Saiful akan bersumpah guna Al Quran

dari bharian
Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat akuan bersumpah menggunakan Al-Quran dalam masa terdekat, kata peguamnya.

Zamri Idrus berkata sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

“Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.
“Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful, 23, diugut oleh pihak tertentu memandangkan keengganannya bersemuka dengan pihak media, Zamri berkata anak guamnya berbuat demikian kerana sebab keselamatan tetapi beliau akan menemui wartawan apabila tiba masanya.

“Saiful bukan takut jumpa media tetapi bimbang akan keselamatannya. Buat pengetahuan pihak media, Saiful masih berada di negara ini dan berada di bawah perlindungan polis,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Mohd Saiful pernah pergi ke Hospital Pusrawi untuk membuat pemeriksaan doktor berhubung kes liwatnya, Zamri berkata: “Tiada komen mengenai laporan perubatan itu dan biar polis jalankan siasatan mereka. Semua perkara berkaitan kes liwat ini sudah diberitahu kepada pihak polis dan Saiful bersedia memberi kerjasama kepada polis bila-bila masa.

Zamri berkata anak guamnya mempunyai “kes yang kuat” untuk membuktikan dirinya diliwat oleh Anwar.

Pada sidang akhbar itu, peguam itu membacakan kenyataan media tiga perenggan yang ditulis sendiri oleh Mohd Saiful yang menyatakan antara lainnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa sebab untuk memfitnah dan menganiayai Anwar.

Beliau juga berharap polis akan mempercepatkan siasatan dan meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu. –

nota: sejauh mana kebenaran kes liwat ini, penulis berserah kepada Allah SWT. Satu pihak berani bersumpah dan bermubahalah manakala satu pihak lagi mengadu qazaf dan tidak berani bersumpah. Hanya kepada Allah SWT sahaja kebenaran akan terbukti.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

12 responses to “Saiful akan bersumpah guna Al Quran

  1. atasinchi

    apa pun keputusannya, jika kes diadili secara syariah, maka jika disabitkan kes tersebut benar berlaku, maka mengikut pengetahuan saya yg dangkal, kedua-dua pelaku baik mangsa atau pemangsa bakal dijatuhkan hukuman… tiada pihak yg akan terlepas, baik saiful atau anwar…
    wallahualam…

  2. Salam,
    Saiful ini banyak simpan rahsia…semasa ke luar negara bersama anuar ini.Alang-alang selok pekasam biar sampai ke pangkal lengan saiful!.Pergi luar negeri dan bongkarkan rahsia dari sana…tak ada orang boleh buat apa-apa!.Saiful dan Ezam terlalu banyak simpan rahsia..takut rahsia ini semua akan makan diri dan silap-silap anda akan jadi penghianat bangsa Melayu pulak.Dah tau rimau buat apa lepaskan kepala bagi baham?.Saiful kena bongkar rahsia!macam kes skandal Clinton!.Tak payahlah tunggu peguam kau….dalam hidup kalau maruah dah jadi persoalan apakah nilai hidup ini boleh perbetulkan dengan makamah?.Ini soal maruah saiful……….!.

  3. insan

    entah laa..dunia semakin menuju kehancuran..semakin dekat kita dengan kiamat..

    elok laa disini saya lampirkan tesk mengenai tanda2 kiamat untuk kita semua renungkan.

    Penaklukan Baitulmuqaddis
    “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari[1] ”

    Zina bermaharajalela[petikan diperlukan]
    “ “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim ”

    Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[petikan diperlukan]
    Bermaharajalela alat muzik[petikan diperlukan]
    “ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah ”

    Menghias masjid dan membanggakannya[petikan diperlukan]
    “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai. ”

    Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik[petikan diperlukan]
    “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim ”

    Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[petikan diperlukan]
    Ramai orang soleh meninggal dunia[petikan diperlukan]
    “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad ”

    Orang hina mendapat kedudukan terhormat[petikan diperlukan]
    “ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani ”

    Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[petikan diperlukan]
    “ “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad ”

    Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [petikan diperlukan]
    “ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” ”

    Bulan sabit kelihatan besar[petikan diperlukan]
    “ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani ”

    Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
    “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim ”

    Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
    “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad ”

    Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
    “ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim ”

    Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[petikan diperlukan]
    Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[petikan diperlukan]
    “ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar.” – Riwayat Bukhari ”

    Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[petikan diperlukan]
    “ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai ”

    Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

    -hadis bawah-

    Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
    -hadis bawah-

    Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
    -hadis bawah-

    Orang akan melakukan homoseksual.
    -hadis bawah-

    Akan terdapat ramai anak luar nikah.
    – Abdullah Ibn Mas’ood (R.A.)

    Berkurangnya sifat amanah

    -hadis bawah-

    Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

    -hadis bawah-

    Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

    -hadis bawah-

    Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

    -hadis bawah-

    Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

    -hadis bawah-

    Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

    -hadis bawah-

    Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

    “ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi ”

    [petikan diperlukan]

    Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

    -hadis bawah-

    Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara…

    -hadis bawah-

    Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

    -hadis bawah-

    Memandang rendah kepada darah

    “ Rasulullah bersabda: “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya.” – Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

    [petikan diperlukan]

    Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

    “ Dari riwayat Ibnu Masud: “Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang” – Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

    [petikan diperlukan]

    Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

    “ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

    [petikan diperlukan]

    Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

    “ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” – Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

    [petikan diperlukan]

    Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
    “ “Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: ‘Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'” – Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”

    Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
    Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
    Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
    “ “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan – Sahih Bukhari[2] ”

    Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

    -hadis bawah-

    Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

    “ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” – Hasan At-Tayalisy.

  4. penyapoo

    semua tu banyak yg da berlaku kat malaysia nie

  5. AbangTuah

    Salam…

    Apalah kau orang ni…kah..kah..kah…singkatnya fikiran dan akal…kah..kah..kah…

    Mudah aje aku jawab…semua tu dah banyak berlaku kat dalam dunia ni…bukan Malaysia aje oii.., senangnya gunakan segala yang ada dalam agama nak kenen UMNO dan kerajaan…keh..keh..keh..

  6. insan

    laa tu bukan kenen kann..tu semua kan petanda nak kiamat..tak payah laa kita lihat dunia luar yang kita sendiri tak penah pegi..cukup laa tengok kat malaysia ni..dah banayk tanda2 kiamat..elokla sama 2 berpesan…

    politik dengan agama mana boleh dipisahkan..politik mesti berlandaskan agama..

  7. Big8

    Salam Insan n AbangTuah,

    Memang benar apa yg dilampirkan oleh saudara insan tu..jgn lah kita bertekak kerananya..lebih elok kita bersatu untuk mencegah perbuatan2 mungkar..agar kita dihindari dari malapetaka Allah..

    Memang benar politik tidak boleh dipisahkan dari agama. Saya amat setuju. Jgn sampai kita menjadi sekular..Cuma jgn menggunakan agama utk kepentingan politik. Itu akan merosakkan agama itu sendiri..dan jgn mempolitikkan agama..cuma kita perlu berpolitik berpandukan garis panduan yg telah ditetapkan oleh agama..

  8. AbangTuah

    Salam..

    AbangTuah dah bagi ulasan tentang perbezaan politik dan agama…memang berbeza…Dalam agama ada politik, sosial, ekonomi, pentabiran dan lain-lain.

    Memang politik tidak boleh dipisahkan dari agama…tapi agama juga tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan politik…satu menegak satu mendatar…kena faham tu.

  9. atasinchi

    salam…

    walau apa jua yg kita lakukan… jgn lah kita tinggalkan 2 perkara, Al-Quran dan Sunnah Nabi. kedua-duanya adalah AGAMA. jika tiada kite ingat 2 perkara itu, nescaya kite akan sesat dan menyesatkan. jika kita berpaksikan kpd AGAMA, insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita.
    Islam adalah agama yg sempurna yg merangkumi semua perkara seperti yg disebut oleh AbangTuah. berjuanglah demi Allah dan agamanya.
    ingatlah, Islam bukanlah melayu dan bukan juga PAS. menjadi melayu, bukan jaminan keIslaman kita dan tidaklah kita bukan Islam andai tidak bersama PAS. hanya Allah yg lebih mengetahui Islam dan Imannya seseorang itu dan bukan dinilai daripada bangsa atau partinya.
    wallahualam…

  10. Big8

    Salam,

    Sumpah lah Saiful..lepas sumpah jgn lupa bertaubat..jgn sampai kena laknat..jgn sampai Allah turun bala..org sekeliling pun kena bang oi..

    Kepada DSAI..terpulanglah saudara nk bersumpah atau tidak..kalau saudara rasa saudara buat benda terkutuk ni sama ada suka sama suka atau sorang2 suka..baik lah bertaubat.. umur pun sikit je tinggal 2..bateri nk low dah 2…

  11. kuntakinte

    Salam, dik big8 bagi kita memang terkutuk, bagi yang memang hobi itu bukan terkutuk, bagi si @#$%@ itu kebebasan dan hak asasi manusia namanya. betul kata big8 yang kena kita sekali, kita berdoa jangan negara kita senasib dilaknat oleh Allah S.W.T seperti kampung sodom dan amurah sudahlah terhapus semua sekali manusia2 yang tinggal didalamnya.

  12. sharif

    Dulu mat taib pun pernah junjung Quran depan almarhum sultan selangor yang mengatakan beliau (mat taib) tidak pernah menikah dengan puteri baginda almarhum sultan. Dan tak lama lepas tu…. terbongkar lah kesah mat taib bernikah dengan puteri tersebut…. Akibat dari kesalahan besar mat taib junjung Quran, beliau kena tangkap di Australia kerana cuba menyeludup jutaan wang ringgit dari malaysia…

    Jadi, sebelum nak sumpah tu, ingat-ingat la sikit. Dan kalau ada masalah kewangan hubungi la pihak yang berpatutan sebab ramai lagi rakyat dok menderita tak ada wang dan pekerjaan. Takkan rakyat miskin semua nak biar diliwat atau mengaku diliwat baru dapat ganjaran! Nauzubillah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s