PAS temui Umno ‘demi Pakatan’

PAS mengadakan pertemuan dengan Umno bertujuan mengelakkan sebarang masalah pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, jelas ahli jawatankuasa kerja PAS Khalid Samad yang menyertai perbincangan tersebut.

“Kita berunding dengan Umno supaya parti itu tidak membuat kacau kepada kerajaan negeri Selangor kerana PAS telah mengeluarkan surat menyokong (wakil PKR, Tan Sri) Abdul Khalid (Ibrahim) sebagai menteri besar,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketika itu, tambahnya, Abdul Khalid belum mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor dan keadaan tidak menentu saat itu membimbangkan Pakatan jika Umno tidak membenarkan pembangkang membentuk kerajaan negeri.

Pada asalnya pertemuan pertama itu diundang oleh Umno untuk membincangkan pembentukan kerajaan negeri Selangor bersama PAS sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac.

“Umno mencadangkan kepada PAS untuk membentuk kerajaan negeri Selangor kerana Abdul Khalid (waktu itu) belum dilantik menjadi menteri besar.

“Tetapi PAS ketika itu telah mengeluarkan surat sokongan kepada Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor,” katanya.

Khalid berkata beliau tidak ingat tarikh tepat pertemuan tersebut tetapi menyatakan hanya beberapa hari selepas pilihanraya.

“Kalau tidak silap saya, pada 10 atau 11 Mac dan tempatnya di Kuala Lumpur,” katanya sambil menambah perbincangan tersebut telah diatur oleh pihak ketiga.

“Tetapi saya tidak tahu siapa pihak ketiga itu,” katanya lagi, mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa beliau telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan pemimpin PAS.

Umno diwakili Abdullah sebagai presiden dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Manakala PAS pada awalnya bersetuju menghantar presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Bagaimanapun, tambah Khalid, penyertaan Abdul Hadi tidak direstui pucuk pimpinan PAS kerana beliau seorang pemimpin tertinggi parti, manakala Dr Hassan diketepikan kerana telah mengadakan pertemuan awal dengan Dr Mohamad Khir.

“Berikutan itu, saya dipilih menggantikan Dr Hassan dan Mustafa menggantikan Abdul Hadi,” katanya lagi.

Sementara itu, Mustafa berkata, perbincangan tersebut diadakan dengan kebenaran parti bagi membincangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Katanya, kedua-dua parti berbincang mengenai kedudukan orang Melayu Islam sekarang dan nasib mereka sekarang ini.

Pengarah pilihanraya PAS itu berkata, parti itu bebas mengadakan perbincangan dengan Umno tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada PKR, rakan utama Pakatan Rakyat.

“Masa (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) jumpa SAPP, beliau tidak beritahu kita. Semua bebas berjumpa (komponen BN),” katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, Abdul Hadi mendedahkan pertemuan pertama itu yang diketuai Nasharudin dan ia telah dimaklumkan kepada majlis syura dan jawatankuasa pusat PAS.

“Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurutnya, pertemuan kedua diadakan di bangunan Parlimen antara Nasharudin dengan Abdullah – masa tidak disebut.

Pertemuan ketiga dan seterusnya, yang sedang dirancang, tidak dinyatakan.

Laman web akhbar mingguan Siasah pula memetik kenyataan Khalid yang menyebut nama Dr Hassan tidak disenaraikan untuk ikut serta demi mengelak “pertembungan kepentingan.”

Abd Khalid sebelum ini pernah mendedahkan, beberapa jam selepas keputusan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Dr Hassan pernah mengadakan rundingan dengan Dr Mohamad Khir.

“Kerana itu, saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku,” Abd Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, dipetik sebagai berkata.

Pada peringkat awalnya, lapor blog rasmi akhbar itu lagi, beliau tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas perbincangan, wakil-wakil PAS bersetuju bertemu dengan pemimpin BN di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen.

“Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.

“Jadi kami dengar dan kata ya ya… tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu,” jelas Khalid lagi.

Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Abd Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.

Mengulas lanjut pendedahan Abdullah, Khalid memberitahu Malaysiakini, tindakan perdana menteri itu menimbulkan isu ini di media boleh mencipta keraguan dalam kalangan komponen Pakatan.

Beliau menambah, dengan itu orang Sabah dan Sarawak akan berfikir dua tiga kali sebelum masuk gabungan pembangkang.

“(Kerana) mereka fikir PAS pun lompat Umno,” katanya.

Bagaimanapun, ahli parlimen itu menafikan pertemuan PAS-Umno akan menyebabkan perpecahan dalam kalangan pemimpin PAS.

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa semalam berkata, kenyataan Abdullah mengenai rundingan dua parti itu bertujuan “menabur benih perpecahan” dalam PAS.

Husam, yang juga exco kerajaan Kelantan, menegaskan PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian perdana menteri mendapatkan “keldai korban” yang boleh ditunggang, walaupun sementara.

“Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah apabila beliau umumkan pemimpin decision-makers (pembuat keputusan) PAS telah tiga kali menemui beliau?

“Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek,” katanya.

sumber – malaysiakini

41 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

41 responses to “PAS temui Umno ‘demi Pakatan’

  1. Bersatulah umat Islam dan bangsa Melayu

  2. AbangTuah

    Salam lovely princess…

    Apa nak buat ada ego tak mahu bersatu..harapan tipis…begitu agaknya akhirnya nasib Melayu Islam jadi macam;

    1. PLO – Palestin Liberation Org.
    2. PULO – Patani United Liberation Org.
    3. MILF – Moro Independent Liberation Front

    Heran ya mana perkataan muslimnya ya…

    Melayu akan hanya bergabung atas nama melayu bila dah tersepit jadilah;
    MLO – Malay Liberation Front.

  3. ikankecil

    akum…..
    btul 2 abg tuah…….
    smpai ble melayu nk maju kalau bangsanya hanya tau nk bertelagah je….
    bangkitlah wahai bangsaku sekalian……
    jgn jd mcm lebai malang……

  4. AbangTuah

    Salam…

    Ada berita baik..Muzakarah tak jadi…tapi diganti dengan Muhalabah ke..Muhazadan..Muhabalah..entah…bahasa Arab ni susah sangat nak sebut…tapi rasa tujuannya baik…inshallah…

    Macam ni rasa respek la pada Ulama2 PAS yang berwibawa…

  5. Salam,
    Walaupun Pas dan Umno itu dua kumpulan parti politik Islam yang didukong oleh bangsa Melayu rata-rata ideologinya boleh dikatakan sama.Yang mana UMNO letakan kedudukan negara itu di awal dan PAS pula letakan kedudukan Agama sebagai pada awal perjuangannya.Matalamatnya sama..bagi UMNO parti yang berjaya membawa negara ini dari belenggu penjajahan kafir adalah satu perjuangan murni demi bangsa dan agama.PAS pula cuma berjuang bermatian untuk menegakan Negara Islam ditolak oleh penjajah di masa itu disebabkan reality dan tonjolannya akan mengeruhkan kestabilan negara pada masa itu.Kebanyakan ulama-ulama yang telah lama di medan perjuangan untuk membentuk negara Islam yang total telah pun memahami dan kedudukan senorio politik negara yang amat berbeza dari Negara-negara yang amalkan total theologi Islam.Mereka ini mula sedar betapa pentingnya hormani dan keamanan negara itui sendiri dari kepentingan peribadi dan kehendak politik bangsa Melayu.

    Pada masa ini parti PAS dengan amat ketara telah berpecah-dua.Ia itu satu bahagian yang dipelopori oleh kumpulan perjuangan dari pra- merdeka dan satu kumpulan dari post-merdeka.Ahli-ahli yang kebanyakan golongan muda yang selepas merdeka yang telah terima pendidikan tinggi didalam dan luar negara yang menerima segala jenis kemudahan dari pemerintah telah lupa jasa dan budi yang telah ditaburkan oleh kerajaan pada mereka yang menjadi golongan ultra dalam parti PAS yang mendesak parti itu untuk mencapai kejayaan yang cepat tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi negara sekiranya sesuatu dasar pemerintahan negara diubah cara segera dan malapetaka yang sedang menanti untuk menghancurkan negara dan rakyat.Kita sebagai umat Islam perlu befikir dan bertindak mengikut akal yang diberi oleh allah.Bacalah sejarah bagaimana sebuah bangsa yang digeruni dan yang hebat di eropah seperti bangsa Turki othmania telah tersungkur disebabkan oleh pemikiran songsang Islam yang telah landa keatas bangsa ini.Cuma kita takutkan jangan pula anasir pemikiran ‘ala taliban syiah telah banyak dipengaruhi pemikiran anak-anak muda PAS ini yang kebelakangan ini begitu ghairah dengan perjuangan nak menegakan negara Islam.Bagi UMNO perjuangan kearah pembentukan negara Islam lama telah diidamkan,dengan itulah saban hari kita menjadi pelopor dan pemangkin dalam perjuangan Islam antara-bangsa.Pihak bukan Islam perlu memahami juga memahami apakah itu Islam yang sebenar…memberi pendekatan memahami Islam pada bukan Islam telah banyak diganggu oleh perjuangan Islam oleh golongan yang suka pada militan yang ganas antara bangsa.Islam adalah sebuah agama yang suci yang menolak pada paksaan beragama pada yang bukan Islam.Islam adalah agama yang menganjurkan hidup bahagia didunia dan akhirat bagi semua manusia tanpa mengira ugama,keturunan atau pun warna kulit.Ada juga orang kata kenapa di negara ini hukum hudud tidak dianjurkan pada yang beragama Islam?.Undang-undang yang berasingan akan menimbulkan banyak perkara buruk dari yang baik.Rakyat akan berpisah dari satu dengan lain.Di dunia telah berlaku negara berpecah dua…adakah kita perlu mengorbankan negara ini untuk memuaskan diri kita?.Apa yang kita nak buktikan apabila negara hancur…janganlah kita jadi manusia yang hancurkan diri kita dengan tangan kita sendiri.Allah beri akal untuk kita untuk berfikir dan lakukan yang terbaik yang mampu oleh kita dan kita hanya bergantung pada Allah sekiranya akan kita tidak kesampaian.Kalau Allah kehendaki nescaya satu dunia ini dijadikan semuanya Negara Islam dan semuanya penghuni didunia ini bergama Islam. Allah telah banyak kali berfirman di al-quran Nabi Muhammad s.a.w itu hanyalah seorang penyampai berita dan persuruh dari allah tidak lebih dari itu…itu Nabi kita ini siapa?.Cuma kita sentiasa berdoa agar Kedua parti orang Islam ini akan bersatu dulu sebelum kita ke agenda yang lain!.Mamak sentiasa berdoa dan ingin lihat negara ini dibentuk sebuah negara Islam yang total dengan gaya yang tersendiri yang dibawa oleh pemimpin UMNO kini…nescaya ia akan tercapai…masa itu akan tiba..cuma kita perlu bersatu,bersabar,yakin dan bertawakal pada Allah.Wassalam.

  6. AbangTuah

    Salam…Mamak Haji..

    Baik ulasan Mamak Haji tu…

    Matang dan rational.

  7. ikankecil

    akum mamak aji n abg tuah…..
    anda mmg rasional dan berkarisma…..gembira dpt berjuang bersama anda semua…..tegakan ketuannan melayu demi generasi akan datang…jgn biarkan mereka tidak tahu asal usul mereka…..
    insyaallah….amin…

    ikankecil berenang bebas..

    wasalam..

  8. kuntakinte

    Salam, mamak haji wah…lama tak oderr teh tarik sama nasi kandarrrr, serius nampak komen mamak kali ni, tapi tak pa2 terus kan mamak.

    mamak itu ikan kecil adik kita wah….banyak pandai jerk, kuntakinte tengok tulisan dia jerk je, bijak anak muda ni, tapi sekali2 dia bagi kat puak2 pembangkang tu terduduk juga, segala2 rasa nya. he..he.. Pemuda harapan bangsa.

  9. Apai Ngelai

    Salam kuntakinte, mamak, AbangTuah dan Ikankecil,

    Hehe..terangkat juge AbangTuah dan Bro kuntakinte sekali dua tiga kena jerk si ikankecik ni mamak.. hehehe…
    Cuma nasihat Apai, jangan pekat sangat kuah jerk tu takut kang ikan kecik digulai lak oleh pasukan si lawan yang ngendap kat luar tu..
    Selamat berjuang..

  10. ikankecil

    akun kuntakinte….
    jgn la ckp begitu…hamba hanya remaja biasa yg memberikan pandangan daripada pandangan mata hamba….perlu byk lagi bimbingan dan asuhan dari abg2 sume……ikankecil xtakot akn cabaran dan dugaan ni…..ikankecil tertarik dgn perjuangan membela bangsa melayu ni….ikankecil slaloo melihat bapa ikankecil bersama sahabat2nya berjuang demi ank bangsa walaupun sesetengah manusia x berpuas hati dgn ape yg bapa ikankecil lakukan…..selagi keris pusaka berdiri teguh selagi itu melayu tidak akn ikankecil biarkan ditindas….perjuanganku belum selesai malah baru hendak bermula…..ikankecil suka menyebut perkataan keramat dari dato laksamana abg tuah…eyh silap2 laksamana hang tuah…”TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA”

    ALLAH HUAKBAR!!!

    UMNO tetap dihati….

    ikankecil berenang bebas….

  11. AbangTuah

    Salam ikankecil…

    Alhamdullilah…sungguh kagun AbangTuah dengan semangat yang dinukilkan…lena tidur AbangTuah dan lain-lain perjuang kerana masih ada semangat muda yang bersama meneruskan perjuangan mulia ini.

    Syabas….ikankecil AbangTuah amat bangga..

    Begitu juga perpatah AbangTuah “selagi berdiri teguh keris pusaka selagi itu melayu tidak akan dibiarkan tertindas”

  12. Salam,
    Ikan kecik..mamak macam abang tuah dan apai sangat tertarik dengan sikap perjuangan kamu dalam usia muda ini.Walaupun umno kini tidak digemari oleh golongan muda tapi dizaman mamak dulu kat Tanjung orang muda seperti kamulah yang bersemangat tinggi dalam parti untuk memperjuangkan hak Melayu di Tanjung.Kami sentiasa dalam ketakutan satu hari nanti Pulau Mutiara ini jatuh kepada pembangkang yang terang-terang menentang hak Melayu dengan slongan Malaysian Malaysia yang tak releven lagi…dan hanya omongan yang kosong dan menipu bangsa Melayu dalam siang hari.(Day light robbery).Contoh yang ketara adalah seorang Adun dari Johor enggan pakai songkok semasa pembukaan rasmi dewan undangan negeri!.Satu masa mereka mahu Malaysian Malaysia tapi pada suatu masa lain mereka sengaja nak hapuskan kebudayaan Melayu!.

    Waraskah pemikiran ahli politik Melayu yang sekongkong dengan mereka?.Ada parti politik yang begitu ghairah menyokong mereka ini sampai hilang pengaruh politik Melayu di Perak!.Janganlah datang kat mamak sembang pasai ‘The puppet goverment’PAS kat Perak.Kita sebagai rakyat Melayu Perak seharusnya malu dan terasa hina dengan perbuatan kita yang derhaka pada bangsa Melayunya itu sendiri.Orang-orang pas dalam keghairahan memerintah telah mengabaikan cintakan agamanya.Kita boleh beri seribu alasan dan bukti keburukan orang Islam yang lain hanya kita tidak menyukai semata-mata dasar ideologi politik tapi sebagai rukun kesaudaraan dalam Islam PAS telah menghianati Melayu Perak! dengan bersekongkong dengan bukan Islam dengan memberi penjelasan yang bukan Islam itu lebih baik dari yang Islam Umno!.Adakah semua orang Melayu Perak yang menyakini perjuangan UMNO itu lebih hina dari parti politik pembangkang yang rata-rata pelopori oleh bukan Islam itu!.Fikirlah anak muda tentang nasib Melayu yang mencucuk biji-mata dengan jarinya sendiri di Negeri Perak dan Pulau Pinang……..bukan nama timangan Pulau Mutiara atau tap jadi Pulau naga…kerana disini akan adakan pertandingan bot naga antara-bangsa!.

    Mamak sekurang-kurangnya dapat semangat baru kembali untuk tulis disebabkan anak muda macam kamu ini hah!.Yang tua bangka macam mamak dah tak ada guna untuk parti lagi.Bagi Mamak biak mati di pedang bukan mati kena tendang!.Kerana kebanyakan tokoh-tokoh yang berwibawa tinggi dari UMNO terbit dari Pulau Mutiara ini…sayangnya dan malunya pada perjuangan ‘Singa Utara’ itu!mungkin ramai tak kenal siapa dia yang digelarkan singa utara itu?.Mamak haji tak setanding bayang dia pun!.Mamak sentiasa ratapi kekalahan PR12 ini dan juga sikap setengah-tengah ahli politik di sini yang gilakan kuasa dan wang melebihi dari keturunan Bangsa Melayu.Bila mamak menentang pemerintah baru dipulau ini; orang Melayu di Pulau yang gilakan kuasa Menentang dan sabotaj kedai-kedai nasi kandar Mamak kerana apa mereka hambur dengan pertanyaan”kenapa peranakan Melayu macam mamak penang ini terlalu sayangkan Bangsa Melayu?.kerana kami Mamak di Penang sedar “Tanpa UMNO ,Melayu akan Hilang didunia ini untuk selama-lamanya”.Kita akan mengemis di Negara kita sendiri?.

    p/s:Salam untuk Abang Tuah,Kunta-kinte,Sekupang-duas,Mok,Apai dan pejuang muda ikan kecik….semoga UMNO akan kekal dengan perjuangan sejati dan kembali kelandasan yang betul yang telah lama dibena!Wassalam.

  13. Cerdik berharga,cerdik mengapu

    AssalamualaikumPendekatan Politik Malaysia,Terasa  selepas PRU12,Yang dah lama berkuasa rasa keperitan bila kuasa tiada,yang menentu RAKYAT.Aduh terasa sakitnya,jadi Selepas 50 tahun memerintah Negara Malaysia (UMNO)menganggap Rakyat Macam Semut bagi gula-gula sikit cukuplah,rakyat bukan hendak semua percuma dari kerajaan.Sepatut Kerajaan Bagi Kemudahan yang memudahkan Rakyat bukan membebankan rakyat.UMNO mempunyai peminkiran yang kalut jadi jangan bagi peluang x 2 kepada peminpin yang Rasuah.Ramai-ramailah kita bersama jemaah ISLAM yang SATU,MELAYU BUKANLLAH BANGSA PENYATU,ISLAM SAHAJA YANG BOLEH BERSATU.PHD Melayu yang tinggi,PAS,Keadilan dan DAP (PR)jadilah DAP kawan Masyarakat ajak jadi kan ISLAM Contoh.UMNO Terjualah dengan Labu-labunya,PAS(PR)JOM KITA BERLAYAR DENGAN Perahu Rakyat yang memerintah.

  14. AbangTuah

    Mat Cerdik..

    Keh..keh..keh..perahu PR satu kemudi bertukar-tukar Nahoda…akhirnya sesat ke Pulau Neraka…

    Naiklah Bahtera BN yang 50 tahun terbukti handal mengelilingi seluruh dunia…

  15. ikankecil

    akum abg tuah n mamak…..

    trima kasih akan dorongan dan galakan dari abg2 sume…..ikankecil bkn ape cme sedih dgn sikap sesetengah ank2 mede yg senang terpengaruh dgn kata2 manis pihak pembangkang….biasalah ank muda darahnya panas…silap sikit pasti melenting….itulah yg diharapkan oleh pembangkang….semasa pru12 di tmpat ikankecil pihak pembangkang menggunakan taktik meletak ank2 muda dipintu masuk tmpat pembuangan undi untk memancing undi…mereka tahu akan kekuatan ank2 muda ini….ada yg bertindak kasar pada org2 UMNO…mungkin mereka terlupa akn asal usul kebangkitan bangsa melayu dulu….perjuangan pahlawan2 kite yg sanggup mengadai nyawa demi tanah air tercinta…mungkin sbb itu lah mereka sewenang2nya nk bg tanah ni pada kaum2 laknatullah 2……

    rakan2 ikankecil yg menyokong pembangkang bila ikankecil bertanya mengapa menyokong pembangkang jawapan yg ikankecil terima ialah saja suka2 klu jd pembangkang bole gado2 bole memberontak…..hmmmmm…abg tuah,mamak,dan abg2ku yg len fikirkan lah mengapa mereka ckp mcm 2….

    p/s semoga ALLAH melindungi bangsaku dan sedarkan mereka akan asas kewujudan bangsa kita….amin…..

    ikankecil berenang bebas…..

    wasalam…

  16. jefryong

    apalah abg tuah ni terlalu fanatik.. dpt elaun ke? hehehe

  17. jefryong

    betul ke abg tuah 50 tahun handal mengelilingi seluruh dunia…? jgn bongkah dan sombomg abg tuah.. nanti mkn diri…

  18. AbangTuah

    Salam jefryong…

    AbangTuah tak da lah finatik sangat…dan mamat tu kata PR naik perahu..jadi pada fikiran AbangTuah dari naik perahu elok naik je bahtera yang dah 50tahun belayar, besar dan selisa sikit. Lain kali..kata lah naik Super Carrier ke, Frigate ke..besar sikit..tak ada peluanglah AbangTuah nak pangkah…ni tidak..perahu…he..he..he..sekali kena pukul ngan ombak dah terbalik….apa pendapat ikan kecil…??

  19. ‘Fry (goreng) je idea kau Jefrey!.

    Halusi dulu apa makna ‘fanatism in Politics’ dan selepas itu pii bandingkan hujahan dan atikal-atikal Abg tuah semua sekali di blog ini dan buat kesimpulan tentang dirinya adakah itu yang dimaksudkan fanatism!.Kamu, mamak fikir tak layak untuk komen tentang abang tuah dan semangat perjuangannya.Apakah seorang askar yang mempertahankan negara ini dari penceroboh di andaikan fanatik pada negara?.Kamu kena faham apa itu makna fanatik dan apa makna perjuagan sejati itu!.Kami adalah pejuang UMNO seperti kamu pejuang PKR…kita ada definasi masing-masing.Beri komen anda tapi jangan menyentuh peribadi orang.Ini bukan tempat untuk chating tapi mengupas pemikiran dan ideologi.Peperangan Ideologi diantara puak kamu dan puak kami.Kalah atau menang dalam pendebatan bukan makna kita salah tapi belum cukup kematangan pemikiran.Jadi mamak harap kamu matanglah sikit kalau ingin berdebat di blog ini dan jangan sekali-kali sentuh hal-hal sifat peribadi orang.Fanatik itu tuduhan liar.Kami bukan orang seperti kamu yang taksub dengan pemimpin kamu!.dan kami disini bukanlah jenis orang yang senang dibeli atau senang dipujuk untuk menyertai apa jua pemimpin suruh.tapi kami 100% gunakan akal dan logik untuk menurut apa jua yang kami rasa betul walau pun setengah pendapat kami seperti fanatik kepada pemimpin kami tetapi kami yakin pada parti UMNO dan kerajaan Malaysia ini kerana Kami cintakan Negara ini lebih dari nyawa kami!.Inilah natijah pejuang UMNO yang sebenar.Kamu tak menghormati Abang Tuah tapi tunjuk hormat pada sifat perjuanganya yang kental itu.Harap kamu faham dan Selamat datang ke blog ‘Hard Talk’ ini!.Harap kamu sesuaikan diri dalam blog ini yang tak sama dengan blog lain yang sentiasa bodek pemimpin mereka!.Di sini kamu boleh bebas beri pendapat kamu dengan bernas dan beri peluang untuk kami membahas pendapat kamu!!!!.

  20. jefryong

    Salam mamak penang dan abg Tuah

    Sebagai ‘United malay nation organization’ sepatutnya kita berhujah kenalah berbudi bahasa utk menarik org2 baru dlm pertubuhan kita.. sbb bukan semua org tahu dlm politik, kebanyakanya masih keliru dgn keadaan sekarng, jadi kita sebagai pemerintah kenalah berhujah sebagai pemerintah, mcm abg tuah ckp dlm artikel sebelum ini kerajaan buat mcm tu mcm ni.. itu mmg saya sokong mamak penang..cuma saya tak suka kita terus menindakan org lain hingga menyakitkan hati.. sbb itu abg tuah dan mamak maiden kena faham betul2 apa itu perkataan UMNO? nak pikat org baru dgn hujah kenalah bersopan… ibarat tetamu yg dtg kerumah kita kenalah layan baik2 sebb itu rezeki namaya bukanya kita terus tanam terus org itu hidup2 jadi mcm mana org itu nak sampaikan masaalahnya dan tidak kepuasan hatinya.. sbb itu saya kata abg tuah jgn FANATIK dan mamak penang sebagai penganalisis septutnya kena tegur.. bukanya main sokong je.. apa gunanya kita gunakan akal dan logik 100%

    Sebagai kerajaan yg dilantik oleh rakyat, utk menguruskan tanah sudah semestinya kerajaan kena sediakan infrastruktur utk rakyat dari segi bekalan rumahnya, eletrik,telekomunikasi, air,pengangkutan, makanan, pelajaran kebajikan, keselamatan dan lain2 itu adalah perkara asas yg wajib bagi pemerintah menyediakan.kalau tak mampu sediakan itu semua, bagilah org lain yang takbir.

    cuba kita lihat kenapa org melayu pecah kpd 3 kumpulan, UMNO, PAS dan PKR, kenape ianya berlaku? perkara mcm ni lah sepatutnya kita fikirkan.. kalau betullah perjuangan UMNO ISLAM selama ini perpecahan tidak akan berlaku.. sbb saya nengok parti PAS lebih kepada islam dan PKR kepada keadilan, jadi saya nak tanya adakah org UMNO menunaikan tuntutan islam ataupun mudah difahami menurut hukuman ALLAH?dan kenape org umno tolok hukum Allah? dan adakah pemerintahan UMNO membela org melayu selama 50 memerintah? dan adakah org2 umno membawakan keadilan pada rakyat? baru sekrg saya nengok dari segi kebajikan kerjaan mula melangkah kearah itu, nak membantu rakyat, itupun apabile bahtera dah mula nak tengelam,

    Skrg ni projek usahawan mula diperluaskan oleh pemerintah dan pinjaman dilonggarkan disamping itu pemerintah pulak akan pantau aliran tunai masuk dan keluar, terima kasih kita ucapkan kepada Datuk Noh Omar, dulu tidak ada, nak pinjam pun susah..mcm2 kertas kerja kena buat pastu bagi pinjam, pemerintah buat ignore je, yg pemerintah tahu pinjaman dan faedah mesti dibyr balik tanpa menerima apa2 masaalah..kita bukanya bangsa cina yg mana mereka ni mmg dilahirkan sebgi peniaga.. yg mana kalau ibu-bapa mereka berniaga di tepi jalan.. anak2 meraka akan buka restoran dan cucu mereka buka kilang utk dipasarkan didlm dan diluar negara,,kita nengok hup Halal je kita dah tahu sape yg mendominisasikan tp! takpelah masih belum terlambat, Alhamdulilah kerajaan dah sedar.. dan kita masih belum terlewat utk membagun walaupun bangsa lain dah terlalu jauh meninggalkan kita..

    bagi saya org dulu2 mmg betul cara pemerintahanya cuma pemerintah sekarang je yg tak boleh percaya lagi..yg boleh percaya hanya sedikit je.. yg betul2 buat kerja mcm Tan SRi Mayuddin yassin, Datuk Noh omar dan segelintirnya..
    Bagi saya sudah sampai masnya kita kena bagi pemerintahan lain utk mengumundi sbb saya lihat org umno tak boleh nak tegur sesama sendiri ataupun membaya kes penyelewengan ke pihak atasan sbb takut periuk nasi mereka, sbb itu kita kena tukar org lain.. sekiranya kita nak nengok negara kita ni maju.. kita perlu ada perubahan dan pengorbanan dlm diri kita sbg contoh org cina kalau berniaga dia perlukan antara satu sama lain, kalau berniaga dia perlukan persaing utk meningkatkan prestasinya motivasi,komunikasi, skill, service, pengurusan dan lain2 utk lebih mantap.. sbb baginya gagal sekali bukanya gagal selama2nye yg penting lebihkan usaha.Cuba kita nengok org melayu niaga mcm mana, kalau jual nasi lemak semua jual nasi lemak mcm mana nak maju, pastu pakai ilmu sana ilmu sini, pastu finah org sana org sini saya nengok konteks ni pun sama mcm politik jugak, mcm org cina kalah dlm PRU 12 diorg terima dgn hati yg terbuka.. tapi! org umno kalah mcm2 isu dibangkitkan tajol rosli pun ntah hilang kemana.. ini menujukkan ramai org melayu termasuk pemimpin pemikiranya masih belum terbuka..sepatutnya pemimpin fikiranya lebih advance dari rakyat tp! ini tidak EGO tak bertempat.

    Okeylah sampai disini ajelah abg tuah dan abg maiden komen dan pandangan saya setakat ini, sebenarnya banyak isu nak dibangkitkan tp! letih pulak nak menaip dipendekan cerita so kita jgn gaduh2 kita semua org melayu dan saudara seislam

    Assalamualaikum

  21. AbangTuah

    Salam…

    Ok Jefry cantik ulasan tu..begitulah caranya. AbangTuah dan Mamak Haji ni sebenarnya baik orangnya…tapi dah selalu sangat kena hamun dek ‘cyber bandit2’ maka stail kami pun terikut-ikut…

    Walau bagaimana pun segala pandangan saudara jefry amat disanjungi…

    Wasallam..

  22. ikanmas

    Ass’kum…

    Nasihat ikanmas AbgTuah…tetapkan ngan perjuangan…jgan lemah dgn bahasa berbunga-bunga..

    Jgan malas perasap Tamingsari tu ye..

    Bye…

  23. jefryong

    salam ikanemas

    saya sebenarnya mmg suka dgn ikan emas sbb saya juga membela ikan emas dirumah.. kalau saya letih balik kerja ikan emas lah yg menjadi pengibur saya.. tp! tak sangka dlm blog ni pun ada ikanmas 🙂

    utk pengetahuan ikan mas, abg tuah tidak lemah dalam hujahnya cara abg tuah ckp tu menunjukan kematanganya berfikir kita kena hormat.. dan saya nak tanya dgn ikan emas dimanakah perkataan yg berbunga2 yg saya katakan cuba bagi penjelasan? kalau salah tolong betulkan mana silapnya..

    saya terpaksa hentikan pergaduhan didlm bolg ini sbbnya kenape? kita kena tahu impaknya sgt besar sbb yg baca bukan seorg dua.. jadi kalau semua org nak tegakkan benang yg basah takut nanti ada pergaduhan di luar..sbb masing2 terbuku didada dgn perasaan dendam dan sebagainya, walaupun sekarg ni kita tidak nampak tp! perkara ini sudah berlaku sbgai contoh kita lihat di ijok, itu baru baling object keras je.. kalau ada pembunuhan mcm mana? silap2 yg kena bunuh ahli keluarga kita pulak.. sbb itu kita sebagai pemerintah kena padai ambik peranan.

    Didalam keluarga kita pun bukanya semua adik beradik kita satu kepala ataupun bukanya semuanya satu parti.. sbb itu Allah cipta manusia ni bermcm2 org, utk apa Allah cipta mcm tu? sbb supaya kita dpt berkenalan antara satu sama lain.. hidup dgn berkasih sayang dan hormat menghormati..

    sekian wassalam

    Jefryong
    AMK

  24. Kuntakinte

    Salam, sedara jefryong, webblog tempat untuk kita memberi komen dan idea, demokrasi cara maya ini memang sudah mendapat tempat di hati setiap individu didalam negara ini, ini lah satu cara keterbukaan yg terdapat didalam negara kita, jangan sedara anggap apabila hujan dan komen diberi ia bertujuan untuk bergaduh, sesiapa saja yang bersikap demikian dia tak layak untuk melayari mana2 webblog, kata dan tata bahasa ia mengikut respond yang di beri atau diterima, sebab itu setiap moderator perlu persiapkan diri mental dan fizikal dalam memberi hujah dan komen, seperti abangtuah, mamak, ikan kecil dan emas, mok, sekupangdua, apai ngelai, penyapoo dan lain2 mereka mengunakan bahasa yang tegas bergantung kepada isu yang dibangkitkan ada juga mengunakan bahasa kedaerahan masing2 bagi itu penampilan masing2, kadang2 bahasa kedaerahan ini agak kasar bunyi tetapi lebih berkesan untuk difahami, kita kena bijak menilai, kenapa tuduhan melulu perlu di balas dengan hujah yang tegas, tepuk dada tanya selera. pergaduhan tiada didalam kamus webblog, kita berhujah secara resional.

    Pemikiran sedara dalam beberapa isu agak terbuka, kuntakinte agak berminat juga dengan tulisan sedara, tetapi harus diingat, kalau kita mahu dihormati, kita juga harus menghormati tulisan orang lain, tuduhan secara rambang yang sedara utara kan seperti isu rasuah, pemerintahan Islam itu tuduhan yang melulu dan menjadi hak orang lain untuk membetulkan, jangan anggap manusia semua perfect, jangan anggap puak2 pembangkang perfect hinggakan kita menyindir golongan lain tanpa kita nyatakan bukti dan kita hanya dapat dari mulut2 yang tidak diktiraf.

    kalau hanya nak jadi pemerintah islam mesti memakai serban dan jubah, baru lah Islam tanpa kita fikir sedalam-dalamnya perlaksanaan yang dilakukan kan oleh pemerintah berkait atau tidak dengan Islam, jangan hanya Hudud satu dari ranting Jinayat belum dilaksanakan habis semua di katakan tidak islamik.
    MB PAS Perak sekarang ini di tegur kenapa tidak melaksanakan pemerintahan Islam, dia katanya pemerintahan sekarang sudah pun Islam, keputusan mengikut muzakarah (Mesyuarat) itu pemerintahan cara Islam lah tu!!!, bagaimana pula dengan pemerintahan BN selama ini yang penuh dengan berbagai2 Mesyuarat (Muzakarah) hingga tak cukup masa dan hari pemimpin2 dikalangan Menteri dan Pegawai tertinggi Kerajaan kita bermesyuarat untuk memutuskan berbagai dasar untuk kepentingan negara dan rakyat, kenapa itu tidak kita akui pemerintahan secara Islam, bagaimana pula dengan perlaksanaan syariatnya seperti muamalat, munakahat, jinayat, tidak kah agak hampir complete perlaksanaan 3 aspek utama aqidahnya, syariahnya dan akhlaqnya kenapa yang ini kita nafikan, adakah kerajaan pemimpin yang melaksanakan tidak berserban dan berjubah sebab itu kita nafikan dan kita menjadi hipokrit dan lupa diri menuduh pemerintahan tidak mengikut hukum islam.

    Tidak kah malu kita apabila kita menuduh melulu sebarang projek yang diluluskan oleh Kerajaan mesti rasuah, mesti penyelewengan, mesti kroni, terlalu jumud fikiran kita, terlalu mudah disajikan dengan rempah ratus fitnah hanya sekadar tahu kita setakat cakap2 berpindah mulut ke mulut, kalau ada berlaku pun tidak kah kita percaya akan manusia dicipta mempunyai kelemahan dan dicipta pula syaitan untuk menyesatkan manusia, kalau itu kita dah tahu kenapa kita hairan berlaku unsur2 negatif dikalangan manusia tak kira islam ke budha ke kristian, kenapa mesti BN dan UMNO yang dimangsakan, kuntakinte malas nak jelaskan sistem perlaksanaan kelulusan projek, antara peranan Menteri, Pegawai tertinggi Kerajaan dan pegawai rendah kerajaan dan tanggungjawab warganegara, sedara kaji lah sendiri sistem tersebut yang dikatakan delivery sistem yang termasuk terbaik dikalangan negara membangun di dunia ini, tetapi tentunya puak2 pembangkang tetap akan mengatakan ia tidak baik, rasuah dan penyelewengan dan sebagainya termasuk sedara kerana ada yang tak betul dimana silapnya hati2 dalam tubuh badan mereka2 ini.

    Bersyukur!!! itu perkataan di lafaskan disetiap doa kita, apa maknanya fikir2 lah sendiri, kadang2 kita ter hipokrit sendiri dengan Allah S.W.T, mungkin dasar manusia yang di ganggu oleh syaitan tak akan cukup2 apa yang dah dapat, kerana kita akui kita bukan nya mahsum.

    wassalam.

  25. AbangTuah

    Salam…

    Alhamdullilah…setiap kali kawan membaca tulisan brokuntakinte…setiap kali itu juga bertambah2 segala kewarasan dan kerational cara berfikir kawan.

    Teruskan wahai sahabat…sesungguhnya hanya Allah sahaja akan membalas segala usaha murni dan keikhlasan saudara demi menyampaikan ilmu yang baik.

    Wassalam…

  26. jefryong

    Salam Kuntakinte apa khabar?

    Sbnrnya saya tak lah pandai sangat utk memahai bahasa yg tegas, bahasa kedaerahan, bahasa sindiran, bhs fitnah, bhs caci mencaci, bhs sakit hati dan mcm2 lagi, saya taknak ulas, saudara boleh baca balik tulisan saudara dlm webblog sblum ini.. seperti saya katakan sebelum ini semua org tidak tahu pun ttg politik dan saudara sbgai wakil pemerintah kenalah bijak menangani kes mcm tu .. bukanya caci mencaci.. adakah dgn cara ini saudara kata salah satu keterbukaan didalam negara kita utk menyampaikan maklumat pada rakyat yg tidak faham?
    seperti didlm kenyataan saya sebelum ini sudah jelas saudara kena faham betul2,Manusia berbeza2 dan berlainan pendapat.. mcm sedara kata kalau nak bergaduh dia tak layak untuk melayari mana2 webblog itu saya sokong.. soalannya apakah impaknya diluar? maksud saya pengaruh seseorg itu apabile membaca blog ini.. sbb ada ramai org yg membaca dia suka menaip dan ada yg malas menaip dan ada yg suka berhujah di luar sana.. dan paling bahaya berhujah diluar sana tu.. sbb mereka nak lepaskan geram.. kes mcm ni mcm2 boleh berlaku dan saya tak nak ulas.. kuntakinte pun tahu mulut org mcm manakan..

    seperti isu rasuah bukankah saudara tidak nampak didlm negara kita ini..org atasan yg terlibat dlm kes rasuah, apakah tindakan yg dikenakan? org bawahan terlibat didalam kes ini pula apakah tindakanya? bagaimana status org atasan yg terlibat didlm kes ini? bagaimana status org bawahan pula? org bawahan yg terlibat tidak mampu byr akan msuk penjara, apabila dia keluar akan ditakrifkan sbgai jenayah.. bagi menteri pula diorg akan bayar utk lepaskan diri dari penjara, lepas itu mereka boleh bertanding semula.. mcm mana dgn keadaan isa samad yer, dan mcm mana pula kenyataan Tun Mahathir rasuah dgn kain batik? dan banyak kes lagi tp! kes ini tidak dpt diselesaikan sbb penguatkuasaan kita lemah dan ramai pemimpin UMNO tidak berani bersuara, sbb setiap hati ahli2 nyer mesti dijaga walaupun bersalah,mcm mana pulak org yg lantang bersuara utk menegakkan kebenaran seperti Datuk Zaid Ibrahim apa yg terjadi padanya skrg? sbb itulah kita kena tukar org lain utk buat perubahaan.

    berkenaan dgn pemerintahaan islam cara umno seperti mcm saudara ckpkan tu saya setuju cuma ada sekit kelongaran yg mana pemimpin kita menolak hukum Allah dgn memberi andaian dan alasan mengunakan pemikiran manusia kalau curi kena potong tangan.. sedangkan nak potong tangan dlm islam mesti ada prosedurnya, bagaimana org atasan yang mencuri duit pula? bagaimana kes zina dlm hukum islam? macm mana pulak hukum manusia? skrg ni berapa ramai yg berzina dinegara kita pada peringkat remaja dan dewasa? apakah impaknya nanti? bala apakah yg Allah bagi pada kita selepas ini.. sudahlah nikmat negara ditarik sedikit demi sedikit.. nak tunggu bala besar ke?

    Utk pengetahuan kuntakinte
    saya juga adalah keluarga org umno dan saya juga dilahirkan di Jb dimana parti ini ditubuhkan dan saya bersekolah rendah Air Molek dan mnengah Dato Jaafar dan saya faham perjuagan umno dan saya tak nak ulas perkara ini.. saya tidak menuduh semua project yg diberi olah kerajaan pada rakyat itu semuanya melalui rasuah yg boleh saya katakan hanya segelintir saje.. kalau tak bagi duit open table mkn seafood pun takpe.. ini perkara biasa kalau nak dptkan project utk menambat hati pegawai, adakah cara ini tidak rasuah? tidak mustahilah ramai org termasuk kwn2 saya di kl yg masuk umno utk dptkan project,pastu dapt project sup pada cina pastu quality pun takder buat sekolah pun boleh runtuh sbb byk pasir, adakah itu bukannya rasuah? dimana tali barutnya knpe perlu berahsia..sbb itu kita panggil kroni.. salah ke kata2 saya kuntakinte?

    Apakah dasar manusia yang di ganggu oleh syaitan tidak akan cukup2 seperti kuntakinte ckpkan walaupun perkara yg benar..

    wasalam.

  27. Salam Jefry,
    Mamak memang dah agak kamu ini jenis pendiam dan suka simpan kekesalan didalam hati sanubari kamu.Mamak memahami atikel kamu yang sungguh baik dan elobarasi yang mantap.Beginilah Mamak mahu.Ini ada yang tulis kat blog ini seperti “baling batu sembunyi tangan”.Tentang rasuah ini adalah gejala sosial yang sukar dihapuskan.kebanyakan Negara membangun memang sukar menghadapinya.Masalah tamak manusia ini sukar dibendung.Jangankan kerajaan kamu pergi sajalah dimana-mana syarikat swasta yang besar rasuah mereka lagi teruk.Kadangkala macam mat salleh sebut rasuah ini macam bubuh gris kat bebola (bearing)…tanpa gris, bebola itu boleh pusing tapi cepatlah rosak…kalau bubuh gris laju sikit putaran dan tahan lama bebola itu.Orang kita ini dah dilatih dari kecik pengamal rasuah ini.Contohnya:Si bapa janji pada anak,”Kalau Upsr hang dapat 5A janji mahu beli lap-toplah”,Kalau masuk U nanti beli kereta Skylinelah,Kalau puasa penuh nanti duit raya dapat 100 lah,dan macam-macam lagi kita dah sogok mereka semasa kecil lagi.Kalau anak ini dah besar jadi MB,MP ke!kalau saya bagi projek apa hadiahnya?.Inilah masalah kita yang hadapi…mamak dah lupa tarikh dan tahun pihak polis PDRM pernah membuat survey ke atas pegawai-pegawai polis yang baru direkrut berkenaan gejala rasuah ini…dari analisa dibuat kalau betul-betul kita nak pilih jadi pegawai polis tanpa rasuah cuma engkau dan Mamak saja yang layak!.

    Tentang rasuah politik wang kat UMNO ini siapa yang pengasas?.Kamu tau tak?.Yang pengasasnya adalah ketua kamu itu!.Kadangkala daripada klon UMNO itu ada juga baiknya cari yang original.da yang baik!.Tentang Menteri yang kamu suka itu kamu tanyalah kat orang Johor.Susah…susah..betul tak?.Kalau duit yang ada kat engkau dan Mamak itu kecil ;kita senang nak kontrol duit itu tapi kalau duit itu dah banyak..yang kontrol bukan kita tapi duit yang kontrol kita.Zaman sahabat rashidin pun sama masalah juga..kenapa saidina Umar Al Khatab memecat Panglima Khalid Al-Walid?.kerana dia rasuah penyair untuk tulis syair memuji dia ?.Kenapa Saidina Ali tidak mengambil tindakan ke atas pembunuh Saidina Usman…kerana rasuah politik?.Cucu Rasullullah s.a.w pun depa bunuh untuk apa?.Jadi renungkanlah gejala sosial yang dah lama sinonim dengan orang Islam dan orang melayu!.Zaman akan berubah dah pasti tapi Mamak tak pasti masalah sosial rasuah ini boleh berubah walau pun siapa pun yang memerintah!.Cuma kita perlu ialah tindakan dan undang-undang negara yang luhur menangkis segala perbuatan rasuah ini!.Bagi Mamak senang saja, biar orang buat tapi jangan sekali-kali kita buat…!jadi kita ini tak sama macam mereka!.

    Tentang “keadilan Rakyat” itu ia cuma propaganda saja..kerana keadilan dirinya pun susah nak terbela..macam mana dengan keadilan rakyat yang nak terbela!.”People govern the goverment”jadi siapa yang jadi people ini?.Kalau ada masa baca buku bertajuk “The Republic”karangan plato 360 BC.Plato menceritakan “Pada asasnya kerajaan yang maju dan makmur perlu lakukan sesuatu untuk rakyat yang boleh mengecapi dari kemajuan negaranya”.

    1.Kerajaan perlu mengadakan keperluan asas untuk setiap rakyat seperti Jalan raya,Kemudahan Tempat tinggal dan lain keperluan asas rakyat.

    2.Dilarang sama sekali kemudahan awam rakyat diswastakan kerana ia akan memudaratkan rakyat oleh pihak swasta dengan sengaja cari untung dari memberi khidmat pada rakyat dan akan wujudlah gejala sosial seperti rasuah dan lain-lain perkara yang memudaratkan negara.

    3.Memberi pelajaran percuma kepada semua rakyatnya dan jangan jadikan pelajaran sebagai perniagaan.Ia akan mudaratkan rakyat dan bantutkan kemajuan negara.

    Kalau negara dikatakan maju bukalah bermakna membuat bangunan pencakar langit tapi hasil dari negara maju itu perlulah limpah untuk rakyat.Ini nak naik KL tower pun kena bayar. Nak naik Jalanraya terbaik di Asia tenggara pun kena bayar.kenapa?.Jadi rakyat perlukah itu semua?.Dulu bila duit dah melimpah dari duit minyak rakyat pun semua senang tak mengapalah!.Masa ada duit tak ingat..bila tak ada duit rakyat juga kena tanggung manalah adilnya!.”Biar papa aseh bergayo”pepatah orang kuntakinte!.(kuntakinte bukan macam itu!).Perkara perhabiskan duit ini kena tanya taukeh duit dulu…siapa agaknya?.Dulu perhabeh duit kerajaan tapi bila dah duk kat luar kerajaan macam-macam suggest.2X5=10 atau 5X2=10 juga sapa yang tulis kat blog ini memang betui!.Tak tahulah apa nak jadi kat kita…cuma mamak cuma fikirkan Rice bukan rice Amerika.Dia itu syok pasai sodomi!, tapi harga beras tak turun-turun lagi itu!.Nak belanja kawan pun kena save sikit!.Wassalam.
    p/s:Brother kuntakinte mamak heranlah macam mana hang boleh dapat idea spontan.You should be a lawyer..man.Thanks brother ikan emas,kuntakinte,mok…ini sekupangduas mana pergi?.

  28. mok

    a..kum dan selamat sejahtera..
    Jefry Ong.
    Memang aku tengok antara yang ramai-ramai yang masuk sini, awak ni agak pandai berkata-kata juga la. Rasionalnya ada.. tapi sayang agak bias dan pesimis terhadap UMNO. Susah sangatkah nak menerima bahawa kita ini manusia yang mudah terpesona dengan hasutan, bukan maksum. Kalau dapat tune sikit pemikiran bahawa manusia ini sama sahaja fiilnya.. tak kira la parti keris ke, parti lebai ke, roket, mata lebam.. semua perangai baik dan buruk ada dalam tu. Amat tak adil kalau kata rasuah.. keris, sedangkan lebai pun berebut balak, klim tipu.. Pegawai Kerajaan tak semesti penyokong kerajaan, kena faham tu. Ada JD penyokong lebai.. beri kontrak JKR pada Kontraktor lebai aja, apatah lagi kalau kuasa PBT berada di tangan roket atau mata lebam.. banyak cara boleh dibuat untuk pastikan kroni terbela.
    Berkaitan isu orang cha diam bila kalah.. orang melayu bising. Melalui pengamatan aku la.. blog ni takde la ungkit-ungkit sangat kemenangan lebai di Kelantan dan Kedah. Sebab apa ? Sama la macam situasi tiada ungkitan cina di Perak dan Penang. Itu pun aku nak kena hurai panjang-panjang ke ? Biar kaum-kaum lain baca. Fikir-fikirkanlah.
    Orang kita lebih rela.. kalau yang kaya itu bukan kaumnya.. Terkaya di Malaysia kalau cha atau ha, ok takpe. Bila ada mim aje.. mulalah huru-hara. Patutnyer kita push-up tapi kalau boleh nak pull-down. Lebai pun tercabut seroban, terkujat-kujat menahan marah.. sehingga muka menjadi hitam seperti Abu Jahal menerima pengkhabaran akan kelahiran anaknya adalah permpuan.

  29. Kuntakinte

    Salam, teman setuju hujah sedara jefryong, mamak dan mok pun dah jelaskan, rasuah yang sedara dakwakan hanya dilonggok kepada UMNO dan kerajaan terlalu kejam tuduhan tu!!! mamak dah jelaskan tak perlu teman panjangkan, tetapi kita harus ingat kita terlalu mengandaikan saja apa yang berlaku perkara negatif seperti rasuah penyelewengan kita kaitkan dengan UMNO itu tidak benar sama sekali.

    teman ambil contoh kalau kain batik benar dianggap berlaku disoggok kepada orang susah, bagaimana pula dengan RM500 ribu barang seperti beras, gula,susu yang diberi oleh kerajaan PAS Perak kepada orang miskin apa istilahnya pulak nak kita bagi, ini terbukti jelas dan tertulis berbanding dgn tuduhan kain batik tanpa bukti, semalam teman bertemu dgn C.c. pejabat hutan Negeri Perak, pening kepala pegawai Hutan negeri kerana ramai Pak2 Lebai dtg protes dan marah sebab kelulusan balak baru2 ini banyak diberi kepada orang2 cina dari 35 kelulusan kpd Syarikat hanya 5 diluluskan kpd syarikat tuan punyanya orang melayu PAS, banding 30 walau nama syaraikat bunyi melayu tapi tuanpunya cina, mereka marah kpd MB tapi MB lepas tangan katanya bukan kuasa dia tapi kuasa J/kuasa Balak yang terdiri drpd MB, Ngey. dan Nga, ini kita nak kata apa pulak, bukan rasuah, bukan salahguna kuasa, Bagaimana pula kerana takut kan seorang WR DAP nak lompat Parti di beri jawatan Speaker tidak kah itu rasuah politik namanya, sedara dalam dunia ni teman dah kata di cipta tuhan sejenis species namanya syaitan, selagi nama manusia kalau tak kuat iman didada akan terperangkap dengan gejala2 negatif yang kita bincangkan, ini bukan terhad kepada orang UMNO malah semua orang termasuk PAS, DAP dan PKR ke MCA ke MIC ke dan sesiapa saja tak terkecuali, selagi ia bernama manusia, jangan kita terlalu menuduh kpd satu pihak aje UMNO dan kerajaan. Sedara seperti komen mamakkadang2 kita sendiri mengamalkan rasuah didalam keluarga kenaa kita tak salah kan diri kita, amalan rasuah kecil dan besar itu bergantung kpd individu itu sendiri jangan kita kaitkan organisasi hanya kerana nak mempengaruhi otak orang lain agar mempercayai kita, sekarang ni orang nak pergi ke Mekah pun cari kabel sedara, itu nak ngadap Tuhan tu, apa tidak nya terlalu ramai yang nak pergi melebihi kouta, kalau duduk diam mungkin tak dapat dan dia berfikiran perlu berusaha sedikit untuk membolehkan dia termasuk dalam kouta tersebut, itu rasuah juga, tapi apa niat disebalik rasuah tersebut. fikirlah.

    Perlaksanaan hukum Islam kebanyakan nya dah dilaksanakan hanya kita tak mahu akui, hanya teman katakan ada hukum seperti hudud belum lagi dilaksanakan kerana perlu masa dan kesesuaian dalam pemerintahan secara demokrasi didalam negara kita, ia perlu kebijaksanaan dan kekuatan jitu dari bangsa melayu itu sendiri, mungkin selepas UMNO dan PAS bersatu InsyaAllah hukum tersebut mungkin boleh dilaksanakan, siapa tahu? tetapi jangan hanya satu hukum belum dilaksanakan kita katakan keseluruhan sistem kerajaan itu tak betul dan tak islamik, mampu kah kerajaan nak mengelak zina berlaku kita tempatkan setiap orang di malaysia ini di jaga oleh seorang anggota Polis atau pegawai pencegah maksiat, kalau benar dengan pemerintahan nya orang Islam gejala2 tersebut dapat di lenyapkan dari mukabumi ini benar dan akan terjadi tak apa, bagaimana dgn Kelantan, bagaimana dengan pesta liar anak2 muda di Kota bahru yang di adakan dan Polis dapat benteras, kenapa masih berlaku, bagaimana dengan Pesta Mak Nyah di Bachok yang Polis berjaya benteraskan, bagaimana dengan seks luar tabii di Kelantan, kenapa Nik Aziz kata bukan di Kelantan je tapi di Persekutuan pun berlaku, ini tidak dapat dielakkan. kenapa itu komen Nik aziz, sebab dia sedar mana nak di kontrol setiap individu rakyat, majoritinya baik dan beriman kita bersukur, hanya segelintir mungkin yang melakukan kerja2 terkutuk tersebut, tidak lah hanya segelintir kita tunding jari kepada kerajaan kepada UMNO, PAS tetap tak salah, ini lah teman nampak sikap sedara, walau pun nampak berbahasa tapi masih kuat menuduh.

    sedara mamak. mok teman setuju komen sedara, hanya orang seperti jefry ni masih boleh dibetulkan kerana dia kata dia dari keluarga UMNO, insyaAllah itu lah kerja kita mamak dan mok, abangtuah dan lain2 memberi kesedaran yang termampu oleh kita. sekadar pejuang kecil kecilan.

  30. AbangTuah

    Salam..

    Alhamdullilah….sungguh jitu, bersepadu dan lengkap penerangan dari Mamak Haji, Mok dan kuntakinte…rasanya tak perlu lagi kawan mengulas lebih lanjut.

    Cuma satu perkara yang kawan ingin sarankan kepada mereka yang hanya gemar menyalahkan kerajaan…please be rational and fair ok…

    Wassalam

  31. jefryong

    Salam mamak penang dan mok,

    Utk pengetahuan mamak, nak katakan saya ni pendiam tak jugak , nak katakan saya ni pendendam rasa tak jugak, saya adalah seorg yg neutral dan saya suka bercakap dgn org yg berfikiran kedepan, matang dan logic.. bukanya ckp dgn emosi sbb kita pun tahu kalau ckp dgn emosi tidak akan dpt apa2 pun.. cuma apa yg kita dpt hanya kebencian dan perpecahan sesama kita.
    seperti saya katakan sblum ini secara umum 50 tahun UMNO memerintah apa yg org melayu dapat? adakah org melayu terbela? dimanakah perjuangan islam dan keadilan? saya nak tanya siapa yg memberi kelulusan utk melaksanakan hukum Islam? kerajaan negeri ataupun persekutuan?
    pada tahun 1974 kenape UMNO bergabung dgn PAS? dan kenape berpisah dgn pas ketika sudah bersatu? semasa bersatu org melayu dan islam begitu kuat kenapa tolak hukum Allah? apa dah org melayu skrg ini, walaupun kita bagus dlm akademic tetapi suka menipu rasuah sana sini, merompak, membunuh berzina, merogol ningga tidak dpt bezakan anak dan sebagainya, hinggakan kes mcm ni susah nak dibendung.. apabila kita menolak hukum Allah, dan bagaimana pula dgn keadilan org2 melayu? cuba perhatikan setiap kedai mana dia org melayu? kedai makanan pun byk mamak, apbila kita ckp perkara yg benar ada yg menafikan, mengatakan pembangkang jumud dan hanya mendapat tahu dari mulut yg tidak bertauliah.mudah terpesona dengan hasutan.jadi knpe media tidak melaporkan perkara yg sebenar kpd rakyat?
    Sudah 50 tahun memerintah begitu banyk kepincangan knpe kita perlu pertahankan? saya tak kisah mcm sedara mok ckp pada saya agak bias dan pesimis terhadap UMNO itu hak saya utk memelih ataupun melencong.. cuba kita tanya dgn org cina kenapa mereka keluar dari negara mereka? adakah mereka pengkianat pada negaranya? jawapan mereka mudah nak cari mkn.. sbb itu saya tolak UMNO. dan saya nak tanya pada mamak benarkah DSAI itu pengasas rasuah? kalau betul mana buktinya.. dan kenapa benci sangat dgn beliau? kenapa pemimpin umno yg buat salah tidak dibenci? knpe datuk said tidak mengambil tindakan pada datuk idris? knpe bila terkena salahkan proton? berapa ramai pekerja proton ahli umno? apakah impaknya nanti pada org2 proton? apakah tindakan yg sepatutnya diambil pada datuk idris jusoh? knpe paklah senyap? seperti kenyataan Tun m, paklah hanya kayakan ahli kelurganya dan menantunya saja.. sbb itu pemerintahan paklah rasuah makin menjadi2 bukanya makin kurang….

    untuk pengetahuan mamak dlm umno tidak boleh menjadi 2 org menjadi nahoda, salah satunya pasti akan dicantas, seperti pemimpin2 terdahulu hingga era Tun M apa yg terjadi pada musa hitam? kuli? dan anuar..kita pun tahu pemerintahan Tun M mcm mana, siapa yg berani lwn dgn dia ketika memerintah, cuma nasib anuar je yg malang.. sbb dlm diri dia ada satu falsafah lwn tetap lawan! itu yg kena masuk lokap.. zaman Tun kurang cerdik sikit kena masuk lokap terus tak boleh keluar. zaman pak lah anuar ada cerdik sedikit apabila nak ditangkap anuar lari dkt rumah duta skrg suaranya sudah didgr dlm dan luar negara,jadi terselamatlah anuar.. Ibarat satu lampu anuar petik maka teranglah semua bilik..
    Di kelantan pula pada tahun 2004 pas menang beza satu kerusi je.. apa dah jadi pada tanah di lojing? kenapa sampai sekrg kes itu senyap je? kalau nak cita pasal kaum DAP? mcm mana pulak kaum MCA ? p.pinang MCA perintah apa dah jadi dgn bangsa melayu p.pinang? cuba kita sama2 fikir…

    Wassalam

  32. Apai Ngelai

    Salam AbangTuah,

    Kawan nak tambah sikit juga….MamakHaji, Mok dan brokuntakinte..syabbassss..!

    Kawan nampak sangat jauh bezanya dulu dari garang kepada lembut dan tegas. Masa kawan mula masuk dulu, memang blog ni menjadi medan pertikaman lidah..Skarang ni Alhamdulillah, kita dah mula rasa segan dan gerun.
    AbangTuah contoh terbaik dari segi pendekatan terhadap tomahan ‘liar’ pembangkang. Tapi bergantung juge, kalau orang baling batu, kita baling ngan kayu lah.. hehehe.

    Teguhkanlah barisan dalam menghadapi serangan pejuang gerila siber yang saban hari makin kuat ni.. Parti x dan y, kitorang tolak…. Parti PAS, fikir-fikirlah ke arah penyatuan umat Islam..

    Wassalam

  33. baru bangun tidur

    salam pada semua,

    Pada pandangan saya kenyatan jefryong boleh dipakai dan boleh diterima . Harap-harap jefryong ada kesempatan utk membalas kenyatan saudara semua .

    wassalam

  34. Linda

    Salam abg2 sume..

    Dlm parliment pembahasan takdalah sehebat ini kan…i dah baca semua dlm blog ini dan apa yg i boleh katalah dgn sejujurnya2 sebelum tu..i harap abg2 sume jgn ambik ati yer..

    apa yg dikatakan oleh jefryong tu byk kebenaranya… kita ni kadang2 tu byk dibuai mimpi dan tidak puas2 apa yg kita dapat sebenarnya byk kelemahan yg perlu kita perbetulkan.. “ibarat kita melihat cermin sekiranya takda cermin kita kenalah menerima teguran orang…”
    maaf yer hanya bagi pandangan dan teguran je…

    wassalam

  35. Salam,
    Jefri…Jefri! Mamak haji kadangkala fikir tak mahu mengumpat atau pun fitnah kerana kedua-duanya salah disisi agama Islam.Tapi mengikut ust.Hadi mengumpat dalam politik diharuskan…tak tahu pula Mamak tentang ini.Oleh kerana Jefri mintak buktikan tuduhan Mamak terpaksalah Mamak kiaskan saja jawapan tanpa sentuh peribadi orang!.

    Rasuah dalam UMNO meningkat semasa ada pemimpin tertinggi ingin sangat nak naik jawatan dengan cepat dengan menjatuhkan orang lain yang berada di atas.Contonya pada ketika dulu Duit Petronas Dagang telah dikebas untuk beri pada perwakilan UMNO Sabah sehingga Tun Ghafar Baba Jatuh mempertahankan Jawatan dalam Umno.Pada awalnya UMNO dari Sabah menyokong penuh dengan Tun Ghafar tetapi tiba-tiba mereka Ubah haluan drastik.Mereka ini menggunakan saham NST dan TV3.

    Daripada 4 jenis ejen judi yang terbesar pada asal semasa dia jadi Menteri Kewangan memberi kelulusan menambah jadikan lesen Judi sebanyak 9 termasuk judi lumba kuda.Bukti:Tak pecaya tanya kat kawan baiknya taukeh judi Dato’Nalla.

    Tuduhan Parti Pas Dia ini lebih ganas dari TDM wawancara khas diantara Saudara Lufti Othman dengan Mohd.Sabu.Bukti:Sila rujuk Majalah Tamadun Keluaran Julai 1998 muka surat 16.

    Pas anggap Belanjawan 1994 dibentangkannya “Berwajah Firaun”yang mana memberi banyak kelonggaran dan kesenangan pada ‘Team Wawasan’yang pelopori oleh Ahli koporat.

    Kronism politik- Tanya kat orang Penang saham berpuluh juta beri setiap orang keluarganya terutama pada bapa dan adik beradik.Belum lagi jadi PM!.

    Mengunakan agama sebagai benteng pertahanan kerana orang Melayu percaya kat yang janggut dan pandai keluarkan ayat-ayat al-quran walau pun mereka tak memahami apa makna ayat itu dan kenapa ia diturunkan.Kontrol UIA sehingga semua banyak ijazah-ijazah dikeluarkan untuk kawan-kawannya.Buktinya-RPK kena saman malu!.UIA jadi universiti yang paling dibawah di Asia dulu!.

    Ustaz Ismail kamus pernah berkata,”dia ini suka menghalalkan yang haram”.Sehingga kes ini menyebabkan Mufti Selangor Ust.Ishak bahrom kena pecat.Buktinya:Tanya penganjur Ratu Cantik Miss Malaysia pada masa itu.

    Saudara Lufti Othman dari Harakah pernah dakwa dia ini menganggap Salman Rushdie sebagai “Profound Writter”.Yang mana Salman Rusdie ini telah menulis buku “Satanic Verses”yang menghina Allah,Nabi Muhammad s.a.w dan Al-Quran.Bukti:Tanya Saudara Lufti.

    En.Kamarudin Jaafar,Saudara rani,Marzuki,Rosli Ibrahim jadi jutawan segera kerana pandai berniaga?.Tanya kat orang berniaga mana ada jalan pintas nak jadi kaya?.

    Mamak harap cukup kot…bukti!.Tapi mamak rasa politik Malaysia ini dah jadi Dalca nasi kandar.Kadangkala bila orang itu menentang kita,kita kata dia tak betul tapi apabila mereka sokong kita ,kita kata depa ini yang paling baik sekali!.Mamak tak kisah itu semua..Hang kalau singgah di Penang nanti mamak belanja hang Nasi kandar special kat ‘Line Clear’ok! tanda persahabatan kita.Nasi Kandar mamak ini kadangkala buat lentuk orang kerana mamak suka pakai kas-kas atau poppy seed kadangkala jadi buat gian kalau dah merasa sepinggan.Tapi kita kena kawal nafsu kalau tidak perut kita jadi boroi..bukan boroi pekena rasuah tapi pekena nasi kandak penang!!!!.ha..ha!.wassalam.

    p/s:Wah,Apai dah expert comentar dah!seronok juga dah ramai yang bagus-bagus kat blog ini..panggil kawan-kawan yang lain..kita ramaikan.Abg.Tuah,mok,sekupang duas dan the greatest kuntakinte,ikan yang lain-lain jangan leka dengan penentang UMNO…Mamak cuma seorang yang tua dan fikiran yang mula kalut…jangan ambil hati kat UMNO..kerana parti memang satu tapi kalau kita masuk parti cuma syok kat induvidu niscaya kita akan kecewa dan jadi hapraak macam klon-klon UMNO sekarang!.Jadi pegang parti bukan pegang pada prinsip induvidu yamg memegang pucuk pimpinan.Kalau tak betul kena tegur jugalah!.Jangan taksub seperti pihak pembakang kita…yang mengangap pemimpin parti itu macam wali allah!.Wasalam saudara-saudara ku!.

  36. jefryong

    Salam mamak penang..

    Maaflah pada semua pembaca krn lewat utk trampilkan diri.. sbnrnya saya ni bukanya ahli sepenuhmasa didalm blog ini apa yg saya utarakan disini adalah sekadar utk berkongsi bersama yg mana pada hari ini politik kita mcm carca seperti mamak katakan.. dan saya ucapkan terima kasih krn mamak sudi nak belanja saya, demi persahabatan begitu jugak dgn saya.. kalau dtg johor marilah mkn nasi beriani gam, mmg sedap setanding dgn nasi bukhara cuma bezanya taklah sehebat restoran mamak, cuma mkn ditepi jalan je..

    seperti kenyataanya kuntakinte sebelum ini RM500 ribu barang seperti beras, gula,susu yang diberi oleh kerajaan PAS Perak kepada orang miskin adalah rasuah.. saya nak kuntakinte faham betul2 dan dpt membezakan rasuah, bantuan dan sedekah… wajib , halal dan harus, saya nak tanya kuntakinte sebagai bapa kalau anak2 kita susah apa yg kita perlu buat? jadi kalau rakyat didalam kesusahan apa yg kerajaan negeri, dan pesekutuan akn buat? cuba nengok baru2 ini najib bagi bantuan banjir RM1000 pada bln July 2008 tak silap saya ketika banjir tu pada bln Dec 2007!

    kenyataan Tun M pula dgn kain batik ketika pilihan raya kecil, peruntukan RM500 ribu pula utk bantu org miskin adakah ini yg dipanggil RASUAH.. kuntakinte
    kita sedia maklum dan semua org tahu media dimalaysia ini tidak bebas..bukanya surat kabar shj malahan majalah buku dan sbgainya.. skrg ni saya nak tanya pada mamak pula siapakah pulisheer majalah dan buku yg mamak baca itu adakah publishernya Mc graw hill, pearson, wesely,Random House, pelanduk dewan bahasa ataupun utusan..? siapa Dato’Nalla.tu.. publisher ke? berapa tahun anuar di dlm lokap hingga keluar lokap sampai skrg pun blum ada bukti.. kalau ada silakan bwk kes ini saya dan pembaca ingin melihatnya..

    Mmg benar kata mamak kalau nak berjaya dan menjadi jutawaan bukanya mudah.. bukan semua benda dtg bergolek.. mcm En.Kamarudin Jaafar,Saudara rani,Marzuki,Rosli Ibrahim jadi jutawan,Azizi Ali Irwan dan sebagainya.. cuba nengok latar belakangnya bukanya semua org itu serupa.. tp! Alhamdulilah kerajaan dah sedar project usahawan diperluaskan pinjaman dilongarkan dan sebagainya seperti kenyataan saya sebelum ini… itupun apabile bahtera nak tengelam..
    kepada mamak dan semua kawan2 didlm blog ini dan pembaca semua, byk lagi perkara yg saya nak bicarakan tp! masa begitu singkat dan utk pengetahuan semua perjuagan saya bukanya utk parti sahaja, keadilan pun kena ada juga.. sbb saya tahu sekiranya kita terlalu taksub didlm parti perkara yg salah pun boleh jadi betul, dan saya tak kisah kalau org2 umno kata pembangkang taksub pada pemimpin parti.. saya harap Umno pun begitu juga.. hujung minggu ini saya akan ke luar negara atas urusan kerja tp! insyallah saya akan cuba luangkan masa sedikit sekiranya ada kesempatan.. dan saya harap pembaca semua jgnlah menyakitkan hati sesiapa jawapanya ada pada pembaca sendiri.

    Wassalam..

  37. Kuntakinte

    Salam, bro jefrey, teman memberi contoh bentuk2 rasuah kalau kita nak beri spesifikasi rasuah yang nyata, kalau setakat kita nak kata kain batik dijadikan bahan untuk menuduh TDM atau UMNO mengamalkan rasuah hanya sekadar membaca sepanduk kempen pilihanraya pembangkang undi BN dapat kain batik itu satu fitnah atau ceramah politik pembangkang tanpa terbukti dimata kepala kita, teman agak lama juga bergelumang dengan kerja – kerja masyarakat di kampung teman tapi belum pernah teman lihat pemimpin UMNO bagi kain batik kat orang2 tua di kampung teman kecuali bantuan2 kebajikan masyarakat berbentuk lain, itu yang teman tahu, tak ada pulak masa pilihanraya orang2 tua tempat teman dapat kain batik, walau pun di tempat teman masa pilihanraya ada sepanduk “Undi BN dapat kain batik” sebab itu teman contohkan kalau nak dituduh segala yang diberi bantuan oleh kerajaan atau UMNO sebagai rasuah teman bantah!! sebab tak berbukti, bermakna dalam soal ini sedara jefry otaknya agak terbuka dan teman respect, hanya betulkan istilah rasuah yang dituduh secara melulu, seperti kain batik seperti contoh kalau adapun satu badan seperti JKKK dikampung yang ingin memberi sedekah kerana satu2 sebab seperti meraikan bakal haji dan kebiasaannya bahan yang mudah dan pratikal beri kain batik dan pelikat, ada kah itu rasuah, mungkin juga boleh dianggap rasuah kepada orang yang tak tahu asal usul majlis tersebut, tetapi nawaitu penganjur untuk memberi sedekah, adakah salah, dan sama juga dengan bantuan yang kuntakinte sebutkan sebelum ini RM500 ribu yang tahu mungkin kata sedekah dan bantuan tetapi yang tak tahu akan kata rasuah. jadi kita kena tahu meletakkan specifikasi bantuan dan sedekah sebelum kita menuduh dengan tuduhan rasuah. bahaya kepada diri kita kelak.

    bro jeffry, cerita kereta untuk digunakan oleh Exco takan lah MB yang nak jaga, tolong lah buka sikit minda sedara, Harta kerajaan dikawal oleh Jabatan samada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau JKR, yang timbul di terengganu MB said mahu pun Idris pun tak tahu setelah dia mendapat laporan dari Pegawai yang diberi diapun setuju untuk tukar kereta lain apabila terdapat bantahan timbul lah hingga ketahap siasatan akhir nya baru lah diketahui cerita sebenar, bukan kerja MB, sori lah bro, jangan buruk sangka dengan orang, buruk akibatnya di bahu kiri akan dicatat dosa kita.

    Buka minda dan otak, sedara teman nampak ada potensi untuk memberi idea2 yang bernas, itu pun sedara memang asal UMNO jugak.

    Wassalam.

  38. Kuntakinte

    Salam, ni berita terbaru heroin PKR letak jawatan MP Permatang Pauh nak bagi laluan pada hero PKR, kita tunggu dan lihat, kerja2 yang nak habiskan duit rakyat, SPR pun terpaksa keluar budget untuk pilihanraya. kah…kah…

  39. Apai Ngelai

    Salam Kuntakinte,

    Memang betulkan, bukan senang nak pertahankan pendirian parti. Tapi jenis yang buat tuduhan pakai serkap jarang memang banyak – apalagi kalau yang jenis cuma nak kita sambut benda yang dia lontar je..

    Biasalah, melontar tu sedap kalau suma orang sudi sambut…kan? Sekali skala tu, balinglah balik bagi kurang sket mudah-mudahan orang tau bukan senang tugas jadi AbangJaw (abang tukang jawab) keh keh keh…

  40. pemerhati

    salam semua..

    sorry ye mencelah.. apa yg aku tahu jefryong kata seperti apa yg dikatakan oleh mahathir pasal kain batik tu mmg benar.. selepas mahathir bersara.. dia pernah bertanding pewakilan Agung Umno di kubang pasu.. masa tu byk byk betul rasuah.. kenyataan ni mahathir yg sendiri ckp..

    pasal SPR tu.. mmg kerja dia..kalau mana2 kerusi Parliment dan Dun kalau kosong mesti ada pilihan raya kecil..pasni aku ingat lebih byk duit menteri2 habis
    wasalam

  41. pakla

    salam
    betul ke MB said kata tak tahu? saya tgk berita MB said kata dia cek maintenand perdana mahal.. sbb itu dia beli mercedes nak jimat duit rakyat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s