Umno perlu adakan debat calon tanding jawatan tinggi

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mencadangkan Umno mengadakan debat melibatkan calon yang bertanding jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan parti Disember ini.

Beliau berkata ini akan membolehkan perwakilan tahu mengenai kewibawaan calon, wawasannya dan ketajaman fikiran untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

“Hala tuju setiap calon perlu diketahui sebagai maklumat kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang betul,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen kepada peserta tanaman semula komersial/mini estet dan tanam semula berkelompok ladang getah dan kelapa sawit di sini.

Abdul Rahim, yang juga Pengerusi Risda, adalah antara 15 pemimpin Umno yang setakat ini telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Beliau berkata debat yang dicadangkannya itu akan mengelak pemilihan yang negatif kerana apabila perwakilan tidak diberi peluang mengenali calon, ada kemungkinan mereka terpilih pemimpin yang kurang kualiti.

Mengenai debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Abdul Rahim menyifatkannya sebagai perlawanan antara peninju “lightweight menentang heavyweight”.

“Jika Umno berminat mengadakan lagi debat pada masa akan datang, ia patut diadakan antara heavyweight menentang heavyweight,” katanya. – mstar

nota: penulis amat bersetuju dengan cadangan ini. Dengan adanya debat, ia memberi ruang kepada bakal-bakal calon untuk menyatakan ideologi kepimpinan masing-masing kepada ahli akar umbi. ini juga dapat memupuk semangat daya saing politik yang sihat seterusnya menggalakkan lagi calon-calon supaya mempunyai pandangan dan visi yang baik demi kepentingan UMNO. Diharap cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh MT UMNO kerana secara tidak langsung ia juga dapat menghapuskan amalan lobi-melobi dan juga politik wang.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s