Daily Archives: July 23, 2008

Bekas timbalan menteri sertai PKR

Tiga pemimpin Umno termasuk seorang bekas timbalan menteri pusat hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka terdiri daripada Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Ketua Umno Bahagian Kuantan; Dr. Abdul Hadi Derani, bekas Ahli Parlimen Kota Star dan Datuk Mat Lazim Derani, bekas Timbalan Ketua Bahagian Mentakab.

Pendirian mereka diumumkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Fauzi merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 1999 ketika era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada sidang akhbar mengumumkan penyertaan ketiga-tiga mereka berkata, “kehadiran Fauzi akan dapat membantu menguatkan PKR di Pahang dan juga di peringkat pusat.”

Anwar juga tidak menolak akan ada pengumuman penyertaan pemimpin Umno yang lain ke dalam PKR kelak.

Fauzi, yang berehat dari politik sejak lima tahun berkata, melihat pada keadaan politik semasa adalah masa yang sesuai untuk rakyat bangun dan mencari perubahan kepada sistem politik dua parti.

dari mstar.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Profil DNA seseorang boleh berubah??

penulis ingin menarik perhatian para pembaca mengenai Profil DNA seseorang. Menurut Malaysiakini di dalam artikel DNA Profiling is permanent yang mengatakan bahawa usaha kerajaan untuk mendapatkan sampel terbaru DSAI adalah satu usaha yang tidak logik kerana sampel DNA DSAI 10 tahun lepas masih berada di dalam simpanan kerajaan.
Penulis berkesempatan untuk menonton rancangan siri televisyen CSI:New York di saluran AXN malam tadi. Siri semalam berkenaan dengan pembunuhan perogol yang dilepaskan dari hukuman mahkamah dan beliau dibunuh oleh ‘pejuang keadilan’ yang menuntut pembelaan ke atas mangsa rogol. Satu babak menarik semalam ialah apabila profil DNA pembunuh yang dijumpai tidak berada di dalam pengkalan data pihak Polis. Walaubagaimanapun, di akhir siri tersebut pembunuh berjaya ditahan oleh pihak polis setelah pihak polis menjalankan siasatan di rumah kediaman suspek pembunuhan tersebut. Profil DNa yang dijumpai di tempat kejadian pada mulanya tidak sama dengan profil DNA suspek tetapi setelah pihak makmal menjalankan siasatan terbukti profil DNA suspek telah berubah akibat ‘mutanisasi’ hasil tindakan balas bakteria aktif yang berada di dalam tubuh suspek. Bakteria tersebut telah menukar profil DNA suspek tersebut. Bakteria tersebut hidup di dalam tubuh suspek berpunca dari keracunan makanan yang dihadapi oleh suspek.
Apa yang penulis ingin bangkitkan di sini ialah usaha kerajaan untuk mendapatkan semula sampel DNA DSAI adalah satu tindakan yang harus dilakukan. Penulis bersetuju bahawa profil DNA DSAI 10 tahun dahulu masih di dalam simpanan pihak kerajaan, tetapi kita harus tahu bahawa profil DNA yang didapati 10 tahun dahulu berkemungkinan berubah akibat proses yang sama seperti yang ditayangkan dalam siri televisyen CSI:New York. Tidak salah sekiranya DSAI memberi sampel DNA beliau sekiranya beliau sendiri percaya beliau tidak bersalah dan ingin kes liwat ini dapat diselesaikan dengan segera. Berbagai helah diberi tanpa mengetahui motif utama beliau. Sekiranya ramai merasakan bahawa profil DNA seseorang itu tidak akan berubah, penulis menasihatkan agar para pembaca meluangkan sedikit masa untuk menonton rancangan CSI:New York semalam supaya lebih tahu bagaimana profil DNA itu boleh berubah dengan cepat.

33 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Punca Muzakarah PAS-UMNO di Selangor GAGAL

MOHON maaf kerana lama blog ini tidak dikemaskini. Ini disebabkan saya banyak mendapat jemputan untuk penerangan isu-isu semasa bagi mengukuhkan kembali kedudukan UMNO. Insyaallah, saya akan cuba kemaskini blog ini sekerap mungkin.

Saya tertarik dengan usaha-usaha mengadakan muzakarah UMNO-Pas kali ini.

Mungkin ini akan merealisasikan Impian saya ialah untuk melihat orang Melayu bersatu menjadkan kuasa Melayu itu kuasa yang dapat menentukan masa depan agama, bangsa dan negara.

Kita sedar 60% rakyat negara kita ialah orang Melayu dan bumiputera tetapi ia tidak memberi sebarang makna dalam negara demokrasi seperti negara kita kerana kita telah dipecahkan kepada tiga parti. Orang Melayu berada di dalam UMNO, Pas dan PKR.

Perpecahan Melayu ini bukan sahaja dari segi ideologi politik tetapi telah membarah dalam hati nurani kita. Kita lihat orang Melayu berpecah sehingga kita lupa bahawa dalam Islam kita bersaudara dan menjaga tali persaudaraan merupakan satu kewajipan dalam Islam. Semua ini berlaku kerana politik kebencian yang diamalkan oleh kita, politik fitnah yang amat memalukan pemimpin dan keluarganya. Politik dendam yang mengakari pemikiran kita.

Semua ini telah menyukarkan kita untuk kembali bersatu.

Walaupun begitu saya optimis kita masih ada ruang untuk bersatu walaupun akan mengambil masa yang panjang. Pertamanya kita perlu meleraikan orang Melayu daripada politik kebencian, fitnah dan dendam. Ia perlu bermula di kalangan generasi baru yang melihat majoriti Melayu akan hanya memberi makna jika kita bersatu untuk menentukan jatuh bangunnya agama, bangsa kita.

Saya gembira bila mendengar telah ada perbincangan di antara kepimpinan Melayu dalam UMNO dan Pas. Kegembiraan ini kerana inisiatif ini telah saya mulakan di Selangor sebaik sahaja berakhir Pilihan raya Umum ke 12 yang lalu.

Saya telah mencadangkan agar diadakan satu kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional di Selangor.

Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.

Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.

Malangnya, pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas, melalui Setiausaha Agungnya, Kamaruddin Jaafar, telah menggagalkan usaha tersebut. Saya yakin selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam Pakatan rakyat, muzakarah tersebut tidak akan memberi sebarang kesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak mahu Melayu bersatu kerana itulah beliau tubuhkan Pakatan Rakyat yang berjuang atas prinsip kesamarataan, menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, menyamaratakan kedudukan orang Melayu dengan bangsa lain, walaupun memiliki status bumiputera. Sebab itulah Anwar dapat menarik sokongan yang besar daripada golongan ekstremis Cina melalui DAP dan ekstremis India melalui Hindraf.

Cadangan untuk mengadakan muzakarah mengenai agenda Islam dan orang Melayu nampak lebih baik sekarang. Saya percaya Pas sekarang sudah mulai sedar bahawa mereka kian tersisih dalam membicarakan isu Islam dan orang Melayu di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Ini ditambah lagi dengan masalah peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini.

Saya tidak mengimpikan Pas dan UMNO bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik. Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini.

Saya impikan biar parti mana pun yang menang pilihan raya, kedudukan agama Islam dan Orang Melayu kekal dan terus dipertahankan. Bukan seperti sekarang ini sudah terdapat “penggadaian” terhadap status quo Islam dan Melayu dalam usaha membeli pengaruh dan sokongan bukan Melayu.

Impian saya ialah suatu hari nanti kita semua dapat melihat YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk semeja.

Impian saya juga untuk melihat Melayu kembali menjadi tunjang politik negara yang akan menstabilkan politik tanah air, menjadi kenyataan. Saya berdoa semoga semuanya ini akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Biduk berlalu, kiambang bertaut. Bagai aur dan tebing kita bersama. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama dipikul, hati nyamuk sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

sumber blog dr khir toyo
Bangsa ini, bangsa berdaulat kembalikan kedaulatan tersebut.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda