Islam Dipijak-pijak, Pas di Mana?

dari pembangkang selangor

Jika dahulu sambutan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) diumumkan dengan projek babi mega, hari ini pembinaan surau pun sudah mula dipertikaikan oleh wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR ditampar oleh pembantu ADUN Seri Setia (PKR), semalam, kerana mempertikaikan pembinaan surau hanya mencerminkan sikap biadap wakil rakyat bukan Islam dalamPakatan Rakyat. Jika ia membabitkan Barisan Nasional pasti Pas sudah berceramah ke serata negara mengatakan Islam sedang dihina oleh BN dan UMNO.

Sebaliknya perisitiwa ini disenyapkan oleh laman utama Pas, Harakahdaily mahu pun laman-laman pro Pas yang lain. Mengapa? Inilah padahnya bila Islam dijual beli dengan kuasa.

Umum sudah mengetahui bahawa di sebalik adanya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat, kedudukan Islam bukan sahaja tidak seperti dahulu, malah kian terpinggir hari ini.

Hari ini keputusan-keputusan kerajaan negeri dan PBT tidak lagi mengambil kira kedudukan agama slam sebagai agama rasmi persekutuan dan negeri Selangor.

Pas tidak berbuat apa-apa apabila EXCO dari DAP dan PKR mengumumkan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam bebas dibina walau sebesar mana sekali pun. Justeru jika esok yang menjadi mercu tanda negeri bukan lagi masjid tetapi gereja, janganlah dikeluh kesah lagi. Dulu untuk membina gereja di Shah Alam pun dibantah oleh Pas, hari ini kerana kuasa segalanya sudah berubah.

Pas juga langsung tidak melenting apabila EXCO Kanan kerajaan Negeri, Teressa Kok membantu kempen mengutip tandatangan bagi mendesak suara azan diperlahankan atau tidak lagi boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara.

Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan.

Jika dahulu, Dr. Mohamad Khir Toyo dikutuk dan dikeji oleh Pas kerana masih membenarkan pusat hiburan wujud dalam keadaan terkawal, hari ini Pas bukan sahaja tidak menutup walau satu pun pusat hiburan seperti yang mereka laung-laungkan dalam ceramah sebelum ini, malah jumlah pusat-pusat hiburan dan rumah urut kian bertambah di Selangor.

Mungkin inilah konsep kesamarataan mengikut citarasa pemimpin Pas. Apa yang dulu mereka tentang untuk menjatuhkan UMNO, hari ini mereka sokong dan agungkan demi kuasa.

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

26 responses to “Islam Dipijak-pijak, Pas di Mana?

  1. Pingback: Islam Dipijak-pijak, Pas di Mana? - Pemuda Enggang « PeNa BiAsA

  2. AbangTuah

    Salam..iss..iss..

    Pada kawan kisah DSAI dah tak penting, pedulilah biar nasib yang menentukan…tapi yang ni lagi penting ni…Ya tak ya…mana pejuang2 PAS…Ehh lupa pula kawan…keadilan dan kebajikan…martabat ugama islam dan umat islam…bukan tanggungjawab mereka lagi..sorry ya PAS..kawan ketingalan bus.

  3. Big8

    salam
    semakin ramai penumpang2 kt tanah melayu yg kurang ajar dan xpayah berselindung lagi niat dihati.itu baru brapa bulan diorang pegang kepimpinan.mungkin masih baru.jgn nk nilai kerajaan yg baru dibentuk.bagi la masa..itu la alasan yg sering kita dengar dr mulut pemimpin pembangkang..dr mulut pengikut plak..bagi la diorang masa..hehe..mgkin kita kena tggu sampai kita betul2 jd hamba kt tanah air sendiri..xmustahil.sebab usaha ini direstui oleh anak bangsa sendiri..semakin senang la kerja2 penjajah moden ini.kita tunggu dan lihat.Berjuang untuk Rakyat konon..puitt..

  4. Kuntakinte

    Salam, abangtuah teman tak heran le dengan kalau Islam dipijak2, tambah lagi bukan pijak je, di sondol, di sodom, di rogol semua boleh, kalau puak2 depa memerintah. nasib2 nak buat surau pun kena tumbuk menumbuk, tak pernah teman dengar selama ni wahal punya le banyak dah dibina surau dan masjid di seluruh negara oleh Kerajaan Bn, kena hak kerajaan selangor ni pula kena main kung fu baru boleh bina, apa nak jadi dunia ni…

    Teman dah pesan awal2 dulu masa teresa kok marah bunyi azan hari tu, Korang puak2 PAS dan PKR pakat dengan DAP, runding baik2 bina 4 in 1 bangunan tingkat bawah buat Gereja, tingkat 2 tokong, tingkat 3 Kuil, tingkat atas sekali ambil buat surau atau masjid ke baru le adil, tak perlu gaduh2, jimat tanah, baru nampak sehati sejiwa…
    kalau lagi bagus PA Sistem pakai satu je kongsi2, kalau masuk waktu uintuk Islam ha..guna, lepas kalau tiba pak sami nak pakai baca mantera si merah padi ha bagi si tok sami pulak pakai, kalau tiba masa father nak berkhutbah ha bagi dia pulak pakai kan ke harmoni namanya sehati sejiwa.

    Relax le beb…. kau orang bercakap banyak mengenai si anwar tu tak pasal2 berdosa, dosa dengan Allah S.W.T kita boleh mohon keampunan TETAPI kalau dosa dengan individu sempat ke korang nak minta ampun, fikir le sikit tapi nunjuk sangat awak tu Islam.

    Biar le proses perundangan yang menentukan, kedua2 pihak ada hak untuk mempertahan kan diri, si anwar tu ha sampai 8 orang lawyer buruk nya, korang di luar sana yang risau bukan2 apa pasal, siapa betul tak betul biar ditentukan oleh undang2 kita tiada hak nak menghukum dan campurtangan, kes ni buka kes terpencil beb….

  5. jangan silap berani atas jalan jer pasai ramai ..buat benda macam tu memang syok beb naik ..syeikh, tapi part yang macam ni depa tengah sibuk mencari….depa kata la…

    cari telok yang hilang nama drama baru..he he he

  6. mok

    Satu lagi hadiah kerajaan air batu campur dominasi dap kepada rakyat selangor. Tapi yang di perak dan penang, sabarlah yer.. apa habuan nak diterima. Wah.. dengar cerita angin, tkm penang si fairus siap merajuk-merajuk nak lepas jawatan, tak puas hati gara-gara exc0-exco cha ya nun alif bercakap sesama mereka bahasa yang tak difahami, sebelum mengundi sesuatu keputusan penting.

    [siput retak seribu]

  7. Indai sali

    Biasalah mana-mana orang tak suka kalau bangsa lain memerintah. Walau sebaik mana corak pemerintahan beliau, akan dikutuk juga. Badak sumbu kalau memerintah, itu yang terbaik bagi keluarga badak Sumbu, tetapi si manusia kata tak baik.

    “Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan”

    Ini menunjukkan Ahli Parlimen tersebut adalah seorang yang mempraktikan ajaran Islam yang sebenarnya. Dia tidak membenci agama lain.

    Perkataan Allah adalah universal. Perkataan tersebut telah digunakan oleh masyarakat sabah dan sarawak dari dulu lagi sebelum Malaysia wujud. Tiada siapa berhak melarang orang memakainya. Sebagai contoh perkataan “duduk”. Orang Iban juga menggunakan perkataan yang sama bagi menunjukkan yang sama. Adakah patut orang Iban melarang bangsa lain menggunakannya, sebab bagi mereka, mereka itu perkataan mereka?

    Semua agama mengajar umat nya baik. Islam tak pernah mengajar umat nya membenci orang lain dan juga Islam menuntut umatnya menghormati agama lain. Sikap begitu membuat orang lain berpandangan negatif terhadap agama kita. Sebab baiknya agama yang kita anuti dilambangkan oleh keperibadian kita. Di Sarawak, gereja dan masjid bersebelahan. Tak pernah orang muslim memarahi orang kristian apabila mendengar bunyi loceng dari gereja. Begitu juga dengan orang kristian. Keluar dari rumah ibadat masing-masing bersalam-salaman. Belajarlah bertoleransi. Kalau orang tak hulurkan tangan, kita hulurkan dulu.

    Janganlah rasa unsecure.Janganlah kita meracuni pemikiran anak-anak kita dengan perasaan benci. Ajarlah mereka tentang cinta dan memaaf-maafan antara satu sama lain. Jangan mendekriminasi mana mana kaum. Sebab dunia ini adalah milik semua kita. Sesiapa yang layak memimpin, apa salah beri dia peluang tak kira lah bangsa apa.

  8. AbangTuah

    Indai sali…

    Kami tak ada masalah dengan kristian…kami ada masalah dengan PAS kerana PAS mengunakan agama islam demi kepentingan politik.

    Awak tak sarankan pada PAS jika Kristian boleh guna nama tu,ugama yang lain pun bolehlah guna agaknya…termasuk ugama Yahudi dan Majusi…

    Yang beri penerangan digereja tu memang tinggi tahap kefahaman ugama-politiknya…..

    info: Orang Yahudi panggil tuhan mereka ‘Yahweh’

  9. Kalijagat

    Islam diPijak, Pas Dimana?

    Rasa terpanggil untuk saya memberi sedikit komen tentang persoalan atau lebih tepat, serangan secara ” indirect” diatas.

    Memang daripada tajuk diatas, jelas penulis adalah saorang pak pacak UMNO. So..ingin saya ajukan persoalan ini:
    Sejak Bila UMNO mula nak jadi pejuang untuk agama Islam…? setelah kecundang dalam PRU 12 baru ni?
    Menagapa UMNO berdiam diri apabila hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. di momokan tidak lama dulu, oleh pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO ?

    Mempertahankan dan memperjuangkan Islam bukan bererti kita kena sekat penganut agama lain daripada mengamalkan agama mereka.

    Allah melarang orang Islam meroboh rumah ibadat agama lain.Begitu juga, tidak boleh menghalang Agama lain mengadakan tempat ibadat mereka.

    Sebelum kita membuat komen, belajar dulu Islam secara total, bukan saja setakat sholat,Puasa dan pasal haid dan nifas sahaja.

  10. amir

    Biasalah mana-mana orang tak suka kalau bangsa lain memerintah. Walau sebaik mana corak pemerintahan beliau, akan dikutuk juga. Badak sumbu kalau memerintah, itu yang terbaik bagi keluarga badak Sumbu, tetapi si manusia kata tak baik.

    “Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan”

    Ini menunjukkan Ahli Parlimen tersebut adalah seorang yang mempraktikan ajaran Islam yang sebenarnya. Dia tidak membenci agama lain.

    Perkataan Allah adalah universal. Perkataan tersebut telah digunakan oleh masyarakat sabah dan sarawak dari dulu lagi sebelum Malaysia wujud. Tiada siapa berhak melarang orang memakainya. Sebagai contoh perkataan “duduk”. Orang Iban juga menggunakan perkataan yang sama bagi menunjukkan yang sama. Adakah patut orang Iban melarang bangsa lain menggunakannya, sebab bagi mereka, mereka itu perkataan mereka?

    Semua agama mengajar umat nya baik. Islam tak pernah mengajar umat nya membenci orang lain dan juga Islam menuntut umatnya menghormati agama lain. Sikap begitu membuat orang lain berpandangan negatif terhadap agama kita. Sebab baiknya agama yang kita anuti dilambangkan oleh keperibadian kita. Di Sarawak, gereja dan masjid bersebelahan. Tak pernah orang muslim memarahi orang kristian apabila mendengar bunyi loceng dari gereja. Begitu juga dengan orang kristian. Keluar dari rumah ibadat masing-masing bersalam-salaman. Belajarlah bertoleransi. Kalau orang tak hulurkan tangan, kita hulurkan dulu.

    KEPADA INDAI SALI..

    MEMANG ISLAM ITU TIDAK MENGAJAR KEARAH KBURUKAN DAN KEJAHATAN,MENGHORMATI ANUTAN AGAMA LAIN,NAMUN BUKAN MENGIKTIRAF MEREKA MALAH MENGAJAK MEREKA KEPADA AGAMA ISLAM MELALUI TELADAN..

    SAYA NAK TANYA LAH,ANDA KATA PERKATAAN ALLAH ITU UNIVERSAL SEHINGGA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM BOLEH MENGGUNAKAN NYA..LU PIKIR SKIT???SAMA KAH ALLAH YANG ESA(SATU)(YAKNI TIADA YANG BOLEH DI SEKUTUKAN DENGAN NYA) SAMA DENGAN (CTH TUHAN TRINITI YG DIAMALKAN OLEH KRISTIAN)..KALAU ORG KRISTIAN MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH MAKA ALLAH AKAN MENJADI TRINITI(DI SEKUTUKAN) BUKAN LAGI YANG ESA..LU PIKIR LA SENDIRI..HUJAH2 BERDASARKAN AKAL SEMATA2 AKAN MEMBAWA KEPADA KESESATAN..KALAU LA MASYARAKAT BARAT ITU MENOLAK AGAMA DAN LEBIH MENGGUNAKAN AKAL,MENGAPA MEREKA DAN AGAMA YANG LAIN MEMERLUKAN KITAB..LU PIKIRLA SENDIRI..
    WALLAHUALAM..CACAT CELA ITU DTG DARI DARI SAYA SENDIRI DAN YANG SEMPURNA ITU HANYA ALLAH YANG ESA SHJ..

  11. Apai Ngelai

    Salamat datai Indai Selien, ari ni penatai nuan? Gaga amat ati meda bisi urang sarawak sanggup ngenatai ka diri ditu meri komen (bolg pemuda enggang).

    Indai Sali,

    Saya juga bukan seorang melayu, tapi saya adalah seorang yang beragama Islam. Adalah menjadi satu hukum yang harus dalam islam, orang islam memilih seorang ketua Negara/pemerintah yang beragama ISLAM untuk memimpin umat-umat Islam dan menjaga kebajikan orang Islam TANPA MELIHAT PADA BANGSA. Ini adalah keterangan yang paling sesuai supaya Indai tidak terkeliru dalam menilai sesuatu kaum. Jika tidak masakan Sarawak mempunyai seorang ketua menteri yang berbangsa Melanau dan menjadi antara pemerintah parti yang paling lama di Malaysia ini. Ini adalah bukti yang Islam itu tidak menilai pada bangsa. Sudah tentulah sebagai agama rasmi negara, Islam meletakkan syarat agama anutan
    pemimpinnya adalah yang paling utama. Bagaimana mungkin seorang Buddhist atau Kristian memimpin negara Islam dan menjaga
    kebajikan Islam secara hak dan adil?

    Saya faham betapa kaum-kaum yang lain kurang menyenangi melayu kerana melayu adalah puak dominan. Indai, tanpa melayu bangsa Bumiputra seperti kita dan yang lain hanya akan bergantung pada belas dan ihsan puak-puak imigran dan pendatang Eropah. Kerana kita adalah ‘KAUM MINORITI’. Apa yang ada pada kita? Kekuatan kita selama ini sebenarnya adalah terletak pada nama ‘bumiputra’ yang menjadi kaum asal yang berhak untuk memerintah bukannya oleh golongan imigran. Bolehkah indai membayangkan bentuk kesanggupan golongan atau puak-puak itu untuk menerima kita sebagai pribumi asal yang tidak boleh disentuh hak keistimewaannya, seandainya mereka yang memerintah – Umpamanya pemilikan tanah kampung, kebajikan, pelan ekonomi dan HAK untuk bergilir-gilir khususnya dalam mengambil alih pemerintahan? Kepada kita, mereka hanya akan mempersoalkan satu – Layakkah?
    Bilakah orang bumiputra akan dapat kembali memerintah Singapura? Dan persoalan yang diberikan mereka – tetap sama.

    Selama inipun, apakah kekurangan yang kita rasai jika dinilaikan dari kemajuan ekonomi dan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan? Nyatakan dengan khusus apakah kerugian dialami selama pemerintah Islam memegang tampok pemerintahan?
    Lihat sahaja sekolah. Di tempat lain wujudkah sekolah jenis kebangsaan cina, india yang berdiri sebaris dengan sekolah2 kerajaan? Begitu juga wujudnya sekolah-sekolah Kristian di sini. Malah kerajaan tidak pernah sekalipun melarang guru-guru yang beragama Islam mengajar di sini. Ini juga adalah satu bukti pemerintah Islam tidak memilih bangsa dan agama. Apapun yang telah dilakukan sebenarnya adalah untuk menjaga bumiputra daripada dijajah bangsa asing. Jika dibandingkan dengan kaum cina, dari segi pendidikan pun kita sudah jauh ketinggalan apalagi dari segi ekonomi. Kita terlalu mengagungkan mereka ini sehingga lupa melihat pada keadaan diri dan rupa kita yang sebenar. Kenapa kita tidak berani bersaing dengan mereka?

    Kerajaan menggalakkan kita berdiri teguh di atas kaki sendiri dalam menjanakan perniagaan sendiri. Perbagai bantuan diberikan tidak cukup dengan itu, subsidi disediakan. Ini adalah atas usaha pemimpin-pemimpin Islam yang tidak memilih bulu. Jika Indai ingin tahu lebih akan bisikan hati pihak berlawanan, pergilah ke Forum
    DAP. Di sana, Indai akan melihat apa yang Indai sukakan pada mereka selama ini. Perkataan yang digunakan sebagai sindiran mereka sering dikaitkan dengan bumiputra (semua kita, wai). Bukannya melayu ataupun Islam secara khusus. Harapnya Indai terpesona dengan hujah sesama mereka. Mudah-mudahan Indai sedar.

    Indai, tidak ada sesiapa pun di antara kami yang berani melarang penggunaan nama Allah dalam Kristian Indai. Gunalah apa sahaja pun sebutan, asal sahaja ia hanya untuk agama Indai sahaja dan tidak bertujuan untuk menyamakannya dengan agama Islam. Benar,Islam menuntut umatnya (keseluruhan umatnya) menghormati agama lain. Cuma di sini ianya dijadikan perbahasan supaya orang faham akan kewujudan nama Allah dalam agama lain, mudah-mudahan ianya tidak mengelirukan mana-mana umat Islam yang tidak tahu. Tidak semua orang Islam terutamanya di Semenanjung mengetahui akan hal ini. Inilah yang harus kami ambil kira. Kita tidak pernah pun mengusik atau merendahkan agama orang lain dan untuk pengetahuan Indai bahawa dalam Islam, seseorang Islam yang menghina agama orang lain hukumnya HARAM dan BERDOSA jika dilakukan, kerana perumpamaannya ia adalah seperti mencerca tuhan sendiri melalui tindakbalas
    orang yang dicerca tuhannya (Surah Al-An’aam:108.) Oleh sebab itu jika Indai teliti, adakah kami banyak menghina agama
    orang lain? Kebanyakan di sini hanya banyak berceloteh tentang hal politik sahaja yang kadang-kadangnya dicemari juga oleh penulisan penulis-penulis nakal yang hanya suka-suka mengusik, tak lebih dari itu. Janganlah salah anggap pada kami,
    kalau terlanjur itu maafkanlah kami ya.. Yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah salah dan silap saya sendiri.
    Salam sejahtera.

  12. ikankecil

    akum…..
    ishk3…..sedih teman dengan islam dipijak…..skang ni mmg teman tgk islam da dipijak sewenang2nye…bangkitlah pejuang2 fisabillilah menentang kapior laknat…….jgn biarkan islam dipersendakan…..pantang den 2…..

    ikankecil berenang bebas…

    wasalam..

  13. astora jabatt

    islam di pijak2, umno di mana?

  14. AbangTuah

    astora jabatt..

    iss..iss..iss..gaharu cendana pula dah tahu bertanya pula…UMNO dok gelak tengok PAIH…keh..keh..keh..phuii

  15. ikanmas

    ass tora…

    eihh…knape plak UMNO pula dicari….sdiri gali kbor sendiri la masuk…dah saya kata awak ni kurang pkai akal suka hentam je.

  16. kuntakinte

    Salam, Astora jabattum, apa lah soalan sedara ni, nak dibetulkan juga apa yang berlaku dgn isu yang di bincangkan, hai…hai… hipokrit betul lah sedara, jelas lagi bersuluh.

    Pernah ke sedara dengan zaman kerajaan selangor dulu, azan tak boleh di buat mengunakan pembesar suara, pernah kah dulu nak bina surau ke pakai kung fu, pernah ke dulu rumah ibadat agama lain nak bagi tanah luas2, pernah kah dulu konsert kena tunjuk ponggong, resional lah sikit, buka lah sikit kepala hotak yg tuhan jadikan duduknya diatas kepala tempat tinggi sekali, jangan terlalu jumud sehingga yang betul pun kata tak betul, provok sini sikit sana sikit semuanya mengatakan ini tak betul itu tak betul sampaikan isu yg ini pun sedara kata tak betul, UMNO di mana?, tak boleh beza ke UMNO dulu tak timbul pun perkara2 yang boleh mengugat maruah agama kita, tingkah laku mereka hormatkan Islam tidak sekarang ini, satu persatu cuba di padam kan. fikirrrrlah sendiri.

  17. astora jabatt

    ooo baru aku paham.rupanya umno pun x mempertahankan islam bila islam di pijak2..patut la ramai para ulama yg kena gam…

  18. astora jabatt

    YEKE.x timbul yer..abih tu kilang arak kat shah alam tu mcm mana boleh ada…

  19. AbangTuah

    astora jabatt…

    Orang PAIH kena gam fasal bila dah kick dan high buat ceramah agama di TV tu sehingga tersasul-sasul..keluar dari landasan kewajaran dan kerationalan…betul kata ikanmas tu…kurang guna fikiran.

    Kau kena fikir Islam dan Politik dua perkara yang berbeza tak sama dan tak serupa…satu menegak satu mendatar…ada faham ka…..keh..keh..keh..phuii..

  20. kuntakinte

    Salam, astora jabattum, kau baca je komen ikanmas kat atas tu ha….nak perintah dah bagi perintah kah…kah…berguling2 aku ketawa..dah perintah UMNO jugak yang kena sebab berkung fu nak bina surau kah..kah..lawak…lawak..lawak.. species haprak seorang ni.

    Jelas lah tak mampu nak memerintah, umpama masuk sewa rumah orang, siap nak suruh orang dulu pasang langsir baru, bagi sofa, cat rumah baru, pasang tile baru, tolong bayar sewa rumah sekaliiii kah…kah..kah… lawak2. bro oi….dah sewa rumah orang buat sendiri le bro apa tunding2 kat orang lain plak…species hipokrit betul la kau ni. sepatutnya tak perlu dilayan si astora jabattum ni. abngtuah ingat tak sepecies yang macam ni satu ketika dulu pernah mucul sama je modus operandinya? he..he..he.. geli hati aku.

  21. kuntakinte

    Salam, abangtuah orang macam astora klon ni tak perlu keluar ilmu banyak2 sangat rugi kita, kepala hotak dah kematu ni… jenis hipokrit!!!! provok sana sini..he..he.. geli hati aku nengok perangai nya sebiji macam beruk dlm zoo…

  22. astora jabatt

    “Kau kena fikir Islam dan Politik dua perkara yang berbeza tak sama dan tak serupa…satu menegak satu mendatar…ada faham ka…..keh..keh..keh..phuii..” – buah

    hehehe..dah tu apa yg terkandung dlm Quran? xde politik ke..

    kuntakinte,
    apa yg kau ckp ni..aku tny pasal kilang arak kat selangor tu.bukan islam di pijak2 ke..zaman sapa memerintah tu…

  23. AbangTuah

    astora jabat..

    Astora..apa ni…jangan kompius

    Aku kata..”Islam dan Politik dua perkara yang berbeza tak sama dan tak serupa…satu menegak satu mendatar”..tetapi aku tak kata ia boleh dipisahkan.

    Sebenarnya didalam Islam ada soal politik pentabiran dan sosial juga seni. Agama Islam sebenarnya membezakan antara permasalahan dan isu-isu politik dengan agama dari segi penggarapan kedua perkara tersebut. Agama bersifat jitu dan tepat manakala Politik bersifat umum yang sentiasa difikir kerana dipengaruhi alam sekitar dan peredaran masa. Disini kerap berlakunya salah faham bagi sebahagian orang..dimana ada golongan yang menyamakan kedua perkara. Walau keduanya tidak dapat dipisahkan tetapi kedua-duanya mempunyai sifat dan tabiat yang berbeza.

  24. this quotation from the comment from INDAI SALI- entah agama apa dia nii..

    “Ini menunjukkan Ahli Parlimen tersebut adalah seorang yang mempraktikan ajaran Islam yang sebenarnya. Dia tidak membenci agama lain.

    Perkataan Allah adalah universal. Perkataan tersebut telah digunakan oleh masyarakat sabah dan sarawak dari dulu lagi sebelum Malaysia wujud. Tiada siapa berhak melarang orang memakainya. Sebagai contoh perkataan “duduk”. Orang Iban juga menggunakan perkataan yang sama bagi menunjukkan yang sama. Adakah patut orang Iban melarang bangsa lain menggunakannya, sebab bagi mereka, mereka itu perkataan mereka? ”

    KALAU MACAM TU, TAK PAYAH MAIDAM, MAJLIS AGAMA PERAK, SELANGOR NAK MINTA CELAHAN HUJAH SEMASA PIHAK GEREJA MEMOHON UNTUK GUNA NAMA ALLAH DALAM AGAMA MEREKA… ko pandai lagi dari mufti negara ni.. hebat2!!!!

    wut the stupid muslim like u..
    jangan fikirkan kita boleh jadikan Islam liberal sepenuhnya kerana konsep liberal itu kadang2 tidak linear dengan Islam..

    Ko pandai jer bagi khutbah bak agama, ko letak la skit ayat QURAN or dalil yang mengatakan kalimah agung agama aku [ISLAM] itu boleh dipakai dan diguna dalam agama KAFir?

    aku nasihatkan ko, balik mengaji tul2 tak payah nak keluar rumah, orang macam ko ni hanya akan sesatkan anak bini je,,

  25. Apai Ngelai

    Salam Khazaidi,

    Saya faham saudara menujukan komen saudara kepada saya. Alhamdulillah, saudara menyedarkan saya tentang perasaan saudara. Tidak ada apa yang mampu saya mengatakan tentang bab agama ni, saya ini tidaklah berilmu sangat cuma nak berlagak pandai. Ya, mungkin saudara benar!

    Saya tidak mahu sekali-kali bertelagah tentang agama ni dengan sapa-sapa, takut nanti kita berdua sama-sama ditimpa bala pula.. Cuma saya nak saudara tahu, saya pernah mempelajari hukum2 agama itu dan juga bible dan saya pernah juga melihat mereka dalam ritual ‘healing soul’. Saya banyak bergaul dengan kaum seperti Indai kerana saya adalah dari keturunan mereka juga. Tidak perlu saya mengulas dengan lebih banyak tentang itu.

    Seperti yang telah saya katakan, tidak semua orang di semenanjung tahu akan penggunaan kata Allah dalam agama kristian dan salah faham yang seperti inilah yang saya cuba nak elakkan sebelum ini. Pengetahuan orang berilmu agama yang luas seperti saudara cuma perlu diperkembangkan lagi sedikit agar saudara tidak mudah terkeliru.

    Saudara harus tahu seperkara, pada masa saya membaca tulisan saudara ini, hati saya terluka kerana saudara menyakiti saya dengan pertuduhan sebegini serta mencela saya sebagai seorang Islam yang bodoh sedangkan saudara tidak mengetahui sedikitpun akan niat hati saya. Dan saudara sudah berasa betul serta menganggap tindakan saudara ini sebagai tindakan orang Islam yang beriman? Saya hendak bertanya, kalau niat saudara menegur saya tentang agama adalah kerana Allah apakah perlunya saudara menghukum saya dengan kata-kata kesat begini tanpa meminta penjelasan dari saya sendiri terlebih dahulu? Sesungguhnya bahasa yang saudara gunakan itu sungguh kesat dan kejam, minta maaf. Ingat, saudara ini sedang bercakap tentang agama. Dan jika saudara merasa warak dan begitu mengambil berat tentang agama, apa hukumnya pula bagi orang yang membuat pertuduhan dusta bahawa saya ini hanya akan menyesatkan anak bini saya? Dan jika saudara tidak pasti akan tahap keimanan seseorang, bolehkah saudara mengecam dan menghina orang sesuka hati demi kepuasan hati sendiri atau adakah niat saudara kerana Allah? Dan pada masa saudara menulis perkataan sedemikian, tidakkah malaikat pencatat amal/dosa mencatit pula semua yang saudara tulis ini? Bukankah saya telah meletakkan yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari silap dan salah saya jua pada ayat terakhir? Untuk apakah saya menulis rangkap yang sedemikian?

    Saya tiada niat sedikitpun untuk menyamakan Islam dengan agama mereka, Nau’zubillah – niat saya juga jauh sekali dari hendak menunjukkan saya ini pandai dan berilmu, melainkan sekadar memberi penerangan semata-mata serta untuk meraih sedikit pahala dan sedikit redha Allah, insyaAllah.

    Saudara Khazaidi,

    Untuk pengetahuan saudara, nama Allah itu sudah pun wujud dalam bible sebelum saudara lahir lagi. Selama 500 tahun sebelum munculnya Agama Islam, penganut Arab Kristian sudah menggunakan Allah sebagai terjemahan daripada El, Eloah atau Yahveh. Penggunaan Allah ini oleh Islam hanyalah bermula apabila lahirnya agama itu yang di bawa oleh Nabi Muhammad.

    Pada asalnya Allah adalah sebutan tradisi Arab bagi ketua Ilah-Ilah (dewa-dewa) iaitu DEWA AIR. DEWA AIR adalah di panggil orang arab sebagai ALLAH dan ia merupakan ketua segala DEWA. Macam ZEUS lah ceritanya dalam Yunani.

    Setelah wujudnya Arab Kristian maka mereka menggunakan Allah dalam terjemahan bible arab utk Eloah, Elohim dari bahasa Ibrani ke bahasa Arab sebagai Allah. Allah bagi Arab Kristian bermakna Elohim iaitu merujuk kepada makna Elohim dari Bible Kristian/Jews.

    Kepercayaan orang Arab tentang ALLAH ITU ESA bermula apabila agama Kristian masuk dalam masyarakat Arab yang mana sebelum adanya Kristian Arab sebutan Allah bagi bangsa Arab ini ialah DEWA AIR. Pada hari ini Arab mempunyai kira-kira 25 juta penganut Kristian. Mereka menggunakan Allah sebagai terjemahan dari Bible sejaka zaman para rasul-rasul. Jadi, dari segi sejarah siapa yg lebih awal menggunakan sebutan Allah?
    Bagaimana kita hendak menghalang mereka untuk memakai nama Allah sebagai Tuhan sedangkan ia sudah di gunakan oleh mereka sejak 500 tahun oleh Arab Kristian iaitu sebelum Islam belum wujud lagi.

    Bagi negara-negara seperti di Arab Saudi isu-isu ini memang tak wujud sebab mereka tahu sejarahnya. Malah di Indonesia isu ini pun tak menjadi masalah baik dari pihak agama mahupun dari pihak politik kerajaan.

    Peranan kerajaan dalam menyampaikan maklumat juga amatlah penting bagi mendidik rakyat ini ttg sejarah lepas. Sejarah amatlah penting utk di pelajari supaya tidak lah berlaku kes2 seperti ini pada zaman globalisasi ini.

    kalau kita tak ajar saudara segama sendiri tentang hal ini susahlah jadinya… kalau ada seseorang yang lain senasib saya cuba untuk menerangkan hal ini tapi dicemuh maka akhirnya kita akan tetap dalam keadaan tidak tahu… sayang sungguh!

    BERFIKIR TERBUKA DAN MINDA TERBUKA adalah modal insan yang diharap2kan di negara ini.. bukan modal insan yg masih kabur-kabur…
    Wassalam.

  26. Apai Ngelai

    Salam semua pengunjung blog,

    Saya sedar dan minta banyak-banyak maaf sekiranya saya ini telah agak melampau dalam bab agama sebelum ini.

    Tiada niat saya nak tunjuk pandai, diharapkan para pembaca semua faham – saya tak hendak menjadi Astora Jabat.

    p/s: Tu keterangan tentang kristian kat atas tu sebenarnya saya dapat dari blog orang juge. Bukannya saya ini orang yang serba tahu..hik hik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s