Tengku Razaleigh ada formula atasi kenaikan harga minyak

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Katanya, beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan ‘formula’ itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan ahli Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

“Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Razaleigh berkata, Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau berkata, wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

“Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur,” katanya.

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju. — berita harian

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Tengku Razaleigh ada formula atasi kenaikan harga minyak

  1. penyapoo

    Laaa tu je ker fomula yg diwar2kan tu
    fomulanye ialah nak cari pakar dari dalam negeri kalau tak dapat nak carik org luar negara plak

    aku ingatkan fomula cam ohm’s law ker V=IR yg boley selesaikan masalah rope2nye formula cam AF, Gangstarz n e.t.c

    p/s ni nak kena sarankan kat kerajaan buat audition ni, hadiahnyer minyak petrol free seumo hidop :p

  2. penyapoo

    ini bukan di namakan fomula, tp idea

    kanke dsai da bg fomula, guna pakai je laa fomula yg dia da bg, kan dia da kate dalam debat, kalau dia tak jd pemimpin pon, kalau nak gunakan fomula yg dia da bg tu pon dia akan sokong

  3. Apai Ngelai

    Salam penyapoo,

    Dia takde pun cakap guna pakar sebagai formula untuk mengurangkan rega minyak, tapi dia ada cakap guna pakar untuk memberi idea bernas bagi mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

    Petikan yang disebut di atas adalah seperti yang berikut:

    Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

    Maksudnya, harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa. Itu adalah hint formulanya. Jangan abaikan keterangan kat atas tu. So, dun kongpius, yea! Wassalam.

  4. AbangTuah

    Salam Apai Ngelai..

    Bagus juga tu…kadang-kadang kena juga ditegur….bagi tujuan membetulkan.

    Apai tadi kawan dengar berita tentang HYDROFUEL…Pak Lah pun ada pergi lawat. Saranan beliau agar rakyat mengambil peluang mengunakan teknologi moden ni bagi mengatasi masallah yang dihadapi sekarang.

    Harapkan sebahagian dari 6 Billion dividen khas Petronas tu diperuntukan bagi pemasangan HYDROFUEL untuk semua keenderaan bawah 2000cc.

    Kemana semua sahabat brokuntakinte, Mamak Haji, Mok Yeop KK, Ajilan, sekupangdua dan lain-lain…hai…banyak kerja ke?

    Sahabat semua jangan letih berjuang…jangan kecewa dengan serangan yang bertubi-tubi ni…kita kena ingat..ada diantara mereka ni ditugaskan khas oleh puak pembangkang bagi merosakan dan membuat huruhara di Weblog ni bagi melemahkan semangat kita.

    Sebenarnya kawan berpendapat Weblog ni telah dapat menarik perhatian ketua-ketua pembangkang…mereka amat rungsing dengan Weblog kerana amat mengugat propaganda mereka.

    Teruskan berjuang walau pun yang masuk tu seakan-akan bangang, tapi kita kena juga layan….baru mereka lebih berminat.

  5. sal!am,
    Hang ini penyappo sikit-sikit dsai bagi formula mamak dah berkali-kali kata dia ini kosong tentang ekonomi cuma padai pakai mulut…kot-kot sekarang dah pandai pakai lain pulak.dsai ini cuma seorang graduan kesusteraan Melayu cuma pandai cakap…!dulu dia jadi menteri kewangan pun terlalu banyak memazirkan wang rakyat sehingga TDM terpaksa tubuhkan mten.kamu insaflah sikit dari taksub menyokong tanpa memahami realiti sebenar tentang seseorng.Kalau kamu ingin tahu kamu datanglah ke Bandar Perda,Bukit Mertajam mamak boleh buktikan pembaziran wang rakyat dengan membina kononnya pejabatnya yang kini menjadi Ibu pejabat TNB!.Bangunan MPSP saja menelan belanja sebanyak lebih 66 juta ringgit ini baru contoh yang kecil….kalau kamu nak tahu kawan-kawannya yang dipanggil Geng superbike masing-masing membuka kilang yang tak ada production banyak lagi contoh boleh diberi.Tapi syangnya kamu semua terlalu taksub dengan kata-kata telah digulai….ada dua makna tersembunyi disini cuba teka apa yang dimaksudkan digulai itu?.Ini cara kita elobarasi percakapan orang dengan bijak!.Bukan tangkap muat je dalam otak kita apa jua orang ucapkan.

    Sebagai pemimpin kita tak perlu pandai dalam segala bidang termasuk ekonomi tapi kena lebih bijak membuat keputusan yang perlu diambil dari pendapat-pendapat para pakar yang sedia ada.Fikran engkau dah kong kali kong dah!.Wassalam.

  6. drhalimahali

    formula T.R

    Harga Baru petrol(HBP) bersamaan Harga Kini Petrol (HKP) tolak seratus sen atau

    HBP=HKP-100sen
    =RM2.70-RM1
    =RM1.70
    tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s