Najib bersumpah depan pimpinan UMNO seluruh negara

dari agendadaily

Wallahi Wabilahi Watallahi’ … Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.

Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan “demi Allah” tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Najib bersumpah depan pimpinan UMNO seluruh negara

  1. momok

    Tolonglah muat dalam youtube bro…!

  2. mok

    Kepada semua bro-bro PKR,
    Tak usah banyak songel la…
    Suruh la DIA buat camtu juga, baru menyakinkan. Amacam ? Kalau DIA tak berani.. takpe, semua join UMNO balik.. kita perkuatkan bangsa.
    Emphh.. sure ada dolak-dalik lagi lepas ni. Dah faham sangat…. sampai naik muak.

  3. AbangTuah

    Hmm…kawan memang dari dulu lagi yakin dengan pemimpin UMNO dan BN……Mat Kencing bila pula….Ezam pula dah ready.

  4. siapa Melayu,siapa ISLAM,,siapa UMNO,siapa PAS,siapa SEMANGAT,siapa PKR,siapalah KITA NI ? Kita adalah insan hidup sementara dan berbaik-sesama sendiri.Duit boleh cari,tolong lah jangan naik harga barang sebab politic problem.Malaysia semua ADA,penipu ada,perompak ada,pecah amanah ada,Banyak Peminta Rasuah pon ada.Polis pukul rakyat sesuka hati ada,RAKYAT NAK PECAYA SIAPA?hari ini tak kaya ,besok masok politic otomatic jadi SKIM CEPAT KAYA.

  5. Kuntakinte

    Salam, sedara Hang Jebat, teman setuju cakap mike tu ha.teman sambung sikit lagi termasuk lah golongan2 yang lupa diri ada, lupa asal usul ada, tak sedar kan diri ada, nak menadah tangan pun ada, sejenis puak khawarij pun ada, mengkafirkan orang pun ada, memperalatkan agama pun ada, macam2 jenis ada. dalam Malaysia ini yang lebih, al buntut dan al juburi pun ada, al zina bini orang pun ada, hai… yang sedih nya jenis tak bersyukur pun ada, nasib2 Malaysia ada rakyat macam ni. hari ini masuk PAS esok masuk syurga.. pun.. ada. fening..fening ana.

  6. Salam,
    Memang dia seorang gentlemen!.Orang PKR kan ada orang luar support tak akan agensi siasatan mereka tak tahu?.Janganlah lanjutkan perkara ini!.TPM boleh mengemukakan saman malu dan beri pengajaran pada mereka ini seperti sering dilakukan oleh Lee Kuan Yew!.Biar jadi pengajaran pada mereka yang selalu saja mengaikatkan bukan-bukan terhadap pemimpin kerajaan.Wassalam.

  7. Pingback: simpLy m.e. » SwEAring season… Apa nak jadi!!!

  8. Sivajee

    ini lah po litik namanya.
    cekap,bijak,steady…..kacak.

    Datuk Sri Najib Tun Razak
    Perdana V6 Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: