Kritikan Hadi pada Anwar, DAP

Pemuda PAS menyifatkan pandangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam wawancara minggu lepas sebagai isyarat kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat “agar tidak menimbulkan masalah” kepada PAS.

“Kita bersetuju dengan kenyataan presiden PAS dan ia juga sebagai satu isyarat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PKR dan DAP agar tidak sekadar meraih populariti bukan Islam yang akhirnya akan merugikan orang Islam itu sendiri.

“Jangan buat sesuatu yang yang menimbulkan masalah kepada PAS (sebagai parti Pakatan Rakyat) dari luar dan dalam,” kata satu sumber yang dekat dengan Dewan Pemuda.

Kata sumber, insiden-insiden yang boleh meresahkan PAS termasuklah keengganan wakil rakyat DAP memakai songkok dalam persidangan Dewan Undangan negeri Johor dan perbincangan berhubung soal kebebasan dan hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru.

“Jangan tumpu sangat (pada isu-isu itu), nanti orang Melayu marah,” kata sumber.

Menurutnya, beliau tidak mahu hubungan PAS dan Pakatan Rakyat menjadi renggang.

Sumber itu menambah, berharap agar Pakatan Rakyat sama-sama menghormati antara satu dengan lain berhubung dasar masing-masing.

“Dalam soal Melayu dan Islam, kita (PAS) tidak kompromi. Kita bela habis-habisan,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau bimbang dengan perkembangan dalam parti PAS sendiri kerana mulai wujud suara-suara memprotes bentuk kerjasama dalam Pakatan, misalnya isu konsert Mas Idayu dan Ella dan kontroversi kumpulan punck rock Carburetor Dung di stadium Kelana Jaya, minggu lalu.

“Ahli-ahli PAS melihat PAS tidak tegas dalam soal Melayu Islam. Kalau PAS tak tegas, orang lain tambah lagi,” kata sumber tersebut.

Beliau berkata demikian setelah melihat adanya suara-suara kelompok yang dianggap beraliran konservatif yang mencari alasan untuk mendapat ruang dan menguasai parti daripada perkembangan terbaru dalam pembangkang.

Katanya, penguasaan kelompok ini akan menyukarkan kelompok yang digelar “pro-engagement” terutama sekali dalam Dewan Pemuda yang dilihat lebih terbuka.

“Kita tidak mahu kelompok konservatif (sebahagiannya dalam Dewan Ulama)  mendapat balik sokongan ahli-ahli PAS,” tambah sumber itu lagi.

Menurutnya, beliau difahamkan ada ura-ura untuk memperkasakan Dewan Ulama dan ia akan dibincangkan dalam muktamar PAS bulan depan.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS juga menafikan adanya perundingan antara parti dengan Umno bagi menyertai BN demi membela dan mengukuhkan orang Melayu.

Ketegasan dewan tersebut, yang diketuai Salahuddin Ayub, dinyatakan dalam mesyuarat mereka pada Sabtu lalu.

Menurut sumber, Pemuda PAS tetap komited dengan pendirian berada dalam Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha pimpinan PAS untuk bergabung dengan Umno.

“Kita berasal kesal dengan rakan-rakan dalam PKR yang menganggap PAS tidak boleh dipercayai. Kita sudah lama bertanding dan tidak semudah itu untuk kita bekerjasama dengan Umno,” kata sumber.

Katanya barisan anggota exco dewan itu sepakat menolak bekerjasama dengan Umno.

“Ahli PAS tidak dapat menerima jika PAS bekerjasama dengan Umno,” kata sumber.  – malaysiakini

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Kritikan Hadi pada Anwar, DAP

  1. Anak watan

    Susah nak percaya Hj. Hadi cakap camni sebab pengulas yg guna lambang UMNO terbukti selalu menabur fitnah semata-mata. Jangan lah nak jadi hero Melayu. Apa kamu dah buat dgn melayu kelantan dan melayu terengganu bila kamu hilang kuasa. Kamu cuma bantu melayu UMNO aje. Nak bantuan kene isi borang UMNO dulu ape kamu tak takut ke dgn ALLAH? Menangilah hati melayu. Kami rasa tak ade beza UMNO perintah atau CINA INDIA sebab hidup seharian camtu juga

  2. Salam,
    Anak watan kamu ini, tak percaya pengulas lambang UMNO?.Memanglah kerana kamu ini dan puak kamu memang telah terlalu taksub dengan parti engakau orang!.Janganlah masuk blog orang semata-mata nak cari kesalahan!.Kadangkala orang macam kamu ini buat je rumah dekat dengan markas hampa supaya tak payah dengar dan pandang parti lain selain dari parti kamu!.Inilah dikatakan cara baru ‘Suluk Politik’ yang mengasingkan diri dari politik selain parti PAS!.Lepas itu kamu semua boleh ‘naik roket dan boleh sampai ke bulan’tak payah belanja besar!.roket itu DAP lah!….yang satu parti lagi; lambangnya pun amat lucah…simbol pun pilih macam lubang d@#%&!!!!!ha..ha..ha!!! wassalam.

  3. Angela

    Sejak bila Melayu dah jadi macam ini?

    Tak malu ka? Kamu lebih baik bersatu, bukan berpecah. Kamu tidak rasional. Kamu sanggup berpecah dan membuat pakatan dengan musuh. Itulah kebodohan kamu. Padahal kalau kamu semua bersatu, bangsa lain takut dengan kamu dan Islam.

    Selagi kamu berpecah, kamu yang rugi. UMNO tu Melayu Islam, PAS tu Melayu Islam – kenapa tak bersatu. Tuhan kamu tu tak sama ka? PAS ada tuhan sendiri ka? Tuhan UMNO tu tak sama dengan Tuhan PAS ka?

    Sejak bila DAP tu sembah Tuhan yang sama dengan Tuhan PAS?

    Orang PAS ni sungguh bodoh, mereka lebih suka DAP. Bodoh lah tu.

    Tak guna cakap dengan orang bodoh. Buang masa. Nanti bila Melayu dan jatuh, bangsa lain perintah, baru kamu2 semua nak sibuk?

    Kamu semua bodoh. Lebih baik kamu bekerjasama dengan UMNO. Mereka sebangsa seagama, dan se TUHAN dengan kamu.

    Hai orang2 PAS, sedarlah kamu sebelum bangsa Melayu itu dihapuskan! Kalau UMNO jatuh, kamu semua orang Melayu semua jatuh sama.

    Itulah bodohnya orang PAS, tak ada hotak lah.

    AL

  4. HAMBA

    KESIAN AKU KAT ANGELA…PANDAI2 CAKAP PAS MACAM TU.WALAUPUN AKU NI UMNO TAPI AKU ADA OTAK YANG WARAS UNTUK BERFIKIR DARI MEMBUAT PANDANGAN SEPERTI YANG ITU..MEMANG BENAR UMNO DAN PAS PARTI ORANG MELAYU (ISLAM). TETAPI DARI SEGI PERLEMBAGAAN PARTI, PAS MELATAKKAN ISLAM ITU SEBAGAI DASAR PERJUANGAN SEDANGKAN UMNO HANYA BANGSA. SOALNYA IALAH ADAKAH UMNO BERSEDIA UNTUK MENERIMA PERUBAHAN INI? BERSEDIA UNTUK MENERIMA ISLAM SEBAGAI PANDUAN PEMERINTAHAN? INGATLAH NABI S.A.W TAK PERNAH MELETAKKAN BANGSA SEBAGAI ASAS PERJUANGAN APALAGI PEMERINTAHAN. BANGSA MELAYU AKAN LEBIH TERSOHOR JIKA NUR2 ISLAM SEBENAR DIPRAKTIKKAN SEBAGAI ADDIN. ITULAH YANG UMNO GAGAL SEMENJAK MERDEKA SEHINGGA SEKARANG. JANGAN SALAHKAN SESIAPA TETAPI KAJI KESILAPAN DIRI SEBELUM MENUDUH ATAU MELETAKKAN KESALAHAN PADA PAS…SALAM…

  5. AbangTuah

    Salam…
    Terperanjat kawan apabila ANGELA seorang bukan Islam faham bahawa melayu perlu bersatu…sebabnya satu bangsa dan satu agama. Terima kasih ANGELA..malu kawan pada dia ni.

    UMNO memperjuangkan Bangsa dan Agama…bohong sekiranya mengatakan UMNO tidak berjuang untuk agama. Kau ni UMNO sesat ke HAMBA….haramm betul kau ni..kalau datang musuh Islam kesini segagahmana pun..kalau tak berduyun UMNO keluar berjihad, “biar putih tulang jangan putih mata” itu janji hamba…itu janji kami….itu janji UMNO…PAS kawan tak janji keluar berjihad….

    Sahabat semua….sekupangdua, brokuntakinte,MOK,Ajilan,yeop kk, Mamak Haji dan sahabat yang lain naik betul semangat juang melayu kawan….ada pula melayu yang masih tak mengerti perjuangan UMNO sebenarnya…kasi tenyeh…penyamar yang PAS bernama HAMBA ni…cisss…kurang ajar…

  6. Yeop KK

    saudari angela
    sebagaimana perasaan abang tuah begitu juga dengan diri saya. inilah kali pertama saya bertemu dengan bangsa yg tidak sama dan agama yg berlainan memberi komen tentang perpecahan kaum melayu pada masa ini. saya turut malu dengan bangsa yg lain.

    untuk makluman saudari angela, memang umno dan pas adalah kaum dan agama yg sama tetapi mempunyai idologi yg berbeza tambah pula lagi dengan kemunculan parti pkr.

    parti umno memperjuangkan agama islam dan melayu tetapi tidak melupakan bangsa lain yg ada didalam negara ini mengikut ajaran yg sabenar yg terkandung didalam al-quran. sekian lama umno bertapak, tidak pernah menindas bangsa lain saperti didakwa beberapa pihak yg ingin melihat sesama kita berpecah diantara kaum.

    lain pula dengan parti pas yg melaungkan perjuangan islam. tidak saperti umno, pas sentiasa menipu orang ramai dengan nama islam untuk kepentingan politik mereka. saudari lihat sejak kebelakanggi ini mereka dengan mudah menukar prinsip asalkan mereka dapat bertahan walaupun prinsip itu bercangah dengan matlamat asal mereka. pengikut-pengikut yg taksub pula umpama saperti dipukau, mereka tidak dapat menerima realiti yg sabenar.

    pkr pula lagi teruk, mereka ini puak pengacau. mereka tidak memperjuangkan agama dan bangsa. apa yg diperjuangkan hanyalah sematamata hendak melepaskan ketua mereka sahaja.

  7. mok

    A..kum.
    Hamba.. licik betul awak yer. Nak bantai Angela secara direct.. takut saham Parti awak jatuh.. Ada takde, menyamar jadi UMNO, sebagai platform untuk membela.

  8. baru satu angela. belum 10 angela.
    angela tu siapa?
    angela tan, atau angela kupusamy?atau angela ali?
    melayu islam tu..melayu ke?
    saow matang melayu tu..islam ke?

    pendirian manusia, ter gantung kepada ..”apabila kepala nya di hantok ke tembok..” atau, bila di bentak depan muka..artinya, selagi tidak sadar diri, selagi tu lah berkhayal. Islam tak sebaik mana pun dari agama lain, 1.raja arab jual mnyak mahal. 2.akhirnya tunggu isa eleihisalam turun sedangkan isa itu di kepala kan sebagai jesus kristian.

    konklusi saya lah..tuhan?ada dalam diri masing masing. ada di mana mana pun. justeru, jika otak tak digunakan untuk ke tuhanan (bukan ketuanan ya) maka manusia akan jadi binatang.

    mana mana parti pun bagus, ideologi sendiri. yang harus diperjuangkan ialah, manusia yang di malang kan, dan mereka tidak di bantu, mereka berdiam diri, mereka menyepi dan SATU HARI NANTI, mereka dan cucu cicit mereka akan bangun, wakyu itu?tiada siapa akan dapat halang mereka, sebab mereka perNAH dilupakan. mereka lebih bahaya dari mana mana politik pun, sebab mereka ada pendirian mereka sendiri. Study lah kes di Brazil ?

    menjawab kpd angela(apa?) ya..cam ni lah, bagus kritik orang lain..apakah boleh kita pegang dua tangan di meja pidato, dan berdebat tanpa angkat tangan?..apa kah homework untuk kritik orang lain sudah cukup sempurna? sekadar bertanya.

    macam ni..sorang yang dah melalui jatuh bangun, dia akan hadapai jatuh bangun sekali lagi..dan dia kan dapat tafsir kan jatuh bangun mana yang lebih sakit dan bagaimana cara nya nak sembuh cepat..itu nama nya shortcut. Politik?is business. macam belajar marketing. Nak hidup, nak dibayar gaji. macam bungkusan packaging coklat. Tapi jika serbuk Milo di letak dalam tin Dumex, pasti pengguna tahu penipuan tu.

    So, angela ni siapa?

    malaikat supaya orang lain berpikir?

    apakah saya sudah berpikir?

    maaf jika saya sinis di atas, dan roger and out.

    nice website UMNO?..good, kami boleh dukung, dan kami boleh tolak. Why Not?

    KYB.-8 Paris

  9. foxson

    minta maaf,saya ada pandangan sikit tentang malaysia ni…saya rasa malaysia lebih bagus lagi diperintah oleh PAS dari diperintah oleh BN…UMNO hanya bantu orang2 melayu yg kaya..tapi PAS bantu orang2 yang miskin tak kira bangsa,kalau tak percaya sila pegi kelantan..minta maaf kerana mungkin meyinggung perasaan orang2 BN.

  10. Apai Ngelai

    Salam Foxson,

    Saya rasa tak ada yang salahnya, jika keduanya sanggup bersatu.

  11. Wirawaja

    Foxson,

    Betul ke UMNO hanya bantu orang Melayu yang kaya? Orang PAS yang kaya tu bukan ke dari hasil usaha dan dasar-dasar pimpinan kerajaan BN?

    Yang pelik ialah kenapa ramai orang Kelantan bertaburan di negeri lain? Kalau dah dapat bantuan dari PAS mengapa pergi tempat lain?

  12. pemerhati

    kebnyakkan org kelantan pandai2 jwtanya semua penting2 kalau tak ada diorg ni semue negara kita yg diperintah Bn ni pun lagi tak maju…

  13. puncak

    Orang melayu umno berpolitik penuh taksub…pemikiran mereka masih statik dan memuja pemimpin mereka.Didalam UMNO budaya mengampu (hipokrit)menjadi rautin sehingga membawa mereka ke ambang perpecahan yang kritikal di kalangan pemimpin mereka.

  14. tubir

    Apa kurang nya dengan pas,dap ,pkr kenapa mesti umno saja yang dicanangkan….kenapa takut sangat dengan umno?
    Memang orang umno taksub dengan parti melayu tertua dimalaysia .Tapi sayang ramai orang melayu dah lupa diri …….banyak yang umno buat untuk orang melayu sampaikan seluar dalam pun umno belikan ….tak caya ? kaji sendiri……kenapa parti lain dengki sangat kat umno ? ini termasuklah musuh sekatil yang bersalam dan berpelukan tetapi ada pisau tersembunyai dibelakan ……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s