penulis baru menerima berita bahawa bekas Ketua Umno Bahagian Ampang YBhg Dato’ Setia Hj Mufti Hj Shuib baru sahaja meninggalkan dunia. Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.
Daily Archives: July 29, 2008
UMNO perlu dengar suara akar umbi
sedikit liputan akhbar sinar harian mengenai persidangan cawangan Jalan Enggang tempohari
TAMAN KERAMAT – UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.
Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.
Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.
Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.
“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.
“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.
Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.
Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.
“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.
Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.
Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.
“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.
“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Ucapan bekas Presiden MCA dan MIC
utk renungan buat para pembaca. sumber dari drkhir.com
Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on special Previleges” dalam pada 30 april 1969, berkata:
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.”
[Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.]
– Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39.
UCAPAN PRESIDEN MIC merangkapMENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, “We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens…
As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”
[Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?
Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?
Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara.”
Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”] – Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari
HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter – penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.
Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.
Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.
Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.
Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.
Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.
Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.
Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec), Chakib Khelil, Sabtu lalu.
Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.
‘Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya.
‘Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,’ kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu.
sumber klpos.
nota: Penulis kini menagih janji kerajaan BN yang berjanji akan menurunkan harga minyak sekiranya harga setong dikurangkan. Negara jiran Singapura sudah mula menurunkan harga minyak.Bagaimana pula dengan Malaysia??…Kepimpinan yang tidak proaktif seperti inilah punca rakyak kurang yakin dengan kerajaan BN. Sepatutnya negara kita dahulu yang turunkan harga minyak dan bukannya negara jiran yang sememangnya mengimpot minyak 100%.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
UMNO Perak tawar bentuk kerajaan baru dengan PAS
Penulis merujuk kepada muka depan utusan hari ini mengenai tawaran UMNO Perak untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Perak bersama dengan PAS. Alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak. Bukan omongan kosong untuk mengajak ADUN PAS melompat. Perlawaan yang dibuat ini adalah perlawaan formal dari UMNO sendiri. Kini terpulang kepada pihak PAS untuk bersetuju atau tidak. ‘Abang Long’ Pakatan Rakyat iaitu biaDAP kini sudah panas punggung akibat tersebarnya kisah muzakarah UMNO-PAS. MB Kedah sendiri telah memberi amaran kepada DAP. biaDAP yang kini sedang risau akan masa depan pemerintahan belakang tabir mereka di Perak dan Selangor. Ini kerana melompatnya ADUN PAS makan robohnya kerajaan Pakatan Rakyat.
Penulis amat bersetuju sama sekali sekiranya PAS menerima tawaran UMNO Perak. Lihatlah di satu sudut yang lain dalam kerjasama politik ini. Memang diakui UMNO pernah membuat silap kepada PAS satu ketika dahulu. Tetapi ambillah ia sebagai satu iktibar.
Sehingga kini, PKR masih membisu mengenai isu PAS dan UMNO ini. Kita tunggu reaksi dari pihak mereka. Ini kerana perjuangan PKR hanyalah satu iaitu untuk menjadi DSAI sebagai PM Malaysia. Kita tunggu tarikh 16 September dan marilah kita lihat siapa yang bakal melompat.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda