Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari

HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter – penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.

Harga minyak boleh jatuh ke paras AS$70 dan AS$80 setong jika dolar Amerika terus kukuh dan kebimbangan mengenai Iran berkurangan, kata ketua Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (Opec),  Chakib Khelil, Sabtu lalu.

Berita penurunan harga minyak petrol semalam melegakan para pemandu, terutama seperti  Muhd Fuzail, yang perbelanjaan kereta beliau mencecah sekitar $500 sebulan.

‘Oleh kerana saya perlu menggunakan kereta untuk ke sana sini dalam menjalankan tugas saya, tentunya penurunan harga minyak menggembirakan saya.

‘Saya harap harga minyak akan terus berkurangan,’ kata pegawai teknikal berumur 32 tahun itu.

sumber klpos.

nota: Penulis kini menagih janji kerajaan BN yang berjanji akan menurunkan harga minyak sekiranya harga setong dikurangkan. Negara jiran Singapura sudah mula menurunkan harga minyak.Bagaimana pula dengan Malaysia??…Kepimpinan yang tidak proaktif seperti inilah punca rakyak kurang yakin dengan kerajaan BN. Sepatutnya negara kita dahulu yang turunkan harga minyak dan bukannya negara jiran yang sememangnya mengimpot minyak 100%.

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

17 responses to “Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari

  1. Anti U M N O

    Selagi UMNO memerintah Malaysia, jangan haraplah harga minyak ataupun semua barang turun. UMNO jangan tahu menindas tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.

  2. penyapoo

    tungu! lihat! dengar! terima dan bayarjer

  3. keris silau

    Assalamualaikum…

    sehingga Jumaat lepas, harga pasaran minyak dunia telah menyusut ke paras USD120 setong. ini maknanya penurunan sebanyak USD20 setong.
    berdasarkan harga semasa ini, aku rase harga seliter minyak setelah ditukar ke Ringgit ialah RM2.58 seliter.
    harga sekarang RM2.70 seliter, ini bermakna, rakyat malaysia telah membayar lebih 12 sen seliter dari harga pasaran, dan ini juga bermakna, tiada subsidi minyak telah dikeluarkan oleh kerajaan.
    janji yg telah diutarakan oleh dato’ shahrir samad semasa ditemubual oleh TV3 ekoran kenaikan myk jun lalu, bhw kerajaan akan sentiasa mengkaji harga myk dari semasa ke semasa dan akan sentiasa mengambil harga global semasa utk dijadikan rujukan harga minyak di malaysia. kerajaan juga berjanji masih ingin mengekalkan subsidi 30 sen seliter walau berapa jua harga minyak global.
    oleh itu, mengikut pemahaman dan perkiraan matematik mudah, jika harga global minyak ialah RM2.58 seliter makanya, ditolak lagi subsidi 30 sen oleh kerajaan, akan kite hanya perlu membayar RM2.28 seliter.
    jika ini dapat dilakukan kerajaan, adalah sesuatu yg amat disenangi rakyat dan dijangka mampu meningkatkan semula keyakinan rakyat kpd pemerintahan sedia ada. namun sekiranya kerajaan memutuskan tiada subsidi utk myk dn hanya menurunkan pada harga asas pun sudah dikira amat baik…
    wahai ahli2 UMNO dan BN yg setia, suarakan la suara2 kamu agar harga minyak di Malaysia diturunkan. kerna hanya suara2 kamu shj yg amat ditakuti oleh pemimpin Malasyia sekarang.
    nah, inilah masanya, kamu berjuang demi bangsa dan rakyat.
    tiada alasan lagi utk mengkaji kestabilan harga minyak, janji adalah janji dan jgn diingkari janji itu, kerna sesungguhnya munafik lah mereka yg memungkiri janji. jgn menjadi seperti dikatakan kepada pembangkang, hanya pandai berjanji kosong…

    ayuh Tuah, kuntakinte, mok, big8 dn rakan2 fanatik UMNO, inilah medannya berjuang utk bangsamu…

  4. pemudaumno

    penulis bersetuju dengan keris silau,

    kegagalan pihak kerajaan utk bersifat proaktif di dalam perkara yang melibatkan rakyat secara langsung seperti harga minyak telah menyebabkan rakyat berasa kurang senang dengan pentadbiran kerajaan pada hari ini.

  5. waris79

    kerajaan nak turunkan harga setiap 1hb setiap bulan! macam mane klau harga minyak naik semasa hujung bulan adakah harga mintak akan turun jugak…
    kerajaan perlu peka dengan isu ini kerana isu ini isu rakyat…
    semue mengunakan minyak..
    jadi kite contohi singapura dalam hal ini, yang baik kite ambik, bukan semue mereka buat tuh salah, ini untuk kebaikan semue tak kire parti mane sekalipun…
    mengenai isu minyak nih boleh buat negara dalam kacau bilau, jika dimainkan oleh parti pembangkang lebih2 lagi DSAI yang memang sedap kita dengar. pandai cakap lagi pandai membohong….

  6. keris silau

    Assalamualaikum…

    ketemu sekali lagi. pada hemah aku, isu minyak bukan lah pokok pangkal segalanya. namun itulah yg menjadi bebanan rakyat dewasa ini. bukan niat utk tidak mensyukuri nikmat tuhan, tetapi hanya mengeluh akan ketidakupayaan pemimpin yg dilantik dlm menangani masalah rakyat…
    namun rakyat malaysia masih betuah tidak diuji tuhan dgn bermacam2 bencana alam seperti negara2 lain. walau diuji dgn kenaikan harga minyak yg secara langsung menaikkan harga barangan lain tidaklah seteruk bencana2 yg melanda negara2 lain, namun jika ianya tidak ditangani dgn telus dan pintar dari kerajaan, kesannya kpd rakyat akan sama hebat sperti kesan akibat bencana alam. kemelesetan ekonomi, peningkatan kpd taraf hidup yg sekaligus meningkatkan inflasi dan kemelutan politik yg tidak stabil.
    jika kita lihat dewasa ini, tidak byk yg dapat kita lihat perubahan dlm ekonomi negara baik pembangunan negara mahupun peningkatan taraf hidup rakyat. sebaliknya, kita diselubungi dgn bermacam-macam isu kontroversi yg hangat diperkatakan sekarang. ini sedikit sebanyak berjaya mengalihkan perhatian segelintir kita yg fanatik kepartian dlm memerhatikan isu2 yg lebih penting.
    dilihat, sepertinya pentadbiran sekarang semakin gagal mengawal keinginan yg meluap-luap dari segelintir rakyat yg mungkin sudah sedar atau mugkin telah dibasuh oleh sesetengah pihak pemikiran mereka.
    ape pun, usahlah terlalu difikirkan sangat hal2 berkaitan anwar. biarlah ape pun jua muslihat (jika itu yg kerajaan katakan) yg cuba anwar sampaikan kpd rakyat. utamakan dahulu kepentingan rakyat, jika ada muslihat anwar yg boleh dipakai, gunakanlah sbg senjata utk menentangnya kelak. jadilah proaktif bermula dgn anjakan paradigma.
    jika Allah mengkehendakkan anwar menjadi PM malaysia, bangkang la bagaimana cara sekalipun, akan tetap jadi PM juga anwar kelak. dan sekiranya tidak Allah berkati usaha anwar itu, maka takkan jadi la anwar PM malaysia ke-6.

    semoga rakyat Islam Malaysia tidak menjadi kaum yg dimurkai Allah… insya Allah…

  7. Big8

    Salam Keris Silau dan rakan2,

    Sebenarnya saya amat teruja menanti keputusan pihak pemerintah. Bukan apa, apakah mereka benar2 mahu menunaikan janji yg telah dibuat. Tetapi saya kurang pasti bila keputusan penurunan ini akan dibuat. Yang mengecewakan saya kenapa PM kata 1 september nk tgk balik. Saya kurang setuju dgn keputusan dari pihak atasan. Maaf. Kenapa pendekatan ini tidak diambil semasa menghadapi kenaikan minyak dahulu. Kenapa begitu mudah menangani kenaikan dari menangani penurunan. Adakah dgn penurunan ini, Kerajaan merasa susah. Mungkin. Apa yg membimbangi saya sekiranya penurunan dibuat, apakah rakyat akan terus memperolehi rebet. Apakah mungkin rebet itu dikurangkan. mungkin terlalu banyak pertikaian sehingga terpaksa menunggu sehingga awal september. Mungkin berlarutan sehingga oktober atau disember. Atau menunggu DSAI yg mengumumkan. Hehe.. Menurut apa yg pernah saya baca, penganalisis menganggarkan harga minyak akan turun sehingga $75 setong berakhir disember ini. Apakah tidakan barisan pimpinan negara. Adakah saudara DSAI terlebih dahulu megetahui perkara ini dari sahabat2 luar beliau. Mungkin. Kerana beliau amat gemar memainkan isu minyak sepanjang kempennya untuk mencapai cita2. Cita2 yg telah laama tertangguh. Adakah beliau akan berjaya?

  8. waris79

    selalunya org yang terdesak dan tertekan akan termakan dengan pujuk rayu DSAI tuh..
    menjanjikan bulan dan bintang lah untuk mendapatkan kuasa…
    dah macam sang romeo ingin memikat sijelita dah dapat nanti ditinggalkannya tanpa sebarang berita…
    klau nak dibandingkan kehidupan disini dengan negara lain dalam asia amat jauh sekali….
    cuma takut kalau kita terlalu leka negara kita akan tergadai oleh orang melayu sendiri yang mengkhianatinya…..
    diharapkan agar kita akan bersatu semula waima ingin bersatu dengan PAS sekalipun janji melayu takkan hilang didunia…
    cukupla singapura…
    cukupla p.pinang…

  9. waris79

    PERHATIAN!!!
    Diharap tuan-tuan dapat hadir ke rumah Dato Mufti Bin Shuib pada hari ini untuk bacaan Tahlil hari yang ke-7pemergiannya ke Rahmatullah…

  10. AbangTuah

    Salam keris silau…

    RM 2.28 – RM 0.45(rebat) = RM 1.83…YAAAHHHHHHHHHHUUUUU..rendahnya harga minyak di Malaysia…

  11. keris silau

    salam AbangTuah,

    itu hanyalah mengikut perkiraan mudah. kirenya harga asas minyak dunia sekarang tanpa subsidi kerajaan adalah RM2.58 seliter. jika kita tolakkan harga minyak Malaysia dan harga asas (ikut kiraan aku), maka kerajaan dapat untung 12 sen seliter daripada rakyat malaysia.
    aku sokong pandangan big8, knp ketika krisis kenaikan harga minyak dunia, kerajaan terlalu mudah menaikkan harga minyak tanpa menilai kemampuan rakyat bawahan. dan kini di saat harga mula menunjukkan penurunan, kerajaan LAMBAT mengambil tindakan sedrastik kenaikan, dan pastinya sekali lagi, kepentingan rakyat dibelakangkan. tertarik dgn kenyataan Pak Lah dlm akhbar hari Jumaat lepas. beliau akan gembira jika harga minyak dapat diturunkan, tetapi….. knp mesti ade tetapi lagi? mungkin masalah ekonomi/kewangan negara adalah tidak semudah yg kita sangkakan, namun itulah janji yg telah dikatakan. nah, inilah masanya janji dikotakan. jgn pula nanti semakin ramai yg akan berkata, Kerajaan BN tidak kotakan janji, sama mcm parti pembangkang. adakah itu yg kerajaan ingini?
    pasal rebat tu, aku rase terpulang kpd kerajaan. jika ketika harga minyak tinggi ditambah subsidi 30 sen, kerajaan masih mampu beri rebat, takkanlah kalo jual minyak RM2.58 tanpa keluar subsidi minyak, kerajaan tak boleh bagi rebat. apepun, rebat bukanlah persoalan utama. pokoknya, adekaha kerajaan akan tunaikan janjinya dlm isu minyak ini. rasenya bila minyak dah murah, tiada sape dok sibuk pasal rebat.

    p/s: aku tak jaki pun kalo tak dapat rebat asalkan, kerajaan tunai janji.

  12. aloooo GENG APA LAH HANGPA NI!

    keris sialau ngan pig 8

    KALAU DAH RASA KAT SINGAPORE TU MURAH …PI LAH BELI MINYAK KAT SINGAPORE…. lagi pun hangpa pun memang kaki taik minyak…he he he! kan selalu jual minyak !

    satu lagi DSAI pun boleh boikot tapi tak jugak dia pegi merata naik kereta jugak… pegi INDIA naik kapalterbang…minyak jugak.., pegi AMERIKA, pegi ISRAEL, pegi Jumpa Zionis…ehhh semua pakai minyak ler brader bukan boleh pakai air kencing keris salai atau little 8, boikotler brader! jalan kaki jer tak pakai minyak..ala itupun boleh tipu bukan semua pengikut nya pandai…macam perhimpunan bersih dulu tu …suruh orang berjalan keliling KL tapi dia tunggu kat hujung jer.. depan istana depa apa tau..depa ingat dok berjalan sama depa…he he he…depa

    takat cakap aku pun boleh turun rega minyak 3kupang setong!…cakap jer ler… he he he eh”

  13. AbangTuah

    Salam..

    Maaf Sekupanduas..Big8 tu geng kita…bro silap tembak…

  14. keris silau

    Assalamualaikum sekupangdua…

    terima kasih atas komen ko tu. aku tergelak juga kerna first statement ko tu, “KALAU DAH RASA KAT SINGAPORE TU MURAH …PI LAH BELI MINYAK KAT SINGAPORE….”. tak pastilah aku samada aku ni dah nyanyok atau dah rabun tak leh baca tulisan sendiri. takde rasanye aku kata contohilah singapore atau aku puji tindakan singapore kerana turunkan harga minyak. diorang nk turun ke, nak naik ke, aku tak de hal ngan diorang. sbb aku tinggal kat Malaysia dan kerajaan Malaysia ada berjanji akan menyelaraskan harga minyak pada harga global. tak kire turun ke naik ke, kerajaan akan tetap bagi subsidi 30 sen seliter. kalau kata harga naik lagi, harga kat malaysia akan naik juga (tapi rasenya takyah tgu lama2), dan kalau harga turun, harga akan turun juga la (itu kalo ikut statement yg kerajaan sokongan ramai cakap).
    aku peduli apa, pasal anwar naik jet ke naik tongkang ke, dan aku tak juga fanatik kpd si anwar tu. aku juga tak peduli, pak lah naik jet canggih ke sana sini, beli durian berjuta-juta RM utk rai tetamu luar. tak juga aku kisah, exco t’ganu naik mercedes (yg sure myk lagi tgi banding perdana) ke hulu ke hilir nak jumpa rakyat.
    aku hanya fikir tentang rakyat Malaysia yg berpendapatan rendah menangani krisis minyak global ini.
    mmg cakap itu mudah dari melaksanakan. skang ni bila harga global turun, susah nak turunkan harga kt malaysia. kita tgu pulak bila tiba2 harga naik balik, btp mudahnya kerajaan ckp masalah global.

    p/s: adakah bangsa sekupangdua ini sudah cukup mewah? kerana isu minyak ini seolah-olah bukan isu besar bagi bangsa sekupangdua. naik ke turun ke, janji kerajaan sokongan sekupangdua yg perintah…
    simpati dgn big8 yg sememangnya pro-UMNO dikata ‘pig’ oleh sekupangdua…

  15. Big8

    Salam ..

    pig 8..hehe saudara tahu ke maksud 2.. hehe.. sesungguhnya kemuliaan seseorg tidak terletak pada partinya, tetapi pada hatinya..

  16. AbangTuah

    Salam..

    Big8..harap awak bersabar ye…awak pernah nasihat kawan bersabar…di Iraq dulu Jet pejuang British pun kena friendly fire oleh Amerika…kehkehkeh.

  17. naruto

    Salam,

    tunggu jelaa 1 september, kalau harga minyak dunia naik semula, harga minyak kat malaysia musti naik lagi pada 2 september hihihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s