Daily Archives: July 20, 2008

Islam Dipijak-pijak, Pas di Mana?

dari pembangkang selangor

Jika dahulu sambutan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) diumumkan dengan projek babi mega, hari ini pembinaan surau pun sudah mula dipertikaikan oleh wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR ditampar oleh pembantu ADUN Seri Setia (PKR), semalam, kerana mempertikaikan pembinaan surau hanya mencerminkan sikap biadap wakil rakyat bukan Islam dalamPakatan Rakyat. Jika ia membabitkan Barisan Nasional pasti Pas sudah berceramah ke serata negara mengatakan Islam sedang dihina oleh BN dan UMNO.

Sebaliknya perisitiwa ini disenyapkan oleh laman utama Pas, Harakahdaily mahu pun laman-laman pro Pas yang lain. Mengapa? Inilah padahnya bila Islam dijual beli dengan kuasa.

Umum sudah mengetahui bahawa di sebalik adanya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat, kedudukan Islam bukan sahaja tidak seperti dahulu, malah kian terpinggir hari ini.

Hari ini keputusan-keputusan kerajaan negeri dan PBT tidak lagi mengambil kira kedudukan agama slam sebagai agama rasmi persekutuan dan negeri Selangor.

Pas tidak berbuat apa-apa apabila EXCO dari DAP dan PKR mengumumkan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam bebas dibina walau sebesar mana sekali pun. Justeru jika esok yang menjadi mercu tanda negeri bukan lagi masjid tetapi gereja, janganlah dikeluh kesah lagi. Dulu untuk membina gereja di Shah Alam pun dibantah oleh Pas, hari ini kerana kuasa segalanya sudah berubah.

Pas juga langsung tidak melenting apabila EXCO Kanan kerajaan Negeri, Teressa Kok membantu kempen mengutip tandatangan bagi mendesak suara azan diperlahankan atau tidak lagi boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara.

Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan.

Jika dahulu, Dr. Mohamad Khir Toyo dikutuk dan dikeji oleh Pas kerana masih membenarkan pusat hiburan wujud dalam keadaan terkawal, hari ini Pas bukan sahaja tidak menutup walau satu pun pusat hiburan seperti yang mereka laung-laungkan dalam ceramah sebelum ini, malah jumlah pusat-pusat hiburan dan rumah urut kian bertambah di Selangor.

Mungkin inilah konsep kesamarataan mengikut citarasa pemimpin Pas. Apa yang dulu mereka tentang untuk menjatuhkan UMNO, hari ini mereka sokong dan agungkan demi kuasa.

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kroni Anwar Ibrahim Masuk Semula Ke KDEB Secara Senyap??

sumber dari GAP

klik utk imej yang besar.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Masalah anak muda – Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan insiden Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditampar pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga dari parti sama sebagai masalah biasa yang sering dihadapi oleh anak-anak muda.

Katanya, pertelingkahan yang berlaku itu dianggap sebagai masalah dalaman parti dan telah pun selesai apabila kedua-dua individu terbabit bermaaf-maafan.

“Ia merupakan isu dalaman yang dihadapi oleh anak-anak muda dari PKR di mana masing-masing cuba memperjuangkan hak rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2008 di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian Gwo Burne ditampar oleh pembantu kepada Nik Nazmi dalam satu kejadian di Petaling Jaya, semalam.

Insiden dikatakan berlaku apabila Gwo Burne mempertikaikan kelulusan projek pembinaan surau di Fasa 2 Desa Mentari, Kelana Jaya.

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila sekumpulan penduduk membantah majlis perasmian tapak surau Al-Istiqamah di situ yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Gwo Burne yang tiba untuk meredakan keadaan, mempersoalkan pembinaan surau berkenaan tanpa kelulusan MBPJ dan ia mengundang kemarahan kumpulan penduduk lain yang mempertahankan projek itu sehingga berlaku perang mulut.

Dalam keadaan tidak terkawal itu, pambantu ADUN berkenaan yang tidak berpuas hati dikatakan menampar muka Gwo Burne menyebabkan polis terpaksa campur tangan meredakan kekecohan.

Berikutan insiden tersebut, dia telah dibawa ke Balai Polis Sungei Way .

Menurut Abdul Khalid, tiada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap Gwo Burne dan pembantu ADUN itu.

Jelasnya, beliau telah mengarahkan Pengerusi PKR Bahagian Kelana Jaya, Syed Shahir Syed Mohamud supaya berjumpa penduduk terbabit bagi menerangkan keadaan sebenar. – utusan

nota: Tempat beribadat umat Islam tidak diluluskan. Kandang babi mega diluluskan. Rumah ibadat agama lain mega juga diluluskan oleh pihak kerajaan negeri selangor pimpinan Khalid Ibrahim. Memang dunia di akhir zaman. Pemimpin beragama Islam, keutamaan diberi kepada bukan Islam, dan inilah dipanggil kompromi Pakatan Rakyat.
Terima kasih kepada pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat di Selangor!! Hak umat Melayu Islam semakin hari semakin dipandang sepi.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda