Kata Anwar Mengenai PAS Semasa Jadi TPM

dari kulitpisang

Anwar seru rakyat tolak Pas

HULU TERENGGANU, Selasa 1995- Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai contoh beliau mempunyai bukti bahawa calon DAP yang bertanding menentangnya bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Abdul Raman Manap, adalah Timbalan Yang Dipertua Pas Bukit Mertajam.

57 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

57 responses to “Kata Anwar Mengenai PAS Semasa Jadi TPM

  1. AbangTuah

    salam…

    Kalau duduk dengan manusia jadi orang..kalau duduk dihutan jadi beruang..Tak ada prinsip spesifik…dual personaliti..heran pula macam mana PAS boleh percaya gila…

  2. Kalau ada keratan akhbar ini tolong emailkan kepada saya perakbangkit@yahoo.com

  3. Jom wujudkan solidariti bloggers tanamkan Anwar di Permatang Pauh

    e-mail:perakbangkit@yahoo.com

  4. Salam,
    Perak bangkit tq…mamak mahu cari orang mcm kamu membantu orang Islam Pulau Pinang.Kita sama-sama juang untuk kuburkan DSAI di Kubu dia sendiri!.Wassalam.

  5. Salam,
    Parti PAS ini selagi ada orang Musuh dengan UMNO selagi itulah sokong siapa jua..kafir atau pun Yahudi…janji depa ini pembangkang kerajaan.Tak ada pegangan langsung dalam politik….kalau tanya,” oh!inikan nabi pun maafkan umat, kita siapa pulak!”.Pas kini ada sedikit sebanyak reputasi dengan orang Melayu..jagalah reputasi itu jangan terlalu ghairah dengan si DSAI ini!.Dia jenis kawan makan kawan.Parti Pas dah lebih awal dari UMNO ditubuhkan.Kenapalah masih tercari-cari sokongan parti-parti hapraak macam PKR…Mungkin kamu pun sama nak gunakan orang PKR saja untuk mencapai cita-cita!.Apa susah nak berkawan dengan Pak lah ke?.Dia pun dari keluarga Ulamak juga sedikit banyak tahu hukum-hakam!.Jadi berkabunglah dengan UMNO seperti DSAI dulu…dapat juga TPM. mana tahu ust.Awang Hadi pulak nanti jadi TPM?.Jadi UMNO boleh kongsi pendapat nanti nak wujudkan Hukum Hudud di Negara ini.Cuba gunakan musuh dari berkawan dengan Musang!.Matlamat PAS .satu sahaja.nak memrintah!.Bukan begitu?.Cuba fikir kalau JAKIM itu ada dalam genggaman hampa!.macam-macam boleh buat untuk negara!.

    Jadi berhentikan lah sokongan Parti Pas pada PKR bermula dari Permatang Pauh ini.Ceramah hampa kat Mesjid Perda,Bukit Mertajam tak ada sambutan pun!.Kenapa?. bila nak bertanding baru nak tunjuk muka…Imam PAS pun kalau tak jadi Imam bertugas tak mahu solat berjamah kat Mesjid ini lari pii mesjid kelompok hampa!.Apa semua ini…apa orang lain kurang Islam dari Kamu semua kah?.Cuba tengok ‘Orang tabligh’tak kira mesjid siapa..tetap mereka ajak berjamaah..itu baru Islam saudara-saudara…bukan buat kelompok.Jadi buatlah dakwah dan cara hidup yang betul supaya orang menghormati…bukan menunjuk kehebatan serban dan janggut-janggut yang dah lama tapi belum tumbuh-tumbuh lagi.Orang Arab simpan janggut ,lawa untuk mereka tapi ini hah simpan janggut macam tiang letrik tepi jalan sentiasa urut-urut nak panjangkan ke? bila nak panjang…sentiasa kena cantas dan pileh kawan yang tak betul tak akan panjang punya!.

    Jadi Parti PAS ambil buat landasan dan Ikhtibar dari kesilapan lampau dengan menyokong atau pun hanya jadi pemerhati dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh biar DSAI sendiri menghdapi UMNO satu lawan satu…orang bukan Melayu pun jangan masuk campur kita tengok kekuatan sokongan Melayu kepada DSAI ini ada ke tak ada?.Kerana cita-citanya nak jadi Perdana Mentri Malaysia bukan…biak dia berdiri di atas kakinya sendiri…baru kita tahu dia ini ada kewibawaan memerintah negara!.Wassalam.

  6. Saya dengan segala sukacitanya ingin mengajak semua rakan siber dan blogger dalam kategori berikut:-

    1. Semua Warganegara & Marhaen
    2. Anti Anwar
    3. Pro BN/UMNO
    4. Anti Pakatan Rakyat
    5. Anti DAP
    6. Anti PKR

    Kita tinggalkan perbedaan kecil antara kita buat sementara. Untuk sama-sama merapatkan barisan dan jurang. Dan bersatu hati dan tenaga. Kita wujudkan satu kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan. Kita ada tugas besar untuk menumpaskan Anwar Ibrahim.

    Demi negara yang tercinta. Petualang bangsa seperti Anwar Ibrahim mesti dibunuh karier politiknya. Biar dia menjadi nisan politik Malaysia dan rakyat biasa yang tiada lagi menganggu ketenteraman politik tanahair.

    Kita akan mulakan perjalanan ini satu demi satu dan Insha Allah kita akan menjadi satu pasukan yang kuat. kami di Perak Bangkit amat yakin usaha murni kita ini akn pasti mendapat keredhaan Illahi.

    Kami nantikan maklum balas daripada kalian sekalian selaku para pejuang yang budiman. Anwar adalah Musuh No.1 kepada Negara Malaysia, Agama Islam & Bangsa Melayu. Beliau mesti dihapuskan. Allahu Akbar!

    E-Mail : perakbangkit@yahoo.com

  7. Yang pasti pilihanraya kecil Permatang Pauh ini kelak akan menimbulkan lagi kecelaruan politik terutama kepada bangsa Melayu. Sekiranya DSAI kalah, dia akan kata kerajaan BN guna politik wang. Jika dia menang, dia akan menimbulkan suasana haru-biru di Parlimen.

    Yang rugi tetap bangsa kita Melayu. DAP harbi tepuk tangan makan babi, PAS asik dok memaki, PKR hanya tau bakar.

    Walaupun kita UMNO pastinya akan menungkah arus di Permatang Pauh tetapi insyaallah itu hanyalah perasaan.

    Lawan tetap lawan….

  8. opets

    pembong,penipu,=anwar ibrahim…woi mat sabut siapakah al-jubri yg selalu kedengaran di mulut hang ketika berucap diceramah pas disekitar tahun 1995-1996?

  9. AbangTuah

    Salam..

    Kawan dan sahabat tidak boleh berhubung melalui email saudara, kami meragui identiti saudara, ditakuti komputer kami disabotaj (spamming). Seeloknya saudara buka weblog agar kami boleh berhubung melaluinya.

  10. zikirullah zolkefli

    Saya ni orang johor, dan di johorlah UMNO bertapak. Saya nak cakap skitlah…kepada puak2 PAS ni…dorang cakap dorang ISLAM kan? Memperjuangkan ISLAM kan?? jadi saya cadangkan dorang jangan bertanding dalam dunia Demokrasi ini… SEBAB DEMOKRASI BUKAN LAHIR DARI DUNIA ISLAM…IANYA LAHIR DI ZAMAN GREEK…JADI buat apa kita agong2kan sangat konsep bodoh ni….. DAN KEPADA ULAMA PAS INGATLAH SEPOTONG HADIS NABI……TAATI ALLAH, TAATI RASUL, DAN TAATI PEMERINTAH….. dalam konteks sekarang ni PAS nampaknya masih belum sekelompok yang mengikut fahaman AHLIL SUNNAH…ingat pesan BAGINDA RASULULLAH S.A.W, JANGANLAH KAMU BERPECAH.

  11. Wirawaja

    Salam.

    Kami yang cintakan kedamaian agama dan bangsa sentiasa memberi sokongan dan akan tetap berpatah arang sekiranya agama dan bangsa kami terus diperkotak-katikkan.

  12. atasinchi

    Assalamualaikum Mamak,

    bersemangat sungguh teman melihatkan Mamak berbicara. nampak keazaman yg kuat nk raih sokongan PAS utk jatuhkan Anwar…bagus tu mamak.
    cume teman nk peringat sikit je, tang mamak dok kata yg “PAS ini selagi ada orang Musuh dengan UMNO selagi itulah sokong siapa jua..kafir atau pun Yahudi…” jangan la kata lagu tu, setakat ni depa hanya kawan ngan kafir je, belum sampai tahap Yahudi lagi… kasi muke la sket sama PAS tu mamak. lagipun teman rase, takde sape suke ngan Yahudi tu kt Malaysia ni, jgn kate org Islam, org Cina ngan India pun blum tentu suke kat depa tu.
    harap mamak faham la ape yg teman cakap. teman bukan org PAS…
    satu lagi tang ni, “biar DSAI sendiri menghdapi UMNO satu lawan satu…orang bukan Melayu pun jangan masuk campur”, takde yg teman nk pertikaikan, bagus juga idea mamak tu. cuma, setuju ke boss mamak (pak lah) kalo org gerakan, mca dan mic penang tak undi calon bn nanti?
    wallahualam…

  13. Pingback: Saiful Bukhari Azlan « Sweet Knowledge ™

  14. kuntakinte

    Salam, tak heran PAs pun apa anwar cakap masa jadi TPM, kalau nak cerita benda tu memang banyak dan tak kan bersatu lah PAS PKR dan DAP, tapi diaorang memang tahu species aljuburi (kata mat sabu) ni memang suka main belakang kekawan, dulu UMNO kena main belakang, sekarang tunggu lah masa si kembar2 dia untuk kena main belakang.

    p/s hanya teman lupa pantun seloka anwar masa TPM tujukan pada TDM masa jadi PM.

  15. Big8

    Salam semua..

    mana p puak2 pembangkang? cepat la komen dan bela YB anda..kesian la kena bantai sorang2..Kenapa? takut mengakui pada fakta sejarah ke? atau anda hanya suka kepada benda2 yg belum pasti?

  16. AbangTuah

    Salam..

    Puak PAS ni jangankan Anwar..kena herdik dengan DAP..kentut pun takut nak lepaskan..keh..keh..keh

  17. Rakyat semut

    Amboii… bila kucing tidur bukan main galak lg tikus2 berlari.

    Saya orang melayu , saya boleh dikategorikan sb pengundi atas pagar… semua ceramah parti politik sya join, Harakah sya baca, berita TV3, RTM saya dengar..tp tiap2 kali PRU saya pangkah PAS… kenapa?.. Kerana UMNO hanya memperjuangkan hak melayu bila dekat2 pilihanraya jea.. sebelum tu…?

    hangpa tgk la sendiri.. P.Pinang dh brapa abad BN pegang?.. apa nasib org melayu kt sana?… Kelantan dh brapa lama PAS pegang?… apa cite org cina& india kt sana (tk cukup makan ke diaorg kt sana)…

    klu stkt dengar citer dr media arus perdana yang terang2 dipekudakan oleh BN dan korang terus jatuhkan hukum… maka dangkal sgtlah hukumnya tu… Korang nk hantam DSAI… by all means go ahead… tp cuba2 lah jenguk2 maklumat dr sumber2 lain

  18. AbangTuah

    Rakyat semut…

    Macam semut juga otak dah kena program…turut je perintah Lebai..keh..keh..keh

  19. atasinchi

    Assalamualaikum…

    Zikirullah, teman kurang bersetuju dgn kenyataan saudara. sememangnya demokrasi bukan lahir di zaman Islam wujud. namun hakikat yg pasti, selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, sistem mesyuarat sesama jemaah telah digunakan utk melantik khalifah sbg pemimpin Islam. di mana ade pencalonan dan sokongan dan hampir sama dgn proses pemilihan dlm demokrasi.
    mmg perlu kite mentaati pemerintah, namun kite juga perlu berpesan-pesan sekiranya ade kekurangan pd pemimpin kite. bukan hanya mengikut shj, kerna jika ke neraka pemimpin kite, kite juka mungkin akan mengikut jejak mereka.
    wallahualam….

  20. BakaL PM

    kat sini kita bincangkan penderian Anwar ok…. So kalau nak comment mestila berkaitan dengan penderian Anwar…. x kira la nak back up ker, hentam ker yang penting ada kaitan ok………

  21. BakaL PM

    Aikk … ingatkan Pak Lah jer tido… Kucing pun slalu tido jugak???

  22. Big8

    Salam Saudara Rakyat semut,

    Kalau nk kira baca membaca, dengar mendengar, atau apa lagi yg membolehkan kita mengetahui senario politik di negara kita, saya pun terlibat dgn kedua-dua pihak..

    setakat baca, setakat dgr ceramah, adakah saudara pasti kesahihan berita yg dibawa? sekarangni org sanggup berbuat apa sahaja demi utk kepentingan diri.

    Saya pernah terlibat secara langsung dalam politik PAS. Saya juga pernah terlibat secara langsung dalam demontrasi anjuran DSAI. Itu semua saya buat semasa saya belajar dahulu. Semasa darah masih muda. Semasa saya masih mentah dalam permainan politik. Semasa saya mendengar dan terus menerima. Saya amat berterima kasih kepada seorang ustaz dari PAS yg pernah menasihati saya bila saya ingin menyertai reformasi yg dibawa oleh DSAI. Dia bertanya apakah tujuan sebenar demontrasi itu? x ada apa pun saudara2 ku..hanya utk DSAI. Dia juga ada menempelak pemimpin2 PAS yg sudah melupai asas perjuangan. Semua kerana kepentingan sendiri.

    Selain itu, saya pernah terlibat dgn perjuangan parti yg bernama PAS. Dalam tempoh itu saya hanya disogok untuk membenci UMNO bukan untuk membenci kafir. Setiap perbincangan bukan terdorong untuk memperjuangkan/menyebarkan Islam, tetapi hanya untuk menjatuhkan UMNO. Inikah perjuangan yg kita cari.

    Saudara boleh masuk markas2 PAS atau terus menjadi AJK bahagian saudara. Saudara lihat sendiri apa yg diperjuangkan. Maaf kalau saya katakan, yg berjuang dalam PAS (berjuang utk Islam kononnya) tidak semua yg cukup solatnya. Nk ke surau jauh sekali. Maaf kerana pendedahan ini. Secara peribadi pemimpin2 PAS gagal dalam membentuk umat Islam. Ahli2 fanatik yg turut apa yg diperkatakan oleh pemimpin PAS pun tidak mampu dibentuk, inikan pula org luar..takkan nk membentuk org luar dulu kemudian baru keluarga sendiri. Inikah ajaran yg diperjuangkan? Betulkah cara yg dipraktikkan? Jgn hanya gemar memburuk-burukkan org lain..Keburukkan keluarga sendiri perlu diperbetulkan. Barulah orang akan mencontohi keluarga anda..

  23. Apai Ngelai

    Salam Big8,

    Kawan mengagumi teman berdasarkan pendirian teman terhadap perjuangan parti. Bagi kawan, teman bukan orang biasa yang hanya ada satu arah pandangan sahaja. Teman banyak menyumbangkan artikel yang membuka minda serta menggambarkan kebenaran wajah sebenar berkaitan politik di luar sana.

    Kawan juga ingin mencontohi kesungguhan AbangTuah, Brokuntakinte, mamak, mok dan lain-lain dalam perjuangan alam siber ini. Teruskan, sebenarnya apa yang diperjuangkan di sini cukup besar kesannya kepada politik negara secara tidak langsung.

    Kita mampu merubah keadaan senario politik dengan hanya melalui penulisan blog. Ingatlah, pihak pembangkang cukup sedar akan kekuatan dan juge pengaruh webblog seperti ini terhadap politik tanah air sehingga meletakkan mereka dalam keadaan berjaga-jaga. Teruskan, bersamalah kita mempertahankan apa yang kita kecapi sekarang. Jangan biarkan ia diubah dan dilenyapkan oleh tangan2 pihak pembangkang. Bravo…!

  24. Rakyat semut

    Abg Tuah.. sya tk pernah buat any personal attack kt anybody.. don’t start tht on me, please respect my opinion even if it true tht I’ve brainwash by whatsoever “evil elements”..Setuju tak klu sya katakan arus media perdana skrg lebih condong mendukung idea cetusan BN??.. and you watch and saw this everday… now tell me whose brain be programmed by who….. get your fact right ok!!

    Big8.. mungkin pengalaman saudara jauh lebih hebat dr saya dlm dunia politik nie berdasarkan your ” wide insider experience” dlm PAS.. dan saya setuju dlm beberapa perkara yg saudara utarakan tu.. oleh sb itu lah sya nie pengundi atas pagar

    jd maksud saudara semua sifat2 negatif pemimpin PAS yg saudara ckpt tu tu tkde lah pd pemimpin parti pilihan saudara?…Saya tau ramai penyokong PAS yg “fanatik bodoh” ikut membuta tuli dan pemimpi PAS yg moralnya questionable.. tapi apa kurangnya dgn pemimpim/penyokong BN.. atas citarasa masing2 lah.. saya pun ada “sekunder” insider experience psal UMNO.. dan sb itu sya nyatkan sekali lagi.. “sya nie pengundi atas pagar”

    Bila nk dekat PRU saya akan dengar whose argument is more beneficial to me (sound greed and stupid kan)… then i’ll do my decision.. maybe it is wrong or maybe it is right.. but that is that

  25. AbangTuah

    Salam Rakyat semut..

    Please admit, your first posting was also a bit harsh..anyway i still take your reasoning..my deepest apology..i hope to eloborate..hmm..maybe later ok..

    Bye

  26. ASSALAMUAIKUM…

    naper sang semut ni…are you sleeping…are you sleeping…are you sleeping ding dong bell. don’t think that you’re to good … that’s what you think! apa pulak media perdana lebih cenderung ngan kerajaan BN. let me tell you cuba you pikir .. kes DSAI dengan saipul .. dua-duanya orang PKR tapi kenapa pulak news dan pakatan rakyat hari-hari nuduh UMNO, BN, Pak lah.. did you call this more to BN gov, banyak yang disiarkan pekara membodohkan dan mengelirukan rakyat… tak bagi projek nak saman…itu nagetif beb! cerita babi tak habis-habis… itu pun negatif, hapuskan islam hadari…negatif, minyak naik dan banyak pulak yang berlagak pandai pakar ekonomi yang bagi komen dan pendapat… tak ada yang positif. hapuskan kontrak sosial walaupun wujud semasa tuntutan pejuang merdeka…positif ke? perhimpunan hindraf… negatif….. tuntutan 14 pekara imf… antaranya termasuk duit zakat org islam dibagi samarata dgn semua kaum … anak org islam tidak dibolehkan automatik islam…. negatif…isk isk iskh.. kalau nak dikutkan tak ada yang front page yang baik…semua negatif…alooo geng think before u talk kay!… i think u are still sleeping brader!… come on wake up brader and don’t think that you’re the mr right… kena ada keyakinan dan falsafah diri beb!.. kena tau jugak orang-orang yang suka ikut hati komen orang dan bersikap tak tentu pendirian sebenarnya adalah…. ORANG ATAS PAGAR brader. you got no right to talk somebody right!..at lease tuah dia ada pendirian tetepi lu beb atas pagar akan tunggu siapa jatuh dan siapa menang…and for sure u bukan ketegori mereka yang mereda tetapi orang yang membunuh yang tenat dan menjulang yang menang even musuh you… LALANG bro!

    sekupang dua tengah memikirkan jangan berselindung bro! rosak negara selepas pilihanraya adalah disebabkan ORANG ATAS PAGAR… Think! dont just say it.. and don’t even you dare to say u are alway’s right in our house!…paling tidak kalau BN nak cakap apa pun, dia kerajaan….so what..hallo brader…come down..they should take turn…but not now..because they are not the winner!

  27. kuntakinte

    Salam, big8 terus dedahkan kerja2 puak2 haluan kiri tu, pengalaman mengajar kita untuk hidup, kita bukan menyokong membuta tuli, tetapi kita mempunyai pengalaman yang amat berharga untuk dikongsi dan didedahkan agar dapat menyedarkan orang lain insyaAllah usaha kita di rahmati Allah S.W.T.

    Kuntakinte dah sebut sebelum ini, teman bukan asal UMNO tapi teman penyokong DSAI demostrasi pemecatan DSAI dulu teman sertai dan akhirnya teman mendapat bukti nyata mengenai DSAI teman berundur dan terus berjuang dalam UMNO dulu kini dan selamanya.

    teruskan big8, pada apai ngelai selamat berjuang mati matian!!!!! agi idup agi ngelaban

  28. kuntakinte

    Salam, rakyat semut, it is wrong if media perdana always reports the story 4 Bn leaders, Bn is goverment now!!!, heiii wake up please sang semut from yr dream, pembangkang tetap pembangkang takan nak dapat keistimewaan lebih2, cukup dah dapat dengan kemewahan yang diperolihi oleh diaorang selama pemerintahan BN sang semut oi.. jangan nak minta lebih2 kata orang dah bagi betih nak peha.

  29. keris silau

    salam sekupangdua,

    amat berat pertuduhan kau kpd org atas pagar. aku salah seorang daripada mereka yg atas pagar. walaupun begitu aku tak berniat nak ‘defend’ rakyat semut. cuma aku nak pertahankan pendirian mereka2 yg di atas pagar ini. seperti juga kau dan rakan2 dalam UMNO dan juga melayui, insan, hampeh dalam PR, masing2 ada pendapat masing berdasarkan pahaman politik dan kepentingan masing2. bagi kau dan radikal UMNO, pastinya pertahankan ape jua keputusan dan tindakan UMNO, begitu juga radikal pembangkang. bagi kami di atas pagar ini. kami melihat setiap sesuatu itu dari kaca mata UMNO mahupun PR. kami tidak menyebelahi mana2 pihak dan tidak pula ingin menjatuhkan mana2 pihak. untungnya kami kerana menjadi org atas pagar ialah, kami dapat melihat setiap yg baik dan buruk kedua-dua pihak tanpa ade prejudis. sepatutnya pandangan kami inilah yg patut diambilkira oleh setiap parti kerana sesungguhnya kami hanya berfikir untuk dan demi rakyat seluruhnya dan bukan utk parti2.
    mengapa adanya golongan seperti kami ini? ini kerana kami dapat melihat kepincangan dalam sesuatu perjuangan parti itu. baik dalam pentadbiran mahupun perlaksanaan dasar parti. bukan ingin mengatakan kami ini golongan yg lebih bijak kerana dapat melihat semua perkara, tetapi itu hanyalah pandangan kami yg tiada berat sebalah. jika ditanya sesuatu itu kpd sekupangdua, pastinya jawapan akan berat kpd UMNO dan sekupangdua juga boleh mengatakan dia telah dapat menilai kebaikan dlam UMNO. itu sekupangdua, tetapi tidak bg golongan atas pagar.
    teringat kata2 AbangTuah hal saudaranya di T’ganu. akan pangkah sape saje yg bagi wang ihsan, kebaikan etc.. kpd rakyat. so, katalah takdir Allah PAS perintah balik T’ganu dan dapat memberikan sama atau lebih baik drpd BN bg, dan pru setrusnya dia pangkah PAS. adekah saudara AbangTuah ini merosakkan negara hanya kerana pendirian yg berubah-rubah? fikirkan lah…
    seperkara lagi, jgn lupa asal si saiful ini adalah drpd UMNO jua dan dia juga pemimpin pelajar yg pro kerajaan sewaktu di uniten… jgn lupe….

  30. AbangTuah

    Salam..keris silau..

    Pendirian berubah-rubah tu lantaklah…semua ada hak buat pilihan sendiri…yang boleh merosakkan negara ini apabila tumbangnya UMNO..tu aje…Jadi kalau PAS atau PKR nak kuat tak kisah tapi kena ingat bro..jangan sampai UMNO tumbang bro..buruk padahnya untuk semua…tak tipu bro..tak chong..tak temberang…cuba malam nanti balik kaji dan renungkan sejenak…ambil pensil dan kertas dan lakarkan…kalau UMNO hancur…dan PAS atau PKR memerintah….kawan bukan tak faham ada dikalangan UMNO tu korup…maklum bro wang..kuasa..wanita…kita mungkin belum diuji tak tahu….tapi sebab tunjang kekuatan bangsa yang lebih penting dipertahankan buat masa ini..walau ugama tu numbor satu untuk dipertahankan tapi priortynya sekarang terpaksa kawan utamakan UMNO bro. Jadi bro kena faham sebab apa kami bersungguh-sungguh bro…jangan sampai nasi menjadi bubor..sekiranya terjadi dah tak berguna lagi…

  31. kuntakinte

    Salam keris silau, kalau sedara atas pagar apa serius sangat pandangan yang baik dari sekupangdua yang sedara bantah, sebagai golongan atas pagar komen yang baik sepatut diakui je kebaikan pandangan sekupangdua, bro kita tu ada persipsi tersendiri mengenai golongan atas pagar,

    kuntakinte hargai juga pandang sedara mewakili golongan atas pagar, hanya terfikir juga kuntakinte bagi golongan atas pagar sepatutnya lebih bersyukur dari sekupangdua dan sahabat2 lain diatas segala yang golongan atas pagar perolihi selama ini tanpa perlu berjuang dikecapi bersama2 atas usaha dan kerja kerajaan dan UMNO, pendirian sudah tentu menyondong kepada kerajaan, kerana terbukti selama ini kejayaan usaha kerajaan membangunkan umat dan negara berbanding puak2 haluan kiri yang hanya bercakap kosong langsung tiada jasanya kalau memerintah di negeri2 pun tak mampu untuk menstabilkan negeri masing2, malah banyak menimbulkan kontroversi.

    ada keraguan diatas dakwaan pendirian sedara mendakwa bahawa sedara atas pagar dan tidak berat sebelah walhal tulisan sedara sebelum ini terdapat unsur2 berat sebelah kepada puak2 haluan kiri komen sedara.

  32. keris silau

    salam broTuah (wah mcm ramaja lak rase..hehe)

    aku memang sokong kata2 kau. memang dalam pemerhatian aku sekarang, hanya UMNO yg mampu memperjuangkan hak2 org Melayu kite. takde ape yg nak aku pertikaikan. cuma aku tak berapa setuju je dgn pertuduhan dari sekupangdua. tak semua golongan atas pagar ni merosakkan. ade kala pandangan daripada golongan ini penting dlm menjana kemajuan kerajaan. sebab mereka mampu menilai sesuatu kepincangan dlm kerajaan tanpa perlu utk menjatuhkan kerajaan. sepatutnya pandangan2 golongan ini perlu diambilkira oleh kerajaan.
    ade ke tulisan aku selama ini terlalu condong ke arah sesuatu parti? serasanya tidak dan jika ade pun yg aku kritik, hanya segelintir golongan dlm sesuatu parti itu.
    teruskan broTuah berjuang utk agama dan bangsa dan diharap agar broTuah dpt menyemai sikap yg baik sesama ahli UMNO yg lain…

  33. keris silau

    Salam AbangTuah,

    seperkara lagi yg aku rase perlu dititikberatkan oleh UMNO, ialah menyediakan Bangsa Melayu yg berdaya saing yg tidak LAYU akibat tekanan globalisasi. ini amat penting bro. selama ini, UMNO cukup gah mempertahankan hak melayu dari semua aspek, tetapi dari segi menyediakan Melayu yg gah, kita masih belum mampu lagi. buka kan lebih byk peluang bagi generasi muda melayu agar lebih berjaya, latih mereka menjadi pejuang ekonomi negara dan dalam masa sama berjuang meningkatkan martabat bangsa Melayu. sekiranya, sesuatu berlaku kpd UMNO atau mana2 parti yg memperjuangkan hak org Melayu, sekurang-kurangnya, generasi muda Melayu sudah bersedia menangani cabaran itu.
    mampukah bangsa Melayu terus bertahan dibumi sendiri sekiranya ketuanannya dipindah milik? itu persoalannya yg harus kite renungi.
    broTuah, teruskan berjuang demi bangsa Melayu walau ape pun platformnya dan janganlah mengabaikan yg hak.

  34. AbangTuah

    Salam keris silau..

    Maafkan brosekupangdua tu..niatnya baik kawan dah kenal lama…hatinya pun class…dia perihatin pada bangsa dan agama…kalau jadi apa-apa kawan percaya dialah yang petama kedepan mempertahankan kita semua…cuma sekarang dia tengah sibuk berperang kat Pematang Pauh…jadi maklum je lah orang kalau dah sarung ‘Selendang Merah’ jadi garang dan bengis sikit…kawan faham tu…jadi maaf je lah ya…

  35. keris silau

    Salam saudara kuntakinte,

    saya memang tiada masalah dgn pandangan sekupangdua, cuma menyatakan berat sungguh pertuduhan sekupangdua kpd golongan atas pagar yg dikatakan merosakkan negara. ada lagi golongan yg lebih teruk sikap mereka yg boleh menjerumuskan negara ke kancah yg lebih teruk. seperti golongan fanatik parti yg bersikap “yes man”. golongan ini bukannya memperjuangkan kepentingan parti sebaliknya lebih memperjuangkan kedudukan sendiri. golongan inilah yg akan memusnahkan negara kerana tiada nilai patriotik dlm perjuangannya. baik dalam parti pembangkang mahupun parti pemerintah, pasti ade segelintir golongan ini.
    ya betul, AbangTuah, kuntakinte, mok, mamak dan sekupangdua bertungkus lumus berjuang bagi kepentingan bangsa melayu, namun secara sedar atau tidak perjuangan saudara2 sekalian kelihatannya telah disalahgunakan oleh org atasan yg korup. itulah masalahnya. akhirnya, rakyat masih ditakuk yg sama tanpa peningkatan dlm taraf hidup. saya bersyukur, atas usaha2 yg telah dilakukan oleh pejuang parti dlm memastikan hak rakyat terbela. tetapi ingat, kita tidak tahu, siapakah yg dipangkah oleh golongan atas pagar ini dlm pru? adekah dacing yg dipangkah atau bulan2 dan roket yg dipangkah? selagi itu, jgnlah menilai buruk sesuatu itu tanpa ade bukti yg sahih.
    aku juga tiada prasangka buruk terhadap perjuangan saudara2 semua, cuma renungkanlah pandangan kami secara terbuka bukan seperti pandangan golongan bulan atau roket.
    wassalam…

  36. keris silau

    Salam AbangTuah,
    aku mmg tiada masalah dgn kata2 sekupangdua. hanya seperti apa yg aku tulis kat atas tu je.
    aku paham semangat pahlawan Melayu kerana aku juga melayu. tak kira ape pun platform atau ideologi sepatutnya kite kena bersatu. walau ade yg kata dua kepala dlm satu organisasi akan timbulkan masalah jika berbeda pendapat tetapi jika kena cara dan gaya dlm menangani pendapat itu, kita akan jadi lebih baik.
    sesungguhnya, byk yg lebih di dunia ini utk dikongsi oleh semua manusia. tidak perlu tamak. hanya dengan itu kita akan membuka lebih byk peluang utk idea2 bernas lahir. insyaAllah, bak kata dato’ laksamana Hang Tuah, “Takkan Melayu hilang di dunia…”

  37. assalamuaikum keris …

    teman bukan nak marah … tapi bila tonasi yg berbeza selalunya pasti menarik pehatian yang membaca…dan secara umumnya teman salah seorang yang tebabit dalam pengkajian terperinci berkenaan mereka yang pro , contra dan atas pagar… mungkin miker rasa pendirian miker cukup senang dan kuat tetapi percaya atau tidak golongan atas pagar yang menjadi penentu dan amat positifnya menjadikan senario politik dan ekonomi sesebuah negara yang kerap berubah dan memburukan kebanyakan negara lain atau menghuru harakan sesebuah negara. dari sini sebenarnya seperti pembangkang yang kalah dengan tidak secara gentelmen akan memainkan peranan menokok tambah supaya lebih keroh, tak kan mkier tak nampak apa yang jadi sekarang.. siapa yang sebenarnya memerintah dan siapa yang sebenarnya yang beria-ia nak jadi perdana menteri…. paklah yang sediada PM atau DSAI yang kini begitu ghairah menjadikan isteri dan anak menjadi batu loncatan. suka saya mengingatkan menjadi ahli parlimen sebenarnya memperjuangkan hak rakyat dalam ertikata sebenar dia sebenarnya hak rakyat memperjuangkan rakyat, bukan utk keluarga atau individu seseorang. tapi yang kedengarannya PM (Pak Lah) sekarang yang begitu kononnya haloba mempertahankan jawatan. dan tidak ada perdana menteri yang boleh memajukan negaranya dalam sekelip mata termasuk DSAI sendiri. kerajaan bukan untuk sehari yop, tun mahathir sendiri membangunkan negara selama 22tahun ..maksudnya umur untuk satu ganerasi jika anak itu mula lahir sehinggalah berkahwin dan melahirkan semuala yang di panggil anak. propaganda yang terbaik bagi memecah belahkan bangsa dan negara adalah pengunaan ORANG ATAS PAGAR… cukup senang.. jika contohnya pakatan rakyat melancarkan perhimpunan besar-besaran tentang harga minyak .. jika penglibatan OAP ini nampak atau turut terlibat cukup senang mereka mengatakan dan dalam masa yang sama menterjemahkan mereka cukup benar dan lihat lah sendiri OAP pun turut sama menyokong atau mengiakan pendapat PR.

    sememang nya saya berniat melontarkan bahasa dengan sedikit sasa..bila mengembalikan komen miker sebabnya saya tentu akan mendapat jawapan adakah miker sebenarnya OAP yang boleh memikirkan persoalan saya… ternyata saudara boleh menjawab dengan berhemah…tetapi percaya atau tidak kebanyakannya menjawab dengan penuh emosi amarah dan ini juga menandakan golongan OAP yang boleh digunakan untuk menghuru harah kan keadaan…dan orang suruhan kerana mereka tidak punyai pendirian sendiri. mungkin hari ini saudara bertahan tapi bagaimana besok.. lusa dan seterusnya dapatker saudara memastikan saudara boleh sentiasa tenang memikirkan sesuatu persoalan dengan baik. apakah jawapan nya jika saudara menerima persoalan dalam keadaan kusut dan marah.. tentu saudara tahu jawapannya,

    jika saudara rasa saudara mempunyai pandangan yang tidak berat sebelah … itu teman tak berapa setuju , cubalah pikirkan dengan bijak berani kerana memperjuangkan benar.. dan bersalah tetap ditegah. mesti punya pendirian sendiri. jika salah tetap salah… yang benar tetap benar itulah pendirian teman, kena terima hakikat kebenaran…. teman terlalu banyak berdepan dihadapan ketegori ni, mungkin miker masa ini miker waras memikirkan sebagai OAP tetapi miker adalah seorang dan sebenarnya 99 OAP lain pula tidak sewaras miker dalam memikir kan persolan dan lebih bergantung kepada yang lebih ramai. biarlah berdiri kepada kebenaran sebenarnya yang benar kita ikut, yang salah kita tentang, bukan kerana kita seorang ahli UMNO,PAS dsbg. teman masih ingat lagi bila orang kampung teman OAP ini bila teman jumpa terserempak di thailand (siam).. teman cukup terkejut bila selama ini teman cukup hormat sebagai orang yang lebih tua dan berketayap walau mereka ini yang menjadi menteri-menteri dikedai kopi yang sekejap menyokong kerajaan dan bila ada yang menghasut mereka berpaling tadah… teman paham hati seorang berpangkat ayah. saudara tahu tak semasa saya jumpa di siam tempohari dimana mereka berada? dibawah tangga dan mahu naik kerumah pelacuran… saya cukup sedih dan bertanyakan mereka bang aji mana ketayapnya? inilah jawapan mereka ‘ biasalah pak aji pun hilang serban kat sini’ sambil ketawa sendiri. apakah saya juga akan mengiakan, tentu tidak saudara.. apa yang saya amat berat dan terpaksa katakan ‘abang aji zina dalam islam tetap dosa yang besar apatah lagi yang mengkhianati keluarga’

    teman harap saudara rakyat semut jangan terlalu mudah mengaku sebagai orang atas pagar…pikirkan lah teman harap sangat jangan berbangga dengan status OAP ini… gunakan lah apapun perkataan lain. saya cukup kenal tuah mungkin di sedikit emosi …yang perlu tegurlah.. saya amat percaya beliau cukup terbuka. OAP ini banyak sejarah dan definasinya di sini cukup banyak OAP (mungkin bukan macam miker) dan sejarahnya dibeberapa kes kebanyakan nya menjadikan seperti pilihanraya sebagai rezeki mengaut keuntungan tanpa memikirkan dosa…mengaku tidak menyebelahi sesiapa tetapi habuan dikutip di dua-dua belah, kiri dan kanan…akibatnya bangsa yang rosak kerana mereka inilah………. yang memulakan

    Sekupang dua memikirkan … bangsa pasti berbangga jika miker ubah gelaran OAP ke PEJUANG KEBENARAN kerana teman percaya miker sememangnya berkata diatas kebenaran.

    p/s mungkin suadara patut renungkan dan cari kisah sang semut diceritakan dan telah dibaca oleh teman , tuah , kunta kinte, mok, mamak, dan kengkawan yang lain diantara tajuk-tajuk lain dlm blog ni. …. hidup melayu!

  38. Yeop KK

    Salam, bro abang tuah, mok , kuntakinte, mamak penang, perakbangkit, dan yg lain-lain termasuk yg tidak sukakan umno.

    Kepada Big8, teruskan pendedahan kepincangan didalam kelompok Pas. Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Sayapun pernah menetap di Kelantan selama beberapa tahun, dan pernah berkawan dengan orang pas dan keadilan.

    Apa yg saya tahu majoriti rakyat kelantan terlampau taksub dengan orang yg bergelar tok guru, tak kiralah tok guru itu mempunyai kelayakan atau tidak. Apa yg saya sedihkan, melihat orang ramai berebut menadah air basuhan tangan tok guru untuk diberi kepada anak masing-masing untuk diminum kerana hendakkan berkat. Ada diantara mereka ini ialah pegawai jabatan kesihatan. Cuba bayangkan sakiranya orang jabatan kesihatan sendiri tidak tahu mengamalkan kesihatan apatahlagi orang ramai. Disini bukannya saya nak cakap tentang kebersihan, saya nak bagi tahu, betapa taksubnya mereka dengan tok guru, sebab itu golongan ini mudah ditipu olih alim ulama yg pandai menyamar. Mereka akan percaya 100% pada tok guru mereka walaupun ditipu beribu kali dengan alasan, mereka akan berdosa sakiranya engkar percaya pada tok guru mereka. Kalau kita perhatikan kata-kata tok guru mereka yg tak konsistan, hari ini cakap lain esok cakap lain umpama (pantat naik tangga), mereka tetap dengan pendirian mereka.

    Mengenai anuar pula, saya pernah bertanya pada saorang tok guru. Dia kata perbuatan meliwat pada zaman ini tidak mustahil berlaku sebab kita ini manusia bukannya malaikat. Sasiapapun kalau tidak bolih mengawal nafsu perkara bagini tidak mustahil walaupun dia saorang yg dianggap alim.

  39. assalamualaikum.. sahabat!

    kalau ada pincang nya dalam UMNO,
    kalau adanya riaknya dalam UMNO
    kalau adanya busuknya dalam UMNO,
    kalau adanya keparat dalam UMNO,

    berdirilah kepada hakiki.. yang benar tetap benar.
    yang salah tetap disanggah…
    bukan kerana TUAH dan bukan kerana JEBAT

    kalau sesatnya hadis dalam PAS.
    kalau lantangnya menghina melayu oleh DAP,
    kalau menipu saudara bangsaku oleh PKR
    kalau membunuh kewujudan bangsa oleh PR

    tak kan kamu dapat menghasut aku untuk
    menikam bangsa ku sendiri
    kerana aku bukan orang yang menjual maruah bangsa dan agama ku.

    kalau kamu rasa aku sahabatmu,
    kalau kamu melihat aku tersasar
    kalau kamu melihat aku menyimpang
    kalau kamu juga melayu seperti aku

    tegur lah untuk itu…
    herdiklah kerana kebenaran
    kejutlah jika aku terlena… kerana aku melayu

    kalau kamu tidak mahu berperang bersamaku
    tiada sebesar semut aku kecewa terhadapmu
    cuma aku mohon..sahabat , doakanlah aku
    biarlah mati ku kerana memperjuang dan memperkasakan……BANGSA dan AGAMA ku… insyallah.

    salam satu perjuangan.. tuah , mok , kunta kinte, mamak….. dan mungkinkah nanti…. keris silau jugak yang berlok sembilan, penokok permata kecubung, arin bersepuh emas , belalai gajah yang berbisa, bersapir sesampan hulubalang, bertulang dua kerat, berselisih belimbing, berhulu sijawa demam, bisa tuntung melekat di tulang….menjadi cukup syarat sang keris pewaris sejarah bangsa yang kini melayu sudah lupa usulnya. cukup penuh ertinya semua pekara didalam senjata keris.
    hidup melayu di BUMI MELAYU!

  40. keris silau

    Salam sekupangdua,

    terima kasih atas ingatan dan pesanan ikhlas saudara. sememangnya, kite perlu saling berpesan-pesan bagi kesejahteraan ummah. terima kasih juga kerna berbahasa yg sedap didengar walau masih ade perbedaan pendapatnya. ahh peduli kan perbedaan itu. ambil yg jernih buang yg keruh. kite seharusnya lebih bijak menangani perbezaan ini demi kepentingan agama dan bangsa.
    ade betul ape yg sekupangdua katakan, mungkin hari ni aku masih mampu mengawal kewarasan berfikir, mungkin esok lusa, tiada siapa yg tahu? aku sendiri tak berani menjaminkannya.
    namun satu yang pastinya, jika sekupangdua baca rata2 tulisan aku hanya menekankan keperluan rakyat mendapatkan hak. tiada niat aku utk menjatuhkan mana2 pihak, baik pemerintah atau pembangkang. ape yg diharapkan agar kerajaan akan mampu menangani masalah berkaitan rakyat. aku rasa, tak perlu tgu pembangkang membangkitkan isu ni, rakyat sendiri kebanyakannya dah bersuara bg menuntut kerajaan. aku bukan inginkan perubahan kerajaan kerana kerajaan sekarang masih utuh, tetapi aku hanya mahukan kerajaan lebih telus dan perihatin menangini isu berkaitan rakyat. aku yakin itu yg semua rakyat mahukan dalam negara ini. sekiranya janji yg dikatakan kerajaan sendiri tidak dapat dikotakan, itu yg aku risau golongan OAP ni akan berubah pilihan.
    berkenaan title “Pejuang Kebenaran”, aku rase semacam besar sungguh tanggungjawab dan khuatir diri aku yg masih cetek dan dangkal ilmu ini tidak terdaya memikulnya. cukuplah sekadar OAP walaupun mungkin mengundang persepsi negatif, namun aku yakin inilah yg tepat bagi golongan seperti aku. cuma harapan agar jangan dinilai terlalu negatif golongan OAP ini kerana pastinya ade sbb mengapa mereka tidak terlalu pro akan sesuatu parti itu.
    aku harap kehadiran aku di sini tidak disalahertikan oleh mana2 pihak baik pro-UMNO atau pro-PR. aku lebih gembira sekiranya melayu2 dari kedua-dua pihak dapat bersatu mengembleng tenaga membentuk MELAYU GAH seperti mana yg telah dibuktikan oleh sejarah. UMNO sudah membuktikannya sejak lebih 50 tahun dahulu perjuangannya sememangnya utk bangsa melayu. cuma kini sedikit goyah dgn krisis kepimpinan dalaman dan korupsi yg pasti boleh dielakkan.
    buat sekupangdua, sekali lagi aku berterima kasih kerana memahami kehadiran aku.
    buat AbangTuah, kuntakinte dan sekupangdua juga, ade baik kite berinteraksi begini demi kebaikan agama dan bangsa. meminjam kata2 sekupangdua, “yg mana salah…tegurlah….” aku cuma nk tambah sikit je.. “secara berhemah…”
    Insya Allah bangsa kita akan maju….

    Hidup Islam dalam Melayu…..

  41. confusednow

    Pelbagai masalah bakal timbul andaikata Anwar memerintah…Kunco-kunco Amerika akan sorak sakan meraikan kejayaan Anwar…maka secara tak langsung negara Msia bakal dominasikan oleh kunco-kunco Anwar ini terutaman diSabah.

    Adakah Anwar akan menawarkan satu penempatan ketenteraan Amerika di Sabah yg lautnya luas? Kenapa Sabah? BPR sepatutnya membongkar wang hasil pendapatan Parti atau Anwar itu sendiri yg begitu byk dan dari mana datangnya? adakah wang tersebut tidak perbankan diMalaysia tetapi diluar negara kerana untuk memlepaskan dari cukai?

    Melayu Pulau, tolonglah bersatu demi bangsa melayu dan agama islam..lupakan persengketaan…malu lah…sesama sendiri pun nak bertekak dek kerana seseorang. Percayalah jika Melayu Pulau tidak bersatu maka jgn mengharapkan Pulau Pinang akan berada kembali ditangan UMNO/BN pada pilihanraya akan datang.

    Kalau UMNO (bukan parti) tetapi pemimpin tak betui..ahli ahli yg dibawah perlu perbetulkan…komen hantar surat komplain bagi sedar sikit pemimpin yg lupa daratan ni (bukan semua) agar cepat cepat kembali ke pangkal jalan…Pemimpin yg berumur berundur tak payah nak bertanding baik wakil rakyat mau pun majlis tertinggi buat satu peraturan had umur masuk 60an retire jadi Penasihat kepada parti..bagi kat org muda, bertenaga bijak bukan saja dari sudut politik, tp segi agama, hormat kepada bangsa melayu dan orang tua. Jgn pulak kita membalas dendam dengan mengadaikan maruah org melayu, mengadaikan negeri kita kepada parti politik “songsang”. Pangkah PAS boleh diterima kerana apa..PARTI ISLAM org Melayu…kalau marah sgtlah kat UMNO…

    Dulu orang dengar lagu Negaraku meleleh ayaq mata..sekarang ni bukan kata ayaq mata …tukar lirik hina lagi ada…

    fikir-fikirkan la….

    GTG nak pekena nasik mamak Hameediyah…

  42. AbangTuah

    Salam…

    Saudara sekupangdua, sebaik ku membaca nukilan mu…aku terasa begitu hiba..bukan hiba ku bersedih…bukan hiba ku sayu…bukan hiba ku berduka….tetapi hiba ku dengan kebanggaan…begitu bersemangat…begitu berani…begitu tulus wadah-wadah mu wahai sahabat ku..,sungguh dalam jua tafsiran mu terhadap pergertian perjuangan ini.

    Wassalam…

  43. kamikaze

    salam kpd semua….
    gua xla cerdik mana kalau nak dibandingkan dgn MAMAK PENANG, ABG TUAH @ pun KUNTAKINTE tp gua rasalah baik KITA BERTUAN BANGSA ASING DRP BERTUANKAN MELAYU YG BERPERANGAI MCM YAHUDI….

  44. kamikaze

    SALAM………………
    APA KATA KITA PAKAT2 SURUH ANWAR JD PM ISRAEL..SKRG NI PUN KOSONG PM SANA TU…DAH GEDIK SGT NAK JD PM..KALAU JD PM ISRAEL NANTI SONTOT PUNGKOQ ORG X SLH…LG PUN XDA BEZA PUN ANWAR DGN ISRAEL….

  45. Salam,
    Nyet Nyet semut, siapa sakit naik atas…bila sakit duduk bawah pastinya nak naik atas…sama macam DSAI…kalau dah di atas siapa boleh jamin dia ini boleh ubah perangai..Orang – orang yang bersama dengan seperti Ezam,Datuk Nalla,Prof.Chandra Musafar tahu DSAI ini siapa sebenarnya!.Yang tak tahu cuma bebudak yang pikat dengan Auranya saja..macam Mawi!Cuma macam TDM kata “Dia ini boleh jadikan perkara negatif kepada positif”.Apa yang dia boleh jadikan positif…setiap kesalahan yang dilakukannya dia boleh mengubahkan perkara salah itu kepada kesalahan kerajaan!.Cuba saudara-saudara fikirkan contoh kes selama ini!.Pilihan raya kecil ini pun sandiwara politiknya.Tunggulah janjinya…bulan September mesti ada ada drama baru lagi untuk menutup janji-janjinya.Orang ini sebenarnya dah sakit teruk!.Sakit Otak!.Dia ini seperti Rasputin Russia zaman Czar!.atau pun Empror Nero Rom!.Kejatuhannya semakin dekat tak yakin tunggulah!.

  46. awat hang kolot sangat ungkit pasal crita lama.. ingat!ZAMAN DAH BERUBAH.DUNIA DAH MAJU. malu…melayu tetap sama….

  47. AbangTuah

    Salam kesal..

    Tak ada yang lama..tak muncul juga yang baru…
    Pada pandangan kawan yang lama tu jangan dilupa..boleh menjadi contoh dan pedoman menempuh perjalanan baru. Sebagai contoh zaman Rasullulah s.a.w pun dah terlalu lama, tetapi penghidupan beliau tetap kita jadikan contoh dan pedoman untuk menghadapi penghidupan zaman ini.

  48. keris silau

    Salam buat saudar kesal,

    aku setuju dgn kata2 kau tentang zaman dah berubah, dunia dah maju. tapi, kita jgn lupakan sejarah. kerana, dgn sejarahlah kita mampu berubah menjadi bangsa yg lebih maju. jangan jadi buta sejarah kerana kita tidak akan mampu mengenal diri kita sendiri tanpa sejarah. apa yg penting tentang ungkapan kau itu ialah, kita kena lebih maju, tak salah utk pandang ke belakang. kerana hanya dgn itu kita dapat muhasabah diri kita, kaji yg mana lemah yg mana baik, untuk kita jadikan modal utk keesokan hari.
    kalau tiada cerita lama, cerita baru tidak akan tercipta, itulah sifat makhluk Allah yg dikatakan ‘BAHARU’.
    wassalam…

  49. Kuntakinte

    Salam, sedara kesal, sedar sikit bila menulis, kalau barang lama kita lupa jadi kita anak atau cucu atau cicit yang derhaka, sebab sedara dilahir oleh ibu bapa sedara, ibu bapa sedara dilahirkan oleh tok nenek sedara dan bla..bla.. semua tu orang2 lama, patut ke kita lupa asal usul kita, serupa dengan sejarah sedara oi. seronok ke sedara kelak anak cucu sedara lupa kat sedara.

  50. AbangTuah

    Salam..

    kesal..awak pun nanti jadi orang lama…

  51. Rabimita San

    Salam…dulu kwn lame ikut DSAI. tapi bile kes liwat yang dulu tu, kwn tidak ragu bahawa DSAI memang ada “sesuatu”. Bile kes si saiful didedah, anggapan tu makin kukuh. islam telah menunjukkan jalan kuar dari masalah ni. Bermuhabalah! jangan takut dilaknat Allah SWT jika DSAI tidak melakukannya. nape banyak songel. Nape DSAI tak masuk je PAS? sape yang mula-mula panggil DSAI sebagai “ALJUBURI” dalam parlimen sebelum pilihanraya 1999? Bukan kah orang PAS. Tapi DSAI ne kemaruk… orang yang bantai dia dulu, orang PAS lah… sekarang ne jadi member lak dah…siapalah depa ne semua? boleh idup dalam lakonan yang sendiri2 memang dah tahu…tanya lah mat sabu…. DSAI memang hebat, kuat, ganteng! tanyalah azizan abu bakar, sukma, meor dan dr pakistan si penulis ucapan dia dulu….terbaru tanyalah saiful…. bagi orang yang nak ‘ilmu’ kuat, tak payah pakai pronoton, goji atau sprint return…. jumpe DSAI, belajar dengan dia…pasti terangkat oooooo. mana tak 61 vs 20 – an… kwn tak nak komen banyak…. cume lu fikir lah sendri…. berani keran benar takur sebab salah…. macam ayam jantan, berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumbang taik…..

    Yang tau, maha tahu hanya ALLAH SWT.

  52. Rabimita San

    Salam…. Permatang Pauh. Di sini duit rakyat akan lebih banyak dibazir. Masa rakyat lebih banyak terbuang. Umpat keji, fitnah, ungkit mengungkit akan menjadi juadah. dalam konteks pilihanraya DSAI tak salah…DEMOKARSI! yang salah ialah rakyat. Sebab, melayan cita-cita seorang bekas pemimpin negara yang semakin jelas meletakkan kepentingan peribadi, keluarga mengatasi segalanya. orang Permatang Pauh lah yang kena terima hakikat, yang bersalah ialah MEREKA. memilih Datin Seri Wan Azizah, atas nama simpati. Kini terpaksa pulak melayan gelagat cinta kasih kepada suami…. sape yang tak sayang suami la…. tapi nape rakyat jadi taruhan, nape duit rakyat mesti dibazirkan…nape tak boleh tunggu lima tahun lagi…kalau tak pun nape tak boleh tunggu lepas abis bicara kes liwat?

    Hanya ALLAH SWT YANG MAHA TAHU

  53. Salam Rabi san,
    Walau pun nama seakan nama Jepun mamak amat tertarik dengan komen saudara…kerana pilihanraya kecil di Permatang Pauh berbedza dari pilihanraya kecil di tempat-tempat lain.Disinilah bermulanya kisah pengorbanan isteri yang setia mengorban untuk suami yang rakus karier politiknya!,Cita-cita seorang ahli politik yang beria-ia benar nak nak jadi PM.Walaupun proses pemilihan PM itu sebenarnya ditentukan oleh Parti lain-lain termasuk DAP yang sememangnya tak boleh jadi PM dan juga Parti Pas!.Belum lagi Kuasa Mutlak Yang Di Pertuan Agong.Tetapi ahli parti PKR telah bermimpi kononnya ketua mereka akan jadi PM kalau menang Pilihanraya kecil ini!.Saudara-saudara fikirkanlah betapa gelojohnya orang ini nak jadi PM!.Wassalam.

  54. Assalamualaikum…
    Kenapa kita harus menolak pemimpin yang mampu membela nasib kita? Adakah Pak Lah benar benar membela nasib orang melayu? Contohnya sekarang,harga minyak sudah turun tetapi kenapa Pak Lah tak buat tindakan menurunkan harga minyak dengan serta merta kalau dia benar benar bijak mahu memimpin negara.Bayangkan hari ini 16 ogos dan kita ada 16 hari untuk ke 1 sept,berapa banyak kerajaan pilihan anda sudah untung? Apa yang anda dapat?Lagi satu cuba fikirkan mana SiSaiful dapat duit untuk mengupah peguam handal didalam kesnya dengan Anwar sedangkan sebelum ini dia ada berjumpa Najib untuk minta sokongan mendapatkan biasiswa? Lagi satu kerajaan apakah ini yang diterajui Pak Lah membezakan orang kaya dan miskin? Contohnya orang pakai kereta 2000cc keatas tak dapat subsidi petrol RM650 setahun,kenapa? Apa Orang kaya tak mengundi ke?? Apa salahnya kita lebih
    profesional,seragamkan semua perkara.

  55. Hanya ALLAH SWT YANG MAHA TAHU

  56. Assalamualaikum…
    Pernahkah anda terfikir bangsa melayu berpecah kerana Pak Lah??Cuba ingat pilihanraya semasa era Dr.M,kawasan majoriti melayu sukar ditewaskan,melayu mudah lupa tapi MAMAK susah nak lupa… tapi sekarang katakan jika ada pilihanraya,pihak pembangkang hanya meletakkan calon batang pisang atau tiang telefon melawan calon B.N yang ada title Dato Seri,belum tentu calon B.N akan menang.Pak Lah adalah simbol pemimpin yang gagal.Sepanjang eranya apakah kemajuan yang beliau buat? Saya amat malu bila semua bangsa pertikaikan cara Pak Lah jaga negara.Otak Anwar lebih jauh bergeliga dari Pak Lah…Jika ada orang melayu baca artikel saya,ingatlah yang pecah belahkan orang melayu adalah Pak Lah serta kuncu kuncunya….Tengok tak debat antara Anwar dengan Sabri dalam T.V tempohari??Terbukti orang orang pilihan Pak Lah tak layak memimpin negara…Orang bangang suka cerita pasal keburukan orang tapi orang cerdik suka cerita tentang idea bernas orang…lu pikirla sendiri…..

  57. Izinkan saya gelak bila terbaca artikel mamak penang,katanya Pak Lah dari keturunan ulamak tapi sedara kena ingat lagu Raihan kata iman tak dapat diwarisi…..memanglah ayahanda Pak Lah dan Nenda beliau ulama tapi Pak Lah bukan Ulama…Lagi satu,selama ini Ketua Menteri Penang melayu ka??Semasa Era B.N,ramai Melayu dan Mamak Pulau Pinang terpaksa pindah ke seberang sebab kos nak beli rumah di kawasan pulau mahal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s