Ucapan perhargaan dan terima kasih

Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat penulis iaitu saudara zamdee kerana beliau telah membantu penulis untuk merekabentuk banner baru bagi laman web ini. laman web beliau boleh dilayari di http://www.zamdee.net.

Penulis juga ingin mengucapkan jutaan perhargaan dan terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung laman web ini. Berkat sokongan anda semua laman web ini telah menerima hit lebih dari 150,000 pembaca. Terima kasih juga kepada para-para sahabat maya laman ini seperti kuntakinte,mok, mamak, abgtuah, apai,sekupang dua, ikan masin, dulani’s blood dan lain-lain lagi kerana aktif memberi komen-komen di laman web ini.

Segala komen tidak kira datang dari pro-kerajaan atau pro-pembangkang akan diterbitkan asalkan ia tidak mempunyai unsur yang berbaur perkauman. Kepada para pembaca pro-pembangkang, terima kasih kerana sudi melayari laman ini. Komen-komen anda amat saya hargai.

Wasalam

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Ucapan perhargaan dan terima kasih

  1. Salam Moderator,
    Mamak doakan agar blog ini jadi pemangkin untuk blog-blog UMNO yang lain dalam isu liberasasi pemikiran.Semoga berjaya ke ‘ A Million Hit ‘ seterusnya!.Wassalam.

    p/s:Jangan takutkan Sultan tapi takutkan pada Syaitan!.

  2. AbangTuah

    Salam Mr. Moderator…

    Kawan amat seronok dengan pencapaian hit weblog Pemuda Enggang…terima kasih kerana memberikan kesempatan dan lalui kepada semua penulisan, komentar dan ulasan kami. Inshallah kami akan terus bersama weblog ni sebagai sahabat maya.

    Aaa..lagi satu..tak lupa juga kawan ingin mengucapkan terima kasih kepada brokuntakinte yang telah juga menjadi tenaga penyumbang utama melalui penulisan beliau yang amat baik dan sesungguhnya beliau juga kami anggap sebagai pencetus inspirasi kami untuk terus berjuang.

    Wasallam..

  3. Apai Ngelai

    Salam Mr.Moderator,

    Terima kasih dengan wujudnya weblog seperti ini, sekurang-kurangnya ia dapat mengubah sedikit sebanyak persepsi negatif sekaligus ‘neutralize’ segala tomahan yang kurang baik untuk Umno sendiri.

    Tahniah juga buat Brokuntakinte, AbangTuah dan Mamak yang begitu banyak memberi sumbangan melalui beberapa fakta, hujah-hujah mahupun maklumat yang jarang diketahui serta tidak terfikir oleh kami para pembaca sebelum ini.

    Semoga melalui pandangan dan komen semua, weblog ini akan terus menjadi pilihan para pembaca lain dalam membincangkan serta menilai perjalanan politik semasa melalui penulisan dan kritikan di Blog Pemuda Enggang, insyaAllah.

    Wassalam.

  4. mok

    Tahniah kepada moderator, krew dan UMNO Jln Enggang sendiri. Amat bagus kewujudan blog ini, dapat rasionalized pembaca-pembaca yang disogok oleh pandangan jumud sebelah pihak oleh laman-laman blog mereka sahaja. Kelainan di sini adalah demokrasi menulis yang amat hebat diamalkan oleh moderator. Bagi isu tertentu.. terpaksa akur bahawa manusia ini serba lemah dan tidak lepas daripada melakukan salah dan silap.Tidak salah mengakui dan membaiki.. tetapi bagi yang hak.. mesti dipertahan biar sampai putih tulang.

    [Kagum semangat Patriotisme rakyat Thailand dan Kemboja. Demi mempertahankan kuil purba yang bertindih wilayah.. kedua-dua bala tentera telah siap menghunus senjata. Mungkin kita perlu belajar bagi menangani tuntutan tidak berasas Singapura atas isu EEZ…].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s