Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.

Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

muhyiddin yassin and najib and umnoNajib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

“Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,”katanya.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

“Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan

“Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah…,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, jika muhuiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.

Usul tidak percaya

Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.

“(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.

Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.

“Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India,” kata Dr Mahathir.

sumber malaysiakini

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib

  1. Salam,
    TDM cuma cubit anak dan mendodoikan anak pulak!.TDM tahu yang paling layak memimpin negara ini adalah Dato’Najib,kerana beliau telah dilatih dan asuh olehnya semua ilmu pemerintahan yang diperlukan oleh seorang pemimpin.Oleh kerana Najib sentiasa dibayangi oleh yang lebih tua susah beliau nak pertonjolkan kewibawaannya sebagai pemimpin.Tan Sri Muhyiddin adalah seorang pakar ekonomi yang praktikal yang berwibawa tinggi seperti Tengku Li!.Tan Sri juga seorang yang mudah menyesuaikan diri dalam semua keadaan politik!.Beliau tidak mempunyai musuh politik seperti Dato’Najib kerana caranya sesuai untuk menjadi pemimpin UMNO dan boleh survive dalam keadaan Umno sekarang.Cuma pendedahan untuk membimbing Negara dan perlu masa!.Memimpin parti dan memimpin Negara dua hal yang berlainan.Selalunya pemimpin parti yang baik selalunya gagal memimpin negara.TDM juga sama dalam perkara ini.TDM pernah menjadi negarawan yang ulung didunia tapi sayangnya telah mencipta ramai musuh dalam parti dan kini telah hilang kredibilitinya sendiri apabila cuba nak menonjol dalam parti dan dalam negara.Beliau seharusnya lebih tumpukan masa yang ada ini untuk politik antarabangsa dan masalah-masalah global daripada bergiat aktif dalam politik tanah air!.Apabila tahap kita dah tinggi janganlah turun bawah dan kadangkala pendapat kita akan meleset dari pandangan kita sendiri!.Perkara ini sama juga berlaku Pada TAR pada suatu masa yang mana beliau telah dikecam hebat apabila cuba menonjol dalam politik tanah air!.TAR diseggani oleh semua Negara-negara Islam didunia sehingga namanya lebih terkenal dari Negara Malaysia sendiri.Mamak sendiri semasa melawat negara-negara Islam di rantau Afrika tidak langsung kenal nama Malaysia tapi sebut saja Tungku Abdul Rahman mereka mengenalinya!kerana beliau adalah setiausaha OIC pada masa itu!.Kegiatan dalam dakwah melalui PERKIM amat disanjung tinggi oleh negara-negara Islam pada masa itu!.Mamak harap yang dikatakan pejuang-pejuang PAS perlu mengambil ikhtibar dari TAR untuk mengembalikan semangat Islam Antara bangsanya dan bukan hanya jadi ayam bertelur sebiji dan rioh sekampung!.

    Walau apa pun kita terimalah kedua pemimpin ini secara hati terbuka supaya janganlah berlaku perebutan kuasa yang lebih-lebih yang cuma menambah keperitan UMNO yang sedang berlaku!.Kalau ada rezeki tak akan kemana rezeki itu!.Nescaya kerjasama diantara pemimpin akan gahkan lagi kewibawaan parti dan negara!.Wassalam.

  2. simple..

    ada baiknya Tan Sri Muhyiddin bertanding sebab btl kata Dr M sokongon padu pasti diterima oleh Tan Sri berbanding dgn Dato Najib… bcoz Tan Sri mempunyai imej yg bersih dikalangan rakyat & ini dapat meraih kembali kepercayaan rakyat yang selama ini kecewa dgn kepimpinan pak lah yang terlalu lemah sehingga mengakibatkan rakyat kecewa & beralih pd pembangkang… Kita tentu sedar pembangkang hanya meraih undi protes dari rakyat pd PRU12 dahulu yang mana kesannya UMNO berpecah belah & hak2 org melayu terhakis…So untuk memantapkan UMNO kembali perlula ada perubahan diperingkat pucuk pimpinan… Selami kehendak rakyat bukannya mengutamakan kepentingan peribadi.. Jgn pandang rendah pd keupayaan Tan Sri Muhyiddin hanya krn beranggapan beliau x cukup berpengalaman… Kita beri peluang dulu baru kita nilai… Knp Pak Lah boleh diberi peluang disaat2 kejatuhan Anwar Ibrahim tetapi Tan Sri Muhyiddin x diberi peluang yg serupa… Pak Lah ketika mula2 menjd PM dulu pun berimej bersih sehinggakan BN menang besar dlm PRU11 tp bila corak pentadbiranya yg lemah sentiasa dikritik maka rakyat hilang keyakinan pd PRU12… So mahukah kita terus membiarkan rakyat menolak BN pd PRU akan dtg??? Andai setiap pemimpin syg kan bangsa & agama renung2kan lah apa yg terbaik buat rakyat terutamanya ahli2 UMNO yg setia….

  3. penyapoo

    aku org johor, tp aku tak minat btol dengn muhyidin ni, tak sokong langsung

  4. an jeng

    anyone knows the answer ??????
    why mahathir dislikes badawi ?
    why mahathir likes najib ?

    will an angel unite and support a devil ? no, right ?
    bcoz …only a devil will stand behind a devil. a devil will only say the other devil ios doing right and good…ha ha ha …

    do u know why mahathir frame bro anwar in the “liwat/sodomy case” ???
    bcoz mahathir was afraid that bro anwar might liwat/sodomy mahathir for his misuse of malaysian people money in the court.so b4 that happens, mahathir liwat/sodomised bro anwar with the police help.

    just simple as that.

    and today mahathir says himself that ” this men..can even convince the devil to follow him” by refering to bro anwar.what is this la mahathir ???? whole of malaysia respected you… while…but now you your self now admitting that you have framed bro anwar to protect yourself. mahathir sucks la .

    dont you being a moslem have a fear of GOD ???

    will you there stand in the judgement day to answer the LIVING GOD ???? of your misdoings while you given an authority to govern the land ???

    the exam is coming soon for you…pls get ready your answers to pass your self ….ha ha ha …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s