UMNO Dan PAS Dibubarkan

Menyusul isu muzakarah-muqabalah, hari ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Selepas tiga hari pemimpin kanan PAS bertemu dan tiga hari selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang menyentuh isu syor muzakarah-muqabalah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan manamana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Ke-37 di sini.

Nik Abdul Aziz memberitahu, UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di manamana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata, dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya. – mstar

nota: Penulis berpendapat tidak perlu UMNO dan PAS tidak perlu dibubarkan bagi mewujudkan kerjasama politik sekiranya perlu diadakan. Sebaliknya keterbukaan di dalam perjuangan parti masing2 hendaklah dilaksanakan. Permasalahan isu muzakarah atau muqabalah sekarang ini adalah kerana sikap dan pemikiran sempit beberapa individu dari kedua-dua parti yang menganggap kerjasama pas/umno melalui muzakarah/muqabalah ini sebagai satu ancaman kepada kedua2 parti dan secara tidak langsung ancaman kepada individu tersebut.

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

17 responses to “UMNO Dan PAS Dibubarkan

  1. udajagong

    Pucuk pimpinan kedua-dua Parti perlu mendalami cadangan DNAANM kerana ia melibatkan banyak perkara terutama dari soal kepimpinan, harta benda dan pelbagai lagi.

    Sungguhpun begitu, cadangan yang dikemukakan menunjukkan kesungguhan untuk merapatkan hubungan ahli kedua-dua Parti dan rakyat serta untuk memelihara, menegakkan agama suci Islam.

    Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan sekiranya inginkan kejayaan dan mencapai cita-cita penyatuan umat di negara ini.

  2. juling

    nak tidor sebantal macamana??? nanti mimpi tak sama…..umno kan parti perkauman tegar..sanggup mempertahankan melayu walaupun melayu tersebut melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Agama …..umno itu bukanlah untuk melayu dan melayu itu tak semestinya umno……

  3. tubir

    isu umno dan pas ni macam anjing dan babi yang mengaku dirinya suci dan halal,walhalnya semua orang tau ia nya memang dah haram lagi najis besar pada orang islam. Cadangan untuk bubar dan satukan lebih kepada gimik politik semata mata bukan iklas pada ugama islam .apa salahnya nama pati ?,Umno ke pas ke .lihatlah bangsa lain metalamatnya satu ,walaupun dalam BN ke atau luar BN ke Tujuan mereka adalah sama saja . Kemana pun sokong mereka akan dapat yang baik ,tidak seperti orang melayu atau islam akan kehilangan sesatu untuk jaga hati orang lain . Kami dah bosan dan sakit hati .

  4. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Andainya tidak mustahil ianya berlaku, wujudkanlah gabungan kedua parti tersebut dengan nama ‘Parti UMpaNs’ dengan motto ‘mengumpan dan terumpan’.
    Melalui dasar politik parti masing-masing, kita dapat melihat adalah sukar untuk keduanya bergandingan di bawah satu payung yang sama.

    Kerjasama dalam politik tidak semestinya hanya dapat dimulai dengan peleburan identiti parti masing-masing. Setelah begitu lama wujudnya kedua parti terbesar Malaysia ini, bukanlah satu tugas yang mudah untuk mencampur-gaulkan permikiran rakyat negara ini yang sudah sebati dangan ideologi Parti masing-masing.

    Hakikatnya, bukanlah identiti Parti yang menjadi punca permasalahan ketidakpersefahaman dalam politik tetapi asas pemikiran kitalah yang meletakkan di mana kita sebenarnya. Ia bergantung dari manakah arah pandangan kita datang dalam pelbagai isu, baik dari sudut positif mahupun dari sudut negatif.

    Penggabungan kedua Parti pada ketika ini bukanlah satu penyelesaian yang mudah dan mungkin bukan juga satu keputusan yang bijak pada pandangan saya secara peribadi, kerana kita tidak tahu kesan-kesan dan impak ke atas para penyokong yang sememangnya lebih selesa dalam menentukan isu politik melalui pendekatan dan cara masing-masing.

    Bolehkah kita mengandaikan bahawa penggabungan ini boleh berjalan dengan mudah dan lancar tanpa perlu adanya kompromi dengan pendirian ideologi bekas parti masing-masing? Jika ya, maka tidak seharusnya menjadi masalah kedua Parti ini untuk berbumbung di bawah satu naungan yang sama. Jika tidak, eloklah dibiarkan sahaja keadaannya biarlah kita menilai sesuatu melalui cara dan pandangan masing-masing asalkan ianya tetap sampai kepada tujuan yang sama.
    Bukankah kepelbagaian itu kadang-kadang mendatangkan kebaikan juga? Ini adalah kelebihan yang jelas kerana kita dapat menilai pelbagai isu-isu politik melalui perspektif yang berlainan – lebih luas pemerhatian kita maka lebih banyak kekurangan dapat dilihat.

    Semoga para pemimpin kita bijak membuat satu keputusan yang terbaik untuk rakyat agar suasana suram perhubungan kedua Parti dapat dicerahkan semula.

    Wassalam…

  5. Cerdik berharga,cerdik mengapu

    Tak perlu Bubarkan PAS & UMNO,
    Dari kaca mata fazikal UMNO yang Nazak,PAS dah Lama rasa Keperitan Yang Di Buat oleh UMNO (Kerajaan Pemeritah)Rakyat dah Celik,
    Waktu ini yang di Tolak Oleh Rakyat dalam PRU 12 ialah UMNO.
    PAS,KEADILAN,DAP Adalah Parti Yang Berdaftar untuk Politik Malaysia.

  6. bobsepi

    Saya adalah rakyat biasa yang peka akan keamanan lebih2 lagi penyatuan yang mantap, diantara dua parti, yang begitu lama, acap kali menceritakan pekara2 yang perlu untuk rakyat, masing2 mempunyai sesuatu yang bernas ,bagus sekali jika di adunkan menjadi resepi yang bolih dirasa atau setidaktidak nya dijamah olih kami,yang saya perhatikan sekarang sudah melebihi 100hari , masih bertelingkah tanpa penyelasaian, dengar2, kan perhatikan jangan sampai ada pihak yang mengambil kesempatan dari kekeruhan ini mereka juga peka dan bertepuk tangan sambil bersorak2 tanda berjaya.kesian kami2 ni , memendam rasa saja

  7. bobsepi

    try je dulu

  8. AbangTuah

    Salam…

    Pada tilekan kawan bukannya UMNO yang terdesak, yang banyak kecundang semasa PRU 12 adalah parti komponen BN. Ahli UMNO yang suka terlena..’complacent’ dan ‘over confident’ semasa PRU 12 telah terkejut badak…,lantas lintang pukang bangkit bagai cendawan tumbuh melata, merata-rata, dengan keris kontot yang terhunus, kembali berjuang dengan niat memartabatkan bangsa dan agama.

    Pada pandangan kawan UMNO dan BN tetap akan bangkit di PRU 13..tak perlu khuatir..tak perlu risau..tak perlu gundah..tak perlu sedih…walau pun mungkin tidak segagah..tidak sehebat dulu-dulu.

    Yang masallahnya sekarang ialah kesedihan UMNO melihat nasib bangsa melayu di kawasan yang telah terjajah oleh pembangkang. Suara mereka semakin hilang..sayup-sayup saja kedengarannya..seolah merintih…menangis minta di kasihani…,jati diri pula semakin nazak..seakan menghembus nafas yang akhir dan hak-hak meraka semakin tercabar..seolah tercabarnya negeri Melaka dek Portugis dan Belanda..

    Pada pandangan kawan, sekarang parti X dan Y lah sebenarnya yang kian hari kian getir…kian kepanasan…kian kegelisahan…kian terkapai-kapai…kian tersepit..ya…!! tersepit ditengah-tengah gelanggang politik bangsa, tersepit diantara kebenaran dan kebatilan..tersepit diantara penyatuan dan perpecahan..tersepit diantara kebijaksanaan dan kebodohan..tersepit diantara mabuk dan kebingungan..tersepit diantara bangsa dan agama..tersepit diantara kapirun dan zalimin…tersepit diantara maruah dan takabor.

    Kerana apa!!…kerana apa!!…jawapannya mudah…kerana gagal menempatkan diri dengan sempurna digelangang yang betul…digelangang yang wajar…digelangan yang benar..digelangang yang sepatutnya….digelangang perjuangan yang sebenar-benar hakiki…

    Pandangan kawan penyatuan kedua parti akan memberikan impak yang besar kepada negara dari segi keharmonian hidup didalam masyarakat majmuk dan kejatuhan ekonomi orang melayu sendiri.

    Langkah yang paling wajar dan praktikal bagi PAS adalah menempatkan diri semula dikalangan BN…tidak mengapa apa salahnya terjerumus kedalam najis BN kerana PAS pun keluar dari najis PR…

    TamingSari baru perasap..bisa..bisa..bisa..keh..keh..keh

  9. ikanmas

    Assa’kum,

    Hisss…bisanya Taming Sari AbgTuah ni ye…rmai pjuang yg dh terkorban, hi..hi..hi. Ha…siapa lg yg berani…

    Sr’nok gak nk tgok kris kunta kinte pula menari yek..

  10. ashrof1

    KERIS sedang diasapkan…bakal ada yang mati ditikam (dari belakang)….harap2 jangan senjata tu makan tuan sudah lah ye…

  11. penyapoo

    kunta kinte mane pakai keris, dia pakai tombak @ sumpit, sama cawat adelaa pahtu naik kapal

  12. 3ang

    Jangan salahkan parti hingga nak buang nama parti yang selama ni daripada nenek moyang kita dahulu, ingatlah detik perjuangan nenek moyang kita dulu, susah payah mereka berkerja keras sehinggalah mereka dapat menyebut perkataan “merdeka” sebanyak 3 kali tapi sewenang-wenangnya kita nak ‘nyahkan’ nama parti yang sememangnya parti turun-temurun….cuma yang ingin kawan katakan jangan salahkan parti tapi cermin dulu diri kita, adakah perjuangan kita sekarang sama dengan perjuangan nenek moyang kita dulu, sudah tentu ‘tidak’, perjuangan sekarang bukan untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri, ada yang sanggup menggunakan politik kotor seperti politik wang, mengunggut, menindas orang bawahan sehingga mereka merasakan diri mereka ibarat ‘burung dalam sangkar’. Ingatlah! tidak semestinya kita berlainan parti kita tidak boleh bersatu-padu, kesiankan rakyat dibawah, dan fikirlah kemana hala tuju generasi akan datang serta negara agar rakyat dapat hidup dengan tenang dan aman….

  13. anti balun belakang

    keris yang suka tikam belakang keris PKR la… x caya tanya presiden…. Dah nmpk sgt PKR & DAP x dpt terima kenyataan kalau UMNO & PAS bergabung… Yela ibarat baru bernikah bini dah kena bawak lari…. lepas ni mana2 negeri yang PKR dapat aritu sila2 la angkat kaki pasal xde pun yang PKR boleh menang tanpa PAS & DAP… DAP maybe boleh dpt Pulau Pinang tp PKR telan habuk jela…. Bila menang x seberapa sibuk berangan nak jd PM…. Kekawan kat pakatan yang lain pun x calon kan presiden korang tu… Ibarat angkat bakul sendiri jer…. Sedor2 lah yer….

  14. Yeop KK

    Tak perlu bubarkan parti, sebab UMNO dan PAS mempunyai sejarah masing-masing. Apa yg perlu hanya keikhlasan dan mengaku kesilapan diri sendiri. Mungkin cara ini dapat merapatkan balik hubungan diantara kedua-dua parti.
    Tak rugi PAS bergabung dengan UMNO sebab
    Pertama
    Selama ini PAS hanya dapat tawan Negeri Kelantan sahaja. Ini bukan kerana orang melayu dah menyokong perjuangan PAS, sebab Negeri lain termasuk Terengganu tetap memilih BN.
    Kedua
    Kemenangan PAS didalam PRU12 diatas sonkongan BA, bukannya kehebatan diri sendiri. Kita sedia maklum DAP terus terang anti Islam dan PKR pula memperjuangkan nasib ketua mereka. Macammana PAS dapat memperjuangkan sinar Islam dengan kedua-dua parti itu yg tidak sehaluan?
    Maka dengan itu lebih baik bersama BN sebab UMNO pun orang melayu dan islam. Sakiranya terdapat kesilapan dipihak UMNO, PAS bolih menegur dan bagitu juga sabaliknya. Sakurang-kurangnya kita dapat bermuzakarah dan bermukhabalah sesama kita. Selagi kita didalam sunah-waljamaah, nescaya kita dapat leraikan kekusutan yg sedia ada.
    Kita juga tahu didalam parti komponen BN terdiri berbagai parti yg mewakili etnik masing-masing termasuk di Sabah dan Sarawak. Mereka adalah golongan sederhana, mereka juga sukakan keamanan dan mereka juga tidak menghalang kita memerintah secara islam berbanding dengan BA. Apalagi yg PAS mahukan?
    Untuk itu marilah kita berdamai dan buangkanlah yg keruh dan ambil yg jernih moga-moga kita dapat bersama-sama memperjuangkan nasib anak cucu kita dimasa akan datang, bagitujuga dengan nasib negara kita yg tercinta.

  15. apa sebenarnya tujuan umno berpakat dengan pas ni.. jika bukan kerana kemenangan tipis dan terasa tergugat ketika ini.. minta maaf cadangan muzakarah ini timbul.. semasa BN menang 2004 dulu pernahkah cadangan seumpama ini ditawarkan? dulu masa senang tak tengok orang susah, sekarang dah nak tumpas nak berbaik2 pulak… hah jelas sangat bukan dari hati tapi dari fikiran, ingat! fikiran ini sentiasa berubah-ubah ikut suasana sekeliling..

    pas dan umno jauh beza.. menteri pas boleh pegang tukul baiki bumbung rumah, tapi menteri umno siram bunga pun belum tentu..

  16. Yeop KK

    aku tak heran orang macam dulani blood menentang rancangan perkongsian pendapat
    diantara PAS dan UMNO kerana kita tak tahu siapa dia sabenarnya. mungkin dia bukan orang melayu atau islam kerana jika benar dia orang islam tentu dia tidak akan menentang jalan kebaikan. cuma DAP dan PKR yg takut dengan pengabungan kedua-dua parti tersebut. kita sedia maklum siapa DAP sabenarnya, parti yg anti islam dan PKR pula parti yg bukan 100% melayu dan islam

  17. 3ang

    Tak payahlah nak bubarkan ape-ape parti sekalipun, sama je…. yang penting ikhlas nak bantu rakyat kat bawah…kesiankanlah rakyat semua yang tertekan dengan apa yang berlaku sekarang ni, susah sangat bergabung duk semeja sama-sama bermuzakarah atau bermuhabalah agar setiap masalah dapat dirungkaikan dan diatasi, rakyat pun senang hati xlah ‘terperuk hati’…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s