) jadi mangsa peserta pengacau yang hipokrit. Peserta (bersikap) hipokrit sebab dua lagu sebelum itu boleh diterima, kenapa lagu ketiga mereka buat kacau?

“Mereka harapkan lagu yang baik-baik? Memang pemuzik bawah tanah (underground) baik-baik cuma cara penyampaian mereka telah kaburkan maksud baik (itu). Jika tidak suka cara pemuzik bawah tanah itu, (pergilah) jumpa penganjur persembahan pertama sebelum bontot ditunjukkan, habis cerita,” katanya.

Peserta yang fanatik ini, tambahnya, datang dari jauh dan bersemangat tetapi tidak bersikap terbuka.

“Kasihan (juga pada) peserta fanatik, mereka ini rasanya datang dari jauh. Mereka bersemangat, tetapi tidak (berfikiran) terbuka. Bila ternampak ‘bontot’ mereka hilang fokus.

“Tahu tak ada menteri tayang bontot, tepuk bontot atau raba bontot?” kata Pyanhabib yang terkenal dengan sajak-sajak satira politiknya.Kurator di Yayasan Kesenian Perak (YKP), Nur Hanim Mohamed Khairuddin pula menyifatkan pemuzik indie itu gagal memahami konteks acara itu sehingga tercetus kontroversi.

“Mereka patut faham konteks. Ia berbeza dengan persembahan di gig. Perhimpunan itu disertai orang daripada pelbagai latar, parti dan agama.

“(Kekecohan) ini sebuah konflik budaya. Mungkin juga sebab kumpulan itu punk rock. Pemuzik lain (yang membuat persembahan) tiada masalah.”Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan bantahan kelmarin dan menyifatkannya sebagai “primitif”.

“Saya tidak setuju dengan bantahan itu kerana tidak memberi peluang anak muda berekspresi. Tetapi dengan cara melempar (objek), itu (tindakan) primitif. Mesti ada yang memulakan.

“Mana datang batu bata? Mana ada orang pergi perhimpunan bawa batu bata? Dari mana ia datang?

“Lagi pun benda ini boleh berjangkit, ada elemen histeria, melatah. Amuk ini cepat sangat. Ini pengajaran,” katanya.

Alak semalam percaya kekecohan bermula daripada provokasi tiga orang penonton.

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) pula berpendapat kontroversi itu sebagai “pengalaman pertama kepada pihak yang prodemokrasi untuk matang”.

“(Gelagat) Carburator Dung pada hari itu adalah simbol tekanan berpuluh-puluh tahun terhadap generasi muda.

“Carburetor Dung adalah produk (politik) autokratik. Tindakannya harus dilihat sebagai period demokrasi pada peringkat awal,” kata jurucakapnya Hasmi Hashim.

“Di mana-mana tempat pun, peralihan (daripada pemerintahan autokrasi kepada demokrasi) akan ada period menuju kematangan demokrasi.

“Begitu dengan Faizal Tahir (membuka baju di pentas, Januari lalu) – itu ekspresi menuju demokrasi dan proses pendewasaan menuju demokrasi sebenar.

“Kita tidak mahu halang ekspresi – ia akan perlahan-lahan matang. Di Indonesia pada 1998 dan 1999 lagi banyak perkara berlaku. Kita tidak boleh berpatah balik,” tambah penulis isu-isu seni ini, yang juga ketua penerangan PKR Johor.Mengulas bantahan itu yang menggunakan kekerasan, Hasmi berkata, khalayak tidak harus dipersalahkan tetapi lebih penting mengawal keselamatan dan meredakan kemarahan semua pihak.

“Kita tak boleh halang campur tangan khalayak. Yang penting ada pasukan mengawal. AMK (angkatan muda PKR) mengawal dengan baik dan keadaaan terkawal. Itu adalah sentimen dan reaksi orang bawah.

“Yang penting adalah proses meredakan kemarahan orang bawah dengan memastikan keselamatan semua pihak terjamin dan memberi peluang pihak yang berkenaan membuat penjelasan.

Mengulas tindakan segera penulis kolum terkenal Hishamuddin Rais, yang turut terlibat mengatur segmen muzik dalam perhimpunan Protes itu, memohon maaf kepada khalayak dan mengambil sepenuhnya tanggungjawab, Hasmi berkata:

“Saya belum nampak orang sebesar dia tunduk dan memohon maaf.”

Hasmi mencadangkan kumpulan pemuzik itu “berekspresi dengan lebih bijaksana” untuk persembahan mereka akan datang. sumber mkini

nota: langkah untuk menjemput kumpulan rock punk merupakan langkah terdesak penganjur untuk menarik minat golongan belia bagi menyertai himpunan tempohari. Persoalannya mengapa tidak dijemput kumpulan2 lain seperti kumpulan nasyid ataupun penyanyi lain yang sudah dipercayai tahap profesional mereka dan lirik lagu yang agak bersopan berbanding lagu JILAT???

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Protes harus disalahkan

  1. Kuntakinte

    Salam, Jabatan2 yang terlibat kena perbetulkan sistem kelulusan mengunakan tempat awam, jangan main seronok je nak lulus sebab MB suruh lulus kita lulus, ini lah masalahnya kalau Polis nasihat jangan buat kita engkar walhal kita pemerintah negeri pun tak ikut undang2 macam mana orang lain, polis tak bagi permit sebab apa?, ni lah dia satu sebab nya, unsur2 yang tak baik menjagi pengajaran dan teladan kepada masyarakat dan rakyat, apakah ini yang nak di pertonton kan kepada rakyat tertutama kepada kanak, pelajar. banyak kesan nya seperti :-

    1. Budaya persembahan konsert yang tak terkawal, dengan memanggil kumpulan underground tak diiktiraf oleh Perstuan Pengiat Seni.

    2. Budaya menunjuk sesuatu yang tidak bermoral bagi tujuan untuk mengambarkan perkara yang tak elok kepada mana2 pihak sekali pun patut tidak berlaku seperti tunjuk pungkok dan pusat karat.

    3. Lagu2 yang ditampilkan hendaklah lagu yang beretika dan meberi nasihat dan pengajaran.

    4. kehadiran berbagai2 golongan dan peringkat umur, dan sudah tentu ada kanak2 yang dibawa oleh ibubapa untuk menyerta perhimpunan tersebut, ini gambaran negatif yang merosakkan pemikiran anak2 kecil dan muda.

    5. Menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan Parti politik seperti PAS, PKR & DAP semata2 untuk mengutuk kerajaan yang memberi peruntukan untuk membina tempat tersebut untuk faedah rakyat dengan kegiatan yang membangunkan ummah.

    6. Membelakangkan budaya rakyat kita dengan penonjolan, penampilan persembahan yang ala red indian.

    7. Budaya berucap yang banyak menyentuh kata2 yang mengutuk, mengeji dan menuduh tanpa bukti, ini merosakkan pemikiran rakyat dan menghasut. negara akan rosak apabila rakyatnya rosak.

    8. memperkasakan lagi budaya gansterism, memukul orang mengikut suka hati di khalayak umum, membaling objek kepada individu lain, ini memberi contoh yang tidak baik kepada golongan muda dan kanak2.

    9. Budaya menganggu ketenteraman dan privacy rakyat dan masyarakat setempat yang majoritinya tidak berminat untuk melibatkan diri dengan perhimpunan yang dianjurkan.

    10. sepatutnya diadakan perhimpunan yang lebih beretika, berilmu dan menjana ekonomi seperti yang dibuat oleh TV3 jom heboh, MATTA, MAHA dan sebagainya.

    penganjur bertanggungjawab diatas kerosakan moral anak muda dan rakyat Selangor diatas insiden buruk yang tak terfikir oleh kita dapat kita saksikan dan dipertonton kan, seharusnya Kerajaan Pemerintah Selangor patut lebih beretika dan bertanggungjawab sebagai pemerintah, tunjukkan budaya yang baik kepada rakyat, kata2 yang menyeru kepada kebaikan, perpaduan, kerjasama, bukan disebaliknya, dulu pembangkang sekarang pemerintah, 2 perkara yang jauh beza tindakannya. Cakap dan bikin lah apa yang dah dicakapkan sebelum ini. jangan jadi ketam mengajar anak berjalan lurus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s