Daily Archives: July 22, 2008

Mat Taib tawar tanding naib presiden

dari malaysiakini

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan  parti Disember ini.

muhammad muhd taibMuhammad menyertai 15 lagi pemimpin Umno yang setakat ini menyatakan hasrat bertanding jawatan itu.

“Saya ingin memperkasakan parti untuk berdepan dengan cabaran  baru khasnya membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan kekuatan Umno menjadi saluran perdana  perjuangan orang Melayu,” katanya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

Muhammad juga ketua penerangan Umno berkata Umno memerlukan pasukan kerja yang ikhlas berjuang untuk kepentingan  parti dan masa depan orang Melayu, khususnya untuk menambahbaik kehidupan orang  Melayu di luar bandar dan penyusunan semula masyarakat untuk mengeluarkan orang Melayu daripada kemiskinan.

Beliau melaporkan beliau berkata, tugas kepimpinan Umno pada hari ini adalah memperkukuhkan perpaduan Melayu  di setiap peringkat, memastikan ekonomi dan politik Melayu kembali kuat, serta mengembalikan Umno  sebagai tunjang perjuangan rakyat Malaysia.

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sudah ribuan kes… tiada yang pergi ke suratkhabar dakwa diaibkan – Dr Latif


Semasa bercakap kepada para wartawan lepas membuat lawatan ke Hospital Jasin di Melaka petang Isnin Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata ribuan pemeriksaan perubatan kes melibatkan jenayah seks sama ada rogol atau liwat telah dikendalikan oleh pakar perubatan mengikut prosedur Kanun Acara Jenayah dan Prosedur Operasi Standard Perubatan selama ini berjalan dengan baik dan telus.“Tidak pernah ada orang pergi pada surat khabar bercakap dia dibogelkan, dia dianiaya dan dia diaibkan.“Kalau ada beribu orang yang menghadapi tuduhan sebegini rupa dan yang sekarang ini menunggu proses pendakwaan, menjelajah ke seluruh negara berkempen macam Anwar, apa akan jadi pada negara ini,” katanya mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau dibogelkan ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.Dr Latiff berkata, tuduhan meliwat ini merupakan kes peribadi dan sepatutnya Penasihat PKR menyelesaikannya sendiri tanpa melibatkan orang lain dengan pelbagai tuduhan.“Pegawai saya (di hospital) bukan ada mata bionik untuk melihat begitu saja untuk tahu berapa luas, berapa lebar, berapa banyak…pegawai saya tidak ada keistimewaan itu, dia kena tengok sendiri,” katanya

nota: mungkin DSAI sudah lupa bahawa beliau bukan lagi TPM Malaysia. Beliau adalah rakyat biasa yang sepatutnya pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hospital hendaklah dilakukan di wad biasa dan bukan wad diRaja. Mengapa terlalu bongkak DSAI dengan mendakwa beliau dibogelkan dan menyalahkan tidur di atas simen menyebabkan sakit belakang beliau kembali sakit. Haruskah beliau dilayan dengan ‘istimewa’ oleh pihak berkuasa? Apa beza beliau dengan suspek2 lain yang berada di dalam siasatan polis?

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Abang”pakatan rakyat sudah bersuara….

sumber klpos

PENGERUSI DAP Karpal Singh meminta PAS memberi penjelasan kepada parti lain di bawah Pakatan Rakyat berhubung tindakannya mengadakan muzakarah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno baru-baru ini.

Beliau berkata DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai pertemuan itu dan hanya mengetahuinya melalui media.

Karpal Singh berkata PAS sepatutnya memaklumkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai muzakarah itu kerana ia membabitkan isu yang sangat penting.

“Saya berpendapat tindakan itu (tidak maklumkan tentang muzakarah dengan Umno) tidak betul kerana kita dalam Pakatan Rakyat perlu tahu apa yang masing-masing lakukan terutama sekali bila ia melibatkan isu fundamental,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal Singh berkata PAS tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno lebih-lebih lagi parti itu pernah mendakwa diketepikan semasa menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar awal 70-an.

“Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah berkata bahawa PAS tidak sepatutnya dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama tetapi saya hairan kenapa beliau menukar fikiran. Saya rasa sudah tiba masanya mereka (PAS) memberi penjelasan kenapa kami diketepikan.

“Sepatutnya tidak timbul keraguan antara parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat dan setiap tindakan yang dibuat perlulah secara terbuka,” katanya.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pimpinan tertinggi parti itu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan orang Melayu.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang disiarkan oleh akhbar hari ini yang mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.

Dalam pertemuan itu, Umno diketuai sendiri oleh Abdullah, manakala PAS dipercayai diwakili Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz tidak hadir pada pertemuan itu.

nota: kini ‘abang’ atau taiko kepada pakatan rakyat iaitu DAP sudah bersuara. sikap biaDAP yang sering mengutamakan bangsa lain selain melayu di dalam pakatan sudah tidak disenangi oleh PAS. Syabas kepada PAS kerana sanggup bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam dan melayu itu sendiri.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS temui Umno ‘demi Pakatan’

PAS mengadakan pertemuan dengan Umno bertujuan mengelakkan sebarang masalah pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, jelas ahli jawatankuasa kerja PAS Khalid Samad yang menyertai perbincangan tersebut.

“Kita berunding dengan Umno supaya parti itu tidak membuat kacau kepada kerajaan negeri Selangor kerana PAS telah mengeluarkan surat menyokong (wakil PKR, Tan Sri) Abdul Khalid (Ibrahim) sebagai menteri besar,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketika itu, tambahnya, Abdul Khalid belum mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor dan keadaan tidak menentu saat itu membimbangkan Pakatan jika Umno tidak membenarkan pembangkang membentuk kerajaan negeri.

Pada asalnya pertemuan pertama itu diundang oleh Umno untuk membincangkan pembentukan kerajaan negeri Selangor bersama PAS sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac.

“Umno mencadangkan kepada PAS untuk membentuk kerajaan negeri Selangor kerana Abdul Khalid (waktu itu) belum dilantik menjadi menteri besar.

“Tetapi PAS ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor,” katanya.

Khalid berkata beliau tidak ingat tarikh tepat pertemuan tersebut tetapi menyatakan hanya beberapa hari selepas pilihanraya.

“Kalau tidak silap saya, pada 10 atau 11 Mac dan tempatnya di Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah perbincangan tersebut telah diatur oleh pihak ketiga.

“Tetapi saya tidak tahu siapa pihak ketiga itu,” katanya lagi, mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa beliau telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan pemimpin PAS.

Umno diwakili Abdullah sebagai presiden dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Manakala PAS pada awalnya bersetuju menghantar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Bagaimanapun, tambah Khalid, penyertaan Abdul Hadi tidak direstui pucuk pimpinan PAS kerana beliau seorang pemimpin tertinggi parti, manakala Dr Hassan diketepikan kerana telah mengadakan pertemuan awal dengan Dr Mohamad Khir.

“Berikutan itu, saya dipilih menggantikan Dr Hassan dan Mustafa menggantikan Abdul Hadi,” katanya lagi.

Sementara itu, Mustafa berkata, perbincangan tersebut diadakan dengan kebenaran parti bagi membincangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Katanya, kedua-dua parti berbincang mengenai kedudukan orang Melayu Islam sekarang dan nasib mereka sekarang ini.

Pengarah pilihanraya PAS itu berkata, parti itu bebas mengadakan perbincangan dengan Umno tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada PKR, rakan utama Pakatan Rakyat.

“Masa (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) jumpa SAPP, beliau tidak beritahu kita. Semua bebas berjumpa (komponen BN),” katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, Abdul Hadi mendedahkan pertemuan pertama itu yang diketuai Nasharudin dan ia telah dimaklumkan kepada majlis syura dan jawatankuasa pusat PAS.

“Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, pertemuan kedua diadakan di bangunan Parlimen antara Nasharudin dengan Abdullah – masa tidak disebut.

Pertemuan ketiga dan seterusnya, yang sedang dirancang, tidak dinyatakan.

Laman web akhbar mingguan Siasah pula memetik kenyataan Khalid yang menyebut nama Dr Hassan tidak disenaraikan untuk ikut serta demi mengelak “pertembungan kepentingan.”

Abd Khalid sebelum ini pernah mendedahkan, beberapa jam selepas keputusan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Dr Hassan pernah mengadakan rundingan dengan Dr Mohamad Khir.

“Kerana itu, saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” Abd Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, dipetik sebagai berkata.

Pada peringkat awalnya, lapor blog rasmi akhbar itu lagi, beliau tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas perbincangan, wakil-wakil PAS bersetuju bertemu dengan pemimpin BN di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen.

“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.

“Jadi kami dengar dan kata ya ya… tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid lagi.

Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Abd Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.

Mengulas lanjut pendedahan Abdullah, Khalid memberitahu Malaysiakini, tindakan perdana menteri itu menimbulkan isu ini di media boleh mencipta keraguan dalam kalangan komponen Pakatan.

Beliau menambah, dengan itu orang Sabah dan Sarawak akan berfikir dua tiga kali sebelum masuk gabungan pembangkang.

“(Kerana) mereka fikir PAS pun lompat Umno,” katanya.

Bagaimanapun, ahli parlimen itu menafikan pertemuan PAS-Umno akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan pemimpin PAS.

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa semalam berkata, kenyataan Abdullah mengenai rundingan dua parti itu bertujuan “menabur benih perpecahan” dalam PAS.

Husam, yang juga exco kerajaan Kelantan, menegaskan PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian perdana menteri mendapatkan “keldai korban” yang boleh ditunggang, walaupun sementara.

“Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah apabila beliau umumkan pemimpin decision-makers (pembuat keputusan) PAS telah tiga kali menemui beliau?

“Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek,” katanya.

sumber – malaysiakini

41 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saiful bukan seorang ‘gay’

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pengamal homoseks, kata peguamnya hari ini.

“Tidak,” kata peguam itu Zamri Idrus apabila ditanya sama ada pemuda 23 tahun itu seorang “gay.”

Zamri hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian bapa pemuda itu Azlan Mohd Lazim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bapa Mohd Saiful menyifatkan Anwar seseorang yang “banyak alasan” dan suka “berdolak-dalik” berhubung siasatan kes anaknya.

“Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis,” katanya.

saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy allegations brickfields police station 040708 02Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap “berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan.”

Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan oleh Zamri.

Turut serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali ‘Uncle Pat.’

Azlan juga berkata anaknya (foto fail, kanan) sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar.

“Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

“Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya mengakhiri kenyataan bertulis tersebut.

Menurut peguam, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana “ada hal lain.”

Ditanya hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri berkata: “Tidak, tidak, perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu.”

Sumber : MalaysiaKini

nota: beliau bukan seorang gay kerana sudahpun bertunang. jadi jika bukan gay apakah status beliau?

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda