MB Perak mahu dialog Umno-PAS dihentikan

Dialog peringkat tinggi Umno-PAS perlu dihentikan memandangkan usaha sedemikian boleh menjurus ke arah spekulasi semata-mata, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sambil menyifatkan spekulasi sebagai tidak sihat, beliau berkata, hanya Perdana Menteri yang berminat untuk mengadakan perbincangan membabitkan kedua-dua parti.

Pakatan Rakyat tidak terdesak untuk mengadakan hubungan seumpama itu kerana barisan pembangkang adalah kukuh buat masa sekarang, kata beliau di sini hari ini selepas melancarkan konvensyen kumpulan kualiti kerja perkhidmatan awam.

Menteri Besar berkata, beliau juga lebih bersikap terbuka untuk mengadakan  muqabalah atau pertemuan bersemuka.

Ketika ditanya sama ada muqabalah akan mencetuskan rasa tidak senang di kalangan anggota Pakatan Rakyat, beliau memberitahu, situasi sedemikian tidak akan wujud kerana terdapat kefahaman yang baik di antara PKR, PAS dan DAP.

Berhubung syor Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya perbincangan itu seharusnya memberi tumpuan terhadap perpaduan rakyat Malaysia, Nizar berkata, ia akan menjadi salah satu agenda pertemuan.

“Agenda utama menyentuh kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak hanya satu-satu komuniti,” katanya. – mstar

nota: sememangnya agenda utama adalah bagi kepentingan semua rakyat Malaysia dan tidak tertumpu kepada Umat Islam melayu sahaja. Persoalannya sekarang sesudah hampir 4 bulan Pakatan Rakyat memerintah di beberapa negeri seperti Selangor dan Perak, apakah agenda yang telah dilakukan untuk Umat Islam Melayu di negeri terbabit??? tepuk dada tanya selera.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “MB Perak mahu dialog Umno-PAS dihentikan

  1. banner dah tuka ler, baru ader klas gitu 😀

  2. Big8

    Salam…

    Sudah lebih 100 hari PR memerintah di Perak. Sudah lebih 100 hari juga mantan pemimpin Melayu di negeri Perak menjadi pembangkang. Adakah rakyat Perak (Melayu Khususnya) telah membuat satu keputusan yg tepat pada PRU-12 lalu. Adakah timbul sedikit rasa sesalan dlm diri atau mungkin rasa puas dgn pilihan yg dibuat.

    Itu semua tidak penting lagi kerana PRU-12 sudah berlalu dan menjadi sejarah yg akan kita tinggalkan kpd generasi kemudian. adakah kita akan di agung2kan oleh generasi kemudian atau caci maki dr mereka. Adakah kita akan dipersalahkan nanti?..sama2 lah kita lihat(kalau masih dikurniakan nyawa).

    Untuk pengetahuan semua pembaca, rungutan kurang menyenangkan telah kedengaran dr Melayu Perak. Itu lah yg sampai ketelinga saya dr mulut seorang sahabat dr sana. Memang tiada masalah dr segi kerja tetapi suasana di pejabat dah berubah. ‘Dah mcm badan kebajikan masyarakat’ katanya. Tak tahulah saya akan kesahihan cerita beliau. Pejabat dah mengalami kebanjiran warga bukan bumiputra. Adakah mereka ini diambil bekerja atau saja meramaikan pejabat kerajaan. Adakah peluang ini diambil oleh YB untuk membalas budi pengundi. Adakah org2 ini memang berkelayakkan. Itu yg saya dengar. Yang saya xdengar entah la..Cuba kita lihat kelebihan yg dikecapi oleh rakyat penumpang selepas PRU-12. Yang menjadi persoalannya kenapa Melayu tidak menikmati semua ini..kenapa? Melayu pun mengundi juga. takkan tiap2 malam nk dengar ceramah saja. Kalau setakat dengar ceramah xperlulah Melayu menjadi MB. Jadi penceramah dah lee… Orang Melayu hanya dijanjikan kebebasan mendengar ceramah saja ke kalau mereka menang. Sedarlah Melayu2 sekalian..Kita hanya dipergunakan oleh penentang2 ketuanan Melayu.kenapa kita yg terhegeh-hegeh menyokong mereka.Kita sanggup begolok saudara sendiri kerana org asing. Kenapa dgn Melayu sekarang. Adakah Melayu hanya boleh bersatu bila kita dijajah…Mari kita renung bersama, keluar la dari mimpi, dah lebih 100 hari PR memerintah..Melayu hanya seronok bersorak sahaja..xkan Melayu nk jadi penyorak yg setia walau 100 tahun..apa yg kita dapat..jgn terlalu dibuai dgn janji2 manis mainan politik…

  3. anti balun belakang

    ok jgk…. hujah yang menarik big 8…( asyik aku jer puji kau, kau bila nak puji aku balik)??
    macam yang kita tahu semasa nak menuntut kemerdekaan nenek moyang kita dulu bergolok bergadai segala harta yang mereka ada semata2 nak menampung perjalanan Tunku ker London…. bayangkan kalau kita skarang nak sedekah pun susah… Sebab apa mereka sanggup?? Satu je sebabnya … mereka nak merdeka dan betul2 bebas dari penjajah…. Tp skarang knp kita xnak pertahankan…. Knp kita sanggup tolak kerajaan yang sememangnya diperintah oleh org melayu??? Mana org melayu yang ditindas ole kerajaan?? Jangan kita anggap menyokong pembangkang maka kita boleh mengekalkan pemimpin dari kalangan org melayu….Salah tanggapan tu…. Saudara yang berusaha menjatuhkan UMNO sebenarnya dijanjikan dgn Janji yang indah2 jer ole DSAI…. Dia x pernah pun mengaku yang diala bakal menjadi PM kelak andai pakatan pembangkang menang….. Kalau dia mengaku pun itu tipu jer…. Pakatan pembangkang ditubuhkan semata2 untuk mengambil alih pimpinan dari barisan nasional…. hakikatnya dalam PR xde pun menetapkan siapa ketua mereka…. Boleh jd nanti Ahli DAP yang menjadi PM sebab dalam majlis tertinggi PKR orang Cina yang ramai memegang jawatan…. PAS nak memerintah??? Kat perak pun mereka ditekan oleh DAP…. kalau x ,xkan cina dapat banyak tanah… So mcm ni la tanya dulu DSAI betul ker jawatan PM & TPM tetap menjadi milik org melayu natni andainya PR menang?? Kalau dia boleh jamin suruh dia umum kan…. aku xnak lg dijajah……………………………….

  4. Salam,
    Cara pemikiran Islam adalah pada dasarnya pemikiran Ilmiah dan logik.Kita tak mahu Islam di Malaysia dijadikan seperti Agama Kristian di Negara-negara Eropah yang timbulnya penentangan dan tidak fahaman antara gereja dan kalangan sarjana.Kita juga tak mahu di Negara ini ada satu undang-undang untuk orang Islam dan juga satu lagi undang-undang untuk bukan Islam!.Perlaksanaan undang-undang hudud dari segi tiori adalah senang dan amalkan nya di negara seperti Malaysia ini perlu perbincangan dan penyelidikan yang menyeluruh.

    Pihak parti PAS cuma sengaja menekan Umno dan kerajaan untuk mencari publisti daripada rakyat Melayu untuk melaksanakan hukum hudud tanpa membawa pendekatan yang terbaik tentang hukum hudud ini kepada Bukan Islam.Kita juga nampak belang PAS apabila mereka cuba meraih undi Melayu ceritanya lain dan untuk meraih undi pada bukan Melayu lain pula ceritanya.Dengan Melayu mereka bercerita tentang ketuanan Melayu dan hak Istimewa dan Raja perlembagaan.Adakah mereka boleh lakukan perkara ini apabila negara ini menjadi sebuah negara Islam?.Bolehkah mereka memberi jaminan kepada bukan Islam dan semua rakyat negara ini seperti Rasulullah yang sediakan Piagam Madinah untuk merealisasikan perpaduan dan intergarasi kaum di Madinah?.Manakah Piagam PAS yang sebenarnya?.Manifesto pilihanraya lain!Manifesto Parti Lain!Manifesto Memerintah Negara?.Jadi mereka sendiri dalam kekeliruan.Pada ‘amnya mereka telah memutar-belitkan fakta sebenar tentang negara Islam dan sekarang meneguk air di perigi yang keruh.

    Umno pula terlalu sukar terima kekalahan PR12.Ada pemimpin umno yang terlalu besar kepalanya sebelum dan selepas PR12.Perjuangan parti tidak di endahkan!.Ada jenis pulak cuma gila kuasa dan gila duit!.Mereka tidak ada etika langgsung sebagai pemimpin Melayu!.Mereka fikir “ada duit semua jadi”.Segala-galanya adalah wang ringgit.Ada yang dah jatuh pun masih fikirkan penggunaan wang ringgit untuk menebus kekalahan!.Sifat mulia tidak ada lagi…penyesalan dan perbetulkan kesalahan tidak ada lagi.Bila orang macam TDM tegur tak mahu terima kerana terlalu angkuh dan ego!.Yang muda tak sabar-sabar lagi untuk ketahap lebih tinggi.Segala kekuatan untuk lakukan perkara buruk digunakan untuk jatuhkan pemimpin yang duk atas…yang di atas pula gunakan segala kuasa yang ada untuk mempertahankan kedudukan.nilai-nilai agama dan sifat mulia dan murni tidak ada lagi dalam catatan harian mereka ini.

    Dalam Islam yang paling penting ialah ‘Nawaithu’atau niat dihati yang mulia.Sekiranya kedua-dua pihak Melayu yang berIslam mempunyai ‘Nawaithu’yang mulia terhadap agamanya sudah tentu mereka ini bergabungg tenaga untuk mencapai matlamat dan keinginan Bangsa!.Tapi malangnya kedua-dua belah pihak baik UMNO dan PAS tidak ada langgsung ‘Nawaithu’yang murni terhadap bangsanya dan ugamanya sendiri.Malang sekali bagi Umat Islam dan Bangsa Melayu yang mendukung mereka selama ini!.Kedua pihak ini cuma pentingkan kuasa lebih dari kemuliaan sifat sebagai umat Islam.Janganlah berpura-pura beragama dan tunjukkan kehebatan pidato di pentas tapi hakikat sebenarnya di selubungi oleh hati yang kotor dan niat yang busuk cuma gilakan kuasa!.Dalam sejarah banyak golongan yang tamak dan salah gunakan agama telah Allah lenyapkan bangsa itu dari mukabumi ini dengan tauladan yang memalukan!.Sebelum laknat Allah menimpa kita biarlah kita mengambil ikhtibar dari peristiwa silam dan perbetulkan kesilapan kita.

    “Jatuh itu membangun”.UMNO perlu ingat perkara ini.Kekalahan di PR12 adalah untuk kita bangun semula dan perbetulkan apa yang salah!.Janganlah gunakan platform secara tak betul untuk menang kembali apa yang sudah itu sudah.Perbuatan seperti ini cuma mengundang kita akan jatuh ke lembah yang paling hina dan tidak akan dapat bangkit kembali.Terimalah dengan hati terbuka komen-komen orang lain yang berpengalaman seperti TDM sebagai ikhtibar untuk membawa Bangsa dan Agama orang Melayu ini ketahap yang lebih tinggi didunia dan akhirat!.Wassalam.

  5. AbangTuah

    Salam Mamak Haji…

    Kawan sokong….hantam..kasi hantam sama itu PAS juga sama itu UMNO…kasi tenyeh, kasi lenyek. kasi uli cukup-cukup itu Melayu PAS dan UMNO yang masih tak sedar diri…jangan kira siapa.

    Kalau Mamak Haji, Brokuntakinte dan lain-lain sahabat hantam kawan tak kisah. Kawan faham tu..marah-marah sayang….

  6. mok

    Aku suka.. aku suka macam ni.
    Selain daripada pembangkang yang suka merosakkan agenda, kita juga perlu berani menegur dan kalau perlu menukar mana-mana pimpinan UMNO yang korup dan mencemarkan. Biar lebih terserlah kemurnian perjuangan UMNO membela Agama, Bangsa dan Negara. Sekor dua yang teruk, bukan bermaksud UMNO teruk. Buktikan kita rasional.. mendahulukan parti bukannya pak turut.

  7. Apai Ngelai

    Salam mamak, AbangTuah,

    Saya sangat setuju kat komen mamak, memang itulah antara punca tumpas Umno dan BN di Selangor, Perak, PP dan Kedah. Inilah kuasa rakyat, disebabkan terlalu yakin dengan kekebalan parti tanpa usaha yang cukup untuk mengambil perhatian rakyat. Natijahnya BN pulak kena belasah selumat-lumatnya dan dengan kekalahan yang paling teruk dalam sejarah.

    Kalau ditolak kerusi parlimen Sabah dan Sarawak, BN menang 84 kerusi je berbanding 80 BA. Bermakna, BN memang hakikatnya sudahpun kalah kat tanah Semenanjung jika dua negeri ni tak dikira sama.

    Gambaran BN sebagai satu Kubu kuat kerajaan sekarang ni pun dah terkoyak…! Entah PRU akan datang, nasib yang sama jatuh kat BN. Zaman sekarang ni kan, teknologi maklumat tu ..enormours giler.. Mungkin satu hari lak, newspapers boleh simpan kat muzium. Orang dah tak pakai dah, sapa tauu..!

    So, orang parti kena keja lebihlah mulai dari sekarang ni. Tak kan ada hasil yang baik kalau tak dak usaha. Kalau tak, nak pegi Penang pun susah. Eh, mamak asyik ajak orang je belanja nasi kandar tu… Tak nak jemput kite skali ke..?

    AbangTuah, walaupun dah tampal dinding Umno tu elok-elok pastu melubangkan balik… Teman tahulah! Musti ada sebabnya, tenyeh dan lenyek ada maknanye tuuu.. Nak bagi mamak huloq satu pinggan le tu..! (ni..belajor kat ikankecik ke?)kehkehkeh.:D

  8. Wirawaja

    Salam semua,

    Dari penilaian saya, ahli-ahli UMNO terutama di akar umbi tidak banyak masalah dengan ahli-ahli PAS. Rasanya mereka lebih rasional dan boleh menerima apa saja perundingan yang dibawa oleh pemimpin UMNO-PAS.

    Yang jadi masalah ialah mereka yang sering mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat yang menambahkan kebencian kepada kerajaan BN. Apa saja isu yang dibawa menggambarkan perkara negetif. Inilah yang menyebabkan sukar untuk mencari titik pertemuan antara ahli-ahli parti yang kebanyakan dari golongan Melayu, Bumiputera & Islam.

    Lihat saja bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO mendepani isu ini, sejak dari dulu pun tidak banyak percanggahan dan perbalahan berbanding dengan pemimpin PAS yang tidak sekata dan sefahaman.

    UMNO pernah melalui zaman-zaman suram dan pernah tidak sujud pun kepada PAS. Kali ini, UMNO nampak survival Melayu, Bumiputera & Islam telah goyah serta terancam. Inilah diantara yang mungkin menjadi mauduk perbincangan.

    Cubalah pemimpin PAS yang telah berkuasa sekarang ini seperti MB Perak, pergi ke bawah dan berjumpa rakyat terutama orang Melayu, Bumiputera & Islam dgn tidak mengira fahaman kepartian masing-masing, tentu beliau akan mendapat tahu tentang kerunsingan mereka.

  9. anti balun belakang

    salam…
    betul jgk kalau pendapat semua yang UMNO perlukan perubahan demi memastikan sokongon rakyat kembali semula kpd BN… Tp yang nyatanya UMNO tetap kuat krn kekalahan Bn pada PRU 12 kelmarin adalah disebabkan beralihnya pengundi cina & india yang menyokong pembangkang… Knp ini terjd adalah kerana sentimen perkauman yg dimainkan oleh kaum2 tersebut sebelum pilihanraya lg… Contoh terbaik adalah HINDRAFF.. Mereka dibayar untuk berdemontrasi dijalan sambil mengatakan mereka ditindas oleh org melayu & mereka juga menghina institusi perlembagaan negara…. Agung kita dicabar…. Kesudahannya pd ketika itu org melayu berasa marah & menuntut mereka2 yg terlibat dgn HINDRAFF ini dikenakan tindakan tegas…. Tp apa yg saya dapati ketika itu apabila kerajaan mengarahkan Peguam Negara mengambil alih kes Hindraff ini , mereka semua diberi pengampunan…. Pengampunan yg diberikan jelas skali mengecewakan org2 melayu kerana maruah mereka tercabar dengan penghinaan oleh HINDRAFF…. Pd saat itulah org melayu mula tidak percaya lg kepada kerajaan khususnya UMNO manakala kaum cina & india mula termakan hasutan yang dibawa oleh HINDRAFF…. Kelembutan & tiadanya ketegasan kerajaan menangani kes ini mengecewakan rakyat… Namun kekecewaan itu ditunjukkan pd PRU12 dimana seperti kata Tun Dr. M, org melayu hanya mempunyai 2 pilihan ketika itu untuk menunjukkan kekecewaan meraka… pertama mereka memilih untuk mengundi pembangkang manakala yg kedua mereka memilih untuk tidak keluar mengundi…. kita boleh tgk brp banyak undi rosak disetiap kawasan pd PRU12 lps… mereka bkn x tahu mengundi tp mereka memprotes PRU12 tersebut…. Tp pd pendapat saya untuk mengundi pembangkang yang bersekongkol dgn HINDRAF adalah satu kesilapan besar orang melayu… Seperti kata Tun kalau kecewa keluarla UMNO tp JANGAN masuk parti pembangkang…. maksudnya mcmmana pun kita kecewa jgn kita beralih kpd musuh kita yang nyata….. Sekian….

  10. Big8

    salam semua warga blog,

    alhamdulillah rata2 pengunjung dan penulis khususnya dah semakin matang. Yg paling saya bangga ramai penulis paham dan teramat paham akan perjuangan menegakkan agama dan bangsa. Sedikit sebanyak terubat juga kerisauan dlm hati saya ini. Semoga kita bersatu dan mencapai kejayaan. InsyaAllah..Semoga kita sentiasa mendapat perlindunganNya.

    anti balun belakang – tukar la nickname 2..geli aku..

    Mamak – bila nk buat kenduri nasi kandar

    AbangTuah – xmau berbaik dgn Jebat ka. Niat Jebat 2 mulia, cuma ilmu dia kurang sikit..dia lupa bahawa dlm Islam matlamat xmenghalalkan cara. Ramai yg nk jd jebat ni..AbangTuah kena tlg perbetulkan.

  11. AbangTuah

    Salam..Big8

    AbangTuah memang suka nak berbaik ngan semua..Jebat, penyapoo, astora,hampeh,hisham dan lain-lain..tapi bila tiba tang idea dan pendapat kerap bertentangan…tu yang problem sikit…tapi anyhow AbangTuah akan maintain tatacara yang berhemah dalam berhujah no problem..as long matlamat sama perjuangan agama, bangsa dan negara…thanks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s