MP PKR kene tumbuk dengan geng PKR sendiri

PETALING JAYA: Kelana Jaya MP Loh Gwo Burne from PKR has lodged a police report that he was assaulted by a man believed to be the personal assistant of Seri Setia assemblyman Nik Nazmi Nik Ahmad from the same party.

It is learnt the alleged incident occurred during the ground-breaking ceremony for a place of worship at Desa Mentari here at about 3pm.

Residents living in the area had protested against the construction of the building there and Loh, who was present, had approached them.

After speaking to the group, Loh approached the organisers of the function to discuss with them the protesters’ concern when he was allegedly punched in the face by a man believed to be an aide of a fellow PKR member.

LOH DIKASARI… Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa beliau dikasari pembantu khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang juga merupakan wakil parti itu semalam.

Beliau membuat laporan polis ditumbuk di bahagian mata kanan ketika majlis pecah tanah di Desa Mentari, Petaling Jaya pukul 3 petang semalam.

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut “sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek.”

Walaupun pembantu khas itu telah meminta maaf, jelas Loh, beliau terpaksa membuat laporan polis.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu sambil berkata pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.

nota: nama YB Loh Gwo Burne mula terkenal dan bermain di bibir rakyat Malaysia apabila beliaulah merupakan orang yang merakam video perbualan VK Lingam. Seorang MP yang tidak fasih berbahasa Melayu telah dipilih oleh rakyat Kelana Jaya pada PRU yang lepas. Beliau juga terkenal dengan minatnya untuk mengambil gambar. Adakah insiden beliau ini sempat dirakamkan oleh beliau sendiri? penulis difahamkan bahawa kejadian ini berlaku semasa upacara pecah tanah untuk sebuah surau.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “MP PKR kene tumbuk dengan geng PKR sendiri

  1. kamikaze

    tahniah org2 selangor krn pandai memilih wakil rakyat yg bangang….

  2. apa komen PAS???takan diam kot…

  3. jadikan lambang parti ada dua mata lebam..tapi kalerkan warna merah baru ngam

  4. jack sparrow

    bangga ke jadi anak selangor kalo mcm ne…?dgn kandang babi lagi…

  5. Kuntakinte

    Salam, Itu baru nak bina surau, kalau masjid harus berbunuh-bunuh, lepas ni MB kerajaan selangor buat syarat nak bina rumah ibadat mesti buka gelanggang dulu tomoi ke, silat, taekwndo ke karate do ke…disatu tapak kosong yg nak buat projek tu, bagi orang PAS, PKR, DAP bertanding bertumbuk sapa menang dia layak dapat tanah tu untuk bina masjid, surau, gareja, kuil atau tokong, baru ramai penonton.

    kes azan pulak buat pertandingan azan cara Islam, apa saja cara agama lain sapa menang baru boleh guna pembesar suara secara open, baru cantik…….baru orang tak salah kan korang.

    teman sedih……teramat sangat sedihnya melihat kelaku terutama puak2 PAS. soh…………tak bercakap. kecut telor yop takut dimarah oleh teresa kok dan xavier, orang kiri dan kanan MB selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s