“Semoga PAS dan Umno bergabung” Ku Li

sumber klpos
AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berharap PAS dan Umno akan bergabung menjadi satu parti hasil daripada muzakarah yang dicadangkan.
Beliau berkata muzakarah itu merupakan cadangan yang baik untuk mencari satu titik pertemuan bagi kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

“Saya lebih suka sekiranya muzakarah itu berlandaskan satu matlamat yang ikhlas,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Tengku Razaleigh dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, berdasarkan iklim politik sekarang dan kedudukan ekonomi dunia serta dalam negeri yang lemah, sudah tiba masanya pemimpin daripada dua parti itu bersatu membincangkan soal masa depan rakyat.

“Sudah sampai waktu untuk pemimpin dari kedua-dua parti ini menjernihkan keadaan dan rakyat boleh mendapat ketenangan,” katanya.

Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa punca PAS keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 70-an ialah kerana parti itu dikhianati oleh Umno.

“Kemelut kepimpinan PAS Kelantan pada masa itu menjadi punca parti itu keluar dan bukannya parti itu dikhianati oleh Umno.

“Semasa itu, keadaan di Kelantan tidak tenang kerana terdapat pemimpin PAS sendiri tidak sehaluan dengan kerajaan campuran itu,” kata Tengku Razaleigh yang menjelaskan bahawa pada masa itu beliau adalah menteri kewangan, naib presiden Umno dan juga pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan.

Selasa lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata PAS sedia untuk bermuzakarah jika hasrat dari Umno itu datang dari peringkat akar umbi kerana PAS tidak mahu terjebak sekali lagi dalam “muslihat politik Umno” seperti yang berlaku dalam tahun 70-an.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to ““Semoga PAS dan Umno bergabung” Ku Li

  1. AbangTuah

    Salam….

    JALAN DAH LUAS TERBUKA.

    PAS, kenapa diam sahaja,
    Jalan dah luas terbuka,
    Laluan juga dah tersedia,
    Sahutlah saranan PM kita,
    Jangan biarkan begitu sahaja.

    Yang keruh, itu cerita lama,
    Yang jernih pula pasti tiba,
    Bermaaf-maafanlah antara kita,
    Rakyat dah menunggu lama,
    Untuk kembali berkerjasama.

    Ayuh kita bersama-sama,
    Berganding bahu berjanji setia,
    Rakyat berjanji turut serta,
    Ulama Pas yang berwibawa,
    UMNO pula tajam fikirannya.

    Kita harungi dugaan bersama,
    Kita atasi masallah semasa,
    Pedulikan PKR tak mahu serta,
    Nasib mereka pun dah tak lama,
    Tentu mereka turuti jejak kita.

    Bersama layarkan Bahtera Negara,
    Demi tujuan membela agama,
    Serta meneruskan survival bangsa,
    Bukankah itu jihad kita,
    Melayu, Islam bertaut semula.

    Wasalam…

  2. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Alangkah moleknya jika ini dapat dijadikan kenyataan, tak ada faedahnya kita masing-masing putus dalam tali sillaturahim ketika puak-puak Munafiquun dan Kaafiruun sedaya upaya mencerai-beraikan kita dalam diam-diam, sedikit-dikit dan perlahan-lahan, supaya mereka dapat menundukkan pemerintahan Islam. Kini sudah tiba masanya, kita bangun dari diinjak oleh kedua puak selama ini. Marilah kita bersatu dan menentang cita-cita mereka itu!

    Saya sayangkan saudara sesama Islam dan ketahuilah, ketika ini perbezaan bangsa itu sudah tidak lagi wujud dalam hati saya. Kita berasal dari satu rumpun yang menyembah tuhan yang sama. Cara kita sembahyang itu sama dan cara kita berdoa juga sama.

    Kita tahu bagi kebanyakan orang, emosi dan keegoan lebih terang daripada nasib anak serumpun seagama di negeri yang diperintah oleh puak yang jahat ini. Kita seharusnya merasa sakit dipipi sebelah kanan andainya pipi disebelah kiri dicubit. Tapi mungkin juga pipi yang kanan itu sudah paralyse seperti golongan-golongan itu. Lihat sahaja senyuman kebanyakan mereka, senget semacam (banyak meyindirlah tu).

    Kepada mereka BUKAN ISLAM yang tidak memerangi kami, Islam mewajibkan sesama kami itu kekal dalam silaturahim dan mengingatkan mereka yang berkenaan bahawa tidak akan masuk syurga orang yang memutuskannya seandainya dia mati dalam keadaan itu. Dia kekal di dalam Jahannam selama-lamanya dan tidak akan keluar darinya. Menjadi kewajipan kami memperbetulkan apa yang tidak betul. Mudah-mudahan kamu semua yang BUKAN ISLAM aman bahagia dan damai di bawah naungan Islam. Islam tidak akan menindas sesiapa walau sedikitpun mereka yang tidak seagama kami yang tidak memerangi kami. Tidak sekali-kali.
    Sejahteralah hidup bersama kami di dunia ini.

    Politik adalah cuma kehidupan dunia yang tidak ada kena mengena dengan akhirat melainkan perlakuan di dalamnya.
    Kita tak ingin beri ingatan dan nasihat. Teruskanlah dengan kedegilan diri masing-masing. Buatlah maksiat sebanyaknya dan semampunya. Kerana prasangka buruk itu selalunya penyumbang kepada pemutus sillaturahim. Mudah-mudahan kamu bahagia dunia akhirat.
    Wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s