Sudah ribuan kes… tiada yang pergi ke suratkhabar dakwa diaibkan – Dr Latif


Semasa bercakap kepada para wartawan lepas membuat lawatan ke Hospital Jasin di Melaka petang Isnin Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Latiff Ahmad berkata ribuan pemeriksaan perubatan kes melibatkan jenayah seks sama ada rogol atau liwat telah dikendalikan oleh pakar perubatan mengikut prosedur Kanun Acara Jenayah dan Prosedur Operasi Standard Perubatan selama ini berjalan dengan baik dan telus.“Tidak pernah ada orang pergi pada surat khabar bercakap dia dibogelkan, dia dianiaya dan dia diaibkan.“Kalau ada beribu orang yang menghadapi tuduhan sebegini rupa dan yang sekarang ini menunggu proses pendakwaan, menjelajah ke seluruh negara berkempen macam Anwar, apa akan jadi pada negara ini,” katanya mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau dibogelkan ketika dibawa untuk pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.Dr Latiff berkata, tuduhan meliwat ini merupakan kes peribadi dan sepatutnya Penasihat PKR menyelesaikannya sendiri tanpa melibatkan orang lain dengan pelbagai tuduhan.“Pegawai saya (di hospital) bukan ada mata bionik untuk melihat begitu saja untuk tahu berapa luas, berapa lebar, berapa banyak…pegawai saya tidak ada keistimewaan itu, dia kena tengok sendiri,” katanya

nota: mungkin DSAI sudah lupa bahawa beliau bukan lagi TPM Malaysia. Beliau adalah rakyat biasa yang sepatutnya pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hospital hendaklah dilakukan di wad biasa dan bukan wad diRaja. Mengapa terlalu bongkak DSAI dengan mendakwa beliau dibogelkan dan menyalahkan tidur di atas simen menyebabkan sakit belakang beliau kembali sakit. Haruskah beliau dilayan dengan ‘istimewa’ oleh pihak berkuasa? Apa beza beliau dengan suspek2 lain yang berada di dalam siasatan polis?

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Sudah ribuan kes… tiada yang pergi ke suratkhabar dakwa diaibkan – Dr Latif

  1. mok

    Tak perlu disensasikan sepatutnyer.. Pemeriksaan ke atas suspek perogol @ peliwat, mangsa perogol @ peliwat.. takkan nak check gigi @ mata pulak. Bini dia pun, macam bini orang lain juga.. masa nak beranak dulu kena check *nu juga dengan Dr.. habis yang itu tak nak pulak pegi jaja satu malaysia ? Ikutlah nasihat Dato’ Mufti.. bahawa perkara ini.. mendatangkan aib pada diri, tak payah dihebah.

  2. ikankecil

    aku mok…..
    2 dah mmg keje die ske aibkan diri sendiri nk wat mcm ne…
    da jd hobi…
    biarkan je lah……
    hahahahha…

    ikankecil berenang bebas..

  3. Nisa

    tak paham aku.kenapa tak ramai yang comment?

  4. tak paham aku.napa tak ramai yang comment?asyik mamat ni je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s