“Abang”pakatan rakyat sudah bersuara….

sumber klpos

PENGERUSI DAP Karpal Singh meminta PAS memberi penjelasan kepada parti lain di bawah Pakatan Rakyat berhubung tindakannya mengadakan muzakarah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno baru-baru ini.

Beliau berkata DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai pertemuan itu dan hanya mengetahuinya melalui media.

Karpal Singh berkata PAS sepatutnya memaklumkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai muzakarah itu kerana ia membabitkan isu yang sangat penting.

“Saya berpendapat tindakan itu (tidak maklumkan tentang muzakarah dengan Umno) tidak betul kerana kita dalam Pakatan Rakyat perlu tahu apa yang masing-masing lakukan terutama sekali bila ia melibatkan isu fundamental,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal Singh berkata PAS tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno lebih-lebih lagi parti itu pernah mendakwa diketepikan semasa menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar awal 70-an.

“Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah berkata bahawa PAS tidak sepatutnya dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama tetapi saya hairan kenapa beliau menukar fikiran. Saya rasa sudah tiba masanya mereka (PAS) memberi penjelasan kenapa kami diketepikan.

“Sepatutnya tidak timbul keraguan antara parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat dan setiap tindakan yang dibuat perlulah secara terbuka,” katanya.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pimpinan tertinggi parti itu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan orang Melayu.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang disiarkan oleh akhbar hari ini yang mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.

Dalam pertemuan itu, Umno diketuai sendiri oleh Abdullah, manakala PAS dipercayai diwakili Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz tidak hadir pada pertemuan itu.

nota: kini ‘abang’ atau taiko kepada pakatan rakyat iaitu DAP sudah bersuara. sikap biaDAP yang sering mengutamakan bangsa lain selain melayu di dalam pakatan sudah tidak disenangi oleh PAS. Syabas kepada PAS kerana sanggup bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam dan melayu itu sendiri.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to ““Abang”pakatan rakyat sudah bersuara….

  1. singaporean

    salam..

    PAP itu parti people’s Action Party dan parti ini ditubuh apabila singapore keluar dari malaysia
    lawanya adalah,WP the Worker’s Party dan satu lagi SDP Singapore Democratic party

    Di singapore semua kemudahan di sediakan sbg contoh public transport mmg senang, nak beli rumah tak payah buat loan bank, hanya guna cpf nak beli barang mknan pun senang tak payah risau bekalan ataupun harganya sbb goverment singapore membuka outlet setiap tempat yg dipanggil NTUC dan harganya semuanya sama, dan setiap pekerja muslim gajinya akan dipotong 1 dollar utk pembangunan umah dan masjid 3 dollar, utk pembangunan anak singapore sbb itu disingapore tidak ada byk masaalah dgn penganggur dan pengemis merayau..dan warga emas pun diberi peluang kerja di counter Mc D or kentuky.. nak tahu dgn lebih lanjut lagi dtglah disingapore,.. kami semua rakyat singapore happy sekali..

    jefryong respectlah sama lu… kalau ada 10 org mcm lu.. boleh meletuplah blog ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s