Debat Bersejarah Antara Wakil Kerajaan dan Pembangkang

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk “Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak” berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam selama sejam.

Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV – atau di saluran-saluran televisyen yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator Datuk Johan Jaaffar yang juga pengerusi DBP.

Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya – editor Siasah, Zulkifli Sulong dan naib canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara daripada 40 peratus sekarang kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugian.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukkan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 seliter.

“Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini,” katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 seliter dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 ketika rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantahnya, seperti yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 05Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat minyak tertinggi dari segi keuntungannya.

Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli parlimen BN sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi.

Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari di Thailand. Jadi, katanya, tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan – merujuk tindakan pembangkang membantah kenaikan harga minyak.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak dunia, Malaysia memperolehi RM360 juta. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.

Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai perkara itu.

Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP.

Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan, jelas Anwar.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi Petronas dan TNB menanggung kerugian.

Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak sekarang adalah preskripsi IMF.

Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak. – malaysiakini

nota. Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Shahbery Cheek dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada Moderator Datuk Johan Jaafar serta penganjur Agendadaily.com. Di dada internet hari ini banyak mempersoalkan siapa menang dan siapa kalah pada debat malam tadi. Pada penulis tiada pemenang mutlak pada debat khas malam ini. Ini kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Keberanian YB Datuk Shahbery Cheek untuk muncul sebagai wakil kerajaan di dalam debat khas semalam berdepan dengan Mantan TPM,Menteri Kewangan dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dipuji. Tahniah juga kepada Datuk Seri Anwar yang berani untuk berdebat walaupun sedang dihimpit dengan isu-isu politik disekeliling beliau. Bagi penulis program debat seperti ini wajar diteruskan kerana ia secara tidak langsung dapat membentuk satu sinergi di dalam arena politik tanahair kita seterusnya hasil debat ini dapat diolah oleh pihak berkenaan demi kepentingan rakyat. Tidak mustahil ada hujah2 dari DSAI yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan beban rakyat. Walaubagaimanapun, setiap langkah yang diambil ada baikburuknya. Cuma persoalan yang bagi penulis gagal diutarakan oleh wakil pihak pendebat ialah “adakah dengan penurunan harga minyak sebanyak 50sen, ia dapat mengurangkan kembali kenaikan harga barang dan seterusnya mengimbangi kadar inflasi Malaysia?”.

Angka 50sen itu juga menggerakkan fikiran penulis utk berfikir sejenak….adakah penurunan 50sen yang dicadangkan itu diambilkira pada harga minyak runcit sekarang ataupun penuruan 50sen itu berdasarkan harga minyak sebelum pilihanraya iaitu pada RM1.92 seliter. Sekiranya penurunan 50sen berdasarkan harga semasa iaitu RM2.70, ini bermakna janji DSAI untuk menurunkan harga minyak semasa pilihanraya yang lepas merupakan satu janji kosong kepada rakyat. Sepatutnya jika dilihat dengan harga semasa RM2.7 dengan kadar 50sen yang dihanjikan sebelum pilihanraya, kadar penurunan yang sepatutnya dijanjikan oleh DSAI bukan 50sen tetapi RM1.28 seliter iaitu harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sepatutnya berada pada RM1.42 seliter dan bukan RM2.20.

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Debat Bersejarah Antara Wakil Kerajaan dan Pembangkang

  1. 50 sen adalah satu permulaan sejurus sahaja jika diizinkan Allah pemerintahan negara bertukar. bukankah telah dinyatakan, akan ada pertimbangan dan langkah-langkah lanjutan untuk memperbaiki ekonomi negara yang di telan rakus oleh pemimpin yang toghut dan tamak sekarang. bermakna InsyaAllah, akan berlaku penurunan lanjutan harga petrol setelah berjaya mengikis pembaziran dan kebocoran hasil negara. Topik juga mengatakan ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’, so, apa yang dinyatakan oleh DSAI ialah fokus bagaimana langkah yang ‘paling segera’ setelah membentuk kerajaan. bukan cerita setelah setahun membentuk kerajaan… kerajaan yang berusia 50 tahun ini pun semakin lama semakin memberi kesempitan hidup pada rakyat jelata. seperti SUBSIDI dan INSENTIF… subsidi utk rakyat sikit(kedekut) tapi insentif utk segelintir (kroni yang nak bangkrap) sampai 13 billion!!!? fikirlah sendiri… jauhi kejumudan dalam fikiran! Allah yang paling berkuasa.

  2. penyapoo

    ku nengok wajah shabery tu cam takut2 jer nak senyom, hihihihi

  3. Kuntakinte

    Salam, sedara org serai, mike setakat tengok debat kena bersedia mengunakan otak dan fikiran untuk menilai apa yang benar dan realiti, teman nengok debat tu banyak retorik belaka, menarik perhatian orang ramai, orang kampung untuk terpengaruh dengan kata2 yang teman lihat semalam di TV9 sekadar retorik.

    memang senang nak cakap keuntongan 61.6b keuntongan diambil untuk beri subsidi minyak, memang semua orang tahu harga minyak akan turun, contoh macam kita dapat bonus setahun guna semua duit bonus beli kereta baru, itu semua orang boleh buat, kerajaan pun boleh buat, TETAPI adakah keuntongan tersebut semata2 kerajaan nak jaga minyak semata2, sekarang pun kerajaan mengeluar 27.7 billion untuk subsidi termasuk rebat wang tunai yang kita dapat, bagaimana kalau barangan makan naik melambung, bagaimana dengan ubat2an di hospital di kenakan bayaran, bagaimana dengan petani2 dan nelayan mengenai baja, benih dsbnya, bagaimana dengan pendidikan di Universiti dan sekolah, bagaimana dengan kebajikan kepada orang miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU, bagaimana dengan pengankutan awam, jangan kita lihat disudut minyak saja dan kita lalaikan perkara2 yang disebut tadi, cakap untuk menarik minat orang untuk sokong memang boleh lah kita sebut turun..turun..turun.. tambah guna psikologi sebut nama orang kampung, orang susah di kampung, petani, nelayan, semua boleh tergoda, tetapi yang kerajaan tolong dan buat berbagai2 untuk orang kampung, petani nelayan selama ini tak ambil kira ke. lebih pada sikap sebelum dapat perintah, cakap sebagai pembangkang semua boleh buat, kalau bagi perintah cari le alasan lain pulak kalau berlaku kenaikan.

    kerajaan punyai tangungjawab yang cukup luas skop nya, keuntongan petronas bukan satu serampang saja hala nya, kita ambil contoh perbelanjaan kita dirumah sendiri, dari gaji kita perlu untuk mengagihkan kepada berbagai bentuk perbelanjaan untuk dilakukan, seperti bayaran bil, belanja persekolahan anak, untuk makanan sebulan, dan sebagainya, begitu juga dengan kerajaan ia perlu diurus tadbir perbelanjaan dengan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan negara dan rakyat yang mempunyai 26 kementerian yang berbagai tangungjawab dan luas skop masing2 tugas yang perlu dilaksanakan semua nya untuk rakyat dan negara. ini tidak boleh dihentikan, kalau dihentikan rakyat juga yang akan susah dalam bentuk yang lain pula.

    teman lihat semalam di luar tanggapan teman mengenai pandangan DSAI, kalau itu cara nya ia nya nak turun kan harga minyak, dari pandangan peribadi teman tidak lebih dari cakap politik, dan retorik saja tak ada yang istimewanya rancangan beliau hari ini perintah esok turun harga 50 sen yang di war2 semasa kempen PRU12 tempohari. seperti kata mok sewaktu itu harga RM1.92.

    Walaubagaimana pun tahniah kepada kedua2 panel yang berdebat secara profesional, tahniah kepada Kerajaan kerana menyediakan ruang untuk pembangkang bercakap.

    wassalam.

  4. seronok tgk debat semalam, sekurang-kurangnya dapat ilmu pengetahuan yang berguna 🙂

  5. mok

    A..kum. Analisis KuntaKinte amat tepat. Rata-rata penonton yang malas berfikir ternyata terpesona dengan gaya dan aksi, susunan kata dan nada bicara. Tetapi bagi yang tajam pengamatan, kuat daya fikir.. ternyata benar, DSAI beretorika. Dia memang seorang orator, so.. ada fakta lebih kurang ditambah dengan gesture bahasa badan, dia boleh memperdaya. Hujah DSC di pusingan pertama sahaja, jika diolah, disusun dengan jitu telah memberikan pukulan KO pada DSAI. Sebelum PRU12, beriya-riya DSAI nak turunkan harga minyak RM1.92, tetapi dalam mukaddimah hanya menyatakan penurunan 50 sen sahaja. Ini bermaksud.. harga menjadi RM2.20 daripada harga sekarang RM2.70 seliter. Ternyata tidak ada penurunan.. malah awal-awal lagi DSAI dah lari daripada tajuk perdebatan kerana kedua-dua pihak menaikkan harga minyak. Kerajaan menaikkan 78 sen manakala DSAI menaikkan 28 sen. Ternyata DSAI telah tersepit.. dan barulah keluar kenyataan lambatnya, bahawa 50 sen adalah langkah awal, sekadar untuk menutup malu. Tapi tiada langkah konkrit dikemukakan. Rata-rata penyokong DSAI mempersoalkan bahawa DSC menyerang peribadi DSAI. Apa yang kita lihat.. hanya masalah peribadi yang berkaitan dengan topik disentuh, ini dapat diterima untuk mengukuhkan hujah. Sebenarnya.. DSAI yang banyak menyerang peribadi individu, cuma kaedahnya lebih licik bila menyerang peribadi DSC berkaitan S46, menyerang peribadi Dr Nordin Kardi berkaitan sikap motivator dan menyerang Pak-Pak Menteri. DSAI memainkan sentimen kononnya membela golongan miskin.. tetapi sebenarnya penarikan balik subsidi minyak adalah untuk memastikan subsidi tersebut benar-benar sampai kepada sasarannya dan bukan dibolot oleh tauke-tauke kaya yang memiliki kereta-kereta mewah yang ber c.c. besar.
    Ternyata point dan fakta lebih memihak kepada DSC manakala gaya dan cara penyampaian beretorika lebih memihak kpd DSAI. Tapi orang yang berotak akan memilih yang pertama.

  6. marikitalanggarlari

    tahniah kepada Kerajaan kerana menyediakan ruang untuk pembangkang bercakap. ???

    adakah media tv9 dan tv3 milik kerajaan??
    jika benar kerajaan menyediakan ruang untuk pembangkang meluahkan rasa.. mengapa tidak di tv1 sendiri?? bukankah tv1 milik kerajaan??? bukalah minda..

  7. alastor

    byk prsoalan yg gagal dijawab oleh DSAI..mgkn dia sj xnk jwb atau mmg dia xtau nak jwb mcm mana..nape dia xnk umum sejauh mana harga mnyk akan diturunkan?? klau betul 50 sen lgkh awal..so lps nie bape sen plak dia nk turun? adakah dia akan turunkan harga mnyk hgga lepasi paras RM1.92 ms sblm PRU12 ari tu? dan yg plg penting mcm mana dia nak sentiasa turunkan harga mnyk padahal harga mnyk dunia makin naik..

  8. jon

    BAGI AKU LA DASC BANYAK LARI DARI TAJUK PERDEBATAN DAN TIDAK PROFESIONAL. CUBA TEMAN TENGOK SEMULA RAKAMAN DEBAT TU. BUDAK FORM 3 (dan seluruh rakyat malaysia pun tahu)PUN TAU YANG DASC TIADA FAKTA SEBALIKNYA HANYA MENYERANG PERIBADI DSAI. BUKAN KER PERATURAN DEBAT DAH AWAL BERITAHU JANGAN SERANG PERIBADI LAWAN. TEPUK DADA TANYA SELERA…FIKIRLA DENGAN HIDAYAH BUKAN DENGAN PERASAAN….

  9. mok

    a..kum,
    Mat langgarlari,
    Kalau tak dapat kelulusan daripada kerajaan melalui Menteri Penerangan DSC, tak mungkin dapat awak tonton debat tu.. awak pun sama, bukan nak bagi fakta tapi auta.

  10. Syahredzan Johan

    Memang saudara Anwar ni cakap retorik sahaja. Cara penyelesaiannya seperti kata Nordin Kodi bagaikan “anak yang menggadai harta bapanya”, jika tidak silap saya. Tiada isi dan intipati langsung. Tak logik sungguh menurunkan harga RM0.50, kalau boleh, takkanlah kerajaan tidak dapat memikirkannya? Anwar ingat kerajaan kita tidak mempunyai bijak pandainya sendiri?

    Salah satu daripada ahli bijak pandai kerajaan adalah Datuk Shabery Cheek yang telah berjaya mematahkan hujahan-hujahan Anwar dengan bernas. Datuk Shabery ternyata ‘cool’ walaupun diasak bertubi-tubi oleh retorik Anwar dan seperti pahlawan Melayu zaman dahulukala, mengatur langkah dan terjatuhlah Anwar yang hanya ber-retorik itu.

    Dalam beliau menumpaskan Anwar dengan fakta-fakta bernas yang dapat dikupas oleh kami yang sama bijak dan sama pandai, Datuk Shabery dapat menyerang perlakuan Anwar yang terdahulu. Walaupun tiada kena-mengena dengan topik debat, tetapi alunan kata-kata Datuk Shabery sungguh menyengat sehingga Anwar hanya dapat tersenyum tersipu-sipu.

    Malahan Anwar sendiri mengakui kehebatan Datuk Shabery dengan bergegas bersalaman dengan beliau. Ini membuktikan bahawa Anwar telah ‘mengaku kalah’ dan menobatkan Datuk Shabery sebagai pemenang.

    Itulah Datuk Shabery, wira kita. Saya amat berbangga dengan persembahan Datuk.

    Dan sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, saya BERJANJI tidak akan menerima penurunan minyak RM0.50 yang diberikan. Ini kerana saya mahukan RM0.50 seliter yang saya pulang kepada kerajaan itu digunakan untuk membina sebuah sekolah di Baling. Tempat Anwar demonstrasi dahulu.

  11. sape2 aje

    aku rasa jika berdasarkan fakta, DSAI lebih kukuh daripada shabery cheek.. Shabery cheek terlebih dahulu menyerang peribadi dan terus menyerang peribadi smpai akhir.. fakta xkukuh.. serang tentang IMF (anwar ajak berdebat tentang IMF ni.. so kerajaan anjur la debat..), serang tentang 1974 la (ajak la DSAI berdebat tentang isu gerakan mahasiswa jugak)… fakta shabery ntah pape ntah.. sumenye dipatahkan DSAI.. DSAI da kate 50sen utk langkah awal.. xde bende leh buat mendadak macam kerajaan naikkan smpai 70-sen.. turun sket2, barulah xde kejutan ekonomi.. ni ekonomi sape yg ajar? dush!

  12. AbangTuah

    Salam alahai puak jumud dan Tabsub PKR dan PAS…
    Dato Shaberi Chik bukannya attack peribadi…beliau cuma cerita kisah silam Mat tu…samalah macam kau orang cerita fasal sejarah kerajaan. Aku gelak tengok Mat tu sampai pegang kepala…sakit…tak terjawab serangan bertubi-tubi Dato Shaberi. Lagi pun theory Mat tu pun bukan boleh pakai sangat…theory tak matang……

    Ucapan syabas patut diberikan pada beliau kerana berani berhadapan dengan Mat tu.

  13. cool

    saya rasa DSAI lebih cool dalam debat tempoh hari..DSC pulak menyerang peribadi sebab dia x dak point..kalau nak cakap harga minyak naik ikut pasaran global kita memang dah tahu pun..dalam tv pun cakap..kalau bab DSAI pegi salam DSC pulak menunjukkan DSAI bersikap profesional.manakala DSC pulak mengikut perasaan…sebab bila nak berdebat secara demokrasi kenalah bersifat terbuka…Bila harga minyak naik, secara tak langsung harga barang akan meningkat..ini menunjukkan rakyat miskin yang tidak menggunakan petrol juga perlu membayar harga barang yang mahal.

  14. atasinchi

    siapa kat sini tak nak harge minyak turun?
    sila la reply dan mengaku dgn bangganye…

    pertamanye, ape tujuan debat ini dan ape tajuknye?
    adekah pasal mcm mana nk turun harga minyak atau sejarah hitam anwar?

    retorik ke fakta ke apekah langkah kerajaan skang setelah mendengar retorik atau fakta drpd anwar itu?

    jika ianya retorik, hujahkan fakta yg mengatakan ia tidak boleh diterimapakai…
    dan jika ianya fakta, adekah krajaan akan mencube melaksanakan bg MEMBANTU rakyat?

    tak payah la kite yg kat bawah ni (rakyat biase) nk dok bergaduh sama sendiri kerana anwar, shaberi, paklah atau sape saje… mana maruah anda semua… mana pemikiran kite semua? adekah kite sudah cukup senang dgn keadaan sekarang? ataupun kite masih boleh lega kerana simpanan kite utk hari tue telah kite gunakan sekarang?

    aku rasa tak salah kalo kerajaan kaji balik perjanjian dgn IPP jika itu boleh bantu kerajaan dapatkan RM2bilion spt anwar kata. kalo tak boleh, bg sbb secara umum mengapa ianya tidak boleh.

    dividen RM6bilion yg petronas bagi (itu baru dividen, belum cukai dan royalti), knp tak boleh agihkan sedikit utk RINGANkan beban rakyat? hujahkan dlm media kerana semua org dh tahu…

    penjimatan RM4bilion (dr kenaikan 30sen) mana peningkatan pengangkutan awam yg dijanjikan? brp jumlah yg telah dibelanjakan? mengikut fakta zulkifli sulong, baru RM700juta, mana pergi lagi 3bilion? kali ni plak, kerajaan dpt jimat 14bilion ape yg dijanjikan kerajaan? subsidi makanan? harga makanan naik juga, mana pergi subsidi tu?

    nak cakap pasal janji pRU12, kerajaan janji tak naik myk, tapi naik juga. takde ke org BN yg tak melenting? lagi best hari ni kata bulan 8 nak revise harge, tup2 esok petang dah umum naik harge? mcm mana tu?

    bukan nk komdem mana2 pihak. spt yg aku kate kat atas, tak guna kite kat bawah ni gaduh2, depa kat atas tu dok gelak je tgk kite semua. gelak sbb ape? sbb kebodohan kite yg dok bercakaran sesama sendiri. semakin kite sibuk gaduh, lagi senang diorang kt atas tu… sepatutnye kite bersatu…
    ape lagi yg diorang gelakkan? diorang makan, myk semua kite tanggung (duit cukai rakyat), tapi kite sape yg tanggung? kite la jugak. hehe… tak kire la sape jadi PM, anwar ke, pak lah ke najib ke (dan pastinye bukan shaberi) sama je diorang ni. tapi bezanye ialah pemikiran mereka, ape yg mereka buat utk rakyat itu yg membezakan mereka2 itu.

    kalo kate kite sayang parti kite, kite patut utamakan parti berbanding individu. imbas kembali semasa zaman dato’ onn jaafar. ahli UMNO masa tu memilih utk menolak usul beliau walaupun beliau adalah presiden dan pengasas UMNO. kite lihat la sifat pentingkan parti melebihi seseorang individu.

    nah…sekarang, ade ke lagi ahli yg seperti mana ade pada zaman dulu2 yg sanggup menolak pemimpin demi kepentingan parti? adekah semua bersetuju dgn kenaikan yg mendadak ini?

    tepuk dada, tanya akal kite……..

  15. Kuntakinte

    Salam, sedara2 semua, setakat itu idea yang diberi untuk turun harga minyak, orang tengging pun boleh buat, ambil semua duit keuntungan longgok pd minyak mengkomer pakai free pun boleh, semuanya sekadar retorik dan pembohongan. teman ingatkan luar biasa cara untuk turun harga minyak.

    Apa lah korang ni macam tu pun tak boleh nak fikir ke lakunan si anwar tu.

    Setakat orang pengalaman pernah jadi menteri kewangan dan TPM kita hantar Menteri penerangan yang baru aje dilantik dah cukup baik dengan standard anwar tu.

  16. penyapoo

    apa kata kita buat cadangan semua barisan pemerintah BN & PKR, bagi derang tempoh tak payah lama laaa sebulan jer, kasi derang peluang hidup macam org sederhana. dalam sebulan tu kite asi derang gaji bawah 1500. pastu derang lalui laaa hari2 cam rakyat biasa, baya sewa rumh, kereta, api,air, pegi pasar beli serai etc pahtu pegi balik keja drive sendiri tak payah ada exco, teperangkap dalam jem, baya tol pegi balik,
    ada anak kecik yg nak pakai pempes, susu tepong,…. beli beras
    cukup laaa kasi mereka lalui sebulan pastu kite nengok cam mane keadaan derang
    kalau derang kate ok tu maknenye ok laaa
    kalau tak ok tu musti derang akan ambil inisiatif untuk memperbaiki pemerintahan
    pada aku aku skong Bn memerintah cmenye kene perbaiki kelemahan, parti lain ni aku risau gak
    sebelom memerintah memang janji yg bes2 bila da dapat memerintah kite tak tahu lagi samade makin baik atau makin buruk lagi
    aku takot beb kalau negara ni diperintah DAP!
    Tengok RTM jerlaaa pembaca berita tu, Tu umno yg perintah tu tak sorang pon yg pakai tudung, kalau DAP yg perintah lagilaaa plak tak tahu ape yg akan terjadi

    Adios!!
    haa!! pahtu kite nengok laaa

  17. pemudaumno

    penulis sendiri menyokong kenaikan harga minyak dengan syarat penjimatan wang subsidi disalurkan semula kepada rakyat.

    minyak adalah sumber alam yang tidak boleh diperbaharui, oleh demikian penggunaan yang boros akibat harga yang murah boleh dibendung dengan kenaikan harga minyak ini.

    penulis amat kesal terhadap beberapa pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan penulis mengenai kenaikan tempoh hari. ada yang berkata, “tgk thailand, singapore…harga minyak mahal…tapi kereta dorang murah…tgk honda dan toyota…harga di malaysia jauh lebih mahal”. pada hemat penulis penulis kenapa harus dibanding soal harga kereta dengan kenaikan minyak. kenapa soal materialistik seperti niat utk membeli kereta yang lebih mewah diutarakan tatkala banyak benda lain yang boleh disentuh.

    tapi penulis hanya tersenyum kerana yang bercakap itu juga adalah pemilik proton kereta nasional kita.

  18. cuba keluar darpd tengkorak kepala otak, fikir tanpa rasionalisasi pengaruh mana2 pihak…. dengar perdebatan DSAI vs DSC… dengan ikhlas saya katakan DSC keluar topik, dia menggunakan serangan peribadi untuk dapatkan tepukan peminatnya (yg tak tahu menilai makna ‘ikhlas’), DSAI pula punya hujah lengkap, jelas dan teratur tentang mekanismanya turunkan harga minyak… saya tak faham jenis manusia yang dalam keadaan barang2 mahal sekarang ini mereka berlagak ‘mampu’ sedangkan pada hakikatnya hutang keliling pinggang… hanya kerana orang atau parti kesayangannya? sanggup menggadai maruah, masa depan anak cucunya dan terutama sekali tanahairnya.

    Untuk memahami ekonomi adalah sangat mudah… dana negara diibaratkan sebotol air manakala pembangunan, rizab dan rakyat umpama 3 gelas kosong… mudah sangat.. agihkanlah sebotol air itu ke dalam 3 gelas kosong.. hah.. terpulang kepada anda jika anda nak rakyat susah tuang 1/4 pun cukuplah.. dan lebih2kanlah gelas yang lain dan lebihan yang lain tu masuk gelas ke 4 (tak tahu kemana wang ini)..

    renungkan ayat ini: “jangan jadi saksi kepada tuduhan yang tidak berbukti, apalagi jika ianya tuduhan palsu, anda hanya akan mendapat jaminan syaitan di akhirat, Allah benar-benar mengetahui apa yang tersirat di fikiran mu”

  19. N Perak

    erm….sape yg tak puas ati dgn DSAI tu kalo korg p jumpa sendiri dgn dia confirm korg tak terjawab balik huhuhu…………sbb dia ade jawapan yg munasabah dan dia org yg bepengalaman…..brbnding dgn DASC yg baru memegang jawatan dlm setahun……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s