Anwar Penghapus Ketuanan Bangsa Melayu & Raja-Raja

petikan dari mykmu

Ancaman Anwar Ibrahim usah pandang mudah. Anwar Ibrahim hari ini seakan mendabik dada mengatakan bahawa beliau hampir pasti akan menjadi Perdana Menteri dengan Pakatan Rakyat. Adakah ini perang saraf atau benar-benar akan menjadi satu realiti. Adakah kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri akan memacu Malaysia tanpa batasan bangsa dan kaum lantas Melayu akan hanya tinggal sisa-sisa nama dengan rujukan utama rakyat Malaysia adalah Bangsa Malaysia.

Apa perlunya terma Bangsa Malaysia kalau Malaysia sudah tidak ada perbezaan kaum – semuanya rakyat Malaysia. Istilah Bangsa Malaysia pasti menghilangkan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu, Bangsa Malaysia yang di laung oleh Anwar Ibrahim adalah satu rujukan palsu untuk semua kaum-kaum di Malaysia kerana Bangsa Malaysia sebenarnya adalah sebutan bagi menggadai hak keistimewaan Bangsa Melayu dan memadamkan kedaulatan raja-raja Melayu. Inilah satu reality???.

Laungan mengenai hak keistimewaan Melayu yang mahu di pertahankan oleh Anwar Ibrahim adalah satu penipuan semata-mata, sedangkan dalam hakikatnya beliau mahu mencairkan pegangan Melayu secara terbuka untuk menakluki undi kaum lain.

Apa yang sebenarnya yang mahu diperkatakan, rasis atau realiti. Bangsa Malaysia tidak pasti wujud dalam keadaan masyarakat kita berbilang bangsa. Ia akan menjadi satu retorik palsu yang kononnya kita menolak kehadiran kaum lain dengan menggantikannya sebagai satu asimilasi kaum dan budaya. Adakah mampu itu berlaku – tidak mungkin dalam 100 tahun lagi. dalam keadaan bangsa cina menuntut lebih sekolah Cina dan mahu lebih banyak bandar komuniti Cina dan perjuangan Hindraf yang menuntut hak-hak keserataan kaum India serta lain-lain perjuangan kaum yang ada, apakah kita mahu sebut Bangsa Malaysia???
Hakikatnya kita akan tetap berlainan kaum – pokoknya hidup dalam keadaan harmoni yang akan memberi keamanan Negara. Namun dalam keadaan kita membayangkan ancaman Anwar Ibrahim yang mungkin membahayakan bangsa Melayu maka satu penelitian khusus perlu dilaksanakan untuk menyedarkan kita khususnya orang Melayu – bila ketuanan Melayu mahu diganti dengan keserataan semua Bangsa, Pastinya yang hilang adalah ketuanan kita Orang-orang Melayu.

Hakikatnya Anwar Ibrahim telah merancang untuk meragut undi popular bangsa melayu dan kaum lain. Melayu baginya biar berpecah dan dengan perpecahan ini akan menguntungkan beliau. Itu hakikat dan itu sebenarnya. PKR bukan satu parti tetapi adalah satu dominan karakter “Anwar Ibrahim”.

Justeru itu – apakah dia Bangsa Malaysia, yang yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim adalah satu Bangsa yang mempunyi budaya yang sama, hak-hak kepada pegangan harta yang sama, dan mungkin kebebesan beragama akan sama, tiada lagi Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia – ini amat jelas idologi Anwar Ibrahim telah membelakangkan kepentingan Bangsa Melayu, beliau hanya berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sahaja dan mengaut kekayaan sehingga ke 100 keturunan….

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Anwar Penghapus Ketuanan Bangsa Melayu & Raja-Raja

  1. anwar tu seorang pemimpin. jika dia jadi perdana menteri, sedangkan ada rakyat neutralist yang tak mahu kan dia, MAKA PEMIMPIN YANG LAIN YANG ADA SEKARANG, INI LAH YANG harus dan AKAN DISALAHKAN OLEH RAKYAT…

    jangan terbalikkan kepada rakyat, parlimen dah veto kata minyak naik semua setuju, adalah bukti tak heran satu hari nanti, nak tukar istana pun parlimen boleh buat sendiri, manusia malaysia tercengang cengang nganga mulut ngikut..NAH, siapa yang menghasut ?

    siapa harus saman siapa ? ini dah kes tekanan psikologi ni. siapa harus tangkap siapa ni ?

    cuba tukar tajuk tu…PEMIMPIN PARLIMEN 100% TOLAK ANWAR ?..DIRECT TO POINT. bukan main kalau kalau !! manusia jenis apa malaysia ni ?

  2. ahmad

    Hidup Anwar Hidup! Undurlah BN!!!!

  3. AbangTuah

    Brokuntakinte..
    Si Ahmad ni…sakit ke!!!…jangkit penyakit Mat Kencing..tu

  4. mok

    Ahmad Boleh !!

    (boleh belah..)

  5. sampoerna

    Memang dah SAH..PKR=Parti Kelirukan Rakyat…kpd setiap insan bergelar MELAYU…fikir-fikirkanlah…..kalau nak sokong…sokong UMNO atau PAS sahaja…

  6. mujahidin

    Anwar ibrahim telah lari dr kemelayuan dan keislamannya… ramai sahabat handai dan rakan2 yang dulu berjuang untuknya telah mula lari dan sesetengahnya pula amat kuat menentangnya…hanya anwar sendiri yg tahu mengapa perkara ini berlaku… jikalau sahabat handai pun sudah tidak mempercayainya apatah lg kita sebagai orang islam berbangsa melayu yg dikurniakan akal bagaimana caranya bg kita membawa hala tuju negara ini yg baru berusia 51 thn sahaja…

  7. mok

    DSAI tu retorik ajer lebih.. kalau ceramah bebas pada orang kampung boleh la. Kena dengan Shabery Chik topik spesifik fasal nak turun harga minyak,.. gelabah ! baru la tersengih-sengih, nak cover la tu. Haa.. kau, bertalu-talu kena taroh !!

  8. tahaper

    harap pas tak jadi pak turut PKR..ini jer la parti harapan islam & melayu….Umno dah kaput….PKR mengarut…….melayu melayu….

  9. Tahaper..aku pun harap sangat PAS tak membontot PKR dalam apa2 jua isu terutama sekali ISLAM..tapi buat masa sekarang, aku mintak maaflah sebab aku belum nampak mana2 orang PAS yang menyuarakan bantahan terhadap kebiadapan Teressa mangKok tu yang nak mendiamkan seruan azan yang mulia..yang terbaliknya, ada plak yang membantah betina tu ditahan, padahal dia ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu gugat perpaduan AGAMA..bab agama nie sensitif oii..kalau korang kutuk bangsa melayu, cina pun dan nak berperang, nie kalau dah sentuh agama memang macam bom jangka jer la..

    Aku teringin jugak nak tengok TG Nik Aziz & Haji Hadi (tengok..aku still respek kat diorang kan???) melenting dek keceluparan betina tu..tapi peliknya TG Nik Aziz melenting pasal kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu – Hj Mustafa..pelik pulak..kenapa politik didahulukan?? Bukankah teras ideologi PAS adalah kononnya hendak menegakkan syiar ISLAM..kenapa bila jadi lagu nie tak dak sapa plak nak marah, suruh minta maaf secara terbuka..@ ugut keluar parti..cuba korang tengok kafir harbi & kafir zinin..baru cakap pasal bangsa depa, dah Gerakan dengan MCA bising..kecewa konon..tapi orang MELAYU???

    Itulah perlunya kita betulkan balik matlamat perjuangan kita..sekali sekala lupakan agenda kepartian dan politik yang memualkan..renung sejenak dan rungkai persoalan berkaitan agama dan akidah..renung balik perjuangan Baginda S.A.W menegakkan ISLAM dan memerdekakan ISLAM..

    Macam aku selalu kata..
    1) ALLAH, NABI S.A.W & ISLAM
    2) MELAYU
    3) BUKAN MELAYU yang tidak memusuhi ALLAH,
    NABI SAW, ISLAM dan MELAYU

    Hangpa boleh kutuk aku jika senarai priority yang aku bagi tu salah atau tak senang di mata hangpa..niat aku satu..cuba betulkan apa yang salah..

  10. buat semua pembaca blog…
    Datuk kpd saudara Big 8 telah kembali ke Rahmatullah semalam… Sedekahkanlah Al Fatihah semoga rohnya diberkati Allah… Salam

  11. setiap yang hidup akan meniggal kan dunia ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s