Daily Archives: August 1, 2008

Kata Anwar Mengenai PAS Semasa Jadi TPM

dari kulitpisang

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa 1995- Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai contoh beliau mempunyai bukti bahawa calon DAP yang bertanding menentangnya bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Abdul Raman Manap, adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Bukit Mertajam.

57 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tindakan Wan Azizh Tidak Beretika

Tindakan Datin Seri Wan Azizah (WA) melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh adalah satu tindakan politik yang tidak beretika. Ini disebabkan ramai pengundi yang mengundi beliau pada PRU12 tempohari adalah kerana atas kredibiliti beliau sebagai calon yang bertanding dan bukannya atas populariti suami beliau iaitu DSAI. Alasan untuk memberi laluan kepada DSAI bertanding amat tidak wajar dan jelas mencalarkan kredibiliti dan pegangan teguh politik kepimpinan parti PKR. Sebagai seorang ketua pembangkang, beliau tidak seharusnya melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Antara sebab lain untuk tidak menjadi kan PKR parti dinasti atau anak-beranak. Tidakkah parti PKR sekrang pun sudah menjadi sebuah parti dinasti. Nurul Izzah di Lembat Pantai, WA di permatang pauh. Ini hubungan kekeluargaan yang kita nampak. Bagaimana pula dengan hubungan yang tidak langsung seperti antara DSAI dan chegubard? Adakah parti dalam pakatan rakyat tidak melakukan dinasti masing-masing di dalam parti sendiri seperti DAP. SU Agung Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.

Sebelum ini, diwar-warkan yang DSAI akan bertanding di Parlimen Kulim atau Bandar Tun Razak tetapi akhirnya kembali ke Permatang Pauh iaitu satu kawasan paling selamat utk DSAI. Dalam sidang akhbar semalam, DSAI berkata pemilihan Permatang Pauh bukan disebabkan ia satu kawasan selamat kerana kawasan seperti BTR, Kulim dan Gombak juga adalah contoh kerusi selamat bagi beliau. Tetapi mengapa Permatang Pauh?? Diberitakan penyandang kerusi parlimen yang lain tidak rela melepaskan kerusi mereka semata-mata untuk member laluan kepada DSAI bertanding. Tindakan mereka sekiranya melepaskan kerusi tersebut akan menjejaskan perjalanan politik individu terbabit.

PR kecil yang bakal diadakan merupakan penentu survival ketuanan Melayu. Gagalnya UMNO/BN akan menyebabkan ketuanan rakyat dipilih sebagai pengganti. Adakah anda semua terutama pengundi di Permatang Pauh sudah bersedia utk menggadaikan hak orang melayu kepada bangsa lain? Apa akan jadi kepada bangsa melayu sekiranya DSAI menjadi PM Malaysia??

Marilah kita berdoa agar UMNO/BN dapat menawan kerusi parlimen permatang pauh demi memastikan ketuanan melayu terusi dipertahnnkan.

33 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda