UMNO Perak tawar bentuk kerajaan baru dengan PAS

Penulis merujuk kepada muka depan utusan hari ini mengenai tawaran UMNO Perak untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Perak bersama dengan PAS. Alhamdulillah, inilah yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak. Bukan omongan kosong untuk mengajak ADUN PAS melompat. Perlawaan yang dibuat ini adalah perlawaan formal dari UMNO sendiri. Kini terpulang kepada pihak PAS untuk bersetuju atau tidak. ‘Abang Long’ Pakatan Rakyat iaitu biaDAP kini sudah panas punggung akibat tersebarnya kisah muzakarah UMNO-PAS. MB Kedah sendiri telah memberi amaran kepada DAP. biaDAP yang kini sedang risau akan masa depan pemerintahan belakang tabir mereka di Perak dan Selangor. Ini kerana melompatnya ADUN PAS makan robohnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Penulis amat bersetuju sama sekali sekiranya PAS menerima tawaran UMNO Perak. Lihatlah di satu sudut yang lain dalam kerjasama politik ini. Memang diakui UMNO pernah membuat silap kepada PAS satu ketika dahulu. Tetapi ambillah ia sebagai satu iktibar.

Sehingga kini, PKR masih membisu mengenai isu PAS dan UMNO ini. Kita tunggu reaksi dari pihak mereka. Ini kerana perjuangan PKR hanyalah satu iaitu untuk menjadi DSAI sebagai PM Malaysia. Kita tunggu tarikh 16 September dan marilah kita lihat siapa yang bakal melompat.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “UMNO Perak tawar bentuk kerajaan baru dengan PAS

  1. Big8

    Salam kpd pembaca..

    Alhamdulillah..semoga kata sepakat yg dibuat akan menguntungkan umat Islam yakni Melayu. Semoga perjuangan mereka ikhlas untuk bangsa dan agama.

    Saya amat teruja menunggu reaksi keputusan pucuk pimpinan Pas. Sudikah mereka mengeratkan kembali tali persaudaraan demi untuk agama dan bangsa. Saya harap Pas tidak mengambil keputusan yg terlalu lama. Saya kuatir pihak yg kurang senang dgn perjuangan Melayu akan menghasut dan memecah belahkan kita semua. Saya juga amat kuatir para pemimpin Pas sudah enak dibuai dgn jawatan dan kuasa maka mereka akan lupa agenda perjuangan parti. Ini semua amat merisaukan saya. Jika sifat ini wujud dlm diri pemimpin2 Melayu, maka senanglah pihak musuh mengambil kesempatan.

    Sedarlah para pemimpin sekalian. Xkan nk bergabung sesama melayu sesama islam kita perlu memikir sehingga berbulan2 bertahun2..saya lihat proses penggabungan dgn DAP amat mudah. Senang saja. Boleh peluk2 pulak dgn puak2 kafir. Kenapa susah nk bersalam dgn sesama Islam. Fikir la utk agama dan bangsa. bukan berjuang untuk parti dan perut sendiri sahaja. Kesian waris2 kita yg akan mewarisi tanah air tercinta ini. Xkan kita nk lihat diorang menjadi penumpang kt tanah air mak bapak diorang…Entah la

  2. ali bin abu

    Aswbt dan salam sejahtera, ku panjatkan syukur ke hadrat Allah swbt yang telah mula membuka hati pemimpin2 Melayu untuk memulakan sesi perbincangan secara serius ke arah merungkaikan segala kemelut yang telah melanda umat Islam Melayu di bumi yang bertuah ini sejak sekian lama. Alhamdulillah doaku sejak sekian lama telahpun dimakhbulkan oleh Allah swbt akhirnya.

    Samada kita sedar ataupun tidak inilah di antara ujian daripada Allah swbt ke atas iman para2 pemimpin Melayu berugama Islam di negara kita. Kaum kafir sebenarnya telah berjaya memecah belahkan pemuafakatan di antara kita yang menganut ugama Allah yang maha agong ini. Ingatlah pesan Allah swbt di dalam kitab suci Al Quran, “Siapakah musuh kamu yang paling nyata? Jawapannya telahpun dijelaskan di dalam kitab suci tersebut.

    Cukuplah sudah persengketaan di antara kedua2 parti Melayu terbesar di negara ini selama lebih 50 tahun. Sedar ataupun tidak kita telahpun menghabiskan masa yang terlalu lama untuk bertelagah di antara satu sama lain, sehinggakan anak2 kecil yang bakal mewarisi kita semakin hairan dengan segala tindak tanduk kita selama ini yang seperti kata pepatah Melayu “Ibarat anjing dgn kucing yang tidak henti2 berbalah”. Yang semakin senang dan kaya kaum al-kafirun, yang semakin susah dan yang semakin rosak tahap iman mereka bangsa kitalah juga. Cukuplah ….. sudahlah ….. jadilah …. marilah kita bersama2 merangka kesekapatan ke arah Malaysia yang berwajah baru dgn nur Islam sebagai panduan kita.

    Wahai pemimpin2 negaraku Malaysia yang tercinta, buangkanlah yang keruh dan marilah kita bersama2 memulakan cara kehidupan yang sebenar seperti yang telah ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad saw. Marilah sama2 kita tunjukkan kpd. kaum alkafirun keagungan sebenar ISLAM seperti mana tercacitnya sejarah keagungan tamaddun ISLAM sebagai peradaban dunia yang terulung untuk semua umat manusia. Dengan lafas BISMILLAH HIRRAHMANIRROHIM marilah sama2 kita mulakan wahai pemimpin2ku …….

    Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
    PERAK DARUL RIDZUAN.

  3. Kuntakinte

    Salam, era baru dalam politik tanahair, bukan senang nak senang bukan susah nak susah.

    dalam isu ini, Bukan senang nak senang dan bukan susah untuk susah:-
    1. Pemimpin melayu kena tinggi kesedaranya kerana, ada pihak yang tidak akan senang hati dengan pelawaan ini terutama DAP, strategi baru perlu diatur oleh DAP bagi memastikan Melayu Islam tidak bersatu kerana sekiranya bersatu pasti terkubur parti perkauman seperti DAP.
    2. Pemimpin Melayu kena kuat semangatnya kerana akan ada dikalangan orang melayu sendiri yang tidak bersetuju dengan pengabungan ini terbukti report polis telah dibuat oleh Pemuda PAS di Kelantan.
    3. Pemimpin tertinggi kena cekal hatinya kerana, akan ada cucuk2 dari dalam kerana mengatakan apabila BN kalah di Perak baru nak bergabung, tetapi terbukti di Pahang BN menang, pelawaan disambut baik oleh MB Pahang.
    4. Pemimpin melayu kena muhasabah diri kerana sekali peluang keemasan ini dilepaskan akan gagal selama2nya penyatuan orang melayu.
    5. Pemimpin tertinggi perlu matang untuk menarik benang dalam tepung, agar bangsa lain yang berkecuali dan cintakan perpaduan tidak merasa teraniaya.
    6. Pemimpin tertinggi perlu menyeru dan senada agar semua bangsa melayu perlu hentikan sikap PHD nak menuju kesatu matlamat Melayu Islam perlu bersatu.

    Didoakan usaha2 ini akan menjadi kenyataan, dan kuntakinte merakamkan tahniah diatas kesudiaan kedua2 pemimpin tertinggi UMNO dan PAS mezahirkan putik2 perpaduan, Insayallah kalau tidak dipecah ruyungnya bagaimana hendak dapat sagunya.

  4. Kuntakinte

    salam, dah berlaku apa yang kuntakinte ulaskan, semalam berita TV3 Presiden PAS menolak kerjasama dan pengabungan kerajaan negeri bawah pemerintahan PAS termasuk Perak, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.

    Kuntakinte lihat terdapat permainan politik dalam apa jua isu yang berlaku terutama isu mukhabalah oleh pemimpin2 PAS, tekanan hebat dalam PAS dan pakatan membuat PAS hanya berpolitik untuk membuta kan mata rakyat seakan PAS yang jujur dan mencetus perpaduan melayu, keikhlasan tiada didalam membicarakan isu mukhabalah.

    Walau apa pun kita doa kan agar kedua2 pemimpin tertinggi UMNO dan PAS kuat kan semangat dan kuatkan keikhlasan hati demi perpaduan Melayu akan terzahir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s