Pengkhianatan terbuka oleh PAS-UMNO

AP Selangor menyifatkan penggabungan PAS dengan Umno, jika menjadi kenyataan, sebagai “pengkhianatan terbuka terhadap para pengundi bukan Muslim”.

Setiausahanya Lau Weng San juga berkata tidak wajar pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abd Razak menghalang DAP “campur tangan” dalam rundingan rakan kongsinya itu dalam Pakatan Rakyat dengan Umno.

“Biarpun DAP tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan dalaman parti rakan (PAS), tetapi DAP mempunyai hak untuk bersuara jikalau sesuatu perkara yang berlaku di dalam parti itu akan memberi impak terhadap sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.

“Tindakan beberapa orang pemimpin kanan PAS ini bukan sahaja telah menimbulkan kerisauan dan kemarahan ahli-ahli akar umbi serta penyokong-penyokong bukan Muslimnya, malahan mereka pula mempermainkan perkataan-perkataan seperti ‘muzakarah’ dan ‘muqabalah’.”

Lau berkata perbincangan sulit antara beberapa pemimpin kanan PAS dan Umno bukan sahaja tidak dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat, malahan kebanyakan ahli akar umbi PAS, termasuk ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyat PAS yang turut tidak dimaklumkan terhadap pertemuan ini.

Beliau, yang juga wakil rakyat Kampung Tunku, berkata tindakan PAS itu “membelakangi konsep PAS untuk semua” yang selama ini dilaung-laungkan oleh PAS dan “satu pengkhianatan terbuka kepada pengundi-pengundi bukan Muslim dan pengundi-pengundi Muslim yang tidak menyokong dasar-dasar perkauman Umno.” sumber malaysiakini

nota:

1. bukankah tindakan biaDAP mempersoalkan ketuanan Melayu tidak dikira sebagai satu pengkhianatan oleh biaDAP terhadap seluruh pejuang2 kemerdekaan Melayu yang bersikap tolak ansur dengan bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum pendatang seperti india dan cina semasa kemerdekaan dahulu?

2. Bukankah tindakan DAP menghina Sultan Perak tidak dianggap sebagai satu tindakan khianat terhadap pengundi Melayu yang mengundi mereka pada PRU yang lepas?

3. Tidakkah slogan ‘Malaysian Malaysia’ merupakan satu pengkhianatan terbuka kepada seluruh melayu yang mana ia menuntut hak sama rata bagi semua kaum di Malaysia khususnya di semenanjung. Adakah tindakan melanggar kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina ini tidak dianggap sebagai satu pengkhianatan?

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Pengkhianatan terbuka oleh PAS-UMNO

  1. kuntakinte

    Salam, jawab le puak2 islam PAS oi… apa tunggu komen le, kalau Tajol seislam kau orang report Polis, ni si mangkuk ayun ni korang idak ke nak buat report polis, takut kut!!! nanti mengamuk teresa kok dan xavier pulak yek…

  2. Big8

    Salam

    Bukan apa, kurang menarik bercakap tetang keburukkan/kelemahan pemimpin sendiri..jemaah PAS xpernah diajar begitu. Bagi la tajuk tentang keburukkan pemimpin UMNO..mau lenguh jari menaip..hehe

  3. Firaun insaf

    Aku x nampk kelemahan pemimpin yang aku nampak kelemahan diri sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s