Lulus usul Pak Lah dan Najib Berundur

dari mstar
UMNO cawangan Guar Tinggi di dalam bahagian Padang Besar meluluskan usul supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan masing-masing.

Ketua UMNO cawangan itu, Yaacob Man berkata, hari ini usul itu yang dibawanya diluluskan sebulat suara oleh 85 anggota yang menghadiri persidangan UMNO cawangan itu di Dewan Orang Ramai Guar Tinggi, Ahad lalu.

Abdullah dan Najib perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan UMNO dan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dan pengunduran mereka adalah bagi membolehkan usaha memantapkan parti dilaksanakan, katanya kepada pemberita di sini.

Yaakob yang juga anggota jawatankuasa UMNO Padang Besar berkata, jika Abdullah dan Najib terus menerajui UMNO, mereka mungkin mendapat tentangan pada perhimpunan agung parti akhir tahun ini.

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

37 responses to “Lulus usul Pak Lah dan Najib Berundur

  1. insan

    aik akar umbi pon dah tak sokong pemimpin..inikan pula pembangkang??pelik2

  2. AbangTuah

    Salam..

    Akar UMBI nak membina dan menguatkan parti dan kerajaan..manakala pembangkang nak menjatuhkan dan menghancurkan…dengan niat nak memerintah aje…keh..keh..keh…phuii..

  3. insan

    so anda semua nak menguatkan parti dan kerajaan la ye..jadi paklah dengan najib sekarang memang tak kuat la kan…??maknenye kalau najib dan paklah tak kuat..kerajaan hari ini juga tak kuatlakan..layak ke mereka memimpin kalau tak kuat…???kalau tak takkan anda semua nak kan mereka berundur…hehehe

    pulang buah keras….

  4. kalau pah lah and najib undur…hamba menawarkan diri utk jd PM….semoga hasrat hamba nie disokong seluruh parti….

  5. Apai Ngelai

    Salam AbangTuah,

    Hairan, hairan….! apakah lagi yang warganegara bangkangan ni nak? Pihak kerajaan bukan hanya PakLah dan Najib. Yang orang paling kerap kutuk tu Umno, bukannya PakLah ataupun Najib.
    Baguslah keputusan usul tu. Itu tanda yang paling jelas yang Umno tidak taksub dengan pemimpin. Bukannya macam parti yang lain…

    Salah juga… bila kita pertahankan pemimpin kita, orang cakap kita pak angguk. Bila kita buat usul pemimpin supaya berundur, orang kata parti pulak tak layak memimpin..sebab pemimpin tak kuat. Diorang ni tak boleh nampak sikit kelemahan kerajaan, redah terus.. Tu yang pemimpin pembangkang punya kelemahan ade ke yang nak cakap?

    Darknights,
    Apa jenis gurau kau ni, betul ke nak jadi PM. Parti apa yang sokong kau? Parti keramaian ke parti Birthday? Kalau nak undian, kitorang boleh undi awak kat rancang raja lawak…

  6. atasinchi

    darknights,
    boleh saje kalo anda rasa berkebolehan dan layak.
    calonkan nama anda, sekiranya rezeki anda ada, insyaAllah jadila PM nanti.
    perlu ingat, bukan mudah memikul beban sbg pemimpin. byk yg perlu kite tahu drpd org lain, kerana kite ialah pemimpin. apepun, sabagai pemilih, saya perlu mengenali calon pemimpin itu dahulu sebelum memilih.
    haha…darknights, sila la bagi intro pasal diri anda.

  7. AbangTuah

    Salam..

    Insan…bukan Pak Lah dan Najib tu tak bagus…agama meraka pun sangat baik…kami amat sayang..muaahh…tapi..kalau boleh kami nak cari yang lebih bagus dan lebih mantap agamanya…biar tercungap-cungap dan kancing gigi lebai2 PAS kena tazkirah..seketui kena tang dahi…keh..keh..keh

  8. insan

    sudah terang lagi bersuluh…bukan ape..kalau dah tak layak letak la jawatan..kenapa perlu ada peralihan kuasa..aku memang suka sagt laa kalau 2 org ni berundur..mungkin ramai lagi yang layak jadik pemimpin..aku rasa ramai pembangkang sokong kot..kalau tak takkan wujud undi tak percaya..sampai sekarang masih belum dibahaskan dipalimen..

    jadik sekarang kalau pemimpin hampa tak kuat..nak sokong buat ape?tentang la die gantikan dengan pemimpin yang lebih bagus dikalangan umno..

    ingat undian anda nnati menentukan siapa PM jika ditakdirkan umno terus berkuasa..jgn disebab kan undian anda rakyat yang sedang menderita terus tersiksa..

    petik sikit bab minyak:

    aku cuma sedikit musykil..rata2 anda semua ni betul kaah menyokong kenaikan minyak..jrg laa aku dengar org suka benda harga naik…tak taula kalau anda semua ni terdiri dari golongan yang senang..tapi bagi kami yang membelanjakan hampir separuh dari gaji untuk kegunaan minyak(itu pon dah jimat gila bab..) terasa sgt perit.

    Reaksi dari kerajaan pula..minyak ini masalh dunia.masalh global.nampak sagt kerajaan lebih bersikap berserah..tiada usaha..ada pun cuma melepaskan batuk ditangga..kerajaan berkeras menekankan harga minyak tak boleh diturunkan..jadi apa pilihan kami..

    parti lawan menawarkan sekiranya mereka menang..harga minyak akan diturunkan 50sen..walau pon 50sen sekurang2 nya lebih rendah dari RM2.70..cuba la saudara pikirkan bertapa gembiranya rakyat dengan penurunan ini..
    Pihak pembangkang pon dah bagi makanisma2 untuk penurunan ini..mengapa kamu masih tak percaya..benar terlalu banyak rasuh dalam kepiompinan malaysia..saya terbaca altikel mengenai pembidaan no pendaftaraan kenderaan oleh Dua anggota Exco Pahang, iaitu Dato’ Shahiruddin Moen dan Dato Dr Ahmad Syukri Ismail adalah diantara pembida yang dikatakan memenangi bidaan bagi nombor Plat CCC 3 dan CCC 8 berharga RM62,000..banyak tu 62ribu,..ramai lagi rakyat yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang..beginakah cara berjimat yang dilakukan oleh “kamu”..?

    perlu diingat..kami ada hak memilih..kami akan pilih tawaran mana yang lebih baik..jadi buat masa sekarang tawaran dari PR lebih baik…

    Kesimpulanya..saya benar2 berharap ahli umno dapat membuat pilihan yang tepat bagi menentukan hala tuju parti anda.

  9. insan

    salam..oo bagus rupanya akhlak paklah ngn najib..cukup bagus betul agamanya..

    kalau bagus cuba laa pimpin isteri tu pakai tudung..wajib tu bang..tuntutan agama..takkan laa lebai2 Pas nak bagi tau mana yang wajib mana yang harus..budak tadika pon tau bai…kehekeh

    kalau nak pimpin isteri pon tercungap2..macam mana nak pimpin rakyat..

    hang baling aku elak..aku pon baling balik..kehekehe

  10. Kuntakinte

    Salam, sedara apai ngelai si darknight tu wakil parti tupeware he..he..

  11. AbangTuah

    Salam…

    Insan..ha..ha..ha..seronok AbangTuah berbicara dengan awak ni…tu diatas tu bagus juga ulasannya..tak sangka..ingatkan boleh baling seketui dua je..tapi tiba-tiba berjela. Ok..bergitulah..baru seronok berdiskusi..panjang lebar sikit..senang sikit nak jawab atau ulas. Ok lah Insan…tak payah main baling-elak lagi tak habis…nanti kalau ada masa seronok juga nak ulas hujahan awak yang panjang tu.

    Wassalam…

  12. hello Apai Ngelai…

    hamba terpaksa offer diri sbb hamba tgk post PM nie mcm bleh wakaf kat siapa2 pun…dulu Tun bagi kat Pah lah..skrg Pak lah plak nk bagi kat Najib…kalau dua2 kena undur nanti kt siapa dieorg nak wakaf kan..tu yg hamba offer diri…

    hi atasinchi…
    gua rasa mmg diri nie penuh dgn kebolehan utk jadi PM termasuk pandai menipu, bleh buat konspirasi,pentingkan kroni dan byk lg…

    Dgn ciri2 tersebut ler gua offer diri…apa mcm lu rasa gua layak tak?

  13. insan

    haha abg tuah..kita cuma berhujah dan menzahirkan ape yang tersirat dihati..

    yang penting jgn dipengaruhi emosi..sepekara lagi yang penting hormat dan sedar kita ni sesama islam.. peace…

  14. Apai Ngelai

    Darknights,

    Keh keh.. dengan ciri-ciri dan ‘bakat terpuji’ awak tu, saya rasa awak paling sesuai sekali isi vacancy President US tu.

    Pastu bolehla awak balun diorang punya politik…bagi kalut sket yahudi tu..!

  15. Apai Ngelai,

    President US xnak ler…xmencabar mcm kat malaysia. kat sini senang nak gulingkan org apabila kite xsuka..kat sane susah skit..lagi pun kalau hamba jd PM kat sini senang betul..sbb semua pengikut hamba nie akan angguk kepala utk ape2 jer yg hamba ckp…kire mudah skit ler hidup hamba kat sini…

    bakat2 yang hamba milik nie adalah hasil dr didikan bersungguh2 salah satu parti kat sini..dieorg ckp..masuk jer parti nie senang jadi kaya and xpayah kerja pun xpe…siap bleh jd ” the Riched unemployed man” kan bagus tu..ari2 dok goyang kaki jer…duit berbakul2 masuk kat bank..

    tu baru jadi ahli..kalau dpt jd PM..ari2 hamba blk kampung naik JET ler nampak…bagus..oleh itu..hamba dgn rendah diri minta anda semua calonkan hamba utk menjadi PM..hamba sudahi dng ribuan terima kasih atas sokongan padu anda

  16. BakaL PM

    kalau Jd PM semua org bwh kena angguk x betul tu Donald Dark Nights… Sebab ada jugak yang mengusulkan PM & TPM berundur… So itu angguk ker?? Kita ni manusia… ada org yang suka ada org yg x suka…. Mengenai jawatan wakaf yang kau maksudkan tu, aku nampak Anwar tu jer yg x sempat nak terima jwtn yg diwakafkan ni, tu yang macm beruk kepanasan… Oppsss sory cacing kepanasan….

    Buat insan pulak isu minyak memang rata2 rakyat x puas hati…. Tp jgn la disempitkan kepala hotak tu ambil penyelesaian mudah tukar kpd pembangkang sebab apa nanti minyak murah…. Ni aku nak cakap kalau minyak murah tp maruah tergadai buat apa?? Bumi bertuah ni bukan kau lg tuannya sapa nak dipersalahkan…. Agama kau dikritik & x sebebas dulu lg nak beramal sapa nak tanggung dosa?? Anak2 generasi akan datang menjd pendatang dibumi sendiri sapa nak kisah??? Jgn kerana kesusahan yg sedikit ni kau jd kan alasan untuk kejar kesenangan yang x seberapa akhirnya kau yang hilang segalanya baru kau tau ertinya keistimewaan yang kau dapat selama ni…. Sudahla….. Kau tukar I/C tambah Ong ke, Chow ke, Lim ker apa2 jela….. Aku x nak ada perosak bangsa dalam negara tercinta ni….

  17. atasinchi

    darknights,

    tertawa teman membaca bicara saudara…
    dalam gurauan, sempat juga mencubit berkali-kali…
    dalam terhibur pasti ade juga terasa membacanya…
    apepun, sikap begitu sudah ada dlm pemimpin zaman sekarang…
    tapi kini rakyat semakin bijak memilih…
    teman rase, jika saudara masih berminat nk jadi PM, ubah gaya hidup saudara…supaya lebih memahami rakyat…supaya rakyat lebih terbela dan parti saudara lebih gagah…

  18. alamak..gua sudah nmpk ade org mau cabar gua punye cite2…tu olang BakaL PM mau kacau daun looo..gua baru mau cadangkn diri sendiri utk jawatan tu tp ade org lain sudah letak nama BakaL PM plak..laju jer potong line..lu kena Q dulu loo….nie yg gua kena buat konspirasi baru utk jatuhkan lu…gua tgh fikiq satu drama utk gulingkan lu…gua xsuka org kacau citer2 gua…mcm tu KJ juge ler….

    gua xde manyak kisah tu anwar dpt jawatan PM ker tak…cuma skrg gua fikiq gua saje..olang lain gua xkisah looo gua mau kaya sendiri juge ler…gua jaga perut gua sudah ler…

    BakaL PM
    lu tgk sendiri ler..ada manyak tu UMNO punye cawangan atau olang putih cakap branch..tp baru satu cawangan berani usul tu mcm yang lain ape bikin?? tido lagi ker atau dieorg dok umah tanam sayur kot maklum ler skrg susah mau cari duit lebih2 sbb tu BPR manyak aktif looo…

    atasinchi

    gua terharu atas sokongan lu…gua sudah selalu dengaq tu semua olang ckp “ubah gaya hidup”..skrg gua bawa motor saje pegi kelja..tp bile dgr kena ubah gaya hidup gua teringin mau naik tu mecedes(sorry ler kalu salah eja..gua tarak pandai bahasa olang putih) mcm mp2 kat terengganu tu..tu kete punye maintenance lagi murah dari gua punye motor..tu pasal ler gua ingat mau jd PM..lagi manyak gua punye cara hidup akan berubah…

  19. AbangTuah

    Salam saudara Insan…

    Kawan ada janji iaitu seronok mengulas hujahan berjela Insan…sorry lambat sikit kerana banyak tugas yang perlu diselesaikan.

    Berkaitan peralihan kuasa atau penukaran pucuk pimpinan tertinggi, banyak pihak dari kalangan ahli UMNO yang berbeza-beza pendapat, ramai yang menyokong dan tak kurang juga yang kurang bersetuju.

    Ada pendapat mengatakan pertukaran kepimpinan tertinggi parti dalam keadaan yang tidak menentu ini adalah tidak begitu wajar dilaksanakan kerana dikhuatiri ianya akan memberi impak negative kepada situasi politik semasa dan permasaalahan ekonomi negara.

    Mereka juga berpendapat bahawa pertukaran pemimpin tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak dan mengesyorkan agar beliau menghabiskan tempoh penggal pemerintahannya atau memberikan masa yang cukup untuk beliau sekiranya ada, memperbaiki kepincangan atau kelemahan pemerintahan beliau dipenggal yang lepas.

    Tak kurang juga yang mencadangkan beliau turun seberapa segera, mungkin kerana berpendapat bahawa beliau sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas prestasi buruk BN semasa pilihanraya lalu.

    Ya, masing-masing dengan pandangan dan pendirian masing-masing dan setiap pendapat dan pandangan itu juga mempunyai pro dan kontranya berserta membawa risiko-risikonya tersendiri. Kawan tak mahu komen banyak didalam perkara ini, biarlah mereka dengan pandangan masing-masing dan setiap mereka mempunyai hak untuk bersuara.

    Kejujuran pendapat pihak pembangkang pula terhadap peralihan kuasa atau pun perletakan jawatan kedua-dua tokoh politik ini tidak boleh disandarkan sebagai kejujuran yang sebenar kerana telah menjadi sifat sebagai pembangkang lebih gemar pada kepimpinan kerajaan yang bersifat lemah kerana ianya tentu akan memberikan kelebihan yang amat besar untuk mereka kalau tidak masakan pihak DAP menegur sikap Tun Mahathir yang mengkritik dan mengesa peletakan jawatan PM.

    Usul tidak percaya dari Datin Sri Wan Azizah pula tidak boleh diambil kira mewakili kesemua ahli Pakatan Rakyat kerana beliau membuat usul tersebut mungkin berasaskan atau berdasarkan diatas kepentingan peribadi.

    Pada pandangan kawan sekiranya kedua-dua tokoh ini dicabar pada pada Perhimpunan Agung UMNO pada Disember ini, ianya menunjukan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan baik didalam parti. Akan tetapi bagi mencari penganti yang cukup berkaliber dan berpengalaman bagi melaksanakan tugas pemerintahan negara bukanlah satu perkara yang boleh di ambil ringan.

    Kedua-dua tokoh yang hendak diganti ini telah terdedah kepada pengalaman mengetuai pemerintahan negara selama beberapa tahun dan ianya telah berjalan dengan agak lancar mungkin dengan sedikit kepincangan yang masih boleh diperbaiki.

    Bagi pengganti kepada kedua-dua tokoh ini pula, mereka semestinya terpaksa bermula dari peringkat awal dan secara beransur-ansur berusaha menimba pengalaman dari segi mematangkan diri didalam pengurusan dan pentabiran negara.

    Sekiranya Negara didalam keadaan yang stabil dari segi politik dan bebas dari permasalahan ekonomi maka proses pembelajaran tersebut adalah tidak begitu kritis, tetapi didalam keadaan negara yang sedang mengalami pelbagai masalah ini apakah wajar pimpinan yang ada bertukar atau beralih kuasa didalam keadaan drastik atau tergesa-gesa kerana akibatnya mungkin memburukan lagi masalah yang sudah sedia parah didalam parti dan negara.

    Lebih buruk lagi sekiranya pucuk pimpinan baru gagal pula menadaptasi dengan segera situasi semasa dan gagal pula menemui jalan keluar yang terbaik makanya, yang lebih menderita dan terbeban tentulah rakyat sendiri.

    Berkaitan isu minyak pula semua rakyat terasa akan keperitannya termasuk jugalah kawan dan semua sahabat-sahabat. Akan tetapi kami amat faham situasinya, ianya masalah global dan negara pengeluar minyak serantau seperti Indonesia dan Brunei juga tidak terlepas menghadapi kesukaran untuk mengekalkan harga minyak di negara mereka.

    Pihak pemerintah sendiri mengakui bahawa keputusan yang dibuat bukanlah yang dibuat atas dasar ‘favorite’, sekiranya kerajaan hendak membuat keputusan yang ‘favorite’ tentunya minyak tidak akan dicatur semula subsidinya dan membiarkan sahaja negara menghadapi situasi gentir dimasa mendatang akibat kenaikan harga barangan makan utama yang melonjak berlipat-ganda.

    Kita kena juga faham dalam menentukan sesuatu keputusan penting negara pihak kerajaan terlebih dahulu akan merujuk kepada pakar-pakar yang dipanggil ‘Think Tank’ yang terdiri dari pakar dalam perbagai bidang dan ditugaskan atau diupah khas bagi tujuan membuat kajian, penganalisaan, justifikasi dan strategi sebelum mengusulkan hasil kajian tersebut ke pihak MT untuk di perbincangkan dengan lebih lanjut dan terperinci sebelum ianya diumumkan oleh PM.

    Jadi adalah tidak wajar sangat mengatakan hanya PM dan MT sahaja terbabit didalam keputusan mencatur semula subsidi minyak. Kawan juga hairan bagaimana ada pihak yang mengatakan bahawa keputusan untuk mencaturkan subsidi minyak tersebut hanya dibuat melalui proses 4 jam bermesyuarat tetapi mereka juga lupa bahawa beberapa minggu sebelumnya kajian terhadapnya telah pun bermula.

    Berkaitan dengan kemenangan bidaan nombor plat kenderaan dua anggota exco Kerajaan Negari Pahang yang mencecah harga 62 ribu yang saudara katakan, apakah saudara benar-benar yakin tetang kesahihan berita tersebut. Bukankah dari artikel-artikel pihak pembangkang sendiri hanya sekadar menduga-duga tanpa ada satu fakta yang boleh dijadikan sandaran sebagai bukti yang kukuh.

    Kawan berasa hairan bagaimana pula saudara dengan enaknya telah begitu yakin penyelewengan tetap berlaku. Bukankah ianya hanya 5 ribu sahaja dan 3 ribu sebagai pembayaran deposit pendahuluan sebagai mana yang telah dijelaskan oleh MB Pahang tempohari.

    Kawan juga hendak bertanya, sekiranya keadaan yang serupa berlaku kepada Kerajaan Negeri Perak atau Kedah yang dibawah pemerintahan pihak PAS, apakah kenyataan MBnya saudara akan ambil kira dan pertahankan. Disini dapat kawan perhatikan mungkin ada sikap double-standard yang diamalkan oleh pihak pembangkang di Malaysia mengenai sesuatu isu yang berlaku, sekiranya ianya memihak kepada mereka bagi menunjukan kelemahan kerajaan ianya tentu akan dipanjangkan, disensasikan atau diolah mengikut versi yang bersesuaian.

    Berkaitan dengan hak memilih. Ya, memang benar semua rakyat ada hak untuk memilih kerajaan dan pemimpin, dan biasanya pilihan tersebut bergantung kepada manifesto atau janji-janji dan usaha yang ditunjukan oleh pihak masing-masing.

    Ya, kawan sedia maklum dengan keadaan situasi sekarang ini, isu minyak adalah senjata yang paling berkesan bagi menarik minat pengundi dan penyokong. Umpanan janji untuk menurunkan harga minyak memang menarik hati, maklum, siapa yang mahu susah dan sekiranya ada pihak yang menjanjikan boleh menurunkan harga minyak itu akan jadi pilihan utama para pengundi.

    Walau bagaimanapun kita juga kena bijak dan beringat bahawa bukan minyak sahaja yang penting dalam kehidupan ini. Bagaimana pula tentang usaha mengekalkan harga barangan utama, bantuan buku teks percuma, kos rawatan dan ubatan di hospital-hospital kerajaan.

    Apakah saudara benar-benar yakin dan boleh jamin bahawa pihak yang berjanji menurunkan harga minyak tidak akan mengambil keseluruhan atau pun mengurangkan sebahagian dari subsidi-subsidi lain bagi mengimbangi defisit yang terhasil dari tindakan menurunkan harga minyak.

    Pada pandangan kawan subsidi-subsidi bagi mengekalkan harga barangan utama, mengekalkan tarif kuasa letrik, racun dan baja untuk petani. buku teks, rawatan hospital dan ubat-ubatan adalah jauh lebih penting bagi mereka yang daif atau yang berpendapatan rendah dari minyak itu sendiri.

    Walaubagaimana pun saudara tak perlu risau sangat kerana kerajaan berkemungkinan akan menurunkan harga minyak, hanya menunggu masa yang sesuai, sekiranya didapati harga minyak dunia berada didalam keadaan stabil untuk beberapa waktu.

    Nasihat kawan agar saudara juga jangan pula tertinggal membaca akhbar atau mengikuti warta arus perdana, kerana secara beransur-ansur pihak kerajaan juga akan mengembalikan dividen khas dari pihak Petronas kepada rakyat sebagaimana yang telah dijanjikan.

    Kesimpulannya disini, bahawa siapa juga yang menjadi pemerintah baik dari pihak kerajaan atau pun dari kalangan pembangkang tidak mungkin akan terlepas dari menghadapi permasalahan komplek negara dan tidak mungkin juga mampu memuaskan hati semua rakyat.

  20. jarum krom

    kalo PM n TPM undur lantiklah plak wakil UMNO dari sabah yang makan kinzir…. hehe.. sb UMNO sabah non muslim, semenanjung Muslim

  21. BakaL PM

    abih tu kau yang yang lu org cakap akar umbi pun dah x percaya apahal…. Donald dark night sendiri sebut kat atas tu baru satu cawangan jer yang x yakin maksudnya cawangan lain yakin la x gitu donal dark nights… So insan tolong betul kan fakta yer…. Kalau masih x faham tolong tanya Donald dark night yer…. Chow dulu penat nak explain la….

  22. BakaL PM

    Tu la sebabnya aku rasa korang tengah usahakan nak bukak kandang Khinzir besar2 agaknya…. Mesti sebab korang dah tahu nak rampas kuasa x kan berhasil korang bukakla kandang babi dgn harapan org yang mkn babi akan jd PM bila paklah berundur… Bodoh betul strategi korang…. Xkan adanya PM dilantik dari kalangan yang makan babi selagi UMNO berkuasa… Silap ari bulan yang korang bela besok tu korang la makan sendiri yer pasal x laku pasal xde PM baru yang nak beli…..

  23. insan

    buat bakal PM..

    adoi hang..cuba laa berhujah dengan otak dan hati yang bebas dari perasaan marah..dari ayat2 yang anda tuliskan aku dapat rasakan perasaan marah terpendam yang amat sgt..

    ok buat bakal PM..
    tak perlu risau laa pasal nagara mu terjajah…

    sebab ape yang pasti sekarang tanah di bumi malaysia ni kebanyakan nya milik org cina..jadi secara tak langsung dibwh kepimpinan umno..negara kita secara kita tak sedar dah terjajah sedikit demi sedikit.dibwh kepimpinan umno jugak laa ekonomi cina semakin maju..yaa saya amat bersetuju meraka maju disebab kan mereka rajin..itu yang patut kita contohi..
    saya bagi contoh dikelantan..anda tahu atau tidak..hanya rakyat melayu sahaja yang boleh membeli tanah..kaum lain tidak dibenar kan melainkan melalui syarat2 yang ketat..sepatutnya kita kena sedar tanah ni hak melayu..bukan hak mereka..mereka datang dari tanah besar cina..apa hak mereka sehingga layak digelar warganegara???

    emm bercakap pasal maruah..

    maruah siapa yang tergadai..??

    menegnai kebebasan nak beribadat..parti yang cuba nak amik alih tu org islam jugak bang..rata2 org islam..tengok latar belakang keluarganya pon masing2 bertudung..ya betul tudung tak boleh dijadikan ukuran..tetapi setidak2nya mereka mengikut hukum ALLAH..so untuk ini tak perlu risau..

    emm anak2 jadik pendatang dibumi sendiri..
    rasanya saya dah jawab kat atas..mid valley..ade ke org melayu yang berniaga..?saya kurang pasti..tapi saya rasa kalau ada pon tak sampai 5%..itupon di foodcaourt…ni zaman umno tengah merintah la ni pon dah tergadai…jadi awak tak leh laa nak bangkitkan usul ni…

    Jgn kerana kesusahan yg sedikit ni kau jd kan alasan untuk kejar kesenangan yang x seberapa akhirnya kau yang hilang segalanya baru kau tau ertinya keistimewaan yang kau dapat selama ni…

    apa yang awak maksudkan dengan kesenangan yang tak seberapa…??satu lagi apa maknanya kesusahan yang sedikit??kita yang pastinya semakin susah..semakin dihimpit dengan kegawatan ekonomi..pemimpin makin senang atau makin susuh saya tanya awak??penah tengok tak rumah najib…cuba bandingkan dengan rumah nik aziz…perlu diingat…sekolah..biasiswa..pendidikan dan bla bla bla adalah menjadi tanggungjawab wajib bagi pemerintah..jgn anda anggap ini sebagi subsidi ataupon pemberian BN/UMNO..mana2 kerajaan yang memerintak wajib meneyediakan kemudahan ini untuk rakyat nyaa…sedar tu..ini semua termaktub dalam islam….

    kalau betul laaa UMNO/BN nak memperjuakan melayu..yang pertama saya pohon laaa tolong perjuangkan melayu pulau pinang..

  24. Big8

    Salam semua,

    En. Insan..memang kita berusaha memperkuatkan parti. Bukan untuk parti tetapi untuk rakyat iaitu bangsa Melayu beragama Islam. Sekarang ini kita dapat lihat org asing amat bebas/berani, mungkin kerana kelemahan yg kita ada. Sebab itu kita berusaha memperbaiki kelemahan itu. Insyaallah. Yang pastinya kita dari UMNO tidak akan memperjudikan nasib Bangsa dan Agama Islam seperti PAS dan PKR. Kita tidak sama sekali akan bergabung dgn DAP yg terang2 menjadi musuh ISLAM. Apakah mungkin musuh Islam akan sama2 berjuang menegakkan syiar Islam. Pelik saya lihat perjuangan PAS sekarang ini. Yang pasti kita berusaha menguatkan bangsa Melayu bukan memecah belahkan Melayu atau merosakkan Melayu lain untuk mendapatkan kuasa dan pangkat.
    Pesanan saya jadilah daun kelapa, bila dah tua pandai gugur sendiri memberi ruang kepada daun muda yg lebih berguna untuk kehidupan pokok itu. dan daun yg tua ini masih berguna kepada manusia.. jagn jadi mcm daun pisang, sampai tua reput masih sayang nk tgl tempatnya.takut nk ke bawah..dah xberguna elok lah ke bawah. kalau xpandai turun sendiri, terpaksalah org lain yg tolong turunkan..maaf la daun pisang sekalian.

  25. insan

    Salam Abg Tuah..

    Yang pertamanya saya berterima kasih kerana komen abag tuah lebih bersikap terbuka dan dibuat dalam keadaan fikiran bebas dari perasaan marah..tahniah..

    Mengenai peralihan kuasa..

    Saya teramat lah bersetuju denagn apa yang dihujahkan..masing2 ada pendirian..tetapi tuan masih mahukah bertuankan permimpin yang lemah???masih sanggup lagikah memberi ruang untuk beliau menghabiskan sisa penggal..kalau tuan semua suka..tetapi tolong fikirkan perasaan rakyat..saya cabar pihak tuan pergi buka kautaer di pasar malam..tanyakan pendapat mereka…

    mengenai undi tak percaya..

    apa yang saya dengar dalm TV3..undi tak percaya di uslkan oleh parti kompenen kat sabah..wan azizah sokong jekan…emm saudara pernah tak ke sabah??terutamanya di tawau,sandakan dan lahad datu..cuba tengok keadaan mereka kat sana…saya cadangkan tuan pegi..sedih saya lihat keadaan mereka…mana pergi pembangunan yang negara janjikan??

    Pemilihan parti..

    saya amat setuju jika kedua2 tokoh ini dicabar…sekurang2nya anda semua ada hak.dan hak anda semua dikembalikan…tapi kita tunggu dan lihat sahaja nnti…sepatutnya paklah tak layak umumkan peralihan kuasa kepada najib…pemimpin sepatutnya diputuskan oleh ahli…

    Minyak..

    Saudara…yang penting saudara kena sedar..minyak merupakan perkarang yang paling penting..jika minyak naik bagaimana boleh saudara nak kekang harga barangan yang lain..sebagai contohlaaa…kerajaan berjanji tidak akan menaikan tambang bas..bla bla..kerana kerajaan dah beri subsidi..tetapi apa dah jadi..kerajaan bersetuju pulak dengan kenaikan harga tambang tetapi tidak 100%..saudara 99% tu pon tidak 100%…
    saudara sebagi pembeli sudah tentu tau sejak minyak naik..semua harga barang naik..mana ada yang turun..takkan tak perasan kot…

    pasal keyakinan terhadap pembangkang..

    saudara..selama ini dari dulu sampai sekarang UMNO yang memerintah..selama 51 tahun malaysia sudah merdeka..saya amat berterima kasih terhadap pemimpin terdahulu yang berjuang bermati matian…untuk pengetahuan saudara..PRU baru2 ni untuk undi parlimen saya pangkan BN..untuk dun saya pangkang PAS..saya lebih bersikap siapa yang lebih layak untuk memimpin…jadi apa yang dilihat kedua2 pemimpin yang ada tidak layak..seperti yang saya katakan..pimpin laa isteri mereka dulu untuk pakai tudung dan tutup aurat..perkara itu wajib..WAJIB…kalau isteri sendiri tak boleh dibentuk bagai mana nak membentuk sesebuah negara..

    emm mengenai exco pahang..
    elokla tu kalau takda pembaziran.. harap2 betulaa..saya tak boleh nak pastika ya atau tidak..saya rasa saudara pon tak boleh nak pastikan..saya terbaca melalu harakah dan munkin saudara Utusan..jika benar wujud ia memang satu pembaziran..jika tidak berdoosa la bagi yang membuat fitnah..

    saudara..petani..pekebun..semua nya kene pakai minyak..jadik bila minyak naik..baja juga akan turut naik…

    letrik…dengan menarik balik subsidi minyak baru2 ni TNB boleh pulak umumkan tarik elektrik yang baru.,..subsidi elektrik ape kah yang diberi kerajaan???hospital memang saya kagum..maintain jee dari dulu..yang ni laa kita nak…

    saudara..seperti saya katakan tadi saya tak pilih bulu..saya baca semua akhbar dari arus perdana dan juga pembangkang..jadi untuk itu saudara tak perlu risau..
    cuma apa yang saya harapkan..akhbar kita bebas dari pengaruh politik…

    kesimpulanya saya amat berpuas hati dengan kesimpulan saudara..bukan senang nak puaskan hati semua org..ketika BN memerintah PAS gelisah…satu ketika nanti jika PAS memerintah mungkin BN goyah..

    Tahniah sekali lagi Abg tuah..abg tuah memang pembahan yang baik..Tak terlawan saya dengan ayat2 Tuah..tetapi tidak bermakna ianya itu tepat..
    tahniah sekali lagi…

  26. BakaL PM

    Okla insan….
    Dari segi percakapan kau ni aku rasa kau ni mungkin beranggapan PAS yang akan mengambil alih tampuk pimpinan… Tp maybe kau x sedar lg betapa PAS tu dipergunakan dan diperalatkan oleh DAP… Contohnya tgk jer kat Perak…. Harap jer menteri besar pas tp Tanah bukan org melayu yang dapat…. 90% tanah yang nak diberikan tu adalah kepada org cina atas desakan DAP… Org melayu berapa kerat jer… So Td kau ada kata Tanah Kita milik kita macam kat kelantan… Kelantan bolehla buat macam tu pasal dibawah PAS sepenuhnya tp PErak??? So jgn la salahkan kerajaan awal2 lg kalau PAS pun x dpt nak pertahankan tanah kat perak…
    Yang kau nak pertikaikan pasal KEWARGANEGARAAN tu pulak…. tu adalah syarat untuk kita merdeka dulu… Tp UMNO bukan bodoh memberikan taraf warganegara mcm tu jer….. Kita tetapkan dalam perlembagaan hak2 istimewa org melayu & ketuanan kita… Kau mesti tau kan… Tp yang kau x tahu DAP x pernah pun mengalah nak hapuskan ketuanan kita…. Anwar sendiri mengakui yang dia perjuangkan bkn ketuanan melayu tp ketuanan rakyat…. So dia pun setuju taraf kita sama dgn pendatang xde beza sedangkan kita adalah penduduk asal…
    Ok untuk melayu pulau pinang yang kau sebut2…. dapat jer pulau pinang kat DAP pertama sekali DEB dihapuskan… Pastu papan tanda tukar tulisan cina….. Semua yang berkaitan dgn keistimewaan org melayu nak dihapuskan…. SO bantu la UMNO merampas kembali Pulau Pinang agar kita dapat membela semula maruah org melayu…. Jgn Kau anggap menyokong pembangkang adalah menyokong PAS kerana PAS didalam pembangkang jelas skali terpinggir…. PKR & DAP menjalankan kerjesama erat tetapi PAS hanya bersendirian sekadar pelengkap pasukan…. Mereka pun bergabung lps pilihanraya tanpa ada apa2 sefahaman… Yang penting dapat menyayingi BN itu jer…. Tgk dulu masa Barisan Alternatif terus terkubur pasal apa x menang so masing2 bwk haluan sendiri…. Fikir2 kan la yer….

  27. insan

    haha salam big 8..

    perumpamaan saudara terpalit kat semua org..

    masing2 dah tua dan dah tak berguna-elok laa undur diri..tak perlu tunggu 2 tahun lagi..

    Pas bergabung dengan DAP..bagaimana pula UMNO denganMIC ,PAKATAN dan MCA.???ehehe ingat tu..walau pon parti kompenen tetapi masih boleh memerintah di pulau pinang..

    Saudara kena ingat..bukan setakat DAP je anti Islam..semua agama lain selain ISLAM akan anti islam..Jgn terlalu nampak kearah DAP..sama2 laa kita yang Islam ni berhati2..Tetapi saya yakin orang malaysia ni akan bersatu apabila agama dan bangsa mereka tergugat..kita ini mesti tak ingat apa parti yang mereka pegang..

    Em kesimpulanya saudara..kalau nak beri perumpamaan pastikan tak terkena diri sendiri..hehe…

  28. pemudaGOMBAK@ceri

    aslmkumm semua..

    wuiyo.. best rupanya hujah2 kat sini. Suka betul puak2 yg bertentangan ni klau ramai dari kita pakat2 suh pak lah & najib berundur..

    sebenarnya, diorang2 ni pun jemu jugak dgn barisan pimpinan yg ada.. PAS contohnya.. Mursyidul Am & Presiden parti tu pun lama dah tu.. tapi atas imej kehijauan yg diorang bawa, kena la slow2 sket.. tapi diam2 ubi berisi jgak tu. Yang ‘jaki’ tgk kawan2 dia yang untung sabut jadi MB & Exco2 di Kedah & Perak tu pun bukan nya takde.. Klau x percaya.. tunggu je la PRU13 klau2 ada rezeki lagi.. betul x yob?

  29. ieza keadilan08

    bagus lar macam tu…sy da tak sabar@ nak tukar kerajaan…pak lah n najib ni sama jer sekongkol umno yang totok.tak pandai ekonomi…berundurrrr!!!

  30. AbangTuah

    Salam…

    Saudara Ihsan, ada pandangan saudara yang kawan terima, tapi ada juga yang kawan kurang setuju.

    Mungkin yang banyak awak banyak lihat di Tawau, Sandakan dan Lahad Datu yang daif tu terdiri dari masyarakat pendatang iaitu masyarakat Melayu Sulu dan Mindanau yang banyak membuat penempatan setinggan di Negeri Sabah.

    Untuk pengetahuan saudara jumlah pendatang tanpa izin di sabah sahaja berjumlah 300,000 orang dan iras rupa mereka seakan penduduk tempatan, jadi sebab itulah kerajaan terpaksa mengenepikan kemanusiaan dan menghantar mereka pulang dengan segera ke negara asal demi mengelak salah tanggapan orang luar yang terkeliru antara penduduk Sabah dan pendatang tanpa izin yang rata-rata masih daif taraf sosio-ekonominya..keh..keh..keh..ye..ke…

    Mungkin terdapat juga penduduk tempatan yang agak daif di kawasan-kawasan pendalaman..akan tetapi kita juga perlu faham bahawa taburan kependudukan dikawasan pendalaman Sabah dan Sarawak tu agak berselerak jadi sekiranya hendak dilaksanakan pembangunan secara menyeluruh, pihak kerajaan mungkin menghadapi banyak kesukaran dan terpaksa mengeluarkan peruntukan yang amat besar.

    Sebagai contoh satu kawasan pendalaman yang dihuni oleh 20 keluarga masih tidak mempunyai bekalan letrik, air atau lain-lain kemudahan, sekiranya pihak kerajaan hendak mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk sesebuah kampung maka berapa pula jumlahnya yang diperlukan untuk membekalkan segala kemudahan tersebut kepada berpuluhan malah ratusan buah kampung lagi.

    Ianya boleh diibaratkan hendak membekalkan segala kemudahan untuk semua perkampungan masyarakat Asli dikawasan pendalaman di Semenanjung Malaysia.

    Usaha kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut ialah dengan mengenal pasti kawasan sasar yang perlu diberi keutamaan dan mengeluarkan peruntukan secara berperingkat mengikut peruntukkan rancangan-rancangan Malaysia.

    Berkaitan masalah kenaikan harga barangan makanan utama, saudara Ihsan juga perlu faham, bahawa masalah yang melanda Malaysia dan dunia sekarang ni dipanggil ‘Krisis Berkembar’.

    Madsud kawan bukan sahaja harga minyak dunia telah yang melonjak naik dengan kadar tak munasabah, malahan bekalan makanan utama dunia juga berkurangan dan harganya naik secara mendadak dengan kadar yang amat tinggi.

    Kekurangan dan kenaikan harga barangan utama tersebut berpunca dari kurangnya penghasilan dari negara-negara pengeluar akibat kekerapan bencana alam, kurangnya pengekportan dari negara pengeluar bagi menampung kegunaan sendiri, kurangnya penghasilan dari ladang Praire, Step dan lain-lain ladang utama dunia kerana menghadapi masalah kekeringan melampau, permintaan luar biasa dari negara membangun seperti Cina dan India kerana pertambahan penduduk, bijirin digunakan sebagai sumber penghasilan Bio-Fuel oleh Amerika dan Jerman dan yang paling jahat sekali adalah akibat aktibiti-aktibiti spekulasi ke atas barangan komuditi utama oleh perdagang-pedagang komuditi dan spekulator-spekulator dibursa-bursa komoditi hadapan dunia.

    Insan oleh kerana itu barangan makanan utama dunia telah melonjak keparas yang amat tinggi dan sekiranya tidak dengan kebijaksanaan pihak kerajaan menambah subsidi dan berterusan mengawal harga beras, tepung dan lain-lain barangan utama sudah tentu ianya akan melonjak dengan kadar yang lebih berganda dan tentu tidak mampu lagi ditanggung oleh mereka yang berpendapatan rendah.

    Walaubagaimana pun keadaan harga barangan seperti beras akan turun dalam tempoh waktu terdekat, sungguhpun begitu kerajaan terpaksa memantau dari masa kesemasa kerana kedegilan pihak pembekal dan pengilang yang enggan akur untuk menurunkan harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.

    Berkaitan dengan syarikat-syarikat bas pula bukannya mereka menuntut kenaikan 100% malah pada tahun 2007 mereka telah mula menuntut sehingga kepada kadar yang kurang munasabah.

    Walaupun mereka menikmati subsidi minyak yang amat berpatutan tetapi mereka masih meminta agar dipertimbangkan tuntutan mereka berikutan kos penyelengaraan memang telah lama naik sebelum kenaikan harga minyak. Sebagai contohnya, harga tayar, batteri dan alatganti telah melonjak berkali ganda awal sebelum kenaikan harga minyak. Walaubagaimana pun kalau tak silap kawan bukankah tuntutan tersebut masih lagi diperingkat perundingan.

    Insan walaupun kebanyakan isteri Menteri tidak memakai tudung bukanlah juga menunjukan mereka kurang ibadah atau mereka tidak beriman atau juga tidak pandai memerintah, cuma kita harap mereka akan berubah dan tak payahlah kita contohi peribadi mereka. Tapi apa yang perlu diingat adalah berkat usaha dan pendekatan yang diambil oleh pimpinan pemimpin UMNOlah kita dapat lihat perubahan amat ketara berkaitan kefahaman kepada nilai dan kesedaran rakyat malaysia terhadap ajaran islam jika dibandingkan dengan zaman 60an.

    Kawan rasa tak terkira usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memartabatkan ugama islam diMalaysia.

    Berkaitan harga baja pula, apa kena mengena baja dan kenaikan harga minyak…kemana perginya baja subsidi yang diberikan kepada pesawah-pesawah tu..dijual ke..

    Berkaitan tarif letrik pula, sekiranya tak ditambah subsidinya maka tarifnya tentu akan meningkat dengan kadar berganda-ganda. Kerana penambahan subsidi oleh pihak kerajaanlah kita masih menikmati kadar yang masih rendah mungkin dengan sedikit kenaikan yang kawan kira masih mampu di tanggung oleh rakyat.

    Walaubagaimana pun AbangTuah tetap ucapkan tahniah kepada Ihsan kerana menimbulkan banyak persoalan yang benar-benar mencabar minda AbangTuah untuk menjawabnya..keh..keh..keh

    Wassalam….

  31. Big8

    Salam en. Insan..

    Terima kasih..sebenarnya, kita dari pihak UMNO tidak kuatir utk bercakap atau nasihat walau utk diri sendiri. Walau kena batang hidung sendiri. Walau kena pemimpin sendiri. Yang betul kita ikut, yang salah tetap kita tegur..jadi kenapa kita perlu takut utk bercakap benda yg betul..

    Kalau pihak saudara memang xboleh bercakap tetang pihak sendiri, xboleh tegur pemimpin sendiri, itu terpulang pada saudara. Kita x naka ikut. Patut la selama ini apa yg diperkatakan oleh pemimpin saudara, saudara terus ikut. Patutlah tiada teguran ke atas kesalahan para pemimpin saudara. Bagi saudara memang tak boleh untuk bercakap tentang keburukkan pemimpin sendiri. Tapi tentang keburukkan pemimpin pihak musuh bukan main lancar lagi cakapnya. Tak kira lah yg berjawatan sampai yg kt kedai2 kopi. semua pandai2 belaka. Memang hebat nilai2 yg disemai oleh pemimpin2 saudara..Tidak hairanlah ada penyokong yg sanggup mati kerana parti..tapi jgn lupa, syahid kah mereka..

    Saudara, kenapa saudara tidak nampak kejahatan yg ada dlm DAP? adakah UMNO lebih jahat dari DAP dimata saudara? Saudara, dalam BN, UMNO yg membuat keputusan dan ianya perlu dihormati oleh parti2 komponen lain..Adakah dalam PR PAS yg buat keputusan dan diterima penuh oleh DAP? Atau DAP yg membuat keputusan dan PAS dgn bangga menjadi tukang umum..selama hari ini, itu yg boleh PAS buat..Kenapa saudara tidak risau dgn DAP? Saudara tahukah objektif DAP? Saudara tahukah apa yg dijanjikan oleh pemimpin saudara ketika bergabung dgn DAP? Pernah pemimpin2 saudara memberitahunya? Adakah saudara tidak rasa tertipukah dgn penggabungan itu? Bukankah saudara hanya mengundi PAS bukan PR. Adakah pemimpin2 saudara telah memberitahu saudara tentang penggabungan ini sebelum PRU? Kenapa saudara tidak merasa tertipu? Mungkin kerana bait2 kata dari pemimpin saudara amat manis..Kenapa saudara merasa marah bila PAS nk bergabung dgn UMNO? kerana tiada bait2 manis dr pemimpin kesayangan saudara..hehe..cuba pemimpin2 saudara berceramah tentang kesudian utk bergabung…mesti saudara dgn rela hati menerimanya..Insyaallah

  32. Big8

    salam ieza keadilan08,

    Nak tukar kerajaan bukan macam nak tukar ketua kelas. Semoga anda paham. Jangan terlalu seronok dengan sogokan kata2 manis. Kita perlu ingat, sejarah banyak membuktikan org yg pandai bercakap kurang dar segi kerjanya. Orang yang pandai/banyak bercakap lebih banyak temberangnya. Orang yg banyak berjanji lebih cenderung untuk memungkirinya. Orang yang pandai berpolitik lebih suka menipu orang2 macam kamu untuk kepentingan sendiri..jangan sampai menyesal dikemudian hari..

    Kenapa anda memilih kerajaan baru? kerana dijanjikan minyak turun? adakah kerana menurunkan minyak maka mereka ini menjadi sebuah kerajaan yg baik? Adakah kerajaan kita ni hanya berkaitan dgn minyak? kenapa anda tidak mengutarakan perkara2 lain yg berkaitan dengan pentadbiran kerajaan. Mungkin kerana kerajaan impian saudara hanya bercakap tentang minyak..adakah hidup anda kt negara ini hanya bergantung dengan minyak? Kenapa rakyat disempitkan pemikiran? Kenapa pihak pembangkang sanggup memainkan isu minyak untuk kepentingan diri. Adakah anda akan merasa gembira bila minyak turun? Bagaimana bila minyak turun, benda2 yg selalu anda dapat dgn mudah anda tidak dapat. Adakah anda telah pikir semua itu? Anda tidak boleh menyalahkan kerajaan impian saudara itu. Mereka tidak pernah menjanjikan apa kepada anda selain minyak turun 50 sen..hehe, 50 sen pun sampai boleh jadi pemerintah sebuah negara. Kenapa rakyat Malaysia begitu mudah dipermainkan. hanya turun 50 sen. sanpai bila dia nk turun 50 sen itu? Anda tahu ke? jgn turun 2 bulan naik balik. Mereka xsalah kerana janji dah turun bukan janji turun selamanya. xkan kita sanggup memperjudikan negara kerana 50 sen itu..berbaloi kah perjudian kita itu? Tidak hairanlah kenapa kita pernah dijajah..zaman serba maju pun boleh disogok 50sen apatah lagi zaman dahulu..hehe..melayu..melayu..

  33. BakaL PM

    dah panjang mcm ni apa nak komen lg…. Layannnnnnn……………

  34. kuntakinte

    Salam, hebat big8 ni, kuntakinte nak tanya big8 ni gadis ke jejaka? bukan apa senang kuntakinte nak letak title di depan sadara atau sedari, teman respect penulisan sedara/ri, sedap mulut membaca, kalau tak catch up kepala hotak tak tahu lah sapa2 yang membacanya. ringan sikit t/jawab kuntakinte dan sahabat2 lain, teruskan big8 teman sokong.

  35. Big8

    Salam sahabatku kuntakinte,

    Terima kasih dgn sokongan dr anda. Semoga Melayu tidak terus dijajah pemikirannya. Semoga Melayu tidak mudah disogok dgn janji2 manis. Semoga Melayu tidak mudah diperkotak katikkan..

    Saya seorang jejaka..kuntakinte?

  36. naza

    insyaallah..kearah membangun bersama islam(bukan islam pembangunan)

    AllahuAkbar..sesungguhnya hidupku dan matiku
    hanyalah kerana Allah…

  37. tubir

    tak payah dengarlah temberang anuar tu,cakap ja memang sedap didengar tapi hampas.saya biasa dengar dan hadir semasa ceramah si anuar ni ,kalau sekali dengar memang semangat mau kita tunjuk perasaan .tapi kalau kita halusi apa yang diucapkan tu itulah yang kerajaan buat ,cuma sianuar ni ubah sikit kasi cantik dan sedap didengar .kenapa Anuar buat macam tu?
    jawapnya mudah aja
    1. Pemimpin BN lemah
    2. Wakil rayat BN malas
    3.Wakil rayaat BN bisu dan pekak
    4.Wakil rayaat BN tak mesra Rayaat

    Apa yang perlu pemimpin BN buat untuk tambat hati rayaat,dan setia serta undi BN .Bukan depan cakap lain belakan cakap lain .
    1.Pemipin BN kena garang
    2. BN kena buat ceramah harian lantak lah cakap apa saj janji burukan pembangkang .
    3.Buat janji yang lebih dashat dari pembangkang .jangan takut BN banyak duit
    4. dekati dan selami jiwa rayaat. Cakap apa yang rayaat cakap walaupun pahit untuk didengar .Wakil rayaat kan .
    PM kena lebih garang dan tegas ,cantas yang degil ,penjara yang tak betul
    ok lah sampai kat sini dulu nanti sambung lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s