Profil DNA seseorang boleh berubah??

penulis ingin menarik perhatian para pembaca mengenai Profil DNA seseorang. Menurut Malaysiakini di dalam artikel DNA Profiling is permanent yang mengatakan bahawa usaha kerajaan untuk mendapatkan sampel terbaru DSAI adalah satu usaha yang tidak logik kerana sampel DNA DSAI 10 tahun lepas masih berada di dalam simpanan kerajaan.
Penulis berkesempatan untuk menonton rancangan siri televisyen CSI:New York di saluran AXN malam tadi. Siri semalam berkenaan dengan pembunuhan perogol yang dilepaskan dari hukuman mahkamah dan beliau dibunuh oleh ‘pejuang keadilan’ yang menuntut pembelaan ke atas mangsa rogol. Satu babak menarik semalam ialah apabila profil DNA pembunuh yang dijumpai tidak berada di dalam pengkalan data pihak Polis. Walaubagaimanapun, di akhir siri tersebut pembunuh berjaya ditahan oleh pihak polis setelah pihak polis menjalankan siasatan di rumah kediaman suspek pembunuhan tersebut. Profil DNa yang dijumpai di tempat kejadian pada mulanya tidak sama dengan profil DNA suspek tetapi setelah pihak makmal menjalankan siasatan terbukti profil DNA suspek telah berubah akibat ‘mutanisasi’ hasil tindakan balas bakteria aktif yang berada di dalam tubuh suspek. Bakteria tersebut telah menukar profil DNA suspek tersebut. Bakteria tersebut hidup di dalam tubuh suspek berpunca dari keracunan makanan yang dihadapi oleh suspek.
Apa yang penulis ingin bangkitkan di sini ialah usaha kerajaan untuk mendapatkan semula sampel DNA DSAI adalah satu tindakan yang harus dilakukan. Penulis bersetuju bahawa profil DNA DSAI 10 tahun dahulu masih di dalam simpanan pihak kerajaan, tetapi kita harus tahu bahawa profil DNA yang didapati 10 tahun dahulu berkemungkinan berubah akibat proses yang sama seperti yang ditayangkan dalam siri televisyen CSI:New York. Tidak salah sekiranya DSAI memberi sampel DNA beliau sekiranya beliau sendiri percaya beliau tidak bersalah dan ingin kes liwat ini dapat diselesaikan dengan segera. Berbagai helah diberi tanpa mengetahui motif utama beliau. Sekiranya ramai merasakan bahawa profil DNA seseorang itu tidak akan berubah, penulis menasihatkan agar para pembaca meluangkan sedikit masa untuk menonton rancangan CSI:New York semalam supaya lebih tahu bagaimana profil DNA itu boleh berubah dengan cepat.

33 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

33 responses to “Profil DNA seseorang boleh berubah??

  1. astora jabatt

    tapi klu bagi sekarang, nanti dna tu akan disalahgunakan..persoalannya,knp nak dna anwar? nak banding dgn apa? mana laporan polis saiful?

  2. pemudaumno

    salam sdr astora.

    1. mengapa dna anwar? – kerana beliau ada suspek dalam kes liwat saiful bukhari. oleh demikian dna beliau amat diperlukan untuk dibandingkan dengan dna sekiranya ada di lokasi kejadian dan juga di tubuh saiful.

    2. salahguna, utk pengetahuan penulis amat musykil sekali dengan DSAI. Ini kerana setiap kali pertuduhan terhadap beliau, mesti dikatakan bukti salah guna, fabrication dan sbgnya. tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya sekiranya beliau yang MENDAKWA sesuatu perkara. Sbg contoh dalam kes altantunya, beliau mempunyai bukti dan sbgnya. adakah bukti beliau ada itu adalah bukti nyata atau hanya bukti yang sengaja diada-adakan?

    3. mengenai laporan saiful, penulis percaya sekiranya DSAi menggunakan saluran yang betul sudah tentu salinan akan diberikan kepada beliau. walaubagaimanapun, harus diingat bahawa beliau adalah suspek utama dalam hal ini, dan sebagai suspek, salinan laporan tidak diberikan selagi siasatan masih berjalan.

    4. penulis bukanlah mengiyakan kes liwat ini, tetapi dengan melihat tindakan DSAI seperti melarikan diri di kedutaan turki, mengadu dengan USA, berdolak dalik ketika diminta membuat pengakuan bersumpah, ia terlalu menjelekkan penulis. untuk pengetahuan sudah hampir 10tahun rakyat menunggu akuan bersumpah beliau akibat aduan salah laku beliau tetapi sehingga kini pelbagai alasan diberikan.

    5. Kini, beliau menfailkan qazaf ke JAWI kerana bagi beliau mahkamah sivil tidak berhak/ dan beliau sendiri tidak mempercayai mahkamah sivil. bukankah tuduhan terhadap beliau digugurkan oleh mahkamah sivil dan seterusnya membebaskan beliau dari tahanan? kenapa keputusan tersebut tidak dicabar oleh beliau?

    6. sebagai rakyat kita adalah mata dan telinga kepada rakyat yang lain. kita tidak seharusnya mendengar sebelah pihak sahaja terutama di dalam senario politik hari ini. penulis mengakui bahawa bukan semua pemimpin UMNO bersih tetapi kalau bukan kerana UMNO, mungkin semua kita di sini masih lagi tidak mengenali apa itu internet. dan mungkin ada di antara kita masih lagi tidak tahu membaca, mengeja dan mengira.

    sekian.

  3. CSI NY itu bukannya berdasarkan daripada fakta sejarah, ianya hanya satu ilusi menunjukkan kemampuan minda manusia seakan-akan logik yang di skripkan untuk tontonan dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukkan untuk kes-kes hakiki.

    samalah seperti cerita berikut: … di Kota Kinabalu baru-baru ini seorang saintis tempatan mencipta alat telefon tercanggih dimana telefon ciptaannya diimplan pada bawah kulit belakang telinga, ciptaan ini sungguh manakjubkan dan mendapat perhatian saintis seluruh dunia.. ia berfungsi tanpa seseorang itu perlu bersuara, hanya dengan menggera fikiran alat ini berfungsi melalui aliran micro eletrik yang disambungkan ke saraf otak.. hanya dengan memikirkan nombor yang di dail, aliran micro eletrik melalui alat canggih ini boleh menghubungkan orang lain yang menggunakan alat sama….’

    */@$#%6&8#1?***–++

  4. lin

    semlm saya ada tgk cerita tu juga. saya ingatkan dna ni tidak boleh berubah. rupa-rupanya dia akan berubah dengan benda semulajadi iaitu bakteria.
    baguslah blog macam pemuda enggang ni, semua komen tak kira dari geng umno atau pembangkan dilepaskan.

    saya rasa blog lain tak buat camni. saya harap semua pengunjung boleh berhujah dengan baik dan waras.

    terima kasih

  5. CSI NY itu hanya rancangan totonan semata-mata, cerita yang direka melalui daya kemampuan minda manusia dan diskripkan seakan-akan ada logiknya dan bukannya berdasarkan sejarah… contoh ini tidak laku buat berbandingan dengan isu DNA DSAI… kita kena lebih profesional bukan setakat matang sahaja….

  6. Klon DSAI Versi Baik

    kalau banyak sgt dolak dalihnya akhirnya akan menampakkan DSAI bersalah… So kata nak bersihkn nama bg la kerjasama…. Kalau menuduh org tu cepat jer… tp bila kena kat batang hidung sendiri semua dia kata fitnah… Aku dah muakkkk….. Aku bukan nak tgk muka kau jer (DSAI) dalam TV… x habis2 cerita liwat jer… Jijik aku dgr … Cepat2 lg bagi kerjasama boleh kes selesai awal…. Nak buat apa lama2… BOSAN tau x…. Buang masa semua org jer… Kalau x salah jgn takut…. Aku beli TV bukan nak tgk muka DSAI jer tiap2 hari…. xde hensem mana pun…

  7. csi lover

    tuan dulani

    utk rekod, cerita2 CSI seperti CSI:Miami,vegas dan new york dibuat berdasarkan rekod2 jenayah di dalam fail FBi, dan polis USA.

    ia bukan cerekarama atau cerita yang dibuat2.

    sila rujuk crime channel dan discovery channel utk makluman lanjut. rancangan seperti unsolved files dan from fbi files ada menceritakan kes-kes yang ditayangkan.

  8. Klon DSAI Versi Baik

    dey Dulani macha… x kisah la cerita ker, khayalan ker. lawak ker?? apa2 jer la yang kau pikir… yg penting bg je la DNA… nak cerita panjang2 buat apa…. Penakut la… x yakin ker dgn diri sendiri??

  9. astora jabatt

    dah ada blom dna yg nak dibandingkan tu..gua sangsi jer.kes yg dulu pun sama jugak.tuduh2 tapi xde pon..tapi yg mengaku berzina boleh jadi kaya raya tiba2 pulak tu.tu yg gua sangsi tu..

    klu yg sedia ada ni dah x boleh..islam dah tunjukkan jalan.nak ikut atau x,terpulanglah..lu org pikir la sendiri..

  10. csi lover

    saya pun tengok juga csi ini… tapi tak sampailah sehingga memuja filem2 ni.. memang benar ia diambil daripada kes2 sejarah yang ‘x’ yang tak dapat diselesaikan.. tapi direka semula cerita ini semata-mata untuk melengkapkan siasatan supaya dapat menghasilkan rancangan yang menakjubkan… perlu diingat ‘producer’ telah melengkapi cerita kes2 ini untuk tujuan komersil dan bukan untuk membongkar fail kes sebenar…..

  11. CSI lover

    saya juga tengok CSI ni tapi taklah sehingga menyanjungya.. memang benar cerita CSI ni diambil daripada kes2 benar yang tak selesai ataupun unsolved file..

    ia dibentuk kepada satu rancangan tv dan dilengkapkan dengan penyelesaian kes dengan kemampuan ilusi daya minda manusia dan cara penyelesaian kes ini adalah ilham producer.. tujuan filem ini adalah untuk komersil semata-mata..

  12. unsolved files that was made to a complete story, which is purposely for commercial means, done by the producer…

  13. mok

    A..kum.
    Aku sokong csi lover.
    Walaupun producer bikin filem untuk tujuan komersil, namun bagi eviden dan fakta-fakta saintifik dalam crime story sebegini mereka memiliki pakar/scientist yang membuat research dengan rapi. Ini untuk menjamin keesahan dan kredibiliti fakta yang dibentangkan nanti. Dalam filem tersebut ;
    “profil DNA suspek telah berubah akibat ‘mutanisasi’ hasil tindakan balas bakteria aktif yang berada di dalam tubuh suspek. Bakteria tersebut telah menukar profil DNA suspek”.
    Terminologi ‘mutation’ atau mutasi ini, memang biasa dan wujud dalam pelbagai cabang sains termasuk Genetic Engineering, medic, biotech, agric dan sebagainya. Boleh berlaku secara sengaja atau tidak, especially bila didedahkan dengan pancaran radiasi atau lebih ekstrem nuklear. Tumbuhan juga boleh menjadi mutan. Jadi.. perkara ini bukanlah khayalan semata-mata seperti dakwaan Dulani’s Blood kerana Universiti Cambridge dah mengkaji bab-bab mutant menggunakan sinar-X @ cahaya ultra ungu semenjak awal tahun 40 an lagi. Janganlah nampak kita ni begitu out-of-date.

  14. penyapoo

    pandang kearah matahari terbit, kite suruh jer detaktif conan siasat gerenti selesai
    😛

  15. astora jabatt

    suruh inspektor sahab laa…

  16. hah.. inilah power movie atau ‘kuasa tayangan gambar’… sampai ada yang lupa akan hakiki… ingat.. csi itu untuk tujuan komersil… tunjuk up-to-date? bawa cerita ini untuk tujuan rujukkan ‘common law’ di makamah jika nak babitkan pertuduhan.. kena pakai atau tidak… paling2 kamu kena ketawa…

    tak faham lagi… cerita csi ini adalah kes benar tapi tak ‘lengkap’ @ ‘unsolved cases’ yang telah dilengkapkan oleh producer…

  17. anti anwar

    en dulani

    cite csi based on true case story….segala end of the story bukanlah rekaan atau imaginasi producer atau director terbabit. ia berdasarkan kes yang mereka copy dari fail fbi dan sbgnya. itu sebab ada beberapa siri csi yang ending dia tergantung sebab kes masih lagi unsolve…
    utk rekod unit penyiasatan di salah satu agensi kerajaan menyimpan siri csi bagi tujuan pembelajaran penyiasatan kes-kes jenayah di malaysia. saya tidak boleh reveal jabatan mana tapi sudah pasti nama jabatan berkenaan semua orang ada simpan…..
    csi bukan lah cerita cerekarama yang dibuat atas dasar komersial tetapi ia dilakonkan semula agar ia memberi ruang baru bagi siasatan kes masa depan.
    jadi sekali lagi csi bukanlah seperti awak cakapkan kes benar tapi tak lengkap….tetapi ia adalah kes benar tetapi dilakonkan semula…

  18. (saya tak anti sesiapa)

    CSI bukan untuk tujuan komersil?? semua pelakon dan producer tajaan kerjaan barat ke? hahh… saya tahu kamu tak akan mengalah.. tapi
    heran sangat mengapa sehingga cerita csi diambil rujukkan untuk heret DSAI beri sampel darah.. total desperate act.. anda pasti ke DNA DSAI dalam data kerajaan berubah 4 tahun lepas? kalaupun anda terya-ya sangat dengat terma mutanisasi.. takanlah hard & soft copy kena mutan juga… bagi saya tak masuk akal..

  19. anti anwar

    en dulani
    saya rasa penulis bgtau yang sebenarnya DNA manusia memang boleh berubah….
    kenapa dna DSAI diperlukan….bukan ker mungkin DNA DSAI sekrang tidak sama dengan yang diambil tahun lepas…kan elok camtu…dah lepas dari tuduhan meliwat….

  20. ikankecil

    dulangni……….

    kalau betul si sodom 2 x bersalah kenapa nk takot sgt?????bagi je la nk amik DNA ke ape ke x luak pown klu die betul x bersalah la……ni yg smpai lari la ape la…
    skang ni soh bg DNA xmau bg kerjasama….berani kerana benar en dulangni…….takot kerana????ah lu pikir la sendiri………ckp byk2 pown kang bkn nk dgr…..sukehati la mike da beso….ckp lebih2 kang kecik ati..tp klu x ckp xterbkk plak pintu hati 2….adoi fenin2……

    ikankecil berenang bebas….

  21. en antinuar

    kalaupun ikut teori anda.. apa mestinya terburu2 mengambil sampel tertuduh? jika terdapat DNA asing pada saiful… ia sentiasa boleh merujuk kepada rekod simpanan DNA tertuduh (sekiranya tiada mutasi(?)) dan jika (sekiranya) ada mutasi, DNA baru tertuduh masih kekal sehingga tertuduh benar2 rela diambil sampelnya… persoalannya, mengapa banyak pihak daripada pemerintah termasuk PM beri desakan?

    sepatutnya dalam situasi dimana DSAI belum sedia beri sampelnya, pemeriksaan terhadap saiful sudah dimulakan dan buktikan jika ada DNA asing… jika tidak match dengan rekod DNA DSAI maka bolelah DSAI beri sampelnya..

    lihat mana yang lebih relevan………..

  22. rakyat

    biar la polis yang AMANAH dan CEKAP tu jalan kan kerja..yang korang berbalah pon tak kemana jugak..ALLAH yang maha mengetahui..Kita takdak bukti jgn main tuduh2..mungkin DSAI yang bersalah dan mungkin juga saiful yang salah..yang tau cuma ALLAH dan malaikan raqid dan atiq…setiap amalan akan direkodkan…wallahualam…

    saudara saudari..kita sesama islam…iblis senantiasa nak memecahbelahkan umat islam…jadi kite same2 la ambil iktibar..

    siapa yang bersalah takkan terlepas hukuman Allah..sama2 la kita doa semoga kebenaran tu terserlah tak lama lagi…aminnn

  23. astora jabatt

    amiiin..

  24. kuntakinte

    Salam, alhamdullilah, tahniah rakyat, macam tu lah baru rakyat yang berfikiran matang bukan jumud.

  25. Squall

    Human DNA boleh dimutasikan oleh Radiation (Sinar X) atau bahan2 radioaktif. Bakteria juga dapat memutasikan DNA tetapi mutasi berlaku pada DNA bakteria itu sendiri bukan DNA manusia. Bila berlaku perubahan persekitaran bakteria seperti kesan antibiotik terhadap bakteria tersebut, bakteria akan memutasikan DNA supaya dapat menghalang tindakan antibiotik tersebut. Sebab itu doktor menasihatkan kita untuk menghabiskan antiboitik walaupun penyakit sudah pulih supaya sisa bakteria yang tinggal tidak sempat bermutasi.

    Berkenaan dgn drama CSI pula, kes tersebut belum diselesaikan dan selagi itu sesiapa saja boleh kemukan sebarang teori. Tidak menjadi kesalahan untuk director tersebut mengakhirkan cerita dengan teori beliau kerana tiada fakta atau bukti kukuh untuk menyangkal cerita tersebut.

    Walaubagaimanapun, teori tidak boleh dijadikan rujukan utama. Sekiranya pembaca berminat mengetahui lebih lanjut berkenaan DNA saya cadangkan rujuk di JURNAL terutamanya jika anda masih penuntut universiti atau sebagainya..

  26. ashi

    i love CSI!! i love bones, chuck, ncis, numbers and..gerak khas??!! kikikik. never miss any episode. episode yg pasal mutation of DNA is one of my favorite.(maklum la..skang kn issue hot..org US ni mcm tau2 plak..camne diorang tau ek..?eh, diorang kn ada bestfriend kt sini..)

    saya ada buat sikit research nk kompem kn btol ke x pasal DNA mutation nih. from a lot of website,website yg ni agak senang difahami

    http://evolution.berkeley.edu/evolibrary/article/0_0_0/mutations_01

    kt sini saya nak attached some answers that i’ve got from answers.yahoo.com:

    1) Can a person’s DNA change overtime?

    The short answer is no. But, to be more specific, some of it can.

    Your DNA is in every cell or every part of your body. And each cell has the same DNA in it. Overall, your DNA will not drastically change. However, things such as radiation, UV rays, carcinogens (cancer causing agents) can cause mutations in your DNA. This is an error that occurs when your DNA is replicated in growing cells. However, such mutations are either dealt with by your body, or can become harmful (IE cancer).

    So, although a tiny fraction of you DNA “changes,” it’s only a minor change, and is usually destroyed before it can do any harm.

    2) from Yahoo Science News: By studying cells from volunteers eating different diets, they discovered that red meat raises levels of compounds in the large bowel, which can alter DNA and increase the likelihood of cancer.

    so mr/cik/pn/tn Dulani’s Blood,
    amacam?? xpercaya lagi ke..?commercial is their bisnes. that’s for sure. but the logical n technical in the csi setakat ni aku usha btol lagi.sbb apa yg aku blaja n kje ada la jugak tempias2 dgn bahasa2 kimia yg diorang pakai tuh..xde salah lagi setakat ni. kalo aku x puas ati (mcm DNA mutation nih) i will do research to confirm

    jd rakan2, sesambil lepak kt blog, usha2 jugak la edu website. nnti org kata kita bodoh sombong + katak bwh tempurung.otak kosong, melatah je lebih..kang kata bodoh, marah pulak…

    2×5=10
    5×2=10
    sama pandai sama bodoh
    sama lawa sama hodoh!!
    (kwek kwek kwek kwek kwek!!!)

  27. ashi, harap tido lena lah malam ni ya..

    tapi saya minta ashi cari lagi maklumat ya… DNA sel darah dan sel air mani boleh berukar tak… tolong cari jawapan yang terperinci ya… terima kasih..

  28. mok

    Aku tolong ashi paste balik researh article untuk jawab soalan Dulani’s ;

    Q : DNA sel darah dan sel air mani boleh berukar tak… tolong cari jawapan yang terperinci ya… terima kasih..

    A :Your DNA is in every cell or every part of your body. And each cell has the same DNA in it.

  29. Mamak Bosan cerita DNA hampa!kerja lain tak ada kah?.

    Berita mutakhir kat Penang road..

    bapuk-bapuk kat Penang nak tuntut kerajaan membenarkan homoseksual….dan kebenaran boleh tukar Jantina!.Pengerusi persatuan Bapuk tengah tunggu bulan September ini buat perarakan besar-besaran tubuhkan hari Homoseksual Malaysia!.Pejabat baru Persatuan bapuk itu akan dibuka diceruk Tok kun pada 16 Sept.2008 jam 1200 malam.Dulani’s Blood dan ashi dijemput hadir ke Majlis itu sebagai tetamu kehormat !.Ok….haprak berdua kamu…klon sama kot?

  30. penyapoo

    Astarghfirullah!!

    hai bapok2 ni nak kena rejam dengan batu baru dia rase, halau je derang ni dr malaysia, tuka kerakyatan ke negara yg mengamalkan benda2 yg mereka buat tu
    jangan nanti disebabkan satu puak berbuat begitu, satu malaysia mendapat azab dari Allah

    Dijauhkan laaa mudah2an

  31. tansri mok jumpa lagi kta sini

    of course DNA are same in the entire part of human body, but i wanted ashi to confirm me with facts wether mutation possible on blood and sperm apart from skin, flesh and hair.. and it must the findings on life human not a dead body..

    please present your genuine facts and findings, no fabrication nor fictitious.

  32. ashi

    kikikik…

    bln 9 bln puasa la pulok..do i have to attend that majlis or do i need to perform solat terawikh on that nite..?hmm which one mamak penang suggest to me n dulani’s blood?

    Dulani’s Blood,
    i will try my best to research on it. but i think u dun have to wait for me for the answer. bole je usha2 sendiri kt tenet. BTW, kite klon ka…? i dun think so..hah..lagi satu flesh=blood tak?

    Mok,
    Tq for ur help!! i Lap U!!

  33. if you have no guts to do it, dont try to raise any questionable issues as you may spend your brain and time to complete it! people will discredit you when you abondone it….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s