Muzakarah tukar ke muqabalah

dari mstar

Empat hari selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan membabitkan beliau dan tiga pemimpin PAS sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, pemimpin-pemimpin PAS petang ini sebulat suara menolak muzakarah antara Umno-PAS.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin kanan PAS yang bertemu di Kelantan petang ini mengesyorkan diadakan muqabalah sahaja – pertemuan bersemuka.

Perkembangan ini menandakan PAS menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.

Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat petang esok.

Sambil menegaskan PAS sememangnya berminat untuk mengadakan pertemuan dan bersemuka dengan pemimpin Umno bagi membincangkan mengenai masa depan umat Islam, pemimpin-pemimpin parti itu berkata, perbincangan yang disyorkan perlu diadakan secara bersemuka berbentuk “muqabalah” dan bukannya dalam bentuk perdebatan yang dinamakan muzakarah seperti diminta oleh Umno.

Justeru, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekarang beliau menutup fail berhubung syor “muzakarah” tetapi membuka konsep “muqabalah”.

“Apa yang saya dimaklumkan ialah pertemuan-pertemuan (sebelum ini) dengan Umno hanya diadakan atas dasar peribadi. Kesemua itu adalah benar dan ia dilakukan untuk memperkukuhkan Islam,” kata beliau kepada pemberita

Kata sepakat itu dicapai dalam satu pertemuan yang diadakan kira-kira tiga jam di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Bharu.

“Saya mahukan muzakarah itu ditukarkan kepada muqabalah dalam membincangkan isu berkaitan umat Islam kerana ianya lebih sesuai,” kata Nik Abdul Aziz.

Pertemuan itu diadakan tiga hari selepas beliau menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan pertemuan bersifat muzakarah antara pemimpin Umno-PAS.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa turut hadir pada mesyuarat itu.

Nasharudin merupakan antara tiga pemimpin yang telah menemui Abdullah dalam tiga pertemuan lalu.

Abdul Hadi mengetuai rombongan empat wakil Majlis Syura menemui Nik Abdul Aziz bagi menerangkan isu muzakarah dan tiga pertemuan yang telah diadakan dengan Umno.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz melahirkan pandangan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara PAS dan Umno perlu dihentikan segera kerana jika ia diteruskan, parti berteraskan Islam itu bakal menghadapi perpecahan.

Beliau mendakwa muzakarah itu merupakan gimik Umno semata-mata untuk menjatuhkan PAS.

“Saya nak tanya kepada orang PAS sama ada nak jaga PAS atau Islam. Kalau nak jaga PAS, ini (muzakarah) bukan caranya dan jika nak jaga Islam juga bukan ini caranya kerana berkawan dengan Umno seperti menghancurkan Islam,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata jika muzakarah itu menjadi realiti, PAS akan menjadi seperti “kera sumbang” dan tidak lagi dipercayai oleh sekutunya daripada Pakatan Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

Pada Ahad lalu, Perdana Menteri mendedahkan Umno telah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dengan PAS bagi membincangkan beberapa isu berkaitan dengan keagamaan dan orang Melayu.

Abdullah berkata, bagaimanapun pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu tidak disertai Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz berkata, tidak timbul isu pertemuan PAS dan Umno akan membawa kepada penggabungan kedua-dua parti kerana pertemuan itu lebih berbentuk kerjasama demi satu matlamat dan turut menafikan isu muzakarah itu telah memecahbelahkan kepimpinan PAS.

Abdul Hadi yang dipetik Bernama pula berkata, muzakarah yang dinamakan oleh Umno lebih kepada bentuk perdebatan sedangkan apa yang dimahukan oleh Umno adalah muqabalah iaitu perbincangan untuk selesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, PAS boleh menjalinkan kerjasama dengan Umno berdasarkan satu matlamat iaitu membincangkan masa depan Umat Islam di negara ini.

Kata beliau, adalah menjadi satu kewajipan agama bagi PAS untuk mengadakan perbincangan itu kerana PAS sememangnya parti yang memperjuangkan Islam demi kepentingan orang Islam dan bukan Islam.

Abdul Hadi menafikan bahawa pertemuan itu akan menyebabkan PAS menyertai Umno kerana PAS mampu memenuhi kehendak politik rakyat berdasarkan sokongan rakyat yang dicerminkan dalam pilihan raya umum lepas.

“Walaupun berbeza pendirian politik ia tidak akan menjadi halangan untuk PAS dan Umno duduk berbincang,” katanya.

Jelas beliau, pertemuan untuk mengadakan perbincangan secara muqabalah itu telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat sejak April lalu.

Abdul Hadi turut menafikan pertemuan tiga pemimpin PAS sebelum ini dengan Abdullah selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno dilakukan atas arahan beliau.

“Tiga pertemuan itu dilakukan atas usaha Presiden Umno dan bukan Presiden PAS,” katanya.

nota: walaupun terminologi yang digunakan, penulis amat berharap agar pertemuan ini dapat mengukuhkan semula umat Islam di Malaysia. Semakin hari semakin lemah kekuatan Islam yang selama ini mekar subur di Malaysia akibat tindakan politik sesetengah pihak yang ingin berkuasa.Tidak kira dipihak UMNO atau PAS, hasil muqabalah ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Muzakarah tukar ke muqabalah

  1. Anti Balun Belakang...

    apa2 jela… Kalau dg UMNO bukan main susah lg nak berbincang… Tp kalau dgn penternak babi termoden tu senang je buat saudara kandung… Silap2 besok takut DAP ternak saudara kandung dia ni pulak…. Akhir zaman…. Kita boleh bersahabat dgn org kafir kalau org kafir tu boleh dgr ckp kita…. Tp kalau kita yg kena dgr cakap kafir buat apa??? Tu tanah kat perak tu ntah boleh x besok nak tanam korang coz bukan korang yg punya… kat selangor lg la bnyk najis khinzir… Budak2 gelap lg legam yng demontrasi kat jalanan kata kaum mereka ditindas, tuntut mcm2 yang hak korang tp korang sanjung jgk… Bodohnya kaum2 ku yng x sayang Dubur diaorg…. Dunia…

  2. astora jabatt

    arak memang la x boleh campur dgn susu..x mungkin jadi halal…

  3. AbangTuah

    Salam..

    Puak PAS ni sebenarnya dah malu besor..macam-macamlah alasannya…sebenarnya mereka yang dah tercampur susu lembu dengar susu babi…dengan kapior…keh..keh..keh..phuii..

  4. AbangTuah

    Salam..

    Saranan Tuan Guru Nik Aziz agar PAS dan UMNO bersatu dan membentuk sebuah pakatan yang berlandaskan islam amat baik sekali. Itulah sebenarnya konsep yang paling ideal bagi umat islam negara ini.

    Tapi yang menjadi masalah sedikit ialah penjenamaan dan pengkonsepan kedua buah parti tersebut kepada nama Parti-Islam yang berlandaskan hukum islam, apakah akan diterima baik oleh parti komponen BN yang lain. Sekiranya ini berlaku alhamdullilah.

    Sekiranya sebahagian sahaja iaitu anggaran 50% dari parti komponen BN yang bersetuju maka keadaan ini pun cukup baik bagi Parti-Islam menubuhkan kerajaan walau pun bukan dengan majoriti besar.

    Sekira berlaku sebaliknya iaitu bantahan dari semua parti komponen bukan islam BN maka masalah akan timbul yang mana mungkin kesemua parti bukan islam di Malaysia pula akan bergabung bagi membentuk sebuah pakatan baru iaitu Parti-Bukan-Islam.

    Maka ketika itu akan ada tiga buah parti di Malaysia iaitu 1. Parti-Islam, 2. Parti-Bukan-Islam dan 3. PKR. Kekuatan setiap parti tersebut boleh dianggarkan dengan nisbah, 40 : 40 : 20.

    Melalui nisbah diatas PKR akan menjadi penentu siapa yang bakal memerintah iaitu dengan memilih sama ada Parti-Islam atau Parti-Bukan-Islam.

    Sekiranya berlaku pula keadaannya iaitu PKR dibubarkan dan orang Islam PKR masuk ke dalam Parti-Islam dan bukan Islam PKR masuk Parti-Bukan-Islam maka kekuatan PKR islam iaitu angaran 15 % akan menambah kekuatan Parti-Islam menjadi 55%. Baki kekuatan PKR iaitu 5% lagi yang bukan islam akan masuk Parti-Bukan-Islam menjadikan kekuatan Parti-Bukan-Islam kepada 45%.

    Sekira berlaku keadaan nisbah kekuatan 55 : 45 antara Parti-Islam dan Parti-Bukan-Islam maka akan berlaku persaingan sengit diantara kedua parti, akan tetapi berdasarkan kelebihan yang nipis tersebut Parti-Islam masih tetap berjaya memerintah walau bukan dengan kekuatan majoriti yang besar.

    Kedua-dua parti tersebut iaitu Parti-Islam dan Parti-Bukan-Islam akan berusahan menambah kekuatan parti masing-masing. Kedua-dua parti tersebut akan menyarankan agar ahli masing-masing menjadi lebih produktif lagi dengan menambah lebih ramai bilangan anak dalam usaha menyaingi antara satu sama lain.

    Kaum wanita Parti-Islam disarankan agar berkorban dengan merelakan suami masing-masing berkahwin lebih..mungkin sehingga tiga atau empat bagi mengekalkan kekuatan Parti-Islam untuk tempoh jangka panjang. (sudah cantik tu)

    Sekiranya tiada perkara yang tidak diingini berlaku antara Parti-Islam dan Parti-Bukan-Islam maka kedudukan akan terus memihak kepada Parti-Islam untuk jangkamasa yang agak panjang, mungkin sehingga 50 hingga 100 tahun…dengan syarat Parti-Islam terus menerus mengekalkan dasarnya mengalakkan ahli lelakinya berkahwin ramai bagi menambah bilangan anak keh..keh..keh..sokong.

    Tapi walau bagaimana pun pada pandangan kawan situasi yang kawan teorikan diatas tidaklah berapa sihat dipraktikan di Malaysia kerana ianya seolah-olah mengalak atau akan meningkatkan masalah perkauman dan keagamaan diantara rakyat Malaysia. Di kuatiri sekiranya tercetus sedikit sahaja pertelingkahan atau salah faham di antara kedua parti tersebut maka akibatnya amat buruk sekali sebagaimana yang berlaku di Sulawesi dan Ambon tidak lama dahulu.

    Hmm…kawan berharap pandangan dan teori peribadi diatas tidak menyinggung mana-mana pihak…bukan apa saja-saja sekadar seronok merenung, berfikir dan menulis sebelum masuk tidur.

    Wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s