Daily Archives: July 19, 2008

Anwar letak syarat utk DNA beliau diambil

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

“Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

“Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi,” katanya.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.

ketika menyampaikan ceramah politik di Cheng, Melaka malam ini, Bernama melaporkan Anwar berkata, sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

‘Beralas simen’

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya “corrobotive evidence” (bukti yang memberi pengesahan).

“Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil…ingat,” katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lalu seolah-olah beliau “Osama Laden” .

“Saya telah “diiringi” oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya,” katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri. – sumber malaysiakini

nota: hampir semua tindakan yang dicadangkan oleh pihak berkuasa dan pihak lain semua diletakkan dengan syarat. sekiranya ramai berpendapat strategi kes liwat ini merupakan strategi licik kerajaan terhadap anwar….bagi penulis lagi licik permainan politik anwar. pada penulis kes liwat ini adalah sama dengan kes liwat dan seks luar tabii yang dilakukan oleh orang lain tetapi kes anwar ini mendapat liputan yang sangat meluas dari pihak media. saya sarankan agar anwar dapat memberi kerjasama kepada pihak berkuasa supaya kes liwat ini dapat diselesaikan dengan segera. Alasan tidur berlantaikan simen menjadikan beliau sakit pinggang adalah satu alasan yang sepatutnya tidak harus digembar-gemburkan. Ini kerana sememangnya orang yang ditahan di dalam lokap, tidak diberi sebarang keistimewaan semasa berada di dalam tahanan. Siapa anwar ibrahim untuk diberi layanan istimewa semasa di tahan reman. apa beza beliau dengan orang lain yang ditahan reman juga? adilkah sekiranya beliau diberi tilam untuk tidur di dalam tahanan sedangkan tahanan lain tetap tidur di atas lantai?

29 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

MP PKR kene tumbuk dengan geng PKR sendiri

PETALING JAYA: Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne from PKR has lodged a police report that he was assaulted by a man believed to be the personal assistant of Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad from the same party.

It is learnt the alleged incident occurred during the ground-breaking ceremony for a place of worship at Desa Mentari here at about 3pm.

Residents living in the area had protested against the construction of the building there and Loh, who was present, had approached them.

After speaking to the group, Loh approached the organisers of the function to discuss with them the protesters’ concern when he was allegedly punched in the face by a man believed to be an aide of a fellow PKR member.

LOH DIKASARI… Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam.

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut “sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek.”

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

nota: nama YB Loh Gwo Burne mula terkenal dan bermain di bibir rakyat Malaysia apabila beliaulah merupakan orang yang merakam video perbualan VK Lingam. Seorang MP yang tidak fasih berbahasa Melayu telah dipilih oleh rakyat Kelana Jaya pada PRU yang lepas. Beliau juga terkenal dengan minatnya untuk mengambil gambar. Adakah insiden beliau ini sempat dirakamkan oleh beliau sendiri? penulis difahamkan bahawa kejadian ini berlaku semasa upacara pecah tanah untuk sebuah surau.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Semoga PAS dan Umno bergabung” Ku Li

sumber klpos
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan.
Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

“Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat.

“Sudah sampai waktu untuk pemimpin dari kedua-dua parti ini menjernihkan keadaan dan rakyat boleh mendapat ketenangan,” katanya.

Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa punca PAS keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 70-an ialah kerana parti itu dikhianati oleh Umno.

“Kemelut kepimpinan PAS Kelantan pada masa itu menjadi punca parti itu keluar dan bukannya parti itu dikhianati oleh Umno.

“Semasa itu, keadaan di Kelantan tidak tenang kerana terdapat pemimpin PAS sendiri tidak sehaluan dengan kerajaan campuran itu,” kata Tengku Razaleigh yang menjelaskan bahawa pada masa itu beliau adalah menteri kewangan, naib presiden Umno dan juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan.

Selasa lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata PAS sedia untuk bermuzakarah jika hasrat dari Umno itu datang dari peringkat akar umbi kerana PAS tidak mahu terjebak sekali lagi dalam “muslihat politik Umno” seperti yang berlaku dalam tahun 70-an.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

NOTIS PERSIDANGAN AGUNG UMNO CAWANGAN JALAN ENGGANG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Kepada, Tarikh: 10 Julai 2008
Rujukan:U/JE/BA/01/2008
Semua Ahli UMNO Cawangan Jalan Enggang

Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

NOTIS PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN 2008
1. UMNO CAWANGAN JALAN ENGGANG
2. PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN JALAN ENGGANG

Perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa saya diarah untuk memaklumkan dan dengan hormatnya menjemput Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Jalan Enggang dan Pergerakan Pemuda UMNO Jalan Enggang. Butiran persidangan adalah seperti berikut:

Tarikh : 26 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan UMNO Cawangan Jalan Enggang
Taman Keramat (Bersebelahan Bazar Taman Keramat)

Diharap Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat menghadirkan diri bagi meneruskan tanggungjawab dan perjuangan kita bagi memartabatkan lagi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Sebarang pertanyaan mengenai lokasi mesyuarat sila hubungi Sdr Rosman Kassim (013-3763341), Sdr Kamarudin Bakar (016-3155701)atau Sdr Noor Ali (013-3851287).

Sekian Terima Kasih

Bersatu Bersedia Berkhidmat

Yang Menjalankan Tugas

(KAMARUDIN BIN BAKAR)
Setiausaha UMNO
Cawangan Jalan Enggang
Bahagian Ampang

s.k Setiausaha UMNO Bahagian Ampang, Selangor

http://www.pemuda-enggang.org

nota: diharap sekiranya para pembaca mempunyai rakan atau saudara-mara yang menjadi ahli UMNO di cawangan kami, dapat dipanjangkan notis ini. notis ini sudah pun dihantar ke rumah ahli-ahli berdasarkan rekod alamat yang diberikan semasa menjadi ahli UMNO. Terima Kasih

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda