Laporan Pusrawi – Konspirasi Anwar??

penulis ingin berkongsi satu maklumat yang berguna mengenai siapa sebenarnya Dr Mohamad Osman dan apa hubungan beliau dengan DSAI. Dengan melihat beberapa program yang disenaraikan di laman ini, Dr Mohamad Osman sebenarnya sudah beberapa berjumpa dengan DSAI. Adakah pendedahan laporan Saiful Bukhari ini satu permainan politik DSAI untuk membersihkan nama beliau. Adakah selama ini apa yang beliau katakan sebagai konspirasi politik sebenarnya diasaskan oleh beliau sendiri?

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Laporan Pusrawi – Konspirasi Anwar??

  1. Apai Ngelai

    Salam semua,

    Adakah ini salah satu daripada tipu helah dan perancangan yang sungguh pintar hasil daripada eksploitasi politik? MasyaAllah…

    Walaubagaimanapun, tidak ada sesuatu yang dapat menandingi kebenaran dan keberanian dengan bersumpah di depan Allah S.W.T jika sekiranya hal ini sukar ditentukan kebenarannya melalui undang-undang duniawi.

    Bersumpah atas nama Allah S.W.T, Pencipta Alam adalah tidak digalakkan di dalam Islam, namun dalam sesetengah keadaan ianya adalah perlu jika sudah begitu sukar untuk menentukan siapakah yang benar dan siapakah yang berdusta.

    Bagaimanapun, ia sekarang bergantung kepada kesanggupan Saiful dan DSAI untuk menghentikan fitnah dengan akuan bersumpah di depan Al Qur’an. Bersumpah ni, bukan kecil tanggungannya kalau berbohong.. Sangat berat azabnya di akhirat esok..Wallahualam.

    Tunggu dan lihatlah, siapa yang berani bersumpah dan siapa yang berdolak dalih.. Penyelesaian melalui Islam adalah yang paling berkesan – Ia terpulang kepada siapa yang lebih mengutamakan Akhirat daripada Duniawi dan siapa yang lebih takutkan Allah daripada para Hakim. Biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan fitnah ini.
    Wassalam.

  2. insan

    tunggu dan lihat..siapa yang benar siapa yang salah..

    cuma mari kita sama2 pikir secara logik..

    1.apa motif jika benar pendedahan saiful ini hanya satu rencana politik anwar?

    -jika dilihat kebodohan ini terletak pada saiful.jika ini sebuah drama yang dilakonkan anwar dan saiful..anwar sebagai hero pastinya menang..dan semestinya anwar akan dibuktikan tidak bersalah..jadi apa yang akan terjadi kepada saiful..hukuman berat poastinyaa tertimpa keatas beliau..sacara logik takkan la saiful sanggup menggadaikan maruahnya semata2 untuk kepentingan anwar yang belum tentu akan jadi pemimpin..lainla kalau anwar komfirm jadi PM..baru laa saiful akan selamat.

    2. Kalau drama ini diarahkan oleh UMNO..

    mungkin bertujuan untuk melambatkan perjalanan politik anuar..yang tetap bodoh saiful..jadik orag yang senang dipergunakan.

    3. Kalau kes ini benar2 terjadi..

    Pastinya “kamu” akan dilaknat Ilahi..

  3. BakaL PM

    Salam….
    saya setuju sangat dengan cadangan Apai Ngelai… Saya berharap sangat Anwar sanggup bersumpah menafikan segala tuduhan yang dihadapinya seperti mana yang saiful sanggup lakukan…. di pihak saiful sudah berulang kali mengatakan kesanggupan nya bersumpah tetapi DSAI asyik berdolak dalih… Knp ingin panjang kan lg isu ini…. tidak sayangkah beliau kpd rakyat yang sebahagiannya membela beliau & sebahagian lg menentang beliau… mengapa rakyat perlu bergaduh sesama sendiri??? Mengata,mengumpat, mencaci , menghina & mcm2 lg la perbuatan yang keji semata2 untuk menentukan sesuatu yang mereka x pasti??? Siapa yang nak menanggung dosa rakyat yang sekiranya apa yang mereka canangkan itu dusta belaka??? Andai Anwar tidak bersalah maka sudah tentu berdosa mereka yang menfitnahnya tetapi seandainya Anwar bersalah maka berdosa pula penyokongnya yang menfitnah kerajaan & menghina saiful…. Oleh itu jgn la biarkan rakyat negara ini semakin bertambah dosanya…. Bersumpahlah dengan nama tuhan yang satu ALLAH S.W.T bahawa DSAI tidak terlibat dalam kes liwat ini….. Sayangila rakyat yang selama ini sayang kan beliau & menyanjung beliau… x ada apa yang perlu ditakutkan andainya beliau x bersalah…. Janganla rakyat diheret sama2 berdosa krn permainan politik yang kita tidak tahu mana betul atau salahnya…. Pendek kata sebagai pemimpin kepada rakyat yang menyokong beliau tunjukkan lah keberanian DSAI bersumpah menidakkan dakwaan liwat ke atas beliau…. Sekian….

  4. wengerkhairy

    Bagi saya, terpulang kepada apa yang diperkatakan oleh YAB Naib Ketua. Apa yang baik untuk Naib Ketua, baik untuk rakyat dan baik untuk saya. Kalau dia berkata tak soheh laporan, biar kita carik laporan tersebut dan bakarnya hingga hangus. Kalo dia kata laporan itu betul,tepat dan mengikut prosidur, maka Si Fool ini telah membuang masa rakyat dan menyusahkan dan mengaibkan UMNO dan pemimpinnya

  5. Siapa Kita?

    Kita semua masih kita melihat perkara atasan sahaja. Kita semua terlupa the “bigger issue”. Kalau UMNO dapat menjadi “Bersih, Cekap dan Amanah” seperti rata-rata UMNO Johor, TIADA PELUANG untuk Anwar dan pembangkang masuk ke gelanggang.

    Usah lah kita bangkit isu pembangkang kalau dalaman kita sendiri itu yang lemah, lemas dan kotor! Banyak soalan tak terjawab ni… Akar umbi bergaduh sesama sendiri. Dapat durian runtuh dari pucuk pimpinan, tapi akar umbi hampeh pun tak dapat!

    Memang masanya untuk UMNO Johor jadi Presiden, baru konsisten dan berbalik kepada perjuangan UMNO 1946! Pak Lah, Najib, Anwar… semua dah past due date masing-masing.

    Pemuda juga mesti bersih. Jangan benarkan politik wang lagi. Terajang politik wang bulat-bulat. Jangan bersekongkol. Duit “UKK – Untuk Kawan-kawan”, terangkan dengan jelas mana boleh dan mana HARAM.

    Dah tak ikhlas jadi nya untuk memimpin rakyat. UMNO bukan untuk seglintir. Itu Amanah dan tanggungjawab. Ni semua kita dah lupa. Sampai Agong dengan Sultan dan Raja pun dah naik menyampah, lagi kita tak paham-paham…

  6. Hafiz

    Sebagai seorang Islam yg gagah,muda dan berani kerana benar, Saiful sepatutnya melawan dulu sebelum diliwat.

  7. Yeop KK

    Kenapa kita kecoh pasal sang sondol, negara kita kan ada undang-undang. Kenapa yg jadi mangsa kita nak marah, kalau terkena batang hidung sendiri mau ka kita diam.

    Yg muskilnya, kenapa sang sondol takut nak bersumpah? Kalau dia tak bersalah biarlah polis mejalankan siasatan. Ini tidak, baru hendak disiasat dah berkokok seluruh negara belum lagi di tahan, kalau kena tahan tak tahulah macammana riuhnya.

    Selama ini, berapa ramai dah ahli umno yg telah disabit dengan kesalahan dimahkamah tetapi tidak ada sasiapapun yg membela, sebab kita patuh pada rukunnegara yg ke4 iaitu kedaulatan undang-undang. Apa istimewanya sang sondol sahingga tidak bolih dibicarakan? Siapa dia anuar?
    Apa jasa dia pada bangsa dan negara? Nasib baik dia tinggal diMalaysia kalau di negara lain dah lama kena tembak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s