UMNO perlu dengar suara akar umbi

sedikit liputan akhbar sinar harian mengenai persidangan cawangan Jalan Enggang tempohari

TAMAN KERAMAT – UMNO cawangan Jalan Enggang, Pusat Bandar Taman Keramat meminta pucuk kepemimpinan parti mengambil perhatian dan mendengar suara akar umbi.

Ini berdasarkan desakan ahli di peringkat bawahan mahu pemimpin atasan melakukan perubahan secara telus terutama melibatkan pencalonan dalam perebutan jawatan kali ini.

Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan itu, Ismail Ibrahim berkata, tindakan pucuk kepemimpinan parti membuat keputusan tanpa mendapat persetujuan ahli merupakan perkara yang sukar diterima.

Beliau memberi contoh, peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suatu keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada ahli.

“Tindakan ini tidak wajar. Ia seolah-olah menafikan hak ahli. Oleh itu, hak untuk menentukan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti hendaklah ditentukan oleh ahli.

“Ahli kini sebulat suara tidak menyetujui cadangan peralihan kuasa itu kerana tidak mengambil kira pandangan dan suara daripada ahli bawahan,” katanya pada Persidangan Tahunan Ke-14 UMNO Cawangan Jalan Enggang di sini.

Dalam persidangan itu, UMNO cawangan berkenaan mengusulkan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden UMNO bagi penggal 2008/2011 pada peringkat bahagian.

Ismail berkata, pencalonan kali ini mesti bermula dari bawah dan sekiranya parti memutuskan di peringkat atasan, keadaan itu sudah menyalahi etika parti.

“Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang amat mendukacitakan. Parti memerlukan nafas baru dan berani melakukan perubahan demi kebaikan parti dan bangsa. Pemimpin yang ada sekarang sudah tidak menunjukkan kepimpinan diharapkan dan perubahan ini yang ahli tuntut,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan itu berlaku pertukaran jawatan bagi kerusi Pengerusi Tetap UMNO cawangan Jalan Enggang yang disandang Mohamad Mohd Nor, manakala jawatan Ketua cawangan, Rosman Kassim masih kekal, dan timbalannya, Kamaruddin Bakar.

Mengenai UMNO yang semakin kehilangan sokongan daripada orang Melayu, Ismail berkata, parti itu masih utuh dan relevan.

“Punca parti ini lemah dan kurang mendapat kepercayaan ialah disebabkan kepimpinan yang ada sekarang, bukan batang tubuh parti.

“Apabila terdapat sikap pemimpin yang membelakangkan ahli dalam keputusan yang ada, timbul ketidakrelevanan parti itu kepada orang Melayu yang semakin bijak dan muak dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “UMNO perlu dengar suara akar umbi

  1. Nasro Abd Aziz

    satu tindakan yg berani dan terpuji…umno perlukan lebih ramai ahli seperti saudara saudara semua yg sayangkan umno termasuk saya sendiri.

  2. atasinchi

    satu usul yg memang amat diperlukan bg memulihkan maruah dan kedudukan UMNO dlm komuniti melayu, bahkan bangsa lain…
    namun, pastinye golongan pak turut dlm parti pasti tidak akan menyetujui cadangan ini yg mana tidak sealiran dgn cadangan “boss” aka org yg bg kedudukan kt mereka….
    hakikat yg perlu semua ahli UMNO terima ialah, pemimpin perlulah dilantik oleh ahli dan bukan individu tertentu…
    tidakkah ahli sedar akan situasi yg telah berlaku atas tindakan menentukan pemimpin bukan atas pilihan ahli…
    sedang tun mahathir sendiri mangakui kesilapan beliau dlm melantik pengganti beliau, adekah kite yg bijak2 ini tidak sedar akan hal itu?…
    tugas melantik bakal pemimpin bukan terletak di tangan satu individu, tetapi di tangan oleh ramai individu (ahli parti)…
    maka, bangkit la semua ahli UMNO yg sayangkan parti (jgn jadi ahli UMNO yg sayangkan individu)….
    bangkit dan tuntutlah hak anda sbg ahli dlm menentukan hala tuju parti kesayangan anda…
    jgn biarkan sekumpulan org yg sudah selesa berada di atas sana merampas hak anda….
    kerana mereka2 ini tidak mempunyai semangat cintakan parti, yg ada hanya kepentingan peribadi…
    pilih la pemimpin yg dirasakan mampu membawa UMNO kembali seperti era 4 perdana menteri terdahulu….
    jgn biarkan pemimpin yg bakal naik dipenuhi dgn kontroversi…
    carilah mereka yg bersih, cekap dan amanah (walaupun sukar mencari dlm dunia skrg)….
    bangkitlah…….

    p/s: jika zaman tun mahathir, sekiranya seseorang itu dilanda kontroversi (lihat kes dsai-liwat), pasti beliau tiada tempat dlm parti kerajaan mahupun dlm UMNO… tapi sekarang lihat la org yg dikaitkan dgn pembunuhan masih berada dlm kabinet, malah akan dinaikkan pula menjadi perdana menteri…

  3. insan

    sekali lagi tepat dan padat wahai atasinchi

  4. pemudaGOMBAK@ceri

    Tahniah.. Kepada UMNO Cawangan Jalan Enggang.. Saya membaca berita ini dalam Akhbar SINAR..(Sinar Biru Cair..) sedikit rasa bangga kerana selalu menjelajah web blog kendalian Pemuda cwgn tuan.

    Pada saya usul yg kalian ketengahkan perkara No.2, yang penting prinsip yg hendak tuan suarakan sebenarnya.. Politik itu bicara soal PRINSIP bukannya KEPENTINGAN..

    Kadang2 kita ni berpolitik membuta-tuli.. takut utk anti-mainstream.. kebanyakan kami di Gombak, umpama ayam sabung.. berkokok tinggi melangit, tapi negeri sendiri hampir tergadai.. masih tak sedar diri.. sibuk merebut jawatan. Apa saja cara, digunakan.. Yang teraniaya di abaikan.. Yang penting jawatan dalam genggaman.

    Semoga Tuhan merahmati usaha2 kita yang marhaen ini.. Aminn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s