Debat Khas: Datuk Ahmad Shahbery Cheek vs Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tarikh: 15 Julai 2008

Tempa: Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur

Jam: 9 malam (siaran langsung di TV9 @astro #119

Tajuk : Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!

Anjuran: Agendadaily

Selamat berdebat kepada kedua-dua panel dan amat diharapkan supaya panelis-panelis tidak menyalahgunakan platform debat ini. Gunakanlah platform debat ini yang bakal disaksikan oleh jutaan penonton sebaiknya dengan berhujah mengenai tajuk yang telah ditetapkan. Jangan menggunakan platform ini untuk ‘mempromosikan’ ideologi politik parti masing-masing seperti yang terjadi pada debat khas terdahulu mengenai kenaikan harga petrol.

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

23 responses to “Debat Khas: Datuk Ahmad Shahbery Cheek vs Datuk Seri Anwar Ibrahim

  1. hidup umno!!tahniah menteri penerangan dengan penerangan yang cukup jelas, kami akan menyokong UMNO dan paklah selagi hayat dikandung badan!!

  2. mok

    Bravo ! Bravo ! Datuk Shahbery Cheek… good job, fakta banyak & bernas. Cekap mengilas. DSAI dan penyokongnya pasti terkejut dog.. malu sejak 1st round lagi. Ada pulak turun 50 sen daripada harga baru.. Dia kan janji sebelum PRU12, bermakna.. dia pun naikkan harga minyak juga la. Malu 3x.

  3. penyapoo

    aku nengok gak malam tadi, tapi ku nengok derang ni mcm takde idea jer asik ulang tayang kisah lampau jer, ini zaman sekarang beb! gaji aku rm1200, pegi balik keja je da separuh duit aku bli minyak, tu blom kire blanja rumah lagi, anak2 lagi mmmm muumet endase

  4. melayu=umno+pas+keadilan

    yeke “mok”cm tu ko ckp bravo,asyik nk hentam secara peribadi,kelakar ada aku tgk menteri cakap cm tu.profesional skit..nie debat pasal harga minyak.bukan pasal liwat,cerita je lh psl minyak.aku bukan mana2 parti.umur pun x cukup nak undi.masa PRU12 aku baru 20 tahun 10 bulan.rasa aku lah kalau ada debat lg cm nie,confirm next PRU parti pemimpin skrg akan jatuh.

  5. penyapoo

    entah-entah mok tu shabery kot, saje nak sokong diri sendiri, kot-kot tau takde org sokong dia heheheh

  6. prihatin

    pada aku plak, ianya memalukan kerajaan sebenarnya.kenapa?
    1. menteri menyerang peribadi pihak lawan, sedangkan peraturan sudah digariskan. tidak profesional.

    2. menteri tidak ada fakta yang kuat. dan kelihatan tidak bersedia. asyik menyerang dan putarbelit je. macamla penonton tu bodoh.

    3. jawapan menteri tidak menepati malah tidak menjawab beberapa soalan dengan ketara. sebagai contoh; soalan yg dikemukakan oleh moderator pihak anwar.nampak tidak paham soalan dan lari dari menjawab

    4. contoh dan perbandingan yang dibuat menteri sangat tidak ilmiah dan diketawakan orang (orang2 yang berpelajaran la).

    5. cuba fikir : venezuela harga minyak rendah tetapi inflasi nya tinggi, manakala malaysia harga minyak tinggi dan inflasi tinggi.apa yang akan terjadi?????

    rakyat rata2 berpelajaran boleh menilai siapa yang power Atau BERJAYA sebenarnya bukan tanya ahli2 umno sahaja. atau menteri berkenaan sendiri.

    malunya aku apabila menteri mengaku debatnya berjaya.sedangkan penilaian orang lain

    dulu aku yakin gakla ngan menteri ni, tapi sekarang malu aku untuk mengaku beliau adalah seorang menteri.

  7. Hamba ALLAH(Khidmat negara'pLkn)

    Sometimes,when I c my around,
    i’m jut c my self…y?b’cause…
    No people want to help government.
    tak perlu kita tulis yang bukan2.
    sokonglah kerajaan…walaupun ramai yang tabk puas hati tapi,sekurang2nya kita semua hidup di bumi MALAYSIA ni dengan satu semangat,hasrat dan satu tekad.sepatutnya kita bekerjasama untuk mempertahankan negara kita bukannya perlu kita melibatkan negara luar bila ada masalah.

  8. atasinchi

    hmm…. kalau anda penyokong UMNO, pasti kata Shaberi hebat. manakala jika anda penyokong PKR, pasti akan kata, Anwar power….

    bagi aku yg tidak pilih sesiapa dlm PRU12, aku rase debat semalam sungguh berat kpd Anwar….

    dah jelas tujuan debat ialah membincangkan isu turua harga minyak…apehal plak nk citer pasal tahun 74, citer pasal kemelesetan ekonomi 97, citer pasal Mahathir vs Anwar?

    si Anwar dok puas la bagi mekanisme mcm mana nk kasi turun harga, nak carik rm5Bilion utk kurangkan 50sen seliter sbg langkah awal…

    si shaberi plak dok sibuk citer pasal Anwar bantah penubuhan petronas, tentang tun razak…ape ni? mana hujah kerajaan dlm menepis mekanisme Anwar….? bg la fakta yg kata, mekanisme Anwar tu tak boleh digunakan?

    si Anwar dah jelas kata, dia takkan usik petronas, takkan amik duit petronas… RM1bilion yg dia cadang nk amik tu pun ialah dividen yg petronas bg kerajaan (maknanye tu dah jadi duit kerajaan)…

    si shaberi plak ntah dari mana dia dgr agaknye, dok kate yg Anwar nk guna duit petronas, pastu siap kata, jgn la susahkan petronas dgn mengambil dr petronas…. agak dia ni ade masalah pendengaran…

    si Anwar punye baik bagi hujah menepis ape yg si Shaberi ckp, pasal vanuezela, iran, norway, ireland.. sungguh tak adil banding mesia ngan negara2 tu (dan itu mmg benar….)

    si Shaberi plak tak habis2 dok ulang benda yg sama… lagi2 venuezela, iran…. hmm..dah takde negara lain agaknye nk ckp… itu je kot yg dia tahu…siap cakap dia baru balik venuezela lagi….ntah ape kejadahnye dia pergi situ? nk kaji knp harga minyak kt sana murah ke? hehehe…

    dan paling bodoh sekali ialah NC UUM, boleh dia tanya ape kaitan IPP dlm isu minyak… mana la akal dia selaku NC sebuah universiti yg melahirkan ramai cendiakawan ekonomi di malaysia…. simple rule maa… kalo dah ade kaitan ngan letrik, mestila ade kaitan ngan minyak dan gas….. adoi pak menteri pak menteri…. dah tu org suh tanya soalan, dia boleh plak bagi kaunseling kt si Anwar…. bagus jugak, sekurang2nye tak payah Anwar nk kena jawab soalan bodoh… dpt lak 4 minit masa terangkan lagi mekanisme dan ketirisan dan kebocoran yg berlaku dlm pengurusan kerajaan….

    secara kesimpulan mmg ketara keberat sebelah perdebatan semalam… ape pun tahniah kpd Anwar kerana dpt memberi fakta yg bernas dan dlm masa sama mampu menangkis serangan peribadi ke atasnya tanpa membalas serangan kotor itu… kpd Shaberi pula, jgn la terlalu ikut perasaan dlm berdebat dn berfikirla secara terbuka….

    mungkin kerajaan perlu mengambil inisiatif atas ape yg telah dikatakan oleh Anwar sekiranye masih mahu memerintah. Anwar sudah tunjukkan jalan bagaimana krisis ini dpt dielakkan dan jika kerajaan masih tidak menimbang idea itu tanpa memberi penjelasan kpd rakyat mengapa ia tidak boleh dilaksanakan, nescaya rakyat akan marah…. bak kata akhir Anwar, malaysia akan mengalami kemelesatan ekonomi sekiranye keadaan ini berterusan…

    p/s: jika dpt saksikan ulasan debat siaran Astro Awani (ada 2 siri) pastinye, rakyat faham ape yg diingini oleh fomca, pensyarah analisis politik dari UKM dan datuk salleh majid.. dan 2 org panel dlm atma asia awani…

    sekian.. hidup rakyat malaysia….

  9. Hamba ALLAH(Khidmat negara'pLkn)

    Maaf…not,jut,but just…tabk is acelly,tak

  10. sokong ape yg atasinchi cakap 🙂

  11. Kesian dato’ shabey.. bercakap smp berbuih-buih mulut tp isi kosong. Bibir dia pun aku tgk makin tebal. Dia hentam anwar tp dia yg merah muka. Org tanya lain dia jawap lain.. ini la pemimpin skrg.. dah jelas kebodohan

  12. AbangTuah

    Kalau turun RM0.50…alamak…rebat tak dapat le…aku baru nak mod guna

    HYDROFUEL…ehhh…HYDROFEUL…ya..HYDROFUEL…fasal apa depa ni tak fikir ya…wang rebat tu tambah sikit lagi jadi RM2000.00 bagi sekali sahaja pada setiap kereta yang ada geran untuk dipasang HYDROFUEL. Atau semua kereta hantar pasang HYDROFUEL..dan syarikat tersebut buat tuntutan pada kerajaan.

    Bagi pinjaman RM200 juta wang dividen petronas agar Syarikat Hydro fuel boleh buka di seluruh Malaysia…3 bulan lagi problem solve…jimat 50%…dan syarikat Profesor Melayu tu pun tumpang tuah…ehh..mengarut betul theory aku ni.

  13. atasinchi

    Abang Tuah..
    aku sokong juga apa yg ko cakap…
    sorang dok sibuk nak turun harga minyak..
    sorang lagi dok sibuk nak kayakan kroni..

    senang citer, kite sbg rakyat kena pandai carik alternatif lain tangani krisis myk ni…

    pki ngv ke, hydrofuel ke dan ape2 yg seangkatan dgn nye…

    baik punye cadangan bg pinjaman kt sykt hydrofuel utk inject modal supaya penggunaan hydrofuel meluas… jimat dapat ke rakyat…

    kite senang, sykt tempatan pun makin senang, so taraf hidup dpt ditingkatkan…

    tapi awas…. itu bukan agenda utama kerajaan malaysia dlm menangani krisis ni…

    spt ape yg Anwar telah dedahkan, kebocoran dan ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran sebenarnye agenda utama pucuk pimpinan di atas…

    mengkayakan diri dan kroni sblm 2010, itulah motto sebenar mereka…

    yg kesian kite dan juga semua pak menteri aka pak turut di bawahnye…

    isu rebat tunai, pasti semua dh tahu knp pos malaysia menjadi pilihan utk jadi perantara…. =>kroni

    isu myk plak… cube bygkan, kalo semua guna hydrofuel, pastinye keuntungan petronas akan merosot… kesannye, cukai dan segala jenis dividen dan pemberian akan turut kurang…
    jika ini berlaku, mereka di atas sedar bhw, negara pasti akan kurang duit…. sbb petronas adalah penyumbang utama ekonomi malaysia…
    malaysia kaya, kerana petronas…
    sbb tu depa kt atas tu tak galakkan guna alternatif lain….abis2 depa suh ubah gaya hidup…. guna public transport…

    alasan kenaikan myk sebenarnye bukanlah 100% disbbkan kenaikan global… tetapi sbb kerajaan dah takde duit…
    nak cover mcm2 projek yg bungkus…. nk cover kroni… pampasan yg tak sepatutnye (kes jambatan bengkok)… dll lagi pampasan….

    byk kalo nak ckp kan…. aku mmg bukan sokong mana2 pihak… cume aku sokong idea yg boleh tolong rakyat hidup tak susah….

    tak perlu nk guling ke nak pertahan ke…ape yg penting rakyat perlu dijaga kebajikan mereka… kerana rakyat berkuasa dlm menentukan hala tuju sebuah negara….

    p/s: aku tertawa melihat reaksi penyokong Shaberi menyorak ape yg Shaberi cakap (walaupun tiada fakta, hanya mitos dan serangan peribadi), adekah mereka suke harga myk tinggi dan tidak mahu harga minyak diturunkan?

    sape berani jawab?

  14. kesian aku tengok sobrichik tak ada modal.perasan boleh lawan anwar.tapi otak dungu lain ditanya lain di jawab.sobrichik mewakili semua pemimpin UMNO. otak kering jadi pilihan jadipemimpin supaya cepat terlingkup malaysia. puak umno lagi ngong dok tepuk seronok walau malaysia tergadai..sian sian…

  15. shabery menang sorak,anwar menang fakta.Tiga suku orang suka shabery sebab pandai mengata2 tanpa fokus pada tajuk debat.Namun begitu,rakyat Malaysia dah pandai pilih pemimpin yang baik….hanya Barang Naik sinonim dengan pemimpin BN.

  16. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Atasinchi, AbgTuah, saya suka idea hydrofuel tu. Persoalannya bila rakyat boleh gunakan bahan baru ni? Cuma kalaulah betul-betul boleh jalan 20km bagi setiap liter dengan tak payah modified enjin kereta/motor pun pastu boleh pula jadi gas memasak rasanya takda rakyat yang nak guna minyak petrol lagi.

    Masalahnya, kos untuk memproses minyak yang dicampur dengan 50% air plus additive rahsia tu murah ke? Berapa harga satu liter? Saya memang tak pernah jumpa dan tak pernah guna minyak ni. Silap-silap dia punya harga kurang lebih je, cuma kita dapat manfaat fuel propertiesnya saja. Yelah.. mengurangkan pencemaranlah, bagi kurang bisinglah, pertingkatkan hayat enjinlah dan bermacam-macamlah kebaikannya lagi tanpa ada satu pun keburukan ataupun consequencesnya – (satu lagi keajaiban dunia)
    Kalau minyak tu acidic, tangki kereta kita tu boleh tahan ke untuk beberapa tahun? Berapa pHnya?
    Maaflah kalau saya ni kolot sangat, cuma nak tahu je…:P

    Atasinchi,

    Satu-satunya orang yang suke sangat harga minyak tu tinggi adalah orang yang gali sendiri telaga minyak, pastu dia sendiri yang proses, pastu dia juai. Mana ada orang yang nama dia pengguna dan pembeli sengaja-sengaja nak bayar lebih! Buang tebiat apa? Pak menteri kita tu pun beli juge. Kalau dia tak beli pun bini dia beli, anak dia beli, makbapak dia beli, adik abang dia beli, ipar dia beli, sedara dia beli, kawan baik dia beli. Apa punya bangaunya dia ni yang nak pelingkup taulan dia sendiri, suke harga minyak tu naik? Dia pun tak suka, cuma kalau kat dia ada kelebihan hanya elaun minyak je.. lain takde la.. Ini adalah keputusan menteri dalam kabinet yang diorang dah buat meeting sebelum naikkan harga minyak. Ada sebab-sebabnya kenapa dinaikkan orang yang dalam meeting tu lebih faham, fikirlah kalau kita ada ikut sama duduk kat dalam tu saya rasa tak kan ada yang menggeleng!
    p/s: Ada lagi rakan lain yang akan jawab soalan sedara..tunggu yek!
    Wassallam.

  17. SYed OxFOrd uni

    Kesian betul aku tengok si shabery tu….. tu laa… belajar tinggi-tinggi, bodoh bertingkat-tingkat… DSAI tanye lain, dia duk jawab lain. Kalau paklah tak suruh dia letak jawatan, aku rasa paklah pun sama tahap cam dia gak….

    ape nak jadilah dengan UMNO kita sekarang ni yer… aku rasa cam kurang dah keyakinan kat parti kita ni.

  18. Apai Ngelai

    Salam Syed oxford uni,

    Saya tak fahamlah kesian awak tu kesian apa?
    Kesian kat dia betul-betul lepas tu kutuk pulak! Kalau nak kutuk, janganla bagi kesian kat dia…blasah jer la.. Tak pasai-pasai awak kaitkan lagi orang lain yang takde kena-mengena dengan debat tersebut dalam kutukan awak.

    Saya sebenarnya lagi kesian tengok DSAI tersenyum terkulat-kulat masa disindir.. Yelah, dari cerita terbaru yang diungkit sampailah ke sejarah silam dia orang korek. Macam tu teruk kena bedal, dia tenang je walaupun diasak pedih dari Shabery tu. Kat dialah kita patut kesian. Janganlah awak letak kesian awak tu kat salah tempat pulak.

    Saya pernah baca AbgTuah punya komen, dia kata dia pilih pemimpin/parti yang paling baik walaupun bukan yang terbaik sebab tak ada manusia yang perfect dari semua sudut dalam dunia ni. Bagi saya itu ayng paling tepat. Kita bukan nak memb**i buta sokong parti atau pemimpin yang cuma elok dari satu sudut sahaja, tapi dari keseluruhan sudut. Dari kemampuan kepimpinannya sampailah kepada gaya bahasa pertuturannya. Semuanya diambil kira. Paling kurang pun kira average semuanya tapi elok. Bukannya jenis yang sangat bagus kat satu dua hal tapi kantoi kat hal yang lain. Itulah maksud AbgTuah. Jadi pemimpin ni bukan senang, Dr Mahathir yang banyak buat jasa kat negara pun kena kondem ngan orang juga. Kalau tak kerana keputusan dia tu, kita dah pakat utang kat penyangak dulu.

    Macam tu jugalah dengan memilih parti ni. Kita ambik yang paling baik walaupun bukan yang terbaik. Cuba kasi itu malaysianMalaysia punya parti memerintah..! Entah esok anak-anak kita semua berkumpul bermastautin kat umah flet, itu je yang mampu dibeli pasal tanah dah habis kena bolot, tak ada kawalan. Diorang ni suma kaya belaka.
    Azan pun silap-silap kena balik pakai beduk, macam zaman tok nenek kita dulu sebab microfon dah kena banned kat masjid – kena bagi sijil ‘Noise Contamination’ control (siap ISO) oleh puak kaafiruun. Nak?

    Kita juga inginkan parti yang paling bagus untuk memerintah negara. Cakap, sapa yang tak nak? Tapi tengoklah, parti alternatif yang ada. Berlari pun kejap jatuh kejap terpelecok, macam mana nak sepak bola? Kita juga inginkan perubahan dalam pentadbiran negara, tapi kita tak naklah memperjudikan masa depan kita semua. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak mengundi muka boleh kendur.. pasai nyesal ooo..
    Apapun, cakap banyak tenyeh orang tak guna, sebab samalah macam anjing menyalak bukit. Tunggulah…gunakan peluang mengundi anda sebijaknya bila tiba masanya kelak.. pangkah mana yang patut! – Parti bebas Pagar.

  19. AbangTuah

    Salam saudara Apai Ngelai…

    Sebenarnya kawan tahu dari berita TV 3. Kawan ada check kat internet “HYDROFEUL”, ada talipon, fax number dan alamatnya…webnya pula belum siap. Kawan kalau tahu lokasinya diSelangor tu teringin nak gi pasang…dengar kat TV basic RM1+++.00 jimat 30% manakala advance RM2+++.00 jimat 50% pengunaan fuelnya.

  20. atasinchi

    hehe….apai gilos babas lu punye soklan…
    details sungguh, sampai pH pun lu nk tahu…
    bab tu, aku kurang arif lagi, masih dlm peringkat pengkajian, myb apai leh dapat dlm internet…
    tapi mmg jimat la banding kalo guna petrol (kt malaysia je la, kalo kt venezuela myb guna petrol lg jimat…hehe)….

    mmg btol ape apai kata, depa sume dok angguk je tak geti nk geleng…depa tak sayang kat parti lagi, depa cuma sayang kt diri sendiri, sbbnye bila depa angguk kepala parti akan suke, bila ketua parti suke, cerah la masa depan dlm parti… kalo depa geleng, ketua parti tak suke, maka gelap la masa depan mike dlm perti…

    sbb tu aku kate skang, dah takde semangat sayangkan UMNO mcm org dulu2… tgk mcm onn jaafar, seorang yg berfikiran jauh.. dia dah nampak kepentingan UMNO utk bersatu ngan org bukan melayu sbb tu dia tarik diri (walhal time tu dia ketua parti) dari UMNO sbb org UMNO tak setuju dan tak nampak ape yg dia nampak… bila onn jaafar tubuh parti baru yg ade campuran bangsa, baru UMNO sedar dan nampak kepentingannya dan time tu la baru perikatan ditubuhkan…

    UMNO skang dah jauh menyimpang dari UMNO dulu… semua skang dlm UMNO sibuk nk kayakan diri sendiri… knp masuk UMNO? sbb nk senang nk dapat tanah, senang nk dapat itu ini…. kalo tak masuk, susah nk dapat…. itulah mentaliti org melayu skang….
    knp tubuhkan cawangan UMNO dlm kawasan perumahan baru? sbb senang nak dapat bantuan dari kerajaan. ape, kalo tak tubuhkan cawangan UMNO, takleh dapatkan bantuan ke? kalo macam tu maknanye, kerajaan skang ialah kerajaan yg ade diskriminasi… kalo kaw tu bukan kaw UMNO/BN, biaq pi la depa susah.. lagu tu ke? itu ke matlamat UMNO/BN?… pikir balik la….

    macam aku cakap, aku mmg bukan org kuat mana2 parti… tapi aku suke bbrp org pemimpin yg mampu mengubah hidup org malaysia spt onn jaafar, tun razak, tun mahathir dan Anwar sendiri… walau aku kate aku suke anwar tak bererti aku org PKR… aku suke cara pemikiran mereka2 itu… mereka2 adelah org yg mampu pikir lebih jauh…

    panjang gak la kali ni aku tulis…hehe…apepun aku rase amat sayang(kesal) tgk keadaan UMNO skang… semuanye spt pak turut, tiada muzakarah dlm parti, kalo ketua kate A, yg bawah pun dok sorak A, walau hakikatnye masing2 tahu A itu tak betol….

    UMNO skang dah mcm sarkis… bak satu adegan dalam filem pendekar bujang lapok arahan tan sri p. ramlee (sila ke web ini utk melihat http://www.youtube.com/watch?v=hFxO7DWqghM) pasti ramai yg dah lihat adegan itu… mungkin btol ape yg dikatakan dlm dialog oleh sudin itu…. mungkin itulah UMNO yg sebenar…

    wallahualam….

    hidup rakyat malaysia, hidup melayu……

  21. lin

    sapa lantik shaberi jadi menteri penerangan..sian
    lain ditanya..lain yg dijawab

  22. zombi_kampungpandan

    Salam,

    Utk orang Melayu ketawa, bertepuk dan bersorak didalam dewan debat tempohari memang mempunyai agenda yang tersendiri baik BN mahupun PR.

    Walaubagaimanapun, berbalik kpd sejarah orang Melayu yg banyak sangat berhibur, bersorak, bertepuk dan ketawa sampai terkentut-kentut mudah lupa akan tanggung jawab sebagai anak melayu yang sepatutnya islam.

    Apa agenda orang melayu nak jatuh kan melayu sebab orang melayu yang jatuh menguntungkan orang bukan melayu. yang semua orang tengok shaberi dan anwar tu mereka semua dah cukup duit, yang melalak, melaung, bertepuk org yang masih tak berduit…. so balik buat kajian dan muhasabah diri dan bukan mubasah diri kat luar luar yg tak perlu sbb kalau org islam menjatuhkan org islam itu apa namanya…….

    BN ni pun satu pilihlah org yang betul-betul boleh lawan DSAI, setakat Shab tu mana ada sewaktu denganya.

    Satu lagi PR (Wan Azizah) yang dipimpin oleh DSAI kenapa nak jatuhkan Pak Lah atau undi tak percaya sedangkan kiri dan kanan wan azizah orang bukan melayu yg sepatutnya islam, kalau berjayalah tempohari PM – DSAI TPM – Lim KS TPM 2 – Karpal dan menteri kanan yang bukan melayu ramainya beeb……….tak tahan nak tengok……

    Ahli kabinet kita korang tengok majoriti org melayu islam…….. jangan nak cakap menteri shj yang guna duit kerajaan ramai lagi termasuk DSAI, Wan Azizah, Karpal S, LKS , ahli majlis PBT sebab mereka pandai cari peluang so….korang cepat-cepat cari dan rebut peluang yang terbuka luas di Malaysia ni jangan banyak cakap buat orang lain tak tolong korang sebab pemimpin tak kenal kat korang semua, kau melalaklah macam manapun…..usaha korang sendiri baru korang dapat kerajaan tu hanya simbolik shj, korang kena usaha……..janji malaysia tetap dibawah pemerintahan melayu islam.. hendaknya….

  23. ada ker cerita nak buat debat isu pungkok memungkok pulak … bahaya jangan buat harus

    P/s kena sorokler TV teman , teman ada anak ooi , teman tak nak jadi macam ema yang syok pulak cerit pasal pungkok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: