Pemuda PAS buat laporan polis

sumber klpos

Dua cawangan Pemuda PAS Kelantan, hari ini masing-masing membuat laporan polis mendakwa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.

Ketua Pemuda PAS cawangan Kubang Kerian, Mohamad Nuri @ Nuri Mat Yaacob dan Ketua Pemuda PAS cawangan Kota Baharu, Mohd Baharuddin Mohd Noor, masing-masing membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada kira-kira 2.30 petang.

Mereka diiringi kirakira 15 anggota Pemuda PAS dari kedua-dua cawangan itu.

Tajol Rosli dalam kenyataannya semalam mengajak Pas bergabung membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil PAS akan terus memegang jawatan Menteri Besar dan keanggotaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) diagihkan mengikut kesesuaian antara parti gabungan.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohamad Nuri berkata, mereka membuat laporan itu bagi meminta polis menyiasat tawaran Tajol Rosli itu yang didakwanya berunsur rasuah.

“Ini satu budaya rasuah politik yang perlu dikekang kerana ia boleh menggugat kedudukan mana-mana pihak dan kami berpendirian untuk membuat laporan polis untuk mendapatkan siasatan lanjut berkenaan tawaran itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS pusat Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan  Tajol Rosli itu sebagai tidak bijak dan tidak menghormati PAS.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu yang seolah-olah tidak faham dan tidak menghormati PAS sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat.

“PAS menghormati beliau (Tajol Rosli) dengan Barisan Nasional (BN)… kenapa mesti beliau buat begitu (menawarkan jawatan) untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengulas berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua cawangan Pemuda PAS itu, Salahuddin berkata Pemuda PAS Perak juga akan mengambil langkah yang sama.

“Mereka juga akan buat laporan polis, mungkin petang ini atau esok,” katanya.

nota: inilah dikatakan ‘bias’ politik!!! apabila DSAI membuat tawaran ‘gula-gula’ kepada wakil BN dari Sabah dan Sarawak untuk melompat, tidak ada pula cadangan untuk buat laporan polis oleh pihak PAS. golongan2 seperti inilah yang sebenarnya tidak ingin melihat kerjasama politik UMNO-PAS kerana takut kehilangan kuasa mereka! golongan seperti inilah sebenarnya yang tidak suka melihat Melayu Islam bersatu. aduhai kolotnya pemikiran saudara sebangsa dan seagama dengan penulis!

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Pemuda PAS buat laporan polis

  1. AbangTuah

    Salam

    Kenapa kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan sebagai berunsur rasuah politik.

    Kenapa pula Tuan Guru Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan serupa sebelumnya tidak dipertikaikan.

    Telah nampak unsur ‘doudle-standard’ yang diamalkan oleh PAS dan telah jelas kelihatan bahawa tiada penyatuan didalam parti PAS sendiri.

  2. Kuntakinte

    Salam, yang WR DAP Perak ugut nak keluar Parti lalu di beri jawatan Speaker Ng. Peral tu bukan ke rasuah namanya, kenapa Pemuda PAS tak report polis….. he..he.. geli hati teman, kalau perkara baik pun kena report Polis hai…banyak le kerja Polis, dalam tak percaya kerja Polis, ke situ jugak akhirnya.

  3. AbangTuah

    Salam…

    Kawan tabik spring kenyataan MB Kedah Azizan b Abd Razak…ulasan beliau amat matang dan rational…beliau menyokong penuh kerjasama PAS dan UMNO….hidup YB. Azizan abd Razak….

    Kawan benci kenyataan MB Perak…kelihatannya seperti amat sombong dan bongkak…dah selisa agaknya jadi pak turut…keh..keh..keh..phuii

  4. Big8

    Salam..

    Aduh..sedih saya lihat tinadkan yg diambil oleh bijak pandai Pas. Bijak2 pandai ini lah yg bakal menerajui Pas kelak. Bijak2 pandai inilah juga yg bakal disanjung oleh pengikut2 setia Pas. Sebenarnya saya berasa amat sedih dgn tindakan golongan yg entah apa diperjuangkan..katanya nak memperjuangkan agama Islam. Itu yg diwar-warkan dlm setiap ceramah..xkan seseorg yg mengajak saudaranya bersatu menentang musuh Islam sesuatu yg salah..Adakah makan semeja dgn kafir lebih afdal dr makan dgn saudara sesama Islam..Atau saudara2 lebih kenyang makan dgn kafir..adakah saudara sudah merasa selesa dgn makanan yg dihidangkan puak2 kafir..sehingga x sudi menjamah pelawaan saudara Islam..Adakah Islam org UMNO lebih hina dari puak2 Kafir pada pandangan saudara2 bijak pandai Pas..Sebenarnya..apakah motif atau tujuan utama saudara2 bijak pandai sekalian..benci sgt kah saudara2 kpd Melayu UMNO..mungkin kerana sifat ini juga lah kita dijajah satu ketika dahulu..kerana melayu lebih sanggup atau tersangat mencintai org luar dari kaum sendiri..xkan ini pun saudara nk beritahu rakyat bahawa dakyah2 politik puak UMNO..mcm mana penyelesaian yg terbaik untuk mengatasi dan membela nasib Melayu dan Islam..Cuba saudara bijak pandai Pas bagi idea. jgn asyik menempelak sahaja..setakat cakap, duduk kedai kopi sampai tghari pun boleh cakap..Entahlah apa yg diperjuangkan..

  5. waris79

    Terlalu byk campur tangan pihak asing dalam kes anwar nih…kenapa mereka sibuk nak sibuk dalam kes anwar
    jangan-jangan………

  6. Big8

    Salam..

    kenapa sunyi je kt sini..atau pihak2 pembangkang buat2 xnampak tajuk ni..atau pihak2 pembangkang kt sini pun xsetuju dgn apa yg diorang buat..atau pihak2 pembangkang kurang paham..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s