Bekas timbalan menteri sertai PKR

Tiga pemimpin Umno termasuk seorang bekas timbalan menteri pusat hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka terdiri daripada Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Ketua Umno Bahagian Kuantan; Dr. Abdul Hadi Derani, bekas Ahli Parlimen Kota Star dan Datuk Mat Lazim Derani, bekas Timbalan Ketua Bahagian Mentakab.

Pendirian mereka diumumkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

Fauzi merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1997 hingga 1999 ketika era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada sidang akhbar mengumumkan penyertaan ketiga-tiga mereka berkata, “kehadiran Fauzi akan dapat membantu menguatkan PKR di Pahang dan juga di peringkat pusat.”

Anwar juga tidak menolak akan ada pengumuman penyertaan pemimpin Umno yang lain ke dalam PKR kelak.

Fauzi, yang berehat dari politik sejak lima tahun berkata, melihat pada keadaan politik semasa adalah masa yang sesuai untuk rakyat bangun dan mencari perubahan kepada sistem politik dua parti.

dari mstar.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Bekas timbalan menteri sertai PKR

  1. kamikaze

    masukla pozi tp jgn lupa pakai cawat besi tau!!! manala tau kan???……………..

  2. blueoceon

    Kelakarlah hang kamikaze, aku tergelak besaq!!! tapi betul tu. sapa-sapa nak masuk keadilan kena pi tempah cawat besi siap gan mangga. untuk lelaki saje. pompuan tak yah. huaaahahaha…

  3. alastor

    xdpt tarik menteri lompat parti…BEKAS menteri pun jd la…takat tu je yg mampu…

  4. jefryong

    Insyalallah Alastor ramai lagi yg akan ikut sbb semua rakyat mahukan perubahan.. kalau nak nengok negara kita ni bertambah maju.. jgn sekali2 kita menunduh org, selagi kita belum mendapat bukti, bordosa besar hukumnya ingat fitnah adalah senjata yg lebih tajam dari pedang… so hati2 ketika bercakp banyakkan muhasabah diri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s