Terkini: Anwar di Pejabat JAWI

sumber mkini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada jam 10.15 pagi.

Beliau kemudiannya masuk ke unit siasatan di bangunan penguatkuasa JAWI pada jam 10.20 pagi.

Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua orang peguam.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI pada kira-kira jam 10.50 pagi.

nota: penulis merasakan bahawa kehadiran DSAI ada kena mengena dengan desakan supaya beliau dan Saiful untuk membuat pengakuan bersumpah.

18 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

18 responses to “Terkini: Anwar di Pejabat JAWI

  1. AbangTuah

    Salam..ini taktik..
    Kawan rasa ikut undang-undang…sesaorang itu hanya boleh dikenakan tindakan melalui satu saluran sahaja. Sekiranya ikut syariah, sivil tidak boleh disabitkan dan begitu juga sebaliknya. Anwar cuba sedaya upaya hendak waive undang-undang sivil yang tidak menyebelahi dia…tapi dia lupa laporan pertama adalah undang2 sivil, jadi syariah tak valid. Entahlah kawan bukan pakar undang2..kalau tak betul tolong perbetulkan…

  2. mok

    Betul AbangTuah.. kalau yakin tak bersalah, harus berani tegakkan kebenaran dan sahut di mana cabaran itu dibuat. Bukan lari sana-sini, ke Kedutaan Turki, sekejap ke mahkamah Syariah, saranan mufti Perlis buat-buat tak dengar dan lepas ini entah ke mana pula. Kita nak tengok perbicaraan ini… siapa benar, siapa salah. Entahlah.. makin serabut tengok puak PKR ni.. tambah geli dengan konsert PKR yang jemput artis Underground, siap tunjuk-tunjuk bonto* dan suruh ji*at-ji*at. Eee.. pengotor !!!

  3. Wirawaja

    Salam..

    Semakin banyak helah yang dia lakukan maka semakin gelabah dan terserlah semuanya.

  4. forza

    lepas nie org yg dituduh liwat, rogol..xperlu risau..
    ikut je cara anwar al-juburi…

  5. Kuntakinte

    Salam, teman nasihatkan lepas ini siapa yang nak kena mangsa zina atau sodom register dulu di Jabatan agama atau Polis, boleh kerajaan sediakan 4 saksi untuk persediaan pendakwaan, takut dikatakan konspirasi…. kalau tidak perogol, pengzina., pengliwat akan terlepas alamatnya kalau pergi mahkamah syariah. atau pun kerajaan buka satu jabatan untuk jaga hal daftar mendaftar kes tu je agar tidak dituduh konspirasi.

    dunia dah maju otak orang dah cerdik, tuduh menuduh perkara biasa, dunia tanpa sempadan otak pun dah tak ada sempadan. aku pening juga orang kerja lawyer macam mana duit diaorang makan tu ye…. orang salah jadi tak salah, yang tak salah jadi salah… hai pening2. banyak kes macam tu tak hebuh satu negara, cam na yang satu kes ni kelam kabut dibuat nya. lagi pening.

  6. Saudaraku islam… Allah swt memberi kita akal untuk berfikir. Gunakanlah akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung hidup dgnnya. Maka itu adalah bertentangan dengan AlQuran dan Sunnah jika kita membuat suatu tuduhan dan andaian tanpa suatu fakta apalagi menuduh seseorang itu dengan gelaran ALJUBURI. Hukumnya adalah haram jika kamu seorang yg beriman dan berpegang teguh dengan ajaran islam. Islam agama yg sempurna, politik adalah suatu alat untuk kita berjuang dan meletakkan islam sebagai cara hidup dan cara kita berfikir. Dgn politik telah membuktikan kemajuan dan tamaddun yg kita nikmati hari ini, tetapi kalau kita imbau kembali pengertian Tamaddun secara ilmiah kita akan mengerti kemana arah kehidupan kita… Tak dapat dinafikan bhw tamaddun yg berkembang di dunia pd hari ini adalah tamaddun barat. Saudaraku yang beriman… Seperti tubuh manusia, tamaddun juga mempunyai jasad dan roh. Jasad tamaddun barat ini adalah kemajuan, teknologi, gedung2 yang hebat, peralatan2 media dan apajua kesenangan yg kita nikmati pd hari ini dimana pada peringkat rakyat biasa saja sudah mampu utk menikmati segalanya yang boleh membuat raja-raja dizaman lampau cemburu atas nikmat yang mereka tidak dapat perolehi pd hari. Tapi roh tamaddun ini adalah roh yang bercelaru mengenal Allah dan penuh dengan berbagai2 fahaman yang akhirnya membawa kita kejurang kehancuran. Roh dari tamaddun barat ini telah berakar umbi dalam masyarakat, fahaman kebendaan dan fahaman sekular telah menjadi darah daging hingga telah menjadi asas dalam perjuangan politik di Malaysia. Sebahagian rakyat asyik mengejar kekayaan, pangkat, kuasa dan kedudukan. Kebenaran mengikut acuan islam yg berasaskan sunnah dan al quran menjadi senda gurau dan permainan. Perebutan kuasa telah menghalalkan cara… perundangan islam hanya jadi bahan ketawa. Sebab itu kita dituntut mempelajari ilmu dan islam sepenuhnya. Islam adalah sebuah agama yg sempurna yg mendidik kita soal adab, akhlak dan akidah. Islam melarang kita taksub pd sesiapa apalagi menuduh seseorang tanpa ilmu dan pengetahuan… jika ajaran islam kita letakkan ditempat yg hina maka tidak hairanlah pada hari ini ujud golongan yang membenci perjuangan islam, benci pd kebenaran, ujud pemimpin2 yg rakus dan rasuah, zalim dan menindas rakyat. Allahlah hakim yg seadil2nya. Semua makhluk yg bernama manusia akan diadili dgn seadilnya, saudara yg menulis blog yg tidak benar,penguasa dan pemimpin yg memberi hukuman pd seseorang mengikut jalan yg haram semuanya akan diadili. Takutlah pd Allah jika saudara benar2 seorang yg beriman. Hentikanlah tuduhan dan fitnah yg kita tidak ada ilmu dan pengetahuan dalam sesuatu fithah itu. Hentikanlah kata2 panggilan yg kotor, dan bagaimana kiranya apa yg kita tuduh itu tidak benar sama sekali. Fikir-fikirkanlah jika kamu manusia yg berakal.

    amru al as.

  7. sampoerna

    Kenapa la si Anwar ni kalut sangat nak jadi PM? Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dapat bentuk kerajaan baru sekalipun, apa pemimpin-pemimpin PAS yg lain tak layakkah untuk jadi PM? Takkan nak bagi laluan kat pemimpin DAP kot jadi PM? Ttp sokong supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat….berunding dgn UMNO demi kepentingan MELAYU dan ISLAM!!

  8. AbangTuah

    sampoerna walau kau pembangkang tapi aku salute kau 3x..
    Mamang benarlah awak sempurna sebagai manusia yang boleh berfikiran waras…respek…

  9. radensabri

    sedarlah kita menyanyi orang lain menilai sama ada sumbang atau tidak. Namun kalau dah sengaja kita melakukan sesuatu kesilapan maka orang lain akan nampak lihat dan menilai.
    kebenaran perlu ditegakkan dan dicari tapi biarlah sebagai orang beragama, bermaruah dan bertamadun. apa yang sedang berlaku menjadikan orang lain bertepuk tangan melihat karenah laku kita. apatah lagi orang sudah lama menuduh islam macam-macam.
    tak nak sedar lagi ke. tak kan hal rumah tangga kita suruh orang di pasar selesaikan. jangan nanti kita rasa kita hebat tetapi sebenarnya sedang mempamerkan kebodohan. kalau benar perjuangkan agama buatlah ikut agama. sekarang nak salahkan siapa. kita sendiri mempersenda-sendakan agama kita hanya sekadar ada keperluan peribadi tidak ditunaikan oleh orang lain.
    wahai orang beriman !
    biarlah kehebatan kita ‘dinyatakan’ oleh orang lain bukan dengan kita mencanangkan sendiri.
    percayalah kalau benar itu ‘hak’ kita akan diperkenankan Allah.
    jangan sesekali lupa pada qada dan qadar. orang yang bising sebenarnya dan biasanya ada sesuatu yang hendak disembunyikan. sebelum orang tersedar kita yang’terkentut’ kita mula memaki hamun menuduh orang lain tak reti bahasa kentut .
    kalau benar perjuangkan agama, cari ikhtiar dengan kreatif menolong dan membantu, memperkukuh dan memperbaiki dan pelbagai lagi supaya semua orang dapat menerima islam dan amalannya dengan baik dan hati terbuka.
    bagaimana kita menarik minat orang lain mengikut kita jika kita sendiri porak peranda dan tunggang langang.
    kenapa mudah sangat mencari dan nampak kesalahan orang lain. pernah kita cermin diri kita sendiri. bacam budak-budak tadika je.
    bertindak dan berbuatlah biar sesuai umur masa dengan umur akal kita.
    bertaubatlah kita.
    marilah kita bersama-sama solat hajat minta tuhan perkenankan agar dijauhkan segala bala dan kemungkaran yang melanda kita semua.
    guna akal dan berfikir ………!

  10. Ismail Ibrahim

    Saya tertarik dengan tulisan dan buah fikiran Saudara Amru Al As.

    Saya nak bertanya kepada saudara apakah saudara tidak ambil apa apa tindakan sekiranya adik perempuan atau emak, saudara di liwat atau di rogol hanya kerana tidak ada saksi yang cukup.

    Apakah didalam Islam perbuatan rogol hanya akan dihukum sekiranya dilakukan di khalayak ramai. Kalau buat sembunyi dihalalkan di dunia cuma balasan nya di akhirat?

    Mengenai Al Juburi, gelaran ini diberi oleh Ahmad Sabu Naib Presiden Pas. Bukankah Pas sebuah parti Islam. Kalau Ulamak ulamak Pas mengiakannya siapakah saudara untuk berkata tidak boleh diberi gelaran?

    Kalau begitu tidak adalah orang yang berpakaian tak senonoh di negara kita kerana ada Hadith yang mengatakan pandangan yang pertama itu pandangan syaitan dan setelah kamu berpaling dan memandang semula maka baru itu lah pandangan kamu.

    Saya tidak mengatakan Islam itu tidak relevan tetapi cendikawan Islam telah banyak membuat hukum atau fatwa secara kias dan ijmak mengenai saksi didalam kes kes rogol dan bunuh yang membolehkan kejadian Allah S.W.T. seperti cap jari DNA dijadikan bahan bukti. Begitu jugalah dengan video dan sebagainya.

    Janganlah kita kerana kurang pengetahuan menuduh pula seolah olah Islam itu mundur
    dan tidak bersesuaian dengan masa didalam menghadapi kes kes seperti ini.

    Mengapa Anwar pergi ke mahkamah sivil yang dianggapnya Kafir didalam menyaman KPN, Dr M, dan didalam kes liwat ke Mahkamah Syariah kononnya ini kes Islamic.

    Islam sememangnya agama yang Shumul tetapi janganlah kerana kesempitan akal kita didalam berhujah menjadikan Islam itu kolot.

    Proses kenegaraan didalam Islam itu bermula dengan individu dan setelah itu kepada kumpulan yang kecil dan kemudian nya kumpulan yang besar. Begitu jugalah perundangannya.

    Mungkin komen komen didalam ruangan ini ada yang tidak sesuai dengan adab bangsa kita tetapi ini hak mereka untuk menulis. Kita kena hormati hak mereka dan saya rasa mereka bertanggungjawab diatas tulisan mereka.

    Sekian Terima Kasih

  11. Kuntakinte

    Salam, sdr. Ismail ibrahim kuntakinte bersetuju dengan pandangan sedara, teman lihat pandangan sedara seorang yang mengunakan otak dan hati secara posotif. teman pernah sentuhkan isu tersebut, ini semata2 nak mempermainkan undang2 negara, orang yang tak takut dengan undang2 kerana dia menganggap ada rakyat yang akan mempertahan kan dia dan ada negara yang akan membela dia.

    teruskan pandangan dan komen sedara demi agama bangsa dan negara.

    wassalam.

  12. mok

    A..kum,
    Sdr Ismail Ibrahim.. BAGUS hujah anda. Teruskan.

  13. radensabri

    Tuan dan puan yang budiman. kita berbalahan sesama sendiri membuat orang lain ketawa. tak sedar juga. sesama kulit sawo matang kita bukan main bertegas dengan peraturan. tetapi denga kulit warna lain kita jadi bacul bin pengecut. kenapa ?.
    tidak sedar lagi tu. dok berbalah dan berkelahi bukan nak cari jalan memajukan bangsa. cuma nak tunjuk hebat sesama sendiri. cubalah berbalah kerana masih ramai orang kita yang masih papa kedana. ini tidak seronok sorang-sorang.
    nak cantas siapa pak mat, pak jusoh, pak ali. bercakap berapi-api mencanang itu dan ini. keimanan bukan pada ceramah dan jubah serban tetapi pada perjuangan menyatupadukan bangsa yang seagama agar dihormati dan disegani oleh orang lain yang bukan islam.
    berdakwah bukan cakap di surau mesjid sahaja tetapi menunjuk contoh amal kelakuan.
    itu kan yang nabi buat. bila lagi nak ikut. berdakwah bukan main tetapi bila nampak rm ntah ke mana dasar dan jati diri.
    marilah kita umat melayu saling ‘berfungsi’ menggunakan akal. berhentikan menempelak dan menyalahkan sesiapa tetapi cari jalan untuk bersatu.
    ke nak tunggu jadi macam umat digaza dulu. ini bukan siapa betul siapa salah kalau selagi ‘nafsu amarah’ menguasai jiwa. kalau setiap individu berfungsi dengan sempurna berlakulah perubahan menjadi umat terbilang cemerlang.
    “no one should ever think of changing the nation if you do not start changing yourself.”
    jadilah penyu yang bertelur beratus senyap berbakti bukan ayam bertelur sebiji memekak menunjuk taji.
    belum nak insaf lagi dan masih ego tak menentu. nak buktikan apa. orang beriman sentiasa berusaha mengajak orang lain melakukan kebaikan bukan sebaliknya.
    sekali pandang macam sama je.
    bertaubatlah. sedarlah. insaflah.

  14. Patriot76

    asw semua, Isu yg nak saya sampaikan adalah pertahanan. Bagi saya isu ini perlu dibawa keparlimen agar semua MP sedar akan keupayaan sebenar pertahanan negara ketika ini dan kepentingan unk dibangunkan. Bukan sebagai parti politik hanya sibuk mencalonkan wakil masingx unk merebut jawatan dalam parti sahaja. Tetapi perkara utama perjuangan adalah membahaskan isu yang penting untuk dilaksanakan.
    Pembelian pertahanan nampaknya menjadi isu sensitif di Malaysia selepas kes Scorpene dan Eurocopter, sedangkan di Indonesia dan Singapura, pengumuman pembelian pertahanan menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pihak.
    Di Singapura misalnya, rakyat negara itu menyokong penuh pembangunan industri dan pembelian pesawat serta sistem pertahanan republik itu, pembelian F-15 dilihat sebagai “National Pride” kepada rakyat pulau itu apatah lagi selepas Malaysia memasukkan burung-burung Sukhoi ke dalam inventorinya.
    Sebagai rakyat biasa saya rasa Mps semua patut berbincang perkara yang lebih bermanfaat di dalam Parlimen. Kekadang diperhatikan banyak perkara remeh dan teknikal dibincangkan berbanding perkara utama dan poko. antar perkara serius yang saya inginkan Parlimen berbincang adalah Dasar Pertahanan negara. Pada hemat saya pertahanan malaysia adalah longgar dan ketinggalan zaman. Kita mengukur keupayaan dari segi keupayaan ketenteraan geografi negara, keupayaan pasukan negara serantau dan keperluan operasi. Lihat saja jumlahn aset yang dimiliki TLDM, samaada aset tempur, logistik dan latihan. aset yg ada amat kecil jumlahnya dan ketinggalan jika dibandingkan dengan negara serantau. Lihat pula aset TUDM, pesawat heli unk tujuan pengangkutan masih belum diganti walaupun TUDM memerlukan aset yg boleh terbang malam dan keupayaan unk CSAR. Lihat pula aset darat, kita amat ketinggalan unk aset seperti MBT dan keupayaan missile pertahanan udara jarak sederhana. Jika ditakdirkan negara mengalami konflik hanya dengan asetx tentera ini akan digunakan untuk memperthankan negara ini. Fikirxlah walai MPs. jangan asyik dok bincang hal yang keanak-anakkan. Bincangkan arah pertahanan negara yang perlu dicorakkan.

  15. Bg zarul plak….

    Anwar nie byk pengikut…Die Hard Fan dier byk…jadi mmg sudah tentu dier akan usaha sedaya upaya bersihkan name dier yg dah kotor….walaupun kite sendiri blum tentu sure yg kotoran tu ditempek sendiri atau org lain yg tempekkan…..

    Tp biler zarul tgk mcm mane karenah die hard fans dier…..zarul raser kalu dah confirm DNA pun….Anwar kate itu bukan DNA dier….sure sume2 die hard fans dier kate itu fitnah…sume akan sokong Anwar..sbb Anwar mmg x dinafikan ngan kemanisan mulutnyer….

    TAPI!!!!! Anwar n pengikut dier kene ingat….Sepandai2 Tupai Melompat….Akhirnya Jatuh ke Tanah Jua….

  16. radensabri

    Syukur kehadhrat ilahi. hari ini sudah mula nampak orang kita bertindak. baguslah tu. wak sokong sungguh-sungguh. namun ingat masih ramai jerung gergasi yang lupa diri terus menari penuh kealpaan. ingat, kita berkuasa tak cukup sekadar kerana ia tercatat dalam perlembagaan – tetapi kita berkuasa kerana sememangnya kita layak dalam semua aspek.
    sebelum dilahirkan ‘modal insan’ seperti direncanakan melalui pipp boleh lah kita yang sudah separuh abad ini membentuk jati diri menjadi modal insan contoh kepada generasi muda.
    mereka melihat dengan penuhkonflik diri. dalam bilik darjah dan laman sekolah mereka ditekankan pasal modal insan. di luar sekolah mereka nampak dunia sebenar apa yang sedang berlaku. macam mana ni.
    marilah kita sama-sama membina bangsa melayu yang berwatak TERBILANG CEMERLANG. bukan terbilang jalang !. usah sebok menunjuk-nunjuk diri sendiri hebat. biar orang lain melabelkan diri kita hebat sebab kita sememangnya hebat.
    Ingat juga apa yang kita lakukan hari ini itulah hasil yang akan kita dapat nanti.
    menyalahkan diri dan menyalahkan orang lain bukan langkah bijak. cuba…. cuba bersama-sama mencari ‘jalan keluar’ yang benar-benar menampakkan keimanan dan ketaatan.
    kalau sudah memang kita tidak layak tarik diri. jangan selesa sangat. muhasabah diri melihat munasabah tak kerja buat serta tindakan kita.
    tugas kepemimpinan ialah membimbing serta menunjuk ajar generasi baru menjadi terbilang cemerlang ( disebut-sebut kerana melakukan kebaikan berserta kebijaksanaan ).
    wak teringat satu kisah rakan wak. kami berkawan lebih belasan tahun, namun bila diangkat naik pangkat sedikit bila berselisih sudah macam tidak kenal. itu kah namanya kesopanan dan kesusilaan. kita kan biasa dengan ular menyusur akar tidak akan hilang bisa. atau memang ular tu langsung tak ada bisa tetapi dusuruh belagak menjadi naga.
    jangan cakap saja kuasa ditangan rakyat, tetapi sedar dan insaf sungguh. rakyat memilih pembangkang bukan kerana mereka sokong tetapi kerana mereka sudah ‘loya’ dengan segelintir pemimpin yang ada.
    niat wak hanya nak pastikan agama dijunjung dan bangsa dikendong.
    akhir kata kita tidak hairan lagi dengan kacang lupakan kulit kerana sekarang ni kacang sudah mula mengaku anggur atau epal ?

  17. alamak terlebih sudaaa

    kiter tengok kat padang masyar nanti…..

    tapi dlm undang2 islam memang perlukan 4org saksi yang boleh dipercayai…
    jgn laa kite nak pertikaikan…bahaya tu..pertikaikan hukum allah lebih kurung pertikaikan agama-Nya…

  18. radensabri

    Assalamualaikum.
    Wak nak ucapkan tahniah kepada YAB PM kerana berjaya menamakan pasukan kabinet baru. dan tahniah juga kepada yang terpilih.
    Wak cuma nak ingatkan semula, jangan seronok jadi menteri saja. banyak amanah dan tanggunggjawab yang wajib disempurnakan. Wak cuma akan terus tengok, perhati dan nilai. Saja untuk sama-sama rasa bangga jika nanti suatu impian menjadi kenyataan. Kejayaan anak bangsa paling penting.
    Wak nak kata, berhentilah menjadi ‘alat’ untuk kepentingan kumpulan tertentu tetapi berilah khidmat kepada seluruh rakyat malaysia. “JADIKAN DIRI KITA PENTING, DIPERLUKAN DAN DISAYANGI OLEH RAKYAT, bukan mementingkan diri serta mengikut telunjuk ‘pihak’ tertentu.
    Insaflah, dihadapan tuhan nanti setiap orang akan menjawab sendiri tindak laku serta perbuatan mereka semasa berkuasa.
    Amalkan, kita buat dulu sebelum suruh orang lain buat. Ada perkara kita perlu tunjukkan contoh tetapi bukan menunjuk-nunjuk.
    Tuhan Maha Mengetahui setiap apa yang hambanya lakukan.
    Bagi mereka yang tidak terpilih pula buktikan cakap-cakap selama ini bahawa akan terus berkhidmat untuk rakyat. Ini lah masanya untuk buktikan. Inilah peluang untuk mendekati rakyat yang bertungkuslumus membantu kita menang pilihan raya dulu. Berbakti dan berbudilah kepada mereka secara jujur dan ikhlas.
    Wak sebagai orang kampungan sungguh berhasrat untuk melihat kesatuan dan penyatuan umat melayu khususnya dan umat malaysia amnya.
    Akhir kata wak nak ingatkan satu perkara aja, berikan hak pada yang berhak kalau tidak sesuatu kaum itu menuju kehancuran dan kemusnahan.
    Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s