Saiful bukan seorang ‘gay’

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pengamal homoseks, kata peguamnya hari ini.

“Tidak,” kata peguam itu Zamri Idrus apabila ditanya sama ada pemuda 23 tahun itu seorang “gay.”

Zamri hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian bapa pemuda itu Azlan Mohd Lazim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bapa Mohd Saiful menyifatkan Anwar seseorang yang “banyak alasan” dan suka “berdolak-dalik” berhubung siasatan kes anaknya.

“Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis,” katanya.

saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy allegations brickfields police station 040708 02Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap “berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan.”

Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan oleh Zamri.

Turut serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali ‘Uncle Pat.’

Azlan juga berkata anaknya (foto fail, kanan) sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar.

“Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

“Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin,” katanya mengakhiri kenyataan bertulis tersebut.

Menurut peguam, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana “ada hal lain.”

Ditanya hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri berkata: “Tidak, tidak, perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu.”

Sumber : MalaysiaKini

nota: beliau bukan seorang gay kerana sudahpun bertunang. jadi jika bukan gay apakah status beliau?

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Saiful bukan seorang ‘gay’

  1. honey

    entahlah nak percaya siapa pun tak tahu. apa-apa pun hanya Allah Taala saja yang tahu kebenarannya. terima ajelah balasan tuhan kepada sesiapa yang bersalah dan bercakap bohong. jangan hanya berani2 bersumpah sekiranya diri tu memang bersalah, nanti buruk padahnya. secara logiknya saiful tu bukannya budak2 boleh senang2 dipaksa untuk melakukan perkara yang dilarang Allah tu. cuba fikirkannya secara logik ye….

  2. Saiful bukan gay?….. disini mengungkap ribuan persoalan.. jadi maksudnya saiful itu lelaki tulen?

    lelaki tulen tidak sama sekali beri peluang untuk disentuh sesama jantina… ini memang kenyataan.. tanya diri anda sendiri jika anda tidak merasa nak muntah walau hanya membayangkanya ”””””, tapi bagi saiful ia berlaku 8 kali dengan orang yang berumur pulak tu… secara ikhlas dan menggunakan pemikiran matang dan profesional.. aduan saiful badan besar tinggi ini tidak masuk akal.. hanya orang yang kena ‘program’ sahaja yang sanggup menyebelahinya..

    rakyat Malaysia hari ini sudah mula gunakan budibicara dan akal fikiran sendiri… ingat dulu ramai terperangkap dengan skim2 cepat kaya tapi cubalah sekarang ni siapa yang kena skim… idea saiful dan ‘guru’nya sama konsepnya untuk saiko pemikiran rakyat dengan skim cepat kaya ni… siaran ulangan tidak akan berhasil.. malah bawa masalah..

  3. astora jabatt

    kisah benar ni aku nak cerita..bekas kawan sekolah aku ada sorg gay yg memang dah kantoi tgh main bontot time bulan puasa lagi.tp dah kawen..apa cerita..

  4. AbangTuah

    Salam..

    Pejuang2 PAS semua pejuang temberang..dulu kata mempertahankan hak-hak melayu tu Assobiyah..La ni Wak Di terkedu2 nangis nak mempertahankan hak Melayu…keh..keh..keh…songsang..songsang..songsang..

  5. astora jabatt

    klu pejuang2 pas semua temberang,mcm mana dgn pejuang2 umno skrg ni.dah berada di puncak dah pun.dulu sblm pilihanraya kata xnak naikkan harga minyak..keh keh keh..lagi la songsang..

  6. ikankecil

    sebelum pr mng pru12 di perak mcm2 jji ditabur skang da dpt apa pown xda……
    nizar 2 bodo….klu jd pejanjian pangkor 2 aku xkn maafkan die….penipu…..saiful kamo kne tegakan kebenaran……jgn biarkan si penipu2 ni trus menipu……

  7. chenglo

    dear ikankecil

    don’t simply tuduh si nizar tu bodoh, u belajar takat mana, nizar belajar takat mana, setakat sekerat u tu, boleh ke berbahas semeja dengan nizar, jgn geram dan cakap main lepas je, think b4 talk, belom tentu lagi si saiful tu betul, biar tuhan yang tentu kan, jangan nanti u terjelepok terduduk apabila menyokong pada pihak yang salah…

  8. ikankecil

    chenglo…..

    maaf jika sy terlalu mengikut prasaan….selama bn menguasai perak perkara2 begini tidak pernah timbul tp ble pr mengambil alih pucuk pimpinan berbagai perkara mula bangkit….majoriti bumiputera dewan negeri juga sudah berkurang…
    bagaimana kami mahu bersuara jika pemimpin lebih byk mendiamkan diri…
    siapa yg akan membela nsb kami????????????maaf jika bahasa yg saya gne td terlalu kasar…

    ikankecil berenang bebas…

    wasalam…

  9. Sepanjang pengamatan saya berhubung blog yang disiarkan oleh Pemuda UMNO satu pun tidak menjejak pada bumi yang nyata apa bila menyampaikan berita. Ibarat seperti Dato’ Sabery Menteri penernagan memberi hujah, tidak tentu hala dan tidak cukup ilmu. Terutama ilmu dalam agama.

    Nyata-nyaa jelas di dalam blog yang ditulis menjelaskan tidak cukup fakta dan menulis mengikut nafsu tanpa usul periksa dan bukti kukuh. Perkara yang nyata dan jelas disembunyikan oleh penulis(pemuda enggang) seperti ada sesuatu yang tidak diketahui oleh beliau. Siapa saudra nak banding dengan Nik Aziz. Siapa saudara nak banding dengan hujah Agama? Hujah saudara seperti tiada batang iman yang kukuh untuk bergantung. Saudara kena banyak membaca buku agama dan melihat emosi perkembangan saudara sendiri. Berilah peluang diri kita melihat tuhan sebenarnya. Saudara seperti tidak ada dorongan keagamaan apabila berkata dan menulis. Jangan begitu. Bangsa tak kemana sudara, tetapi agama kita yang paling utama ingin disoal Allah.
    Tuhan tidak melihat bangsa kamu tetpi apa yang kamu buat dalam agamaNya.
    Semua saudara sedar dan menulislah dalam bentuk keimanan bukan kebangsaan yang tidak pernah diperintah tuhan dan Nabi.

    Ingat kita ini siapa bak bercakap soal agama dan hukum. Rujuklah pada yang arif.

    Wassalammm..http://didik.tk

    Salam sejahtera

  10. AbangTuah

    Salam…

    Saya setuju benar saranan En. Mohd Khalil…saya juga berpendapat sesiapa yang berminat hendak berhujah mengenai hal ehwal agama pergilah ke website yang lebih bersesuaian. Disini sepatutnya menjadi gelanggang menutarakan pendapat pro dan kontra berkaitan politik dan isu-isu semasa kemasyrakatan bukan isu-isu agama yang sensitif.

    Wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s