Bala Dakwa Nyawanya Terancam

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam memberitahu polis bahawa beliau terpaksa meninggalkan negara kerana nyawanya terancam, demikian menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin.

Menurut Bakri, polis berjaya mengesan Bala di luar negara, dengan bantuan bantuan kepolisian yang lain.

bakri zinin and p balasubramaniamBagaimanapun, katanya, demi keselamatan Bala, pihak polis tidak dapat mendedahkan di mana dia berada.

Menurutnya lagi, polis juga tiada sebarang motif dalam siasatan tersebut, melainkan untuk mencari penyelesaian dengan segera dan menutup kes berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis Kuala Lumpur, Bakri berkata, Bala memberitahu polis bahawa beliau mendapat ugutan.

Bagaimanapun, Bakri tidak menyatakan butiran lanjut mengenainya.

Jaga keselamatan

Bakri berkata, Bala memberitahu polis yang beliau ke luar negara dengan kerelaannya sendiri.

“Bala keluar dengan kerelaannya tanpa dipengaruhi, dan alasan yang diberikannya kepada kita ialah nyawanya terancam.

Pihak polis, katanya, tidak dapat memberi perlindungan kepada Bala selagi beliau berada di luar negara.

Bagaimanapun, katanya, jika Bala kembali ke Malaysia, pihak polis bersedia mengkajinya dan jika sesuai akan memberi perlindungan kepadanya.

“Untuk menjaga keselamatan subjek berkenaan, pihak polis tidak dapat memberitahu di mana dia berada,” katanya.

Sehubungan itu, Bakri meminta agar pihak polis diberi ruang dan masa untuk menyelesaikan siasatannya secepat mungkin.

Di samping itu, beliau juga meminta semua pihak supaya berhenti membuat sebarang andaian berhubung kes membabitkan Bala tersebut.

Panggil saksi

Ditanya apakah ada lagi saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung siastan kes Bala itu, Bakri berkata:

“Selagi terlibat, kita akan panggil. Kita akan panggil semua saksi.”

Ditanya sama ada mereka termasuk ahli-ahli politik, Bakri mengulangi jawapan yang sama.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada 18 saksi yang dipanggil memberi keterangan berhubung tuduhan liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk orang politik.

Secara berseloroh Bakri menjawab: “Jangan memancing di air yang tenang, nanti ada buaya datang.”

Jawapan tersebut menimbul geli hati di kalangan wartawan yang hadir.- malaysiakini

nota: penulis amat hairan sekiranya Bala takut dengan keselamatan diri dan keluarga beliau, mengapa beliau sanggup membuat pengakuan bersumpah yang tidak sahih di dalam pengakuan pertama beliau. Antara alasan yang diberikan ialah beliau amat marah ketika membuat pengakuan tersebut. Bukankah dengan pengakuan palsu yang dibuat oleh beliau telah menyebabkan keadaan lebih huru-hara dan berserabut. Sebagai seorang penyiasat persendirian soal takut akan keselamatan diri bukan lah satu perkara yang besar sekiranya Bala adalah seorang yang betul-betul bergelar penyiasat persendirian. Apakah Bala sama seperti pemimpin Hindraf yang membuat dakwaan palsu dan lari ke luar negara. Adakah modus operandi kes Bala ini didalangi oleh pemikir dari kumpulan Hindraf??

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Bala Dakwa Nyawanya Terancam

  1. salam,
    Ini cerita macam itu along,angkat duit punya jam janji macam-macam!bila kasi balik punya time along manyak jahat?.

    Banyak duit untuk hidup kat luar negara!!!kena check Sapa sogok dia ini!.SD 1 ke SD 2?.Cuma Allah yang tahu perkara sebenar yang berlaku di Malaysia sekarang!.Konspirasi politik yang lebih hebat dari scandal water-gate!!!.Cuma mamak tunggu tips dari CIA,Mossad atau pun M16..harap Mamak boleh huraikan sedikit masa lagi…sapa master mind dibelakang semua insiden yang berkait di antara satu ini.!!!!!.
    Kill no.1, scandal perempuan mongolia,(TPM)
    Kill no.2,scandal hakim,(TDM)
    Kill no.3,scandal liwat,(DSAI)
    Next kill?siapa yang beruntung dari semua ini?.

    p/s:Penipuan seperti embun di atas daun yang akan kehilangan apabila matahari pancarkan cahayanya.Biar mati di hujung pedang, jangan mati kerana kena tendang!!!!.Manusia ini cuma pandai tapi tak cerdik!.Allah jualah pandai dan cerdik!!!.Mamak selalu ingat pesanan guru.Wasallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s