Isu Liwat Anwar bukan Isu Dalaman – Polis Dunia

Dalam perkembangan yang kemungkinan menyinggung Malaysia sekali lagi, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun.

“Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik,” kata Rice yang berada di Singapura untuk menghadiri persidangan keselamatan serantau sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN.

“Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini,” kata beliau hari ini.

Beliau yang dipetik AP menambah, AS sentiasa bercakap mengenai hak asasi manusia dan politik tetapi dilakukan dalam semangat menghormati Malaysia.

Dalam ulasannya itu Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini.

“Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia,” katanya.

Ia merupakan respons Rice yang pertama sejak Malaysia mengemukakn nota bantahan kepada AS awal bulan ini ekoran campur tangannya dalam isu terbaru Anwar ini.

Pada 4 Julai lalu, Rais berkata,Kementerian Luar telah menghantar surat bantahan kepada Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut Rais, surat yang dikeluarkan oleh Wisma Putra itu telah dihantar kepada Rice.

Surat tersebut dihantar bagi menyatakan rasa dukacita Kuala Lumpur berhubung kenyataan yang dibuat oleh jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey mengenai dakwaan liwat ke atas Anwar.

Kelmarin Anwar telah memberi taklimat kepada 38 orang duta asing berhubung dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia mahu mengekang penglibatannya dalam politik.

Semalam laporan Bernama yang memetik Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, AS bersetuju dengan pandangan Malaysia berkenaan kedaulatan undang-undang.

“Sewaktu mesyuarat dengan Amerika Syarikat hari ini, Malaysia membangkitkan fakta bahawa kami mengiktiraf peranan Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia dan kami menghargai apa yang diberikan dari segi bantuan, dan apa yang bermakna kepada kebebasan, persamaan, demokrasi dan sebagainya.

“Bagaimanapun kami menekankan kepada kedaulatan undang-undang – sistem di setiap negara yang perlu dihormati. Ini kami nyatakan dengan jelas kepada Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice dan beliau memberi maklum balas dengan berkata itu adalah hak setiap negara dan demokrasi mestilah dilihat dilaksanakan berdasarkan hak sesebuah negara,” katanya.

nota: sudah tentu ramai penyokong DSAI bersorak gembira dengan desakan dan campur tangan dari polis dunia iaitu Amerika Syarikat dalam kes liwat Anwar. Inilah bakal menyaksikan pepatah menang sorak kampung tergadai bakal terjadi akibat sikap campur tangan Amerika. Mari berdoa agar negara kita ini dilindungi dari anasir luar yang sememangnya menunggu saat yang sesuai untuk ‘menyerang’ negara kita yang sememangnya aman dan tenteram ini. Janganlah disebabkan mempertahankan tabiat seseorang yang kononnya paling layak menjadi PM Malaysia, kita bergembira dengan perkhabaran yang Amerika mula bersuara berkenaan kes anwar. Tidak ada guna DSAI diselamatkan oleh pengaruh Amerika sekiranya jutaan rakyat Malaysia bakal ‘dikongkong’ dan dirantai oleh pihak Amerika kelak.

49 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

49 responses to “Isu Liwat Anwar bukan Isu Dalaman – Polis Dunia

  1. saya tidak nampak kematangan dalam komen blogger disini…

    saya ada saudara yang sekolah dan bekerja di America, saya tak nampak mereka dikongkong dan dirantai, malahan mereka hidup mewah, di europe pula orang Malaysia yang sudah menjadi citizen disana dapat bantuan… susah nak fahamlah..

  2. coffee n tv

    maksud dirantai tu aku rasa kita bakal jadi pak turut laaa ape amerika nk buat kat kita…kita angguk je…
    mmg laa cousin ko idop senang kat sana….dah sana amerika sendiri…takkan idop susah di tanah jajahan sendiri……kat europe dapat bantuan ok laa tu..alhamdulillah….negara2 europe mostly semua kaya….kite ni yang dulu bagi subsidi minyak kat rakyat asing pun dah bising ape cerita…..
    kalau ko rasa amerika ngan europe best nk tiggal boleh laa pindah….sedara ko duduk kat amerika takde dikongkong laa sebab sememangnya duduk di bawah ketiak amerika…
    skang ni amerika dok sibuk cari partner kat asean…filipina kontrak depa dh nk abis..spore kecik sangat..siam memang tak bole..ape tah lagi indon….skang ni teman baik amerika kat asean ni anwar je…
    tgk laa jadi pengerusi future foundation…utk apa yayasan ni….utk pupuk kebebasan dan demokrasi…negara mana sasaran foundation ni…qatar, jordan, bahrain, kuwait, arab saudi dan beberapa negara timur tengah…..sapa fund yayasanni…amerika!!..
    kenapa nak promote freedom dan democracy di negara bermonarkikan raja ISLAM….ni tujuan nak runtuhkan empayar islam ditimur tengah…
    kalau betul nk promo democracy…pegi laa korea utara ker,,,,china ke….atau paling mudah myanmar….kenapa target negara islam je…

  3. mok

    Negara Eropah kaya.. memang la, deorang dah jajah banyak negara termasuk Tanah Melayu ratusan tahun lamanya. Bukan jajah sahaja.. habis hasil-mahsul di rampok ke negara mereka. Getah, bijih timah, rempah, malahan minyak sebelum wujud Petronas. Sekarang ini penjajahan bentuk baru pula.. neo-kolonialisme, lebih kepada penjajahan minda. Apabila ada orang kita yang mengagung-agungkan mereka..(ptuii!), maka terantailah sudah akan dia. Bercakap bahasa ibunda melayu.. tapi pemikiran berkiblatkan Amerika..Eropah..Amerika..Eropah..
    Amerika kaya.. Eropah boleh..
    piiirah..Boleh Belahhh.
    Kalau takde UMNO berjuang menuntut kemerdekaan, berjuang meruntuhkan Malayan Union, memperkenalkan DEB.. hari ini melayu dah jadi Red Indian, macam orang Amerika buat kat pribumi negara mereka sendiri. Ingatla.. orang Amerika tu asalnya British yang jajah kita dulu. Ingatlah.. orang Australia tu pun asalnya orang British yang memperbodohkan tok nenek kita dulu(penduduk asal Australia pun senasib Red Indian). Jadi jagan la dipuja-puja sangat mereka tu di sini.. menaikkan darah orang yang ada semangat patriotisme sahaja. Sabar ajer la…..

  4. kamikaze

    marilah kita membuat kenduri kesyukuran di atas campur tgn uncle sam ke atas m’sia…& apa kata kita tangkap “betina” tu & bg pungkoq kat anwar, aku percaya best pasal betina tu pun blm kawin..tentu ketat blkg dpn…

  5. AbangTuah

    Salam…

    Maaf menyampok…Kawan juga pernah postkan…Yuk-Jud dan Mak-jud berserta Dajjal telah begitu hampir…lama sebelum kes Anuar ni.

    Tembok besi aulia Allah Iskandar Dzulkarnain telah retak…

  6. Apai Ngelai

    Salam rakan Umno dan para Bloggers semua,

    Saya ingin menulis sedikit berkenaan perkara di atas berdasarkan PEMAHAMAN dan PENGETAHUAN saya. Sila perbetulkan saya sekiranya terdapat mana-mana fakta yang tidak benar ataupun kurang tepat semoga ia menjadi teladan kepada kita semua, InsyaAllah.

    Pada asalnya saya turut bersimpati di atas musibah yang telah menimpa DSAI dan keluarganya. Mungkin benar beliau teraniaya, mungkin juga tidak. Apapun sebagai seorang Islam dan sebagai seorang Pemimpin, adalah DILARANG dalam agama kita perbuatan mengadu domba dan meminta-minta kepada sesuatu selain dari Allah. Apatah lagi kepada kaum kafir Harbi yang terkenal dengan kejahatannya yang telah membunuh begitu ramai saudara seagama kita di Iraq dan Afganistan dengan senjata mereka hingga lah ke sekarang ini.

    Secara peribadi, saya ingin menyatakan tindakan beliau mengheret isu penahanannya kepada perhatian pihak asing terutamanya Amerika adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang ingin menjadi bakal menjadi PM masa depan biarpun dalam keadaan darurat. Tidakkah beliau percaya dan redha pada Qada dan Qadar? Seharusnya kita bersyukur pada Allah S.W.T mungkin ini adalah satu bentuk ujianNya ke atas diri kita mahupun sebagai
    Kifarah kepada dosa-dosa lampau yang jadikan bayaran tunai semasa kita masih hidup di dunia lagi, wallahualam. Sedangkan dengan jari yang terlukapun boleh menjadi sebab untuk Allah mengampuni dosa kita, apatah lagi dengan penganiayaan orang jika benar kita tidak bersalah.
    Apakah yang kita tidak lagi percaya bahawasanya Allah akan memperhitungkan segala kesenangan dan penderitaan kita satu persatu di akhirat kelak?

    Terbaru, Setiausaha Negara Amerika (Dr Condoleeza) Rice menolak pendirian tegas Malaysia bahawa kes Anwar adalah isu dalaman negara ini. Amerika dengan bongkaknya menyatakan bahawa mereka akan memastikan perbicaraan DSAI melalui prosedur yang adil
    dan saksama atas tiket ‘hak asasi manusia’. Apakah kita selama ini mengamalkan undang-undang rimba dalam sistem penghakiman negara
    ataukah mereka? Apa hak Amerika untuk mencampuri urusan hal-ehwal Negara orang lain?

    Dengan pengiktirafan sendiri sebagai Polis Dunia dan melalui kes ini mudahlah bagi mereka mencipta satu alasan untuk menyusup masuk ke dalam arus pemerintahan Negara.
    Kita seharusnya sedar akan bahayanya gelombang campurtangan asing sekiranya mereka berjaya mempengaruhi keputusan penghakiman Negara terhadap kes ini dan kita harus ingat mereka ini sangat pakar dan terlalu bagus dalam pencaturan permainan yang sebegini kotor.

    Apakah ini satu tindakan rasional bagi seorang yang bergelar bakal PM kita? Dengan merestui negara asing untuk campurtangan, tidak mustahil Ia akan menjadi satu titik permulaan terhadap bentuk penjajahan kuasa alaf baru yang mampu menghapuskan keistimewaan kita sebagai penduduk asal, Ketuanan Melayu beserta kuasa raja-raja sekaligus sedangkan inilah yang kita pertahankan selama ini.

    Akan bermulalah satu era baru kepada penghidupan yang mana kerajaan sudah tidak lagi berkuasa dalam memutuskan apa jua pun keputusan baik dari segi ekonomi mahupun
    perundangan tanpa merujuk kepada rejim
    penjajah ini terlebih dahulu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh DAP dan Singapura selama ini untuk menangguk air yang keruh tanpa perlu
    berbuat apa-apa, cuma perlu tunggu dan lihat. DSAI seumpama kunci keramat kepada cita-cita mereka ini. Dialah yang akan membuka satu satunya pintu pagar dari sebelah belakang untuk memberi laluan tentera musuh menyusup masuk
    dalam keadaan ‘gelap’ dan ‘senyap’.

    Jika benar ramalan ini berlaku, kita mengandaikan bahawa DSAI akan berkuasa secara mutlak dan menentukan siapakah kawan dan siapakah lawan. Persoalannya, mampukah beliau menafikan hak DAP pula dalam cita-citanya untuk mengubah beberapa dasar Negara? Begitu juga dengan permintaan Amerika. Yang pastinya kita akan terpaksa membayar peranan mereka pada
    harga yang cukup tinggi. Kenapa? Kerana mereka telah menyelamatkan Perdana Menteri kita daripada tuduhan meliwat. Akan mampukah DSAI menentang mereka sehabis-habisan mahupun selembut-lembutnya dalam mempertahankan kedaulatan Negara?

    Benarkah pula wujudnya hubungan DSAI dengan Paul Wolfowitz yang dikatakan erat itu? – seorang ‘penjenayah perang’ yang memainkan peranan yang cukup besar ke atas pencerobohan dan penguasaan ke atas Iraq pada 2003.
    Beliau dikatakan begitu mengalu-alukan Wolfowitz sebagai calon Presiden Bank Dunia (kawan IMF) dalam temuramahnya di Hong Kong
    pada 18hb Mac lalu. Malah memuji Wolfowitz yang dikatakannya begitu perihatin terhadap isu kemiskinan dunia, soal maruah, taraf kehidupan yang lebih selesa dan soal kesihatan. Mungkin itulah yang pada pandangannya akan kemurnian Wolfowitz ini terhadap kesengsaraan rakyat Iraq. Sedangkan bekas pengarah ekonomi badan dunia yang paling berpengaruh ketika itu – Laureate Joseph Stiglitz, beserta beberapa wakil dari kerajaan Eropah mempersoalkan perlantikan serigala tersebut dalam peranannya sebagai pengarah Bank Dunia.

    Apa perlunya DSAI menyatakan sesuatu yang berlawanan dengan pihak yang lain yang lebih mengenali Wolfowitz jika ianya bukan demi
    kepentingan sendiri? Tidakkah dia mengetahui apa yang telah dilakukan oleh penjenayah Amerika itu? Atau sudah lupakah dia?

    Kita tidak perlu melihat contoh yang lebih jauh untuk memilih kepada siapa kita hendak meletakkan amanah dalam memelihara
    kedaulatan Negara yang kita kasihi ini. Tidakkah cukup lagi tindakan terang-terangan DSAI membawa masuk campur tangan asing dalam
    urusan penghakiman dan pemerintahan Negara? Bagaimana pula jika beliau satu hari nanti menjadi PM kita tetapi tidak menyedari telah menjadi ‘BONEKA’ dalam pemerintahan kerajaan sendiri sedikit demi sedikit oleh orang asing? Contoh yang paling hampir adalah Afganistan dan Iraq – dua sudah cukup. INILAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN JUTAAN RAKYAT MALAYSIA BAKAL ‘DIKONGKONG’ DAN DIRANTAI OLEH PIHAK AMERIKA KELAK.

    Harapnya yang berkenaan faham melainkan
    beliau adalah seorang yang tetap buta hatinya
    pada kemakmuran negara ataupun mungkin beliau adalah seorang yang tidak pernah tahu erti nilai kedaulatan Negara ataupun tiadanya sifat hati yang tahu bersyukur. Adakah kita ini hampir mempunyai sifat-sifat ini? Nau’zubillah.

    Bagaimana jika satu parti bukan islam tiba-tiba menuntut hak-hak apa yang diperjuangkan mereka dalam keadaan beliau sendiri menyedari akan kedudukan partinya yang sudah tidak bermaya?

    Ini tidak mustahil, puak-puak ini akan berbuat apa sahaja mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka sendiri tanpa mengambil kira orang lain. Contoh yang nyata sudah ditunjukkan di Puchong dan Sepang. Begitu juga dengan isu 999.
    Lihat sahaja halnya dengan isu penggantian Papan Tunjuk Arah dalam Bahasa Ibunda mereka di Pulau Pinang. Begitu ramaikah pelancong dari China yang melawat Pulau Pinang sahaja sehinggakan semua tanda terpaksa ditukarkan mengikut kesesuaian mereka? Mahukah kita keadaan seperti ini juga berlaku di Selangor?

    Ini baru saja bakat permulaan, belum lagi taring yang sebenar. Yang pasti, mereka akan menguis peranan kita dari pentadbiran Negara secara perlahan-lahan tanpa kita sedari. Mampukah DSAI mengawal semua tuntutan mereka? Dalam keadaan begini, jika kita tidak mempunyai satu parti perikatan yang kuat segala ikatan yang disimpul rapi sejak 16,sept 1963 akan terurai dan terpisah.

    Janganlah disia-siakan perjuangan orang-orang terdahulu yang mana mereka telah berkorban nyawa dan kepentingan mereka sendiri semata-mata untuk melihat anak cucu mereka bebas dan bermaruah sehinggalah ke sekarang ini. Tidakkah kita menyayangi anak-anak dan cucu dan menginginkan mereka juga menikmati apa yang kita rasa? Lihatlah sedalam-dalamnya ke dalam anak mata mereka. Bagaimanakah bayangan raut wajah dan debaran jantung mereka ketika menghadapi kesukaran dalam hidup yang akan datang?

    Semuanya bermula dari tangan kita sendiri. Kasihanilah mereka, kasihanilah anak cucu kita, kasihanilah akan nasib mereka kelak. Janganlah kita mempertaruhkan masa depan mereka hanya kerana kita marah pada sesuatu yang kita tidak pasti sekarang tanpa berfikir panjang akan akibatnya kelak. Pilihlah kerajaan yang benar-benar ikhlas dalam mempertahankan apa yang kita miliki sekarang. Mudah-mudahan kita dapat berfikir dengan baik. Wassalam.

  7. International Coffee Boy

    I understand the general skepticism that has greeted Mohd Saiful Bukhari bin Azlan’s police report accusing Dato’ Seri Anwar Ibrahim of allegedly buggering him. Many Malaysians have said, “Not again…” or “Can’t they come up with something better?” Whatever your take on this may be, I think its best that everyone allows due process to take place and since the level of cynicism is extremely pronounced, there should be some sort of independent verification for possible key evidence e.g. a foreign forensic expert going through whatever tests that need to be done to prove or disprove that the said buggery took place.

    But the one thing that I could never figure out is this: When Saiful made his police report, he was identified as a special assistant to Dato’ Seri Anwar. Special assistant means someone with exclusive contact with their employer, someone who has personal dealings with their principal. But shortly after the report was made, Keadilan apparatchiks went on the offensive saying that Saiful was a mere volunteer at the party HQ – a very small, insignificant cog in the giant wheel that is Keadilan and Friends. He was described by Anwaristas as an assistant to an assistant and more specifically as a “coffee boy.” In fact, Dato’ Seri Anwar himself said that Saiful was “not a permanent member of the staff” and only earned a part-time allowance.

    So they established clearly that Saiful was a nobody and implied that he would not have had much significant, personal contact with Dato’ Seri Anwar. A volunteer coffee boy that dropped out of university. No more, no less.

    But here’s the problem. Dato’ Seri Anwar also admitted that he has taken Saiful along during his foreign trips. Now, why in the world would you take your volunteer coffee boy on an overseas visit? If he was a nobody, just as Dato’ Seri Anwar and his lackeys painted him out to be, why would he be part of a coveted overseas entourage?

    The only explanation I can think of is that his coffee must be damn, bloody good.

    Sila layari http://www.rembau.net.my/

  8. abang

    p*** *** rais yatim..mabuk kuasa.

  9. brojing

    why you never figure out saiful met DPM before met police? why so easy for him to see DPM? why DPM and not police? you may have your own answer to counter attack this but it is all being rasionalized in your mind and from your heart.

  10. why you never figure out saiful met DPM before met police? why so easy for him to see DPM? why DPM and not police? you may have your own answer to counter attack this but it is all being rasionalized in your mind and NOT from your heart.

  11. Salam pada semua penyokong-penyokong Negara Barat!.

    Kali ini Mamak sengaja nak boringkan pihak pembaca dengan kisah penjajahan yang mula-mula berlaku pada Bangsa Melayu di Melaka untuk renugan dan juga ikhtibar pada orang Melayu yang sayang sangat dengan orang barat dasar penjajah pada kebelakangan ini.

    Negeri Melaka silam adalah sebuah negara yang diperintah oleh sultan yang beragama Islam yang tersohor di Asia.Adalah dikatakan pemerintahannya mengikut Islam dan hukum hudud seperti PAS ingin sangat itu.Dunia perniagaannya meliputi semua negara di benua Asia seperti Negara Arab,Persia,China,India,Jepun,Indonesia,ceylon,Benggal dan lain-lain.Ia menjadi pusat pengumpul rempah ratus dari seluruh negara Asia seperti cengkih,kayu manis,lada,Halia,Jintan dan buah pahla.Portugis selepas hadir ke India memamg bercita-cita menakluk Melaka.Rombongan yang dihantar pada 1509 telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Baginda Sultan Melaka yang tahu hasrat Bangsa Penjajah ini.Pada tahun 1511 Alfonso de Alburquerque telah belayar dari India dengan angkatan 1,200 orang.Ia itu 1,000 orang portugis dan juga 200 orang India.Penjajah ini sampai di Melaka pada June 1511.Dia menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dibebaskan.Sultan Melaka yang pada masa itu mempunyai kekuatan angkatan tentera yang kuat seramai 20,000 orang dan 200 meriam tidak menghendahkan permintaan penjajah ini.Pada senja 25 July 1511 Pihak Portugis melancarkan serangan pertama untuk menawan Jambatan yang merintangi sg.Melaka.Serangan pertama mereka berjaya menakluki jambatan tersebut tetapi tentera Sultan berjaya mematahkan serangan pada awal malam hari itu.Pihak penjajah terpaksa undur kembali.Pada 10 Ogos 1511 Potugis memulakan serangan kedua,kali ini dibantu oleh Tongkang-tongkang tpedagang Cina yang beralbuh di pelabuhan Melaka yang datang untuk urusan perdagangan di Melaka.Pihak Portugis telah menawan Melaka dan Sultan Melaka berundur ke negeri Johor untuk menawan kembali Melaka dari sana.Semua harta orang melayu Melaka dirampas dan harta penghianat bangsa yang bantu penjajah untuk menawan tidak diusik oleh penjajah ini.

    Segala harta rampasan orang melayu Melaka telah dipunggah ke kapal “Flor Do Mav”untuk membawa ke negara asalnya.Kapal yang dilaknat itu telah karam dengan harta rampasan sekali dalam perjalanan ke Goa, India.Sultan Melaka yang hilang takhta pernah juga lancarkan serangan pada tahun 1517,1520,1521 dan 1525 dari Negeri Johor tetapi gagal.

    Usaha pertama Alburquerque di Melaka ialah mengembangkan agama kristian pada penduduk Melayu Melaka.Gereja petama di Tanah Melayu telah didirikan ‘Nossq Senhora dan assmpcao’pada tahun 1521.Pada 4hb.Februari 1558 ‘ Nossa Senhora da Assumpcao’ telah dibina dan dijadikan Gereja Besar.Untuk memperkuatkan lagi dakwah kristian ini Paderi besar Fransisco Xavier telah dipanggil untuk membuka Melaka sebagai pusat kritian Asia.Pada tahun 1613 dianggarkan seramai 7,400 orang tempatan iaitu orang melayu telah dikristiankan.Terdapat 8 buah gereja bergiat aktif di Melaka pada masa itu.Portugis telah memerintah Melaka dari 24 Ogos 1511 huingga 14 Januari 1641,iaitu selama 130 tahun denganpenempatan hanya sebuah garison yang mempunyai 500 orang.

    Pada tahun 1641 Belanda menakluk Melaka dengan bantuan Sultan ohor yang menyediakan 1,500 askar dan 80 buah kapal.Belanda memerintah selama 183 tahun tanah orang Melayu.

    Pada tahun 1824 Penjajah belanda telah menyerahkan Melaka pada British.Penjajah British memerintah Melaka selama 133 tahun lagi.

    Negeri Melaka atau orang melayu telah berada dalam penjajahan selama 446 tahun!.kenapa?.Selama 400 tahun otak kita telah disemai oleh penjajah!.Kita masih mengagong-agongkan Bangsa penjajah walaupun dah merdeka 50 tahun!.Masih lagi amat bergantung pada bekas penjajah dan keturunan mereka.Mana perginya sifat malu kita.Kerana gilakan kuasa sanggup jilat kembali ludah yang diludahi?.Tak malukah saudara-saudara yang bersengkol dengan bangsa penjajah yang ketawakan dan hinakan bangsa Melayu dulu?.Mana perginya maruah kamu Dulani blood?.Di mana intergerati kamu sebagai orang Melayu yang merdeka?.Adakah kamu sanggup jual dan lacurkan negara merdeka ini yang dianggap sebagai ibu kamu?.Insaf wahai orang Melayu…kalau negara dah hancur apalah gunanya agama dan Parti politik kamu?.Janganlah gadaikan maruah negara semata-mata nak memenuhi nafsu kamu nak memerintah?.Tolaklah pemimpin yang ingin mengadaikan maruah negara ini!.Dia adalah bukan pembebas bangsa tetapi penghancur bangsa Malaysia!.Patrotisma Negara bukanlah tergantung pada Kamu Melayu,Cina atau India.Negara ini kepunyaan bersama tidak hebat dari yang lain cuma yang mengabdikan diri dan mengorbankan diri untuk negara itu lebih mulia dari apa jua asal usul keturunan kamu.Sepatutnya orang Melayu yang digelar Tuan Tanah ini lebih bersikap patrotisma dari yang lain sebagai ‘Pimpinan sebagai Tauladan’.Buanglah sikap ‘Bakar kelambu’ ini.Patah balek ke pangkal jalan wahai DSAI.Berjuanglah demi bangsa dan negara!.Walau pun kegagalan itu sukar diterima tetapi generasi akan datang catatkan perjuangan kamu kalau luhur dalam sejarah Tanah air ini.Wahai pejuang Bansa Umno jangan biarkan setitik nila merosakan susu sebelanga!.Hapuskan lalang jangan sembur racun kerana ia tumbuh lebih hebat dan memcucuk mata sendiri;buanglah akarnya supaya ia tak akan tumbuh lagi.Berhentikan sandiwara melagakan orang dan jangan peluk tubuh dan jadi penonton.Sebagai pemimpin perlu tegas,Jangan takutkan sultan tapi takutkan syaitan wahai pejuang UMNO sekelian.Wassalam.

  12. AbangTuah

    Salam Mamak Haji…

    Terima kasih diatas usaha menjelmakan semula fakta sejarah yang telah kian dilupai itu…kawan seronok membacanya buat menambah ilmu didada.

    Lagi satu Mamak Haji…itu lalang dalam UMNO kasi tebas lambat…kasi taruh racun rumpai terus kasi kering.. bakar sama dia..keh..keh..keh.

    Well..kawan seronok betul sekiranya dapat makan nasi kandar free di restoran Mamak Haji di dunia nyata..

    Wasallam…

  13. mok

    Tun Perak, Tun Tuah, Datuk Bahaman, Sepuntum, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Sagor, Tun Fatimah, Mat Salleh, Rentap, Penghulu Naning, Raja Chulan, Datuk Onn, Datuk Undang Rembau, Ibrahim Yaakub, Pak Sako, Ahmad Boestamam, Pendita Za’aba, Datuk Panglima Bukit Gantang…..
    mengutuk sekeras-kerasnya pendirian Dulani’s Blood yang memuja-muja bangsa PENJAJAH.

  14. kepada semua pembaca

    perjuangan tidak terhad kepada satu jalan sahaja, apa gunanya jika kita menghambakan diri dengan mendayung kapal yang diketuai oleh golongan yang tidak cekap dan berani mengharungi lautan api untuk menuju matlamat sebenar? sanggup menghukum anak2 kapal tidak bersalah yang berwibawa dan yang benar2 berjuang untuk rakyat kerana tidak mahu melepaskan kesoronokkan penyalahgunaan kuasa?

    rakyat sedang bertarung dengan lautan api, pemimpinya pula seakan-akan seronok melihat pertarungan rakyat ini, bahkan menghukum anak2 kapal yang bertauliah…

    adakah saudara tahu juragan2 kita ini tidak inginpun cuba merasai peritnya pertarungan rakyat ini?

    untuk menuju matlamat globalisasi pemimpin perlu banyak rakan luar negara tidak kira barat, timur, selatan, dsb. mengapa kita takut dengan negara2 besar? mengapa sempitkan fikiran dan fobia dengan perkataan ‘jajah’? apa sebab thailand tidak pernah dijajah… sebab mereka amalkan fikiran terbuka.

    kita, jika tidak buka minda asyik anti sinisana, sebenarnya akan merisikokan negara kita dijajah kembali.

    DSAI tidak sebodoh untuk menggadaikan negara dan maruah ini kepada asing… tapi ironinya pendatang asing sedang berleluasa saat ini.. maaf Pakcik Mamak Pinang, kita bukan mengagungkan bangsa barat tapi kita cuba mengagungkan pengaruh kita kepada barat. sampai bila kita elakkan diri dengan orang lain, orang melayu tidak akan kemana selagi kita tidak ubah pendirian ini.. kita sudah berjaya dalam banyak bidang, cuma satu belum tercapai iaitu pengaruh kita kepada dunia.. dengan cara apa? menyempitkan fikiran? jawab sendiri shja lah.

  15. ikanmas

    Ass’kum Dulani’s Blood…

    Ikanmas kalau cari suami tak gemar mereka yg mgagung-ngagungkan bangsa barat…biar bruk asal mlayu…

    Bye….

  16. wahai ikanmas

    hati2 ngan kata2 tu sbab PM kita sebelahnya orang melayu ke?

  17. ikanmas

    Ass’kum..

    Wahai dulani’s

    Aikk..ape punye matele..dia orang oriental bukan westerner le..itule klau otak westerner ape PM buat sume tk kena..

    hik..hik..hik..Bye..

  18. AbangTuah

    Salam..

    Wah ikanmas hebat tu..AbangTuah really tabik spring…berani berdepan dengan Westerner segagah Dulani’s terkedu-kedu dibuatnya..keh..keh..keh

  19. penyapoo

    ikan mas ko sanggup nak kawin dengan bruk?!!!
    ini musti kes tepengaruh dengan iklan celcom nie
    hihihihi 😀

  20. inilah bezanya orang yang berpegang pada agama dan yang berpegang pada bangsa..

    ada tak dalam quran menyatakan melayu dan barat tidak boleh berdamai? inilah bljor tinggi2 hingga lupa akan aqidah.. setakat membenci kepada sesorang pun dah out dlam agama apa tak lagi membenci serumpun negara… mana peginya akhlak kita… kemana arah hidup kita.. ingat dengan membenci orang puteh kita dapat lesen masuk syurga ke? atau dah tak boleh kawal dah pujukkan iblis untuk memisahkan kita daripada kehendak ilahi..

    yang abang2, pakcik2 pon dah hayal dengan kegairahan ‘kick’ benci-membenci ni.. ini sebenarnya macam dadah didatangkan oleh iblis melalui kata-kata dan kesoronokkannya…

    ‘perdamaian mesti datang dari hati dan bukanya yang dirasionalisasikan dalam fikiran’

    takpelah.. kamu komenla sepuas2 hati supaya tido lena malam nanti.. hehehe.. maaflah jika ada yang rasa disakiti…

  21. anti balun belakang

    apala punya Dulani’s Blood… Kau tu buta sejarah ker…. Bukan kata benci kat barat… tp Islam sendiri menyuruh kita berhati2 dgn musuh islam…. Kau ni x nmpak ker sampai skarang mana ada barat tu menyebelahi Islam… Presiden dia dari dulu sampai skarang dikuasai Israel… Blajar x sejarah… Negara mana yang benarkan campur tangan Amerika dapat hidup senang.??? Iraq?? Afganistan?? Pakistan?? Iran?? Kalau nak mintak tolong pun mintala sesama islam… Perasaan curiga kat org kafir tu tetap kena ada…. jangan lah kamu melebih kan org kafir itu lebih dari saudara kamu sendiri…. Ada hati nak pengaruhi barat??? Yang aku nampak skarang DSAI tu yang terpengaruh dgn barat adalah….

  22. paklah

    ikanmas,

    jom kawen ngan aku.aku melayu.nt boleh main pungkok hang..hihihi

  23. ikanmas

    Ass’kum..

    Penyapoo dan pklah..awak tak malu ke ngaku melayu..mentang2 saya prempuan senang aje nk buli…kata-kata awak sgguh kesat…saya tak prnah kluar kata-kata gitu.

    Penyapoo..padanlah nama penyapoo..agaknya rupapun macam Mop tua…

    Pklah dan penyapoo…aku tak higinnla…semua rakan siswi gelak lihat gelagat awak hi..hi.hi

  24. Palohotox

    Kepada penyokong2 setia UMNO..

    Kawan banyak baca korang punya komen dalam blog ni..
    Ada yang atas pagar,ada yang rasional boleh pakai, ada yang copy n paste sejarah melayu nak menyokong hujah, ada yang bagi ‘nasi tambah’ tapi lauk takdak..mcm2 lah

    Bagi yang hardcore.. berkobar2 plak cuba pertahankan benang yang bukan je dah basah malah dah nak putus dah. Sebab taksub sgt dengan parti, salah betul dah tak pikir lagi, cari jer hujah janji boleh declare diri sendiri menang dalam debat maya ni..

    Kawan masih ingat penyokong2 hardcore ni gila2 dok kutuk PAS dan penyokong2 dia dalam satu thread.. ada kata PAS tu munafik laa, lebai kolot la, tapi bila timbul isu Muzakarah/Muqabalah dengan PAS.. aikk tiba2 lembut lidah dari gigi macam nak menjilat ludah yang dah tercalit kat taik lembu.. Konon2 untuk survival melayu, buang yang keruh ambik yang jernih.. Dah keruh balik lepas ni ludah balik kot..

    Ini semua takde sebab lain kalau tak terdesak nak dapatkan sokongan. Kalau betul2 nak padukan orang melayu/islam, takyah ajak PAS jer, ramai lagi kaum2 dalam PKR tu termasuk DSAI sendiri. Takkan tak sayang kat saudara melayu islam sendiri.

    Kawan buat kesimpulan, hardcore2 kat sini mmg tak sekuat mana pun pendirian mereka.. bab2 berhujah boleh tabikk la, tapi pembaca2 yang bijaksana dah boleh pikir sendiri mana yang patut terima.

    Nasihat kawan, kalau dengar satu2 berita, jangan dengar satu pihak jer,jangan baca satu paper jer, sahihkan apa yang di kata, banyakkan membaca, mencari yang benar itu dituntut supaya tak tersalah sebar .. silap2 jadi fitnah .. dosa besarr.

    Sekali sekala tu senang2 kan lah diri pi melawat kat blog ‘sebelah’ , macam kawan tak segan silu lewat ke sini.. Moga2 berkembanglah minda tu sikit.
    Wassalam

  25. AbangTuah

    Salam semua..

    Kah..kah..kah..weblog ni semakin hangat…semakin interaktif…..ada yang gaduh, ada yang baik, ada yang nakal, ada penasihat, ada pembuli siber, ada lebai, ada nationalis, ada westerner, ada perempuan, apa yang profestional, ada yang amatur, ada jembalang siber ada pro/kontra dan macam-macam lagi.

    Itulah yang dinamakan drama penghidupan…serius, marah, suka, sedih, gembira…itulah kelebihan weblog ni..itulah daya penariknya…itulah yang suka dibaca oleh semua…natural…tidak monotonous.

    Penyapoo dan pklah dengan ikanmas pun ko orang kena paku..keh..keh..keh

    Palohotak tajam juga pemerhatian awak ya…dan respek juga dengan ulasan tu…

    Wassalam…

  26. ashi

    i kind of agree with palohotox’s writing..

    saya juga visit both blogs. kita kena amik tau both side.pastu nanti gelak la sorang2..yg ni dok ngata yg di sana.yg disana dok mengata yg disini.. padahal majoritinya kita ni sebangsa n seagama..boleh pulak kutuk mengutuk.tu yg rasa ‘gelihati’ tuh..

    tp berbaloi cause at least u will get different perspective on same issue..ye lah..kita pn bukan nya pandai sgt…ckp je berjela2..tp.. xde ape pn jd..hai…

    2×5=10
    5×2=10
    sama pandai sama bodoh
    sama lawa sama hodoh!!
    (kwek kwek kwek kwek kwek!!!)

  27. AbangTuah

    Salam palohotox..hmm tukarlah nama bagi sedap sikit….

    Hmm..hmm…pendapat saudara ada yang kawan setuju..ada yang tak…Untuk pengetahuan awak kami dan sahabat semua bukannya telalu finatik atau ‘hardcore’ sangat dalam memperjuangkan parti atau idelogi.

    Kawan rasa finatik lagi puak-puak pembangkang dalam perjuangan mereka sehingga ada yang sanggup membuat perbagai tuduhan terhadap pemerintah sehingga jenayah yang dilakukan oleh rakyat pun semua kesalahannya terletak pada kerajaan….pening kawan…dah confuse…

    Habis jika begitu..baru kemarin kawan dengar ada pertandingan ratu cantik Mak Nyah di Bachok Kelantan tu kawan tak pernah tuduh pula Kerajaan Negeri Kelantan yang bersalah..kerana kawan tahu..bukan senang hendak mengawal semua tindak-tanduk perlakuan jenayah dan maksiat didalam negeri atau negara yang berjuta rakyatnya.

    Saudara..kami ni bukan macam katak dibawah tempurung…hanya hidup dibawah penguasaan kerajaan sahaja…ampu kerajaan…bodek kerajaan…..bukan begitu…bukan kami tak layari semua website pembangkang…termasuk website DAP, PAS, Adil, Sang Kalembek, RKP dan banyak lagi…semua kami pergi dan kaji…

    Banyak yang telah kami baca…tapi…yang banyak kami jumpa adalah tuduhan, tomahan, kepalsuan yang sengaja diada-adakah..tanpa bukti nyata…tanpa bukti yang sah dan tanpa bukti kukuh…hanya seronok menulis..hanya seronok menuduh…hanya seronok membuat tomahan…bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan..integriti kerajaan…kredibiliti kerajaan..mashallah..tak sangka betul kami bahawa mereka yang mengaku Islam sanggup berperangai sedemikian rupa…sehingga sanggup mengenepikan dosa hanya demi finatiknya terhadap idelogi.

    Kawan kecewa…amat kecewa apabila melihatkan kerajaan yang telah sekian lama menabur bakti…membuat jasa…membela rakyat…membela bangsa…membela agama….sehingga melayu menjadi segagah-gagahnya bangsa melayu…sehebat-hebatnya bangsa melayu…tiba-tiba dituduh ditomah, difitnah, diasak sedemikian rupa…kesian…kesian kawan pada yang telah berjasa…yang telah berusaha…yang telah berkhidmat…yang telah berkorban…yang telah terkorban demi mahu melihat melayu…demi mahu melihat islam…demi mahu melihat malaysia…berjaya…terkemuka…bermartabat…dihormati…disegani…dimata bangsa asing dimata dunia..kawan terasa betapa kecewa..betapa pedih…betapa hampa…mereka-mereka yang telah bersungguh-sungguh seikhlas-ikhlasnya berjuang…kesian…

    Ya, kawan tak pula kawan menafikan terdapat juga segelintir didalam pemerintahan yang membuat onar…membuat kerosakan..membuat kejahatan…tetapi…membenteras..memperbaiki bukan caranya dengan membunuh terus…melontar terus..menghumban terus kerajaan yang ada. Perbaikilah ia…cantaslah…tebaslah…buanglah sahaja yang busuk itu…yang rosak itu…yang dimakan dek ulat tu…dan biarkan yang elok…yang baik…yang segar terus hidup..terus berjasa…terus berguna.

    Kawan tengok di hospital-hospital dan famasi kerajaan, orang kampung yang susah..mendapatkan rawatan..mengambil ubat..kadang-kadang kawan lihat bukan sedikit perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk sesaorang pesakit..mungkin hingga ratusan ringgit dan ribuan ringgit…dan subsidi ubat-ubatan tu 1 billion setiap tahun. Ya sesetengah mereka berkata, itu telah menjadi tanggungjawab kerajaan…tetapi pernah tak mereka lihat ada kerajaan didunia ini yang tidak langsung atau kurang menjaga kebajikan rakyatnya…ada yang melaksanakan kerahan tenaga secara paksa…ada yang mengenakan cukai pendapatan terlalu tinggi…ada rakyat yang terpaksa membeli insuran perubatan….ramai lagi yang lebih susah..menderita dari Malaysia ini…malah melalui pengalaman kawan dan sahabat-sahabat yang dah beberapa kali berkunjung keluar negara…mengerti..faham…bahawa rakyat malaysia ni jatuh dalam kategori senang…mewah…sehingga menjadi terlalu boros…dan mungkin terlalu malas…

    Banyak yang telah diadakan oleh kerajaan terhadap rakyat…banyak yang kerajaan telah subsidikan demi menjaga kebajikan rakyat…tetapi kenapakah masih berusaha menumbangkan..menolak secara terus kerajaan yang telah berusaha seadilnya…berusaha menjaga kebajikan…dan telah berusaha menyempurnakan kewajipannya…heran kawan…peliknya manusia ni…

    Tapi yang kawan sedih..yang kawan hiba…menangis kawan….bila mereka lupa pada jasa kerajaan….dahlah terima kaseh pun lupa nak ucap malah ditambah dengan tomahan…tetap kerajaan tu zalim..tetap kerajaan tu telan wang rakyat..tetap kerajaan tu tak menjaga kebajikan…sedih…sedih..kawan sedih…didalam hati kawan berkata dah butakah mata hati manusia sekarang ni…mengapakah jadi begini…

    Kawan kaji..kawan lihat selepas PRU 12 tempohari..sikap pihak pembangkang bertambah-tambah aggresive terhadap menentang pihak kerajaan…memang umum sedia maklum pihak pembangkang telah terasa kuat sedikit..kerajaan telah kurang kuat…

    Mereka tak henti-henti mengasak kerajaan..dan bukan kawan tak mengerti..inilah masa mereka berjuang berhabis-habisan demi menundukkan..demi menumpaskan kerajaan..demi menumbangkan kerajaan…perbagai taktik..perbagai propaganda..perbagai fitnah..perbagai tomahan..perbagai tuduhan liar yang dilempar…dilontar terhadap kerajaan….dimana-mana sahaja..baik di dalam masyarakat…baik di Parlimen…baik di tempat berkerja…baik di surau dan mesjid…

    Bukti…saksi…dosa…etika..kemanusiaan…seolah-olah sudah semacam tak penting lagi..mungkin pada fikiran pembangkang demi menjatuhkan…demi memerangi….demi menumbangkan kerajaan itu semua tak penting…tidak mengapa…nanti boleh bertaubat…minta ampun pada Tuhan..ya..seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak bertaubat..bagaimana hendak menebus kesalahan..bagaimana hendak mengelat kepada Tuhan…fasal terlalu faham..terlalu dalam dalam bidang agama..jadi hendak menyucikan dosa tu mudah sekali kan…

    Tapi mereka juga terlupa…tak mengerti…tak faham…bahawa kerajaan yang mereka nak tumbangkan itu adalah juga kerajaan yang menaungi mereka..melindungi awak..membela mereka…tunggak mereka….semua melayu dan semua islam dan semua bangsa.

    Wahai kaum bangsa melayu tidak mengertikah awak…tidak fahamkah awak….tidak terfikirkah awak bahawa sekiranya kerajaan yang awak tomahkan..awak fitnahkan..awak keji..awak nak tumbangkan ini benar-benar tumbang..benar-benar jatuh…benar-benar hancur…maka tumbang, jatuh dan hancur jugalah wahai semua melayu…wahai semua penganut agama islam…terkubur…atau setidak-tidaknya hilanglah maruah bangsa awak…hilanglah perjuangan islam awak..seumpamanya menjadi seperti bangsa-bangsa Palestin…Patani…Rohinya…Moro….Chetnya…Campa…hilang…. tiang serinya…hilang tiang penyokongnya…hilang tongaknya…hilang kedaulatannya…dimanakah letak bangsanya…dimanakah letak agamanya…

    Wahai puak melayu yang masih tak sedar…yang masih bermimpi…letak maruah bangsa tersebut diatas dan agama mereka adalah dimuncung-muncung senjata tentera musuh dan sangat menyedihkan…mereka dihumban-humban…dilanyak-lanyak…dihentak-hentak…ditembak-tembak…hancur berkecai tubuh mereka dibom dan terlalu menyayat hati lagi bila melihat kepala mereka diinjak-injak dibawah but tentera walau pun telah menjadi mayat.

    Sehingga kini kawan masih menyimpan peristiwa Ambun/Sulawesi, Takbai dan lain-lain…demi mengigatkan anak kawan…cucu kawan nanti bahawa bertapa pentingnya mempertahankan bangsa ini…agama ini dan kerajaan melayu yang kuat ini.

    Demi kesadaran inilah maka kami terjaga..kami tersedar…kami tersentak dari lamunan..dari lena…dari tidor…dari khayalan…terkejut..terkial-kial…terpinga-pinga mencari cara…mencari hala…mencari usaha…mencari senjata…bagaimana hendak berjuang membela…mempertahankan…melindungi…menjadi benteng kepada bangsa dan agama kami…itulah dia sebenar-benarnya kami..ya…sebenar-benarnya kami…Mr Moderator, AbangTuah, kuntalinte, mamak haji, Mok, sekupangdua, Yeop KK, Apai Ngelai dan lain-lainnya…..

    Telah lima bulan kami berjuang semampunya… tanpa hentinya…tanpa upah..tanpa mengerti erti penat-lelah..tanpa mengerti erti mengalah..tanpa mengerti erti letih..tanpa mengerti erti tewas….tanpa mengerti erti kecewa…berhabis-habisan…bermati-matian demi…..dengan kasarnya dengan lembutnya…ya..demi apa…demi apa semuanya usaha ini….sebenar-benarnya ialah demi bangsa kami melayu..demi agama kami Islam…demi negara kami Malaysia.

    Sekiranya kami terpanggil untuk berjuang diluar maya ini..maka begitu jugalah semangat kami wahai melayu..wahai islam…mujur lalu melintang tetap patah….tetap teguh kami teruskan perjuangan yang mulia ini bak kata perpatah zaman… ‘Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata’ …’Patah Sayap…Namun Parung, Bertongkat Paruh Kami Teruskan Jua’….inshallah.

    wasallam…

    p/s: Pendapat kawan Muqabalah antara UMNO dan PAS bukan untuk kepentingan UMNO tetapi amat penting untuk bangsa dan agama…. Penyatuan mungkin mustahil kerana keadaan masyarakat majmuk tidak mengizinkan ianya berlaku dengan lancar….tetapi berkerjasama dan berganding bahu demi bangsa dan agama adalah tidak mustahil.

  28. macam mana nak cantas, nak trim ke, nak ape2 je ke, dan sekarang nak kahwin dulu dah cerai kahwin lagi ke….. tapi tunjangnya dah nak reput… akar2nya dah puas makan baja..

    tukarje pokok yang baru.. lagipun pokok tu tumbuh kat tanah kita juga.. bakanya juga lebih baik..

    bangkit tentang jasa kerajaan kepada rakyat itu tidak relevan, sesiapa juga parti ambil alih tampuk kerajaan punya obligasi sama mengurus kerajaan… yang amat penting disini adalah parti yang megurus kerajaan itu telus atau sebaliknya…

    kesah kesian pulak, seorang nenek tua jalan ke hulu ke hilir nak cari beras, dia penat dan duduk bawah pokok, dia berkata2 seorang diri… ‘manalah saya nak cari beras yang termampu dengan duit ini’..

  29. mok

    A..kum.
    Dulani’s,
    Alangkah baiknya.. sebelum berhujah, sebelum menyokong, sebelum bergabung, sebelum mentohmah, sebelum cuba menukar, sebelum merosakkan kita tahu apa yang kita buat. Sorry to say.. awak memang tak faham sejarah.. awak hanya lihat apa yang ada di depan mata. Awak adalah anak manja.. yang gemuk gedempol diberi makan oleh bapa tua yang berpenat lelah, berhujan berpanas.Tak tahu apa yang berlaku di sebalik berpinggan-pinggan nasi dan lauk-pauk yang awak lantak, buku-buku dan yuran nak memandaikan awak. Bila dah berjaya.. jadilah seumpama kacang lupakan kulit.. seperti si Tanggang Derhaka. Itulah PERUMPAMAAN yang boleh aku buat ! Awak kata siapa perintah pun takpa ? Awak sokong DAP tapi tak kenal PAP. Awak sayangi LGE tapi tak kenal Datuk Bahaman Tok Janggut Sepuntum Mahajalela, Awak gembira dapat masuk U tapi tak tahu kouta itu dibenci DAP. Awak tahu melayu ketinggalan ekonomi tapi awak tak tahu DEB itu nak dihapuskannya. Awak jerit Merdeka tapi awak tak tahu mereka lebih selesa jika nama negara ini Malayan Union dengan konsep malaysian malaysia. Awak seronok menang di Penang, Perak & Selangor tapi awak tak tahu awak sekadar menang sorak kampung tergadai, ratusan tahun kita kehilangan rupa.. di tanah sendiri tuannya siapa ? Awak marah kalau ada melayu nak jadi kaya tapi awak tak tahu di Malaysia cha dan ha yang terkaya, kata mereka.. kamilah Tuan, kamu yang lemah adalah suruhan. Awak tuduh UMNO perasuah tapi awak tak tahu rasuah ada di dalam mana-mana parti seluruh seluruh negara, seluruh pelosok dunia tak terhad pada agama bangsa atau negara. Orang baik juga ada dalam mana-mana parti, bukan exclusive dalam parti mana-mana.

  30. penyapoo

    apalaa ang ni ikanmas, hang ni sensitip sgt almaklumlaa gadis,
    ku kanye nak hina ko, da ko yang tulis ko sanggup kawen ngan bruk, lain kali kalau nak tulis shortform pon bia btol cket
    sorry laa ikanmas, penyapoo cme bergurau jer, bergurauknan tande kemesraan

    P/s: pike punye pike, paklah pon melayu gak, aku rase muke dia agak buruk tapi lawa sikit dr beruk hihihi

  31. tansri Mok

    ketara sangat ketakutan you dengan suasana sekarang ni… relek la beb.. berhujah bangkit sejarah ni buat pe… yang penting sekarang ni kerajaan sedang buat sejarah hitam, itu tansri mok tak nampak.. tulah asyik toleh sejarah kat depan telanggar tembok barutau..

    saya ngaku bagi priority kat depan (mata) dan mana2 kesilapan depan mata perlu diperbaiki serta-merta… dan bukannya dah jadi sejarah baru nak perbaiki.. ‘crying on a spilled milk?’.. kalo tansri mok jadi penasihat, gua tak nak ikut la…

    pinggan mangkuk buku blajor pandai… kacang lupakan kulit tu ape… mok tak teliti sangat.. syarat2 rakyat undi dorang kat parlimen adalah menjaga hak asasi rakyat.. sape bagi lesen dorang mengurus kerajaan ni kalo bukan tandatangan rakyat kat kertas undi? sape isi sape kulit?

  32. Kuntakinte

    Salam, sayu teman baca tulisan abangtuah, ya lah abangtuah dalam dunia ni banyak onak2 yang perlu kita lalui, seperti contoh kalau kita pergi ke Kl pun guna lebuhraya, dalam tu banyak perkara yang kita tempuh, roadblock, kena singgah stesyen minyak, kena check kereta, kena bayar tol, silap2 jem. pastu kena berhenti untuk buang air, makan dan drive lama silap2 mengantuk kena berhenti rehat sebentar, dan bagai2 lagi, macam tulah dalam kita menempuhi hidup, bukan semuanya mudah, kerajaan pun begitu bukan semuanya disenangi oleh rakyat, manusia lah kata kan, selagi manusia banyak kelemahannya, hanya kuntakinte percaya kita dan kerajaan buat yang terbaik.

    Macam si dulani’s tu senang ke nak di jelaskan dan dia menerima, cara menulis pun kita kenal bahawa dia ni jenis yang lupa diri, lupa asal usul, tak jauh berjalan pun dan tak nampak apa yang berlaku di negara2 lain yang susah bagaimana rakyatnya hidup, itulah yang perlu kita ambil contoh, bagaimana pula dengan negara yang kaya rakyat nya hidup senang, dan itu juga kita patut contohi, kerajaan dan rakyat bersama2 membangunkan negara, bukan senang, kita hidup senang sejak turun temurun tetapi bila susah sikit kerajaan kita sodom cukup2, itu namanya kacang lupa kan kulit si dulanis oi.. biar teman jawab kan bagi pihak Mok. kita bezakan sejarah dulu dan sekarang supaya kita tak lupa diri, kalau tak ada sejarah tak ada lah sekarang, kalau tak ada tok nenek kita tak wujud pun species dulanis sekarang ini.

    Walaubagaimana pun itu lah dia hak rakyat untuk menentukan kerajaan, tetapi hak tersebut bukan mutlak, sehinggakan kita nak duduk senang lenang tak buat apa2 sebab kita memberi satu undi kepada pemerintah, pemerintah mesti buat dan bagi segala2nya kepada kita tanpa kita perlu berusaha, semua orang nak macam tu, tapi ia hanya fantasi tak akan berlaku walau dimana2 sekali pun. susah2 kita adalah manusia lain di tempat lain yang sama bentuk rupanya macam kita yang tak pernah merasapun nikmat yang kita perolihi di sini, adakah itu semua diperolihi tanpa dirancang dan di laku sebaik mungkin oleh pemerintah.

    Kadang2 kita mahu kan kerajaan buat sesuatu melebihi batas kerajaan, telus, telus bagaimana nak di teluskan, Projek, Mesyuarat projek dibuat siaran langsung dalam televisyen, biar semua rakyat lihat perjalanan Mesyuarat, baru kita kata telus, dalam guna televisyen pun kita kata media kita berat sebelah tak telus, nak putuskan sebarang dasar buat di tengah2 stadium bukit jalil di tonton oleh rakyat, itu namanya telus, karut!!! karut!!! cukup dengan sistem berkerajaan, yang membuat dasar Parlimen dan menteri, yang melaksanakan dasar, pentadbiran pegawai Kerajaan yang telah di lantik melalui sistem permohonan pekerjaan dan di temuduga dan dilantik ditempatkan dimana2 jabatan dan agensi kerajaan dan mereka2 ini melaksanakan kerja yang di pertanggungjawabkan kepada mereka, memang seramai 1 juta kakitangan kerajaan ada yang baik ada yang tak baik, itu realiti manusia, dalam ramai2 Menteri dan Ahli Parlimen ada yang baik ada yang tak baik itu realiti juga sebagai manusia, tidak lah kerana nila setitik susu sebelanga yang rosak. langkah2 pembetulan sentiasa on going dilakukan oleh pemimpin tertinggi dan ini kita kena akui, bukan mudah untuk membetulkan setiap individu didalam sistem pemtadbiran kerajaan, tetapi tak jemu dibetulkan oleh pemimpin kita,jangan ada cacat sikit yang berlaku kita semua menunding kepada Kerajaan dan UMNO, walhal kebebasan menyokong kakitangan itu sendiri juga ramai juga yang menyokong pembangkang, tidak kah boleh kerajaan memecat mereka dengan tuduhan mensabotaj usaha kerajaan, boleh!! tetapi kerajaan tidak buat begitu malah dibiarkan yang penting tugas dan tanggungjawab dilaksanakan pun sudah memadai.

    Jadi selalu juga teman tekan kan akhirnya konsep kesyukuran yang kita lafazkan di setiap doa kita itu menjadi pedoman kepada kita, agar kita menjadi manusia yang tidak terlupa kan diri kepada semasa manusia terutamanya kepada Allah S.W.T, seperti sabda Rasullulah S.W.T sesiapa yang diberi sesuatu kebaikan hendaklah mengingatinya, sesiapa yang mengingatinya nescaya dia dianggap bersyukur, sesiapa yang tidak mengenang budi yang diberi ia dianggap sebagai kufur nikmat- riwayat Al-Tabrani.

  33. Apai Ngelai

    Salam semua pengunjung bloggers, mok , abg Tuah, brokuntakinte, mamak dan Sir Dulani’s

    Istilah melayu – kalau takut rumah dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau kita cakap dan ulas semua pakai tembak, janganlah pula nanti takut kena bantai. Kita kalau cakap, senang, beb. Mudah menaip tu, tulislah tak pa bagi parti orang lain lak yang perintah fasal bukan kita yang jadi pemerintah. Itu kan kerja orang yang sanggup buat sepuluh benda baik, semuanya sempurna jangan sikit kurang kalau tak orang tenyeh lenyek – tukar kerajaan, tukar pemimpin. Samalah macam bunuh terus, takda simpan tebusan. Mana yang elok tadi tu semua kene tenyeh lenyek..terlenyek. … Iiiilllleek, Pooorah..!

    Kalau betul lah dengan menukar pemimpin, ada harapan boleh dapat semua yang kitorang NAK macam yang Dulani’s cakap tu kita tak payah lah nak fikir-fikir lagi dah – undi ajelah..! Tapi siapa yang nak ikut cakap orang yang pro-barat bulat-bulatkan? Kalau nak bentangkan jasa2 kerajaan satu buku pun tak guna, apa ayat pun yang kita cakap semuanya masuk kat bakul sampah dia. Kami faham, itulah kesannya apabila kita buat satu pintu yang boleh keluar je, jalan masuk tak dak..!

    Kalau semua benda boleh jadi elok macam kita NAK semudah menukar pokok macam yang Dulani’s kata, pembangkang tak payah sibuk-sibuk nak tunjuk baik pun. Sebab orang kalau dah benci dan tak suka kat kerajaan sekarang, jangan katakan pembangkang, silap-silap Yahudi pun orang boleh undi.

    Apa lagi kebaikan dan kemewahan yang diingini lebih dari sekarang ni? Ekonomi kita terukkah? Dasar luar Negara kita burukkah? Kepimpinan negara kita rosakkah?APA SEBENARNYA YANG DULANI’S BLOOD NAKKAN SANGAT KAT NEGARA KITA SEKARANG NI DENGAN KOMEN DAN HUJAH-HUJAH BELIAU? SILA NYATAKAN DENGAN JELAS SATU PERSATU KITA PUN NAK JUGA DENGAR….. Buktikan setiap satu kelebihan-kelebihan pembangkang jika mereka pulak yang mengambil tampok pemerintahan. Adakah seperti keadaan di Selangorkah? Atau di Perakkah? Ataupun di PPkah? Oh, semua tu untuk kebajikan melayu Islam juge lah? Tu suma kapal besi punya isi, bukan sampan kayu. Bagus punya cilok..!

    Selain itu saya tidak faham apa maksud Dulani kita bukan mengagungkan pengaruh barat tetapi cuba mengagungkan pengaruh kita kepada barat? Yang ni buat saya hampir nak ketawa.. Atau maksud beliau, kita nak Kuasa Barat terpengaruh dengan kita? Singapura yang pangkat anak angkat AS pun tidak juga diagongkan mereka. Bila masa pulak dalam sejarah, AS dan Negara Barat mengangung-agungkan akan pengaruh Negara lain? Mungkin apabila pembangkang yang mengambil alih pemerintahan, hasrat kita akan tercapai, iaitu LEBIH luas lagi teragongnya kita kepada dunia. Salah satu daripada usaha awal pembangkang adalah projek MEGA B**I terbesar yang akan membuatkan Malaysia ini terkenal dan dapat meluaskan pengaruhnya kepada Negara bukan islam yang lain.
    Dulani’s, apakah selama ini kita takut akan kuasa besar? Malaysia yang lantang mengkritik regim zionis dan AS berikutan pencerobohan ke atas Palestin dan menuduh Yahudi bertanggungjawab kepada kemelesetan ekonomi Asia satu ketika dulu – Rusia dan China ada bantukah? Tahu Yahudi itu siapa? Kita perlu jaga diri dari dijajah kerana bentuk penjajahan sekarang ini bukan hanya pada kekuasaan tentera sahaja. Kita maksudkan kewujudannya dari segi politik, ekonomi, pendidikan, akhlak dan sebagainya. Wajiblah kita peka pada ‘jajah’ ini dan banteras semampunya. Bukannya kita fobia.. Apa kes pulak awak nak ambik contoh buruk Thailand tu. Kerana berfikiran terbukalah, cuaca politik mereka huru-hara. Banyak orang kena bom, tau.. Orang Islam kat sana sikit punya banyak diorang dah bagi padam. Para Ulama, para ustaz semua kene cop ‘pengganas’. Kene culik, hilang tak tahu nasib. Itu tak berlaku kat sini sebab kita jaga pemikiran kita dari dijajah oleh hasutan AS tu.

    Lihatlah mereka, sampai sekarang ni tak pernah stabil politik diorang tu. Macammana mereka leraikan pertikaian kaum dan agama Negara mereka? Itukah yang elok? Kita bukannya katak kat bawah tempurung yang tidak tahu siapa itu yang boleh dijadikan kawan atau lawan melalui hubungan politik dunia. Kita bukan benci AS secara peribadi, kita benci dasar luar mereka yang penyibuk.

    Minta maaflah, banyak juge lontaran batu yang masuk kat dalam bakul awak tu yea..! Berat tu..! Nak jual pun tak boleh..Takut kang jatuh sekali ngan batu tu pulak..hehe. Dulani, terus terang cakap..saya sememangnya MENGAGUMI dan RESPECTs dengan keberanian dan terang-terangan awak sebagai pengkritik kerajaan. Awak ni ada unik sikit..Kalis peluru, kulit tebal. Mungkin awak ini adalah salah seorang daripada ‘Gerila Siber’ yang diperkatakan oleh Media Islam tu. Tapi awak juga harus ingat, setiap perkataan yang awak tulis tu haruslah menunjukkan pendirian awak tu condong kat parti mana, sebab awak tu lidah pembangkang. Lainlah kalau memilih kerajaan ataupun atas pagar yang neutral. Bagitahulah apa kelebihan2 parti yang awak uar-uarkan. Takkanlah awak saja-saja nak kondem kerajaan pastu tak kisah nak bagi ‘Badak sumbu Indai’ jadi PM pulak, kan? kitorang ni terimalah kalau betul apa awak cakap tu, kalau tak senang je nak leburkan hujah-hujah awak tu esok. Teruskanlah bersama kami sebab makin banyak awak ulas, makin rancaklah weblog ni. Counter Gerila cukup ramai kat sini – AbangTuah, Brokuntakinte, Mamak, mok, yeop kk dan lain2 lagi. Yang gila pun ada… Saya cuma salah seorang daripada penembak curi….Hehehe..
    Terima kasih Dulani’s blood.
    Wassalam.

  34. yelah saya ni setakat sekolah atap je bukan cam kuntakente dan rakan2nya… yelah jalan pun setakat pekan2 je tak penah pegi ke luar negeri.. betui lah saya ni banyak kekurangan dari ngkorang.. dan senanglah dibuli kan? kan?

    bodoh2 kita orang pun pandai menilai mana baik dan mana tak baik, mana tipu mana tak tipu, mana ikhlas mana tak ikhlas, yang mana pandai yang mana bodoh!

    korang crita pasai trafic jam, nak kencing, susah payah, negara kaya negara miskin, lupa usul jauh perjalanan tu pasai apo dik? nak buat perbandingan dengan orang lain tu pasal apo.. kita bukan sekelas seguru nak banding ngan negara lain.. kita nak pengurusan kerajaan yang lebih baik.. kita tak nak bising kat blog jika kita tak nampak kelemahan dalam kerajaan dik.. tiada ketelusan.. sistem perundangan diganggu.. yang tiada diadakan.. yang ada ditiadakan..

    korang banyak duit tak kesah harga minyak, barang naik… esok lusa tambang bas naik 100% pon korang masih boleh tersenyum.. yang kita orang ni takdo sekolah, anak ke sekolah pon bawa bekal dari rumah… takde sape yang tengok bahkan dicaci… masalah makin berat hutang makin banyak..

    yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin.. kunta sedar tak ada loop holes perlu diperbaiki? kalo setakat masalah sistem kita boleh bantu perbaiki.. tapi jika masalah individu dalam pengurusan? kita boleh bantu tumpaskan.. jika kamu selam sedikit lagi baru kamu akan faham masalah negara ni…

  35. elnafi

    Salam..

    wei..dulani..walaupun terbuka macam mana pun fikiran tapi..ingat la perkara ni.. “kaum Nasara dan Yahudi takkan redha (dengan org Islam) selagi kita tak ikut acuan(agama) diorang”.. ni dok cakap pasal Thailand tak dijajah sebab fikiran terbuka. memang pun sebab diorang negara bukan Islam. Kita negara Islam dah terang2 lagi kan bersuluh kita ni negara Islam..

  36. Salam,
    Mamak rasa tentang kepayahan ekonomi yang sedang dilanda ekoran dari kenaikan minyak bukan negara kita saja mengalami penderitaan ini tapi seluruh dunia menghadapi krisis ekonomi.Di malaysia kita patut syukur kerana Restoren-restoren Nasi Kandar masih sibuk dan jalankan perniagaan 24 jam lagi!.Cuma stesen pam minyak yang tutup awal.Maknanya rakyat mula sedar betapa pentingnya jimat cermat itu.Kita ini jenis tengok iklan supermarket jual sabun murah!.pada dasarnya murah itu tak murahlah sangat cuma potongan kadangkala 30% saja itu pun maksimum.Kerana setiap penjualan keuntungan perlulah 60%.Jadi si pembeli pun berkejarlah cuma nak beli sabun tapi sampai sana tak akan beli sabun saje…anak-anak mintak ini dan itu…jimat punya jimat kena belanja besar jugalah.Kalau time gaji tak apa juga ini sales selalunya masa orang tak ada duit!.Pakailah kredit kat..nasib baik pak rais kita naikan jumlah kadar bangkrap ke RM30,000.00 kalau tidak, separuh kakitangan kerajaan dalam keadaan bangkrapsi!.

    Harap sabar dan iktiar cari pendapatan lebih dengan kuat kerja.Buat kerja sambilan sekurang-kurangnya boleh menampung minyak kereta pun jadilah!.Dok rumah jangan kutuk kerajaan dan UMNO pasai harga minyak naik…!!!.Kalau macam ini lah perangai kita sampai kiamat pun kita dok kutuk setiap pemerintah tak habis-habis…Pak Lah jadi PM dia beri juga buku teks anak-anak sekolah free…buta huruf kat Malaysia ini dapat juga dihapuskan kepada sifar,kematian bayi baru lahir salah satu negara didunia paling terendah..benda-benda diakui oleh UNESCO…hang pikiaklah sikit bantuan kerajaan itu…tentang melayu Pulau Pinang ini miskin itu cuma propaganda saja!.Yang tak undi BN itu cuma kaum bukan bumiputera saja!.Dulu pun kerajaan saja bawak isu ini supaya yang memerintah itu ingatkan sikit orang Melayu!.Depa duk kat rumah setinggan saja je!.sebenarnya rumah yang kerajaan bagi itu mereka sewa kat Bangla dan Indon.Tak percaya hang pi kat Taman Pelangi kat Perai..dah jadi perkampungan Bangla dah!.Mana depa boleh beli rumah murah kerajaan.Jadi orang Melayu yang beli rumah itu duk kat mana?.Duk kat setingganlah kerana cukai tak perlu bayak!.Dapat bantuan penuh kerajaan.Ada yang buat berpuluh bilek kat setinggan sewa kat orang Burma dan Vietnam!.Hang kata Melayu Pulau Pinang Miskin?.Nak Minang anak mami kalau tak ada 12 ribu depa tak pandang chek oiii!.Dulani dah nikah ke belum?.Kalau belum mai kat pulau Mamak rekomen anak mami hidung Mancung macam Pelancung kat hang!.ok…usaha kuat sikit dalam keadaan ini…orang Bangla kata”kat Malaysia di tong Sampah pun ada duit kalau mau cariiiii!.Wassalam.

  37. akum pakcik mak penang, terimakasih ngan pelawaan pakcik tu tapi kita orang ni dah kahwin..

    elnafi… kita bukannya nak ajor enkorang.. cuma ada baiknya pertimbangkan nasihat orang.. pasukan yang sedang menukar kerajaan ni diketuai orang yang banyak pengaruh ulamak2 ‘TERBAIK’ dunia..

  38. penyapoo

    Dulani’s Blood.. jangan sedih, bukan anak2 ko jer p skolh bwak bekal,

    penyapoo pegi keja pon bawak bekal, almaklumlaa hidup di kota metropolitan ni degan gaji tak seberape, kengkadang lauk telo n kicap jer, tapi tetap syukur dapat makan gak. Alhamdulillah.

    nak beli nasi goreng kampong kat tempat keja ni hari2 tak boleylaa sepinggan 5 inggit, teh ais 1.80 . sesekali boleylaa, kalau hari2 nak beli ujung bulan penyapoo makan abuk kat lantai jelaa.

    tapi penyapoo syukur sangat2, sebab duduk dinegara yang aman, bila dipikirkan kat luar sana tu mengalir air mata, kehidupan diaorg tak sama dengan kite perang sana sini, kasihan melihatkan anak2 yang tak berdosa terkorban

    bila melihatkan keadaan itu terus teringatkan anak2 yang ada dirumah, kesyukuran dipanjatkan

  39. Big8

    Salam Dulani’s Blood

    ‘elnafi… kita bukannya nak ajor enkorang.. cuma ada baiknya pertimbangkan nasihat orang.. pasukan yang sedang menukar kerajaan ni diketuai orang yang banyak pengaruh ulamak2 ‘TERBAIK’ dunia..’

    mungkin betul kata saudara..walaupun kita punya ulama terbaik dunia, tapi bukan mereka yg memegang pucuk pemerintahan..mereka hanya alat yg diguna pakai oleh org2 tertentu utk kepentingan tekak sendiri..lg satu, terbaik di dunia tidak semestinya terbaik di akhirat kerana penilai2 kt dunia ni kebanyakkannya jahil2 belaka..maaf kalau salah..

  40. Big8, kita setuju dengan pendapat anda.

    mungkin.. sekiranya ayat2 Big8 ini disebar luas kepada umat2 yang sentiasa pegi mesjid, gereja dsb.. jumlah mereka akan berkurangan hari demi hari kerana kesangsihan kepada ulamak.. kesimpulanya ayat2 itu agak merbahaya dan kita sangsi ilham itu didorong malaikat Big8 atau sebaliknya…..

  41. BakaL PM

    Salam….
    Aku sebenarnya sekadar suka baca jer komen2 kat dalam ni tapi aku geram betul dengan komen yang lemah dari Dulani’s Blood. Kenapa la kau ni x paham2… Kalau kau x suka kerajaan yang ada skarang kau ubah la…. Tp bukan ubah dengan cara yang salah…. Umpama tikus membaiki labu…. Kalau kata kerajaan skarang banyak penyelewengan, rasuah, x bela nasib org melayu, x jalan kan sistem islam so kau ubah la xde sapa marah…. Tp ingat nak ubah maksudnya kearah yang baik kalau kearah yang lg teruk bodoh namanya…. Nak ubah bukan setakap cakap jer… Main pilih jer…. Ikut suka jer…. Mcm budak2 sekolah tengok si ‘A’ kau x suka pastu lawan si ‘A’ si ‘B’ kau pun jd la pengikut si ‘B’ ni walhal kalau kau perhatikan dua2 lebih kurang jer…. So ada makna ker kau nak ubah??? Rasional lah skit…. Sebelum apa2 kau cakap ikhlas la…. kau yakin ker pembangkang boleh memerintah dgn adil, bebas, bersih, mengutamakan agama islam, memelihara kepentingan org melayu….??? Kalau setakat nak lepas emosi kekecewaan jer x payahla…. silap hari bulan lg teruk jd nya…. X kan kau x perasan Pembangkang dari dulu sampai skarang xde sefahaman… masing2 ada Idelogi sendiri… Ibarat kata Tuan Guru Nik Aziz… Pakatan Rakyat ditubuhkan semata2 untuk menyaingi kuasa Barisan Nasional pd PRU12 dulu…. Tahu bila Pakatan Rakyat ditubuh kan??? Sebelum tu cuba tgk PRU 11 xde pakatan rakyat yang ada Barisan Alternatif…. tp x pg kemana pun sebab apa??? Sebab kalah… So PAS, DAP hatta PKR pun bawak haluan masing2…. Lps 2 masa PRU 12 pun diaorg x gabung dah dpt kemenangan baru nak gabung jd Pakatan Rakyan(Nama Baru)…. Cuba kalau kalah sampai skarang mampus xkan adanya kerjasama diorg tu… Nak pilih pucuk pimpinan pun diaorg berbalah…. (xde sesiapa pun dalam pakatan rakyat yang jd ketua krn Pakatan Rakyat Ditubuhkan semata2 untuk kerjasama semasa pilihanraya) So kau faham kan…. Memang xde sefahaman… Mcm mana nak memerintah??? Ada Anwar kata kalau ‘saya memerintah nanti’ dot dot dot…. xde yang dia kata kalau ‘Kami memerintah nanti’ dot dot dot…. So dia pun x yakin dia boleh jd PM silap2 DAP yang jd pemerintah nanti… Berbeza dgn BN…. Memang UMNO yg jd tunjang kpd BN…. Ok skarang ni kalau kita gaduh2 kita x sedar yang kaum lain akan mengambil peluang untuk menuntut segala yg slama ni menjd hak kita krn perpecahan membawa kpd kelemahan…. Untuk berubah aku syorkan Dulani’s Blood berjinak2 la dalam politik…. Cuba dapatkan jawatan yang tinggi dalam UMNO supaya kau ada pengaruh untuk memudahkan kau menyuarakan segala yang kau x senangi dalam kerajaan…. Biar suara kau dapat perhatian & didengar oleh parti… Baru boleh ubah … Bertanding la jawatan yang tertinggi yang kau mampu… x mustahil kalau kau berdarah pejuang yang cintakan negara mungkin itu boleh jd kenyatan…. Tp kalau kau ada cara lain yang baik silakan…. Aku alu2 kan kau mengubahnya…. Satu jer nak ingatkan jgn skali2 nak bg bumi bertuah ini diperintah oleh bangsa asing krn hanya generasi aku jer yg baru rasa merdeka….aku xnak generasi akan datang merempat seperti di Singapura…. Maaf…..

  42. Big8

    salam,

    maaf sekiranya saya tersalah..atau mungkin ayat2 yg dikirimkan kurang baik sehingga salah pemahaman di dipihak saudara..maksud saya ulamak yg tidak layak memegang gelaran tersebut..manusia yg sanggup bertopengkan gelaran tinggi itu utk kepentingan sendiri..ulamak akan menyebarkan Islam, menyatukan umat Islam supaya agama Allah akan tersebar..jika manusia yg menghalang perpaduan sesama Islam, adakah dia layak digelar ulamak..atau fulamakkkkk…

  43. Bakal PM

    ape yang geramnya ni… korang tak sedar ini debat kita dalam blog… yang dilafazkan cuma kata2 menguji minda dan kesabaran selain mengambil ikhtibar dan nasihat atau pendapat… korang kalo tak faham ngan tafsiran kita tentang masalah sedang menular dalam krjaan itu kerana ngkorang ‘selfish’, tahu ada masalah tapi anggap masalah tu tak serius sebab tak pernah meletakkan diri dalam keadaan masalah sebenar

    ngkorang cuma menyuluh dari satu sudut kegemaran korang tapi tak pernah hingin ambik kesempatan menyuluh dari sudut kitorang.. itu sebabnya korang kata kita ni tak faham2… ingat kita tak faham ke? lebih daripada faham… contoh untuk memahami sodomee ulang tayang…

    kita menyuluh dari sudut orang yang dituduh… engkorang nyuluh dari sudut penuduh… tentu sekali tak sama kan? kan? cuba tenangkan fikiran berjinak2lah nyuluh dari sudut dituduh..

    wslam…

  44. Kuntakinte

    Salam, sedara dulanis, teman sedih dan kesian tengok kau tepis sana tepis sini, kuntaw sana kuntaw sini, letih sedara sorang2, buat apa nak tegak benang basah, walau apa pun sedara kita kena sedar manusia bukan semua perfect, kerajaan tak semestinya semua dia buat perfect, teman akui banyak lagi kekurangan dan kesedaran dan keinsafan pihak kerajaan untuk memperbaiki dari masa kesemasa, itu pun teman rasa dah cukup baik sikap yang kerajaan tampilkan, sedara nak cerita bawa bekal makan ke sekolah, sedara apa kah hina anak didik kita pergi ke sekolah bawa bekal, itu anggapan sedara terhadap mereka, malang lah sedara, teman sekolah dulu barang makan ketika tu murah, kalau nak beli macam2 kita boleh beli ketika itu tetapi teman sukan makan bekal yang diberi oleh emak teman, kita patut tahniah pada mereka kerana itu pendekatan dan cara berbelanja yang dilakukan oleh keluarga yang memberi bekal kepada anak ke sekolah setidak2 nya mendidik anak2 mereka, bukan kita menghina sedara oi..

    Sedara nak suluh isu sodomi, yang menuduh berlaku konspirasi awal2 lagi sapa sedara oi!!! tidak kah puak2 sedara termassuk si anwar tu sendiri, tak sapa kata konspirasi, bila timbul tuduhan konspirasi ada pihak termasuk moderator terpanggil untuk mempertahankan dan membincagkan isu sodomi ini, suluh disemua sudut dah pun bersuluh, hanya nasihat teman kita biar lah Pihak2 bertanggunjawab menjalankan tugas mereka tanpa campur tangan dari kita, siapa benar dan salah hanya akan diketahui apabila semua perkara selesai dilakukan, sedara tuduh sama nada macam Anwar awal2 menuduh konspirasi filem tayangan semula, sori le bro!!! banyak filem yang bersiri2 bro sekarang ni, tak perlu ulang tayang, teman nak ulang teman kenal anwar dan anwar kenal teman, teman nak bagitahu sedara bahawa mangsa anwar dulu teman kenal keluarga nya hingga anwar didapati bersalah, emak simagsa sedekah pisang di masjid2 di kampung dia tanda bersyukur, tetapi untuk kes ini kuntakinte tidak mahu menuduh kebenaran dan kesalahan nya lagi sebab biar undang2 menentukan, kita yang tak kena mengena sabar dan lihat apa kesudahannya, akan terbukti jua sapa salah dan sapa benar.

    Tuduhan terhadap kerajaan rasuah dan penyelewengan terlalu umum sedara, kuntakinte dah katakan 1 juta kakitangan, 27 menteri lebih senang ke seorang PM dan seorang TPM nak kawal tentu tak termampu, teman tak kata rasuah dan penyelwengan tak berlaku kerajaan tip top tetapi usaha dilakukan dengan menwujudkan BPR sebuah Suruhanjaya satu tindakan berani kerajaan untuk membetulkan, tetapi puak2 species sedara tentu juga akan menuduh bukan2 sebab otak dah jumud sangat, umpama perkataan rasuah penyelewengan dah tumbuh subur di bibir sedara dan species2 sedara.

    sedara, komen dan nasihat sahabat2 kita seperti mamak, mok, apai ngelai, elnafi, penyapoo, big8, bakal Pm tu cukup relevan hanya sedara buka betul otak dan hati sedara, muhasabah diri dalam menerima nasihat2 sahabat2 lain, tolak idiologi kepartian untuk menilai sebenar2 penilaian barulah sedara akan hidup tenang di negara yang makmur, sejahtera, aman, damai ini.

    Teman terkejut juga dgn hujah apai ngelai, teman respect sedara, sedara dulanis jarang2 apai ngelai bengkeng dia lemah lembut sebelum ni, tetapi dengan sedara apai ngelai boleh bengkeng kah..kah..

  45. untakentut oops… tesasul maaf bang@kak

    engkorang sekepala memanglah saling menyayangi saling bertolongan, tak heran kita seorang je dikutuk.. tapelah.. yang penting kita berjuang kerana keAdilan..

    kita nasihatkan kentut jangan naik saksi untuk mempertahankan pihak yang melakukan pembohongan, rancangan jahat, manjatuhkan orang lain dengan cara khianat.. parah akhirat nanti..

    membuli mesti kena dengan orangnya…

  46. AbangTuah

    Salam…

    Dulani’s blood…hai baru bertempur sikit dah angkat bendera putih…kesian juga ye..kena dengan balun dengan serangan jitu dan bersepadau Mamak Haji, kuntakinte, Bakal PM, Big8, Apai Ngelai, elnafi..keh..keh..keh

  47. AbangTuah

    Salam..

    Opps..lupa serangan Mok tak kurang juga hebatnya…keh..keh..keh

  48. ikanmas

    Ass’kum..

    Abg kuntakite..tak mampu lagi ditepis lagi oleh Bang dulani’s. Smua ilmu kuntaunya tk mjadi lagi ksian..he..he..he

  49. ikanmasin.. ingat ilmu korang menjadi kat kitorang? ngkorang perasan maut agaknya… keh keh keh..

    macamana nak selamatkan DSAI ni.. kuncu2 BN kat blog ni pon sezahill ngan bos2nya.. tak reti akhirat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s