Tindakan Wan Azizh Tidak Beretika

Tindakan Datin Seri Wan Azizah (WA) melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh adalah satu tindakan politik yang tidak beretika. Ini disebabkan ramai pengundi yang mengundi beliau pada PRU12 tempohari adalah kerana atas kredibiliti beliau sebagai calon yang bertanding dan bukannya atas populariti suami beliau iaitu DSAI. Alasan untuk memberi laluan kepada DSAI bertanding amat tidak wajar dan jelas mencalarkan kredibiliti dan pegangan teguh politik kepimpinan parti PKR. Sebagai seorang ketua pembangkang, beliau tidak seharusnya melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Antara sebab lain untuk tidak menjadi kan PKR parti dinasti atau anak-beranak. Tidakkah parti PKR sekrang pun sudah menjadi sebuah parti dinasti. Nurul Izzah di Lembat Pantai, WA di permatang pauh. Ini hubungan kekeluargaan yang kita nampak. Bagaimana pula dengan hubungan yang tidak langsung seperti antara DSAI dan chegubard? Adakah parti dalam pakatan rakyat tidak melakukan dinasti masing-masing di dalam parti sendiri seperti DAP. SU Agung Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.

Sebelum ini, diwar-warkan yang DSAI akan bertanding di Parlimen Kulim atau Bandar Tun Razak tetapi akhirnya kembali ke Permatang Pauh iaitu satu kawasan paling selamat utk DSAI. Dalam sidang akhbar semalam, DSAI berkata pemilihan Permatang Pauh bukan disebabkan ia satu kawasan selamat kerana kawasan seperti BTR, Kulim dan Gombak juga adalah contoh kerusi selamat bagi beliau. Tetapi mengapa Permatang Pauh?? Diberitakan penyandang kerusi parlimen yang lain tidak rela melepaskan kerusi mereka semata-mata untuk member laluan kepada DSAI bertanding. Tindakan mereka sekiranya melepaskan kerusi tersebut akan menjejaskan perjalanan politik individu terbabit.

PR kecil yang bakal diadakan merupakan penentu survival ketuanan Melayu. Gagalnya UMNO/BN akan menyebabkan ketuanan rakyat dipilih sebagai pengganti. Adakah anda semua terutama pengundi di Permatang Pauh sudah bersedia utk menggadaikan hak orang melayu kepada bangsa lain? Apa akan jadi kepada bangsa melayu sekiranya DSAI menjadi PM Malaysia??

Marilah kita berdoa agar UMNO/BN dapat menawan kerusi parlimen permatang pauh demi memastikan ketuanan melayu terusi dipertahnnkan.

33 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

33 responses to “Tindakan Wan Azizh Tidak Beretika

  1. Salam,
    Sebenarnya Parti PKR ini di wujudkan untuk menbela DSAI je!.Itu saja matmat parti PKR ini pada asalnya.Pada masa DSAI singkirkan dari UMNO dan kerajaan beliau terlalu yakin kawan-kawan yang dibelanya dengan wang ringgit dan pangkat akan membantu mengulingkan kerajaan TDM.Beliau juga terlalu yakin dengan Kuasa kewangan Mega dunia seperti Bank dunia dan kawan-kawannya diluar negara akan membantu.Tapi Orang Melayu ini mempunyai prepsi dan naluri yang berbedza dengan bangsa lain didunia.Pada pandangan saya orang Melayu ini taat pada pemimpin itulah keistimewaan.Taat pada pemimpin ini datangnya dari sifat keIslaman orang Melayu.Dengan sebab itulah kita masih mempunyai Raja seramai 9 orang walau pun selepas merdeka yang mana kebanyakan rakyat asia lain menolak system beraja.Kita telah maju dan hormani dengan negara monarcy ini.Kita mat jaga sensitiviti raja ini dengan pepatah “Biar mati anak jangan Mati adat beraja kita”!.Sifat tidak derhaka pada pemimpin ini akan mewujudkan satu negara yang paling stabil didunia.Mamak percaya dan yakin bangsa Melayu akan menjadi sebuah bangsa yang termaju dan terunik sekali dalam dunia walaupun apa jua masalah yang dihadapi perpecahan akhirnya orang Melayu”carik-carik bulu ayam tetap bercantum jua!.Pemimpin pergi kita tak dapat tahan mungkin pemergian itu dengan kuasa Allah atau pun dengan apa cara jua tapi pemimpin baru akan datang dengan cara yang terpileh kita.Tapi apabila kebanyakan rakyat dah tolak sesorang pemimpin janganlah dengan si-pemimpin itu mendesak nak memimpin juga dengan beribu cara yang tak betul.Nak jadi pemimpin bangsa Melayu bukanlah menggunakan strategi ataupun cara yang salah tapi bagi Mamak ini kerana restu dari Allah.Dengan sebab itu di negara ini seseorang janganlah berangan dan yakin dengan kebolehan ingin memerintah tapi mereka seperti ini akan jatuh ke lembah yang paling hina kelak!.Tawakal pada Allah itu saja cara yang ada untuk menjadi pemimpin jadi DSAI kembalilah kepada Allah…itu saja yang ada pada diri datok!.

  2. HIdupMelayui

    mamak penang,

    salah tu tanggapan awak tentang Melayu! PKR ditubuhkan utk membela DSAI dan rakyat yang dengan sewenang-wenangnya ditindas dan dinafikan hak sebagai warganegara malaysia oleh pemimpin2 dan juak2 politiknya yang hanya ingin meneruskan penguasaan politik mereka keatas rakyaat malaysia disamping menjaga harta benda, wang ringgit yang dikebas melalui projek2 untuk rakyaat yang kebaikannya hanya sedikit pada rakyaat tetapi komisen, wang ehsan dll lagi namanya untuk mengenyangkan diri sendiri, keluarga, kawan2, juak2 dan kroni masing2 tanpa memikirkan apa akibatnya terhadap rakyaat yang menderita! Ungkapan sundal, “rakyaat perlu ubah cara hidup”, telah dimomokkan dan diplagiatkan oleh mereka2 yang mentafsirkan diri sebagai melayu islam dan pemimpin yang bersama rakyaat adalah ungkapan ulangan si Abu Jahal terhadap RAsullullah SAW! Apakah si mamak penang( kemelayuannya dicurigai!!!) faham apa yang berlaku dulu dan kini? apakah mamak penang masih merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin yang ada kini sebagai suatu kepayahan dalam tradisi membela rakyaat? apakah mamak penang faham maksudnya Hidup Melayu?(melayu mamak penang dicurigai!!!) Bukankah dalam sejarah Kesultanan Melaka, jika bukan kerana Si MAMAK yang memberi maklumat kepada Portugis, maka jatuhnya kerajaan Melaka? bukankah SiMAMAK ini juga yang dilantik oleh Portugis sebagai orang besar Melaka selepas Kesultanana Melaka tumbang? cuba baca sejara Megat Terawis……. Hidup Melayu!!!

  3. nizam

    Salam. sebenarnya saya ni penyokong keadilan, pencinta kemakmuran dan ingin melihat islam tertegak dengan jayanya di negara malaysia tercinta ini. malangnya disebabkan malysiaditadbir oleh orang yang tidak sepatutnya iaitu UMNO dan konco-konconya dalm BN maka sehingga hari ini nasib rakyat malaysia yangberjumlah 27 orang dibawa ke satu tahap yang amat malang dan saya tidak boleh bayangkan apa yang akan terjadi jika dibiarkan UMNO / BN / konco2nya ini di bawah pimpinan PM memerintah negara lebih lama lagi. Agaknya negara pun boleh tergadai.jadi, marlah kit termasuk orang2 melayu yangmasih menyokong UMNO berhijrah dan memberikan sokongn padu kepada DSAI bagi mengubah landskap politik negara daripada pengurusan yang korup dan lemah kepada wajah pentadbiran baru yang lebih cemerlang. Sedarlah wahai penokong UMNO sekalian, anda sekarang berada di dalam kapal titanic yang pada bila-bila masa akan tenggelam. Bukankah lebih baik mencari alternatif sebelum lemas tanpa bantuan?

  4. AbangTuah

    Salam..

    Mamak Haji…jangan risau itu hanya taktik baru ‘Bandit Siber’ hanya untuk melemahkan hati dan fikiran kita…perang saraf…kawan terdengar mereka ni Bandit upahan. Jadi Mamak haji teguhkan hati..pekakkan telinga dan tak payah baca apa yang dituliskan oleh mahluk yang bernama Melayui-bunga-bungawei ni…

    Pada kawan atas usaha bangsa Mamaklah yang telah membangunkan negara ini sehingga puak-puak-juak yang ‘mengigit tangan tuan’ ni dapat mentekedara…dapat berpelajaran…dapat berjawatan…dapat berumah…dapat berkenderaan dengan sempurna dan mewah.

    Apai Ngelai..nilah contoh yang Apai Ngelai kategorikan sebagai GILA didalam artikel Apai terdahulu..keh..keh..keh…melayui..phuii…

    p/s: Nii Anuar..awak hantarlah yang lagi hebat dari si Mat berbunga-bugawei ni…

  5. AbangTuah

    Nizam..

    Lanskap…apa pula ni yang kau ajak orang UMNO sertai ni…Kalau setakat macam landscape Kota Sodom dan Amurah tu…baik kau sorang je lah pergi..tak payah balik-balik…hiduplah dalam keenakannya…Nasiblah Melayu…kena jual dengan Mat Musang@Kencing keh..keh..keh…phuii..

    Niii…Mat melayui-bunga-bungawei..kau PKR tak payah nak memperjuangkan melayu..konon Megat Terawis….perjuangkan aje ‘Race of Trash’ yang di ujudkan oleh Mat Musang@Kencing tu…besok bewarna-warnilah kulit kau orang..keh..keh..keh..phuii..phuii

  6. Apai Ngelai

    Salam Mamak, AbangTuah,

    Kawan baru terbaca satu blog PKR, DSAI dah bagi ‘warning’ kat penyokong-penyokong dia fasal senjata baru BN/Umno yang terbaru..Salah satu daripadenya Blog yang kita guna ni lah…

    Kawan ingatkan diorang yang kirim senjata ‘jembalang siber’ untuk attack kita, alhamdulillah setakat ni dapat ditumpaskan. Alih-alih pula, skarang ni dah pasang perisai besi mampat pula.

    Ha.. tu dia, mesingan paling elok pun kalau peluru kapur, alahai takat menggeletek mamak dgn AbgTuah je…. hehe. Ehh, mana brokuntakinte? Satu hari tak nampak? Sunyi jadi kita ni…..

  7. BakaL PM

    Salam….
    Biarkan saja DSAI bertanding kerana kalah atau menang x ada bezanya pun… Kalau kita teliti kes DSAI skarang telah pun sampai ke peguam negara… Andainya DSAI menang kelak dia akan tetap ditahan jika bersalah dan jika dia kalah UMNO dapat merampas kembali Permatang Pauh…. Taktik kotor Anwar memang dah diketahui umum yg mana hanya rakyat2 yang jahil sahaja masih menyokong beliau…. Payah nak explain pasal diaorg ni dah pekak & buta hati terhadap agama & bagsa sendiri…. entahla…

  8. kuntakinte

    Salam, sedara apai ngelai…sibuk sikit sejak kebelakangan ni..bukan apa tengah study sambung belajar buat PJJ he…he…kawan rindu ngak nak menulis tapi apa kan daya terpaksa curi2 masa.

    Abangtuah, mamak, apai ngelai, dah biasa dah kita hadapi species2 yang masuk ke webblog ni, seorang2 masuk kumbas, masuk seorang kumbas ha..ha.. ni ada masuk seorang lagi sikit hari kumbas la tu…. maklum lah kerja disuruh2, kita ni menulis secara ikhlas dan diatas kesedaran, beza dengan semangat diaorang.

    Teman pernah dengar satu sebab kekalahan PRU12 BN kerana unsur sumbagan dari bloggers terhadap pembangkang, teman pun heran baru satu webblog ni dia orang dah kelam kabut, litang pukang diaorang, hebat juga webblog pemuda enggang ni tahniah lah pemuda enggang dapat melitang pukang kan puak2 diaorang, teman insyaAllah akan menyumbang komen teman kepada pemuda enggang sedaya yang boleh.

    si hidup melayui dan nizam tu kita anggap macam langau jelah…jangan tak buat kita sibuk sikit tepis sana tepis sini pastu kalau tepis tak kena kita sembur je ridsect, bergelempang le diaorang tersungkur, bagus ngak ada species langau macam diaorang boleh gerak otak kita untuk meneruskan komen, barulah mantap komen kita. teruskan sahabat2 seperjuangan. bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

  9. Big8

    Salam semua,

    En. HIdupMelayui..

    Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya;
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu,
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu,
    Mamak dan Mahbari serap ke Melayu..

    Cina DAP bukan Melayu..
    Melayu banyak jenis Melayu,
    Melayu juga tali barut Jepun,
    Melayu juga tali barut Komunis,
    Melayu juga meludah Melayu,

    Yang mana satu Melayu DSAI..

    Melayu DSAI Melayu bijak pandai,
    Melayu DSAI Melayu memperguna Melayu,
    Melayu DSAI Melayu penting diri,
    Melayu DSAI Melayu angkuh,
    Melayu DSAI Melayu bertopeng,

    HidupMelayui?..
    kata lah apa pun..DSAI tetap betul
    kata lah apa pun..DSAI pemimpinku
    kata lah apa pun..aku tetap ikut
    kata lah apa pun..selagi aku x disontot..
    Akulah Melayui..pengikut setia DSAI penyangak melayu..Biarlah DSAI senang lenang, aku xkisah, biarlah disedap, aku xkisah..janji dia DSAI..

  10. kuntakinte

    Salam, falsafah…..falsafah….., hanya otak sampah je yang tak faham maksud sedara/ri big8 ni.

    Abangtuah, mamak. mok, apai ngelai, battleship, ikan kecil, ikan emas, ringan kerja kita ada sahabat semangat macam big8 ni.

  11. HIdupMelayui

    Big8,

    Tak kena langsung pantun kejadah mu itu,
    dikelek dikendung sampah yang dapat,
    ungkapan mu itu bak ungkapan zaman batu,
    Ikut melayu UMNO hampeh yang dapat.

    Bangsa melayu bangsa agung,
    mamak datang menaiki jong,
    Perintah Tuanku patek junjung,
    mamak ni kalau nak tau, kong kali kong.

    Kepulauan Melayu HAK kita,
    mamak datang mengendeng-ngendeng,
    apa betolke mamak diserap jadi MElayu kita,
    hati2, mamak ni kaki pusing!

    nanti wa sambung….. nak p jumpa DSAI jap! hehehe…… tak kena toron pun! mamak kalu, ye… pukul bini sebab bini tak kasi lubang kunyit…. hehehehehe…

  12. Big8

    Salam HIdupMelayui,

    Baik sungguh budi bahasa saudara..saya faham perasaan saudara ketika ini..amat teruja dgn cakap2 DSAI 2..terpulang lah..biasa lah manusia ni, selagi x terantuk manakan nk tergadah..kalau saudara yg terantuk, lantak lah, itu pilihan saudara. jgn anak2 saudara yg terantuk sudah lah..pada siapa dia nk mengadu? pada saudara? xmungkin..biar mati anak jgn mati DSAI..wah..wahh..

    Semut bukan sebarang semut,
    Semut datang dari tanjung keling,
    Kemut bukan sebarang kemut,
    Kemut dia kemut keliling,

    DSAI yg sedap..saudara?

  13. HidupMelayui

    Big8,

    Dah pandai pantun memantun! Tapi kalau setakat pantun lucah camtu, budak darjah 3 sekolah tamil pun tau! tak caya tanya mamak penang yg masih menggunakan bahasa urdu dirumah!

    TApi termanggu jugak aku bila memikirkan sedalam-dalamnya maksud si Big8! apa brother Big8 kita ni dah biasa ngan semut yang bukan sebarang semut ni ke? apa Big8 asalnya dari tanjung keling ke? atau Big8 ni dah merasa nikmat kemut keliling? kalau camtu, biarlah Big8 dan rakan2 UMNO yang lain2 tu jatuh ke lembah hina! janganlah pula membaculkan diri menghina orang yang tak melakukannya! fitnah ni seperti darah daging pada si pembela UMNO ni!

    “Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis”. maksudnya, org2 cam Big8, Abang Tuah, Mamak Penang ni…. walaupun berbuihla kita mengatakan yang DSAI tak bersalah! bersememehla kita mengatakan yang UMNO ni dah lari dari perjuangan untuk rakyat! tetap juga hati mereka ni untuk mendapatkan(merebutkan) najis! lalu diagih-agihkan pada keluarga masing2!

    Rentikankanlah kebobrokan minda sedara semua ni! bukan tujuan aku untuk mengajak kamu, kamu dan kamu untuk melompat parti( cam ibrahim anak ali). Aku pun bukannya ahli mana2 parti! Aku hanya berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam! Tapi tujuan aku hanya untuk menegur dan memberitahu pada hangpa semua, bahawasanya kita(terutamanya pembela UMNO) masih lagi tak mengerti apa itu politik! apa itu demokarasi! apa itu zionis! kita ni diperbodohkan(terutamanya si pembela UMNO) oleh mereka2 yang ingin meneruskan penguasaan kuasa mereka! yang kita tak nampak adalah penguasaan kekayaan negara kita yang diagih2kan antara mereka2! tak caya cuba check kaitan antara najib ngan hishamuddin! pak lelah ngan si KJ! TDM(dulu aku salute giler ngan pakcik ni, tapi selepas 1998…..) ngan mukhriz(kawan sekolah aku ni….) dan ramai lagi ler….. dah macam keluarga lain takde yang boleh berpolitik! keluarga depa saja yang membela nasib org melayu!….. pasai apa orang melayu bole jadi lagu ni…..?!!!??!?!?

    Big8,

    cantiknya bahasa aku disebabkan oleh minda hangpa semua! bila ku gunakan bahasa tinggi, hangpa tak paham! bila ku gunakan petikan firman ALLAH, lagi hangpa kecut perut! lalu ku pilih bahasa yang sesuai ngan minda hangpa, bahasa marhaien!….. semoga dapat menolak sikit tahi teliga yang dok tersumbat dlm liang telinga hangpa semua tu, kasi apa mamak? kasi line clear….. awat la hangpa semua ni pelaq sangat…. ishk…ishk…ishk….

  14. AbangTuah

    Melayui…

    Buah tangan untuk awak….

    BUAI LAJU-LAJU
    SAMPAI PUCUK ATAP
    APA DALAM BAJU
    ADA SATU MELAYUI KURAP

    LOMPAT SI KATAK LOMPAT
    LOMPAT SETINGGI-TINGGI
    LARI MELAYUI CEPAT
    SEBELUM KAU PULA KENA TAJI

    SORONG PAPAN TARIK PAPAN
    BUAH KERANJI DALAM PERAHU
    PKR DAH TAKDA HARAPAN
    ESOK LUSA TINGGAL BULU

    POK AMAI-AMAI
    BELALANG KUPU-KUPU
    MAI..TENGOK RAMAI-RAMAI
    GILIRAN MELAYUI KENA LUTU

    Keh..keh..keh

    TamingSari menari-nari

  15. Big8

    Salam HidupMelayui,
    Salam juga utk semua,

    Terima kasih atas tomahan yg diberi. Mungkin saya x sepandai saudara. Mungkin saudara terlalu bijak berbahasa. Mungkin saudara terlalu tinggi ilmu di dada..

    Tapi saudara perlu ingat, bahasa dan perilaku seseorg melambangkan ilmunya. Mustahil saudara tidak tahu. Bukankah saudara ni tinggi ilmu di dada.

    Ilmu yg ada akan menjadi berguna bila seseorg itu bijak mengaplikasikannya. Namun, sekiranya ilmu yg dikurniakan itu digunakan utk memaki, menjatuhkan org lain..bergunakah ilmu itu? Apa pandangan saudara yg bijak pandai? Sukar lah bagi kami yg minda kurang ilmu ini. Mungkin bahasa marhaein saja yg sesuai dgn minda kami.

    Sebagai seorang Melayu yg tinggi ilmunya cuba saudara memberi sedikit nasihat dgn menggunakan bait2 bahasa yg cantik dan sedap dibaca setaraf dgn ketinggian ilmu yg ada pada saudara. Semoga kami dari pihak yg rendah ilmu ini dapat mengambil sedikit iktibar darinya. Semoga kami mendapat sedikit contoh yg baik dari saudara. Semoga kami mengagumi saudara.

    Saudara ada menyatakan yg saya tidak memahami politik. Di sini saya mohon jasa baik saudara untuk membantu saya mendapat sedikit pemahaman tentang politik berdasarkan ketinggian ilmu saudara. Saudara juga ada menyatakan bahawa UMNO telah lari dari perjuangan, apakah yg saudara paham tentang perjuangan UMNO dan apa yg menyebabkan saudara menilai UMNO sudah lari dari perjuangannya.

    Sekali lagi saya nk bertanya, adakah dengan ketinggian ilmu yg saudara ada menyebabkan saudara suka melihat sesama Melayu (saya sendiri dan rakan2 UMNO) jatuh kelembah hina. Adakah ini satu doa dari org yg tinggi ilmunya(konon/dongeng).

    Saudara juga menyatakan bahawa saya dan sahabat lain suka menabur fitnah. Mungkin kerana ilmu kami tidak setinggi saudara. Kami akui itu kelemahan diri kami sendiri. Bagaimana pula tuan2 guru yg berceramah memburuk2 org lain. Mungkin ianya umpatan atau mungkin juga fitnah. Mungkin ilmu mereka ini tidak setinggi saudara.

    Kenapa saudara mengatakan isu liwat sesuatu yg finah. Apakah dengan ketinggian ilmu saudara itu saudara dapat mendahului siasatan pihak berkuasa. Adakah saudara mengetahui lebih dari org2 yg saudara doakan agar terjun ke lembah hina ini. Atau mungkin pihak yg menjalankan siasatan ini kurang ilmunya dari saudara. Sekiranya saudara ada bukti untuk menyangkal semua ini, saya alu-alukan agar saudara tampil membuat pembuktian agar kami yg jahil ini tidak terus-menerus melakukan dosa.

    Maaf kerana ilmu kami terlalu cetek berbanding saudara. Mari sesama kita lihat bahasa org2 yg berilmu dan tinggi agamanya membuat penerangan. Semoga yg salah dapat sesama kita perbetulkan. Semoga tidak ada Melayu ISLAM yg mendoakan Melayu ISLAM lain terjun kelembah hina. Semoga Melayu tidak riak dgn ilmu yg dikurniakan sehingga sanggup menghina dan menjatuhkan Melayu lain.

    Amin…

  16. Apai Ngelai

    Salam semua rakan dan para bloggers,

    Salam Melayuii. Melayui oh Melayui.. hehe….
    Sungguh luar biasa penampilan awak, kitorang lesspect..lah. Niat mulia awak untuk menerapkan nilai-nilai islam dalam politik serta menghentikan amalan corruptions kami sanjung. Cakap, sapa yang hendak hak Negara dia dicedok orang-orang berkroni yang tamak kan? Orang gila yang bangang je yang tak kesah. Tapi kite kat sini bukannya orang gila yang bangang bang….

    Ade ke tanda atau fakte yang kitorang tunjuk nak biar semua benda bodoh ni asalkan pemimpin kite bole naik lemak?? Ade ke kita penyokong krajaan kat sini cakap yang kita tak kesah pun reta dan hak Negara habis dicekup oleh orang berkroni? Ade ke kite pernah tunjuk pulak yang kite sukakan dasar kroni mengeroni ni kat dalam pemerintahan kerajaan? Ade ke kite tunjuk dalam blog ni amalan rasuah itu benda kecik? Maafle, itu suma kata-kata igauan dari mimpi seram kumpulan awak je. Bangunlah dari tidur tu..pigi mandilah, aghi dah tinggi..

    Hidup Melayui, kitorang sokong parti kerajaan ni pun bukannya apa, kalau awak boleh buat satu parti Keadilan Hidup Melayui yang cukup sempurna luar dan dalam, insyaAllah kitorang akan sokong. Bukan takat sokong je, malah kite bantu lagi kasi satu Malaysia masuk jadi ahli parti awak, tau.. Masalahnya, boleh ke awak tentukan dasar perjuangan awak? Awak tak kesah ke keistimewaan hak melayu/bumiputra, hak ketuanan melayu serta raja-raja, biasiswa bantuan kepada bumiputra, pemerintahan tetap cara islam terungkai dan dilenyapkan sikit-sikit hasil dari eksploitasi politik puak2 kafir? Jangan nafikan, awak sendiri pun nak juga keadaan sekarang ni bawak sampai ke anak cucu cicit piut miut awak walaupon di bawah pemerintahan BN asalkan selamat suma tu. Itupun kalaulah awak ni melayu (bukan bangsa kafir yang berlindung di sebalik nama Melayui sebab ‘i’ itu diragui sangat kemelayuannya – lebih kepada cha ya dan alif ya nun) Cuma masalahnya awak skarang ni dah lalut tak dapat nak piker suma tu. Puncanya awak dah ghairah semacam, nak naikkan pemimpin idola awak jadi PM yakni orang yang belum tentu dapat menjamin hak-hak suma yang kita cakap kat atas tu tadi.. Ok la tuu.. lagipon awak ada jumpa dia mungkin ari-ari, padanlah awak tolak suma negative feedback fasal dia. Salah dia siket takpalah, yang kemudian itu, kemudian lah difikirkan..

    Kita peratikan, dari awal sampai abis awak cakap2 siakap sinohong gelama ikan duri, balik-balik hal reta juge yang awak ungkitkan. Takkan yang tu je paling yang penting awak nampak, isu lain tak penting ke? Melayui, DSAI tak kesah hak melayu/bumiputra ini dilunturkan jadi hak bersama dengan biaDAP tu tau..awak yang jompa dia ari-ari takkan tak tau..Apa motip dia nak bersekongkol dengan parti yang nak padam Azan kita, yang nak tukak papan tanda jalan kita, yang nak rampas tanah kita bagi kat 80% sedara mare dia sampai 999 taung atau 666? YANG NAK HAPUSKAN HAK KITA sebagai penduduk pribumi? Kalau awak cakap DSAI Cuma nak gunakan diorang saja dan bukan kerjasama yang sebenar, tu munafiklah namanya..Apa dia akan buat dengan Negara dengan sifat pura-puraan tu kat kita? Benda yang dia buat senyap-senyap, mau ke dia nak tunjuk kat orang? Mana dia kebenaran yang dilaungkan?

    Kalau tu satu kerjasama sebenar dari ati ke ati dengan DAP tanpa kompromi, ‘alhamdulillah’ dapatlah akhirnya kita ni jadi seperti itu the history of Singaporean malay dinasours. Awak yang jompa dia ari-ari awak kasi tau lah kita apa rancangan dia sebenar..kalaupon awak tahu.. Jangan sokong buta-buta sudah la..Kawan rapat dia suma dah lari dari dia, tapi kalau awak lebih rapat lagi dari diorang dan lebih pulak paham sama tau suma rancangan dia…..kite pun fahamlah, hehehe.
    Jangan awak ingat memerintah Negara ini sekadar memerintah jaga kekayaan Negara saja.. Kalau awak tak kesah perjuangan kita suma ni, satu ari tak mustahil kite boleh tidur satu kelambu dengan puak tu.. Awak boleh ke cakap kita melayu/bumiputra mampu bersaing dengan diorang dalam hal ekonomi ni? Yang bejaya antara kita berapa kerat? Puak tu suma benda dia buat. Diorang soal halal haram mana ade kira punye.. biasalah, dasar tolak batu tolak kayu. Kitorang nak potong ayam kalau Bismillah bole miss tak dak niat kerana Allah, tak boleh dibuat lauk dah.. Diorang ni boleh pakai pancung jepun, tak kesah, boleh sumbat bagi masuk 7 usus… Diorang yang majority dah kaya, korang nak kayakan lagi diorang tu secara tak sedar yang rugi kita sendiri.

    Baiklah, kita tolak dulu ketepi soal salah betul pemimpin2 ni. Kita cakap soal parti pulak sebab apa, sebab DSAI tu tak boleh nak idup 100 tahun lagi. Dalam PR yang paling kuat kita nampak DSAI je. Mana contoh pemimpin PKR lain yang segagah dia? Katakanlah jika DSAI yang menjadi pemimpin Negara, berapa lama parti dia nak kekal sebagai parti utama? itu DAP tak ada vision sendirike, atau saja-saja suka tengok PKR memerintah? Bodoh ke diorang tu, kite nak tanya? Atau korang cuma nak DSAI jadi pemimpin sampai nyawa separuh mati pastu bolehla bagi balik kat BN, sebab tak nak parti kafir berkuasa. Atau passdown kat anak dia pastu cucu dia, atau kat kerabat dia pastu kat kawan dia. Apa punya plan la, dangkal sangat? Itulah natijahnya kalau parti kita dah salah pilih kawan. Nak buat surau pun diorang pertikaikan. Apa punya kawan macam ni? Sebab tu dalam Al Qur’an larang kita mengambil diorang jadi pemimpin ni.. Takkan kita tak tahu..? Abis tu pasal apa PKR ni buat geng dengan diorang , kalau nak bina tempat ibadat pun kene sama banyak dengan diorang? Negara islam macam mana yang kita nak buat? Kite tak cakap PAS sebab DAP/PKR dah dingin ati nak terus dengan PAS ni kawan seperjuangan. PAS tak nak terima perjuangan diorang nih. Korang je yang sudi….

    Hati-hati dengan cara DAP. Diorang sekarang nampak dah ketara sangat nak kumpulkan kaum dia kuat kat tempat tertentu di tempat strategik – maksud kite kat bandar utama lah. Apabila diorang dah dapat menguasai satu-satu kawasan diorang akan declare tempat tuh tempat dia fasal majoriti semua kat sana kaum dia. Kite yang non-chi ni secara automatiknya tertolak kat pinggir bandar dan berpecah-pecah serta berpuak-puak. Inilah taktik diorang yang paling licik sampai kita pon tak sedar pasai asyik nak bertelagah hal reta, hal reta. Itu sebabnya tak lama dulu diorang dah berani buat petisyen mewakili penduduk supaya meluluskan usul hapuskan azan kat Puchong. Apabila ditanya atas sebab apa, diorang jawab majoriti penduduknya bukan Islam dan tidak mahu azan mengganggu tidur diorang yang sampai ke tengahari tu.. Inilah yang sepatutnya kita elak dan jaga. Bukankah ini pun reta negara dan agama juge? Kenapa bersekongkol dengan diorang? MCA pun tak buat benda macam ni..gilaa..

    Dalam kerajaan, kita tak mengamalkan istilah individu atau pemimpin perseorangan sebagai kebal dalam pemerintahan Negara. Tengoklah DSAI sendiri dulu dari TPM pun boleh kene pecat. Sebab tu dalam media, kita tengok ramai sekali bukan sorang dua yang kena cekup oleh BPR. UMNO ada 190 perwakilan di peringkat bahagian. Daftar ahli UMNO paling latest menunjukkan ahli berjumlah kira-kira 3.2 juta orang. Itupun belum termasuk lagi dengan perwakilan parti komponen yang ada. Persoalan yang sering dijadikan lembing dalam perjuangan pembangkang ialah pertikaian tentang masalah individu (pemimpin), rasuah dan kekayaan negara. Sesuatu yang pelikkah jika terdapat kecacatan, kecuaian atau masalah disliplin kepada individu yang berlogo kerajaan ni dalam parti? Terangkanlah kalau PKR, apa cara PKR nak banteras suma ni? Maksum sangatkah pemimpin2 PKR tu suma?
    Korang yakin ke dapat pertahankan hak bangsa dan agama ni? Rakyat kita suma nak yang satu ni paling dijaga dan diperlihara! Mampu ke korang nak lawan pengaruh luar yang menggugat semua yang kita pertahankan ni? Kita nak tanya tu je, tu haa..rakan seperjuangan tu sudi ke ikut cakap korang seratus persennn? Kalau dengan diorang korang dah senyap dan biar, serta sanggup lagi berkrompomi, macam manalah pulak nasib kita dan masa depan anak-anak kita sebagai rakyat pribumi bila semua hak kita dah diambik? Skarang pun dia dah ambik main tarik sikit-sikit, dah. Rela ke kalau kita pulak yang kene ikut arahan DAP ubah dasar perlembagaan negara mengikut kesesuaian bangsa dan agama diorang satu hari kelak? Apa pula tindakan korang tentang hal ni? Pernahke korang bantah suma permintaan melampau DAP sebelum ni? Itulah kompromi yang korang cuba nak sematkan kat dalam kotak pemikiran rakyat kita melalui perjuangan kebebasan DSAI. Dia mungkin boleh jaga korang kalau DIA yang perintah negara, tak pa. Tapi untuk berapa lama? For how long, Ah Long?

    Hidup melayui, awak tak kesahkan kalau kite cakap awak ni suka mengulang-ngulang-ngulang dan ulang cakap banyak putar belit belakit, jadi le ayat tuh ayat lain..awak cukup hebat, itu buktinya awak selalu jumpa DSAI fasal cakap pun dah cara dia…memang sahlah copycat cakap dia. Yang tak faham ni awak mengaku tak sokong mana-mana parti je… konpiuslah.. Kita nak ambik satu contoh, DSAI tu berGeng dengan Wolfowitz tau..Bila kita persoalkan hubungan dia, dia jawab ringkas je tapi dengan cara defensive maut ‘jangan mencampuri urusan tentang siapa kenalan dia’. Dia tamatkan persoalan orang dengan mempersoalkan balik akan hubungan PM kita dengan Bush sebagai perisai. Jadi pandangan kita beralih kat PM lah pasai itu soalan terakhir yang kite dengar. Ini cara dia. Tapi dia lupa yang PM dengan Bush ni hanya mempunyai hubungan melalui politik, bukannya hubungan atau kenalan peribadi.. manakan sama sikucing belang!
    Wolfowitz tu pembunuh orang Islam kat Iraq. Yang dia tu pulak jerk si serigala tu kat HongKong bagai nak rak, pasai apa? Kalau itu bukannya secara ikhlas dari hati dia, fikirlah sendiri sifat2 apakah itu? Kalau ikhlas, bermakna kita kenelah sembahyang sunat istikharah minta petunjuk nak undi mana PRU13 tu nanti.

    Melayui, awak suka sangat serang soal bangsa mamak. Banyak kali awak ulang, ulang, ulang dan ulang sebab itu cara DSAI yang dah diresapkan kat dalam diri awak – entah entah awak ni DSAI yang sebenarnya kot? Kite nak cakap walaupun kite ni Hybrid, awak tu yang patut malu, sebab mengaku diri sendiri melayu tapi tak kesah maruah melayu awak tu diragut cha ya nun alif. Kalau awak meragui kemelayuan orang, kite lagilah meragui melayu awak, fasal cakap awak tu tak macam cakap orang melayu..tak kesah sangat PKR yang nak berkongsi kuasa dengan DAP..

    Lagi eloklah kitorang bela bangsa dan agama nih, daripada korang yang semedang dengan bela rega minyak, reta negara, reta, reta dan reta..tapi mempersoalkan pulak perjuangan parti kerajaan. Ada pernahke korang mempersoalkan tindakan kerajaan Selangor, Perak dan PP berkaitan hak bangsa dan agama kat DAP? Mana piginya perjuangan kemelayuan awak jika awak seorang melayu yang sejati lagi tuleenn..? Oh, mungkin kalau diorang kacau rega minyak dalam negara barulah korang nak bangkit menentang la yea..? Lawak jugak, isu minyak ni je dah jadi isu negara yang menghakis hak-hak rakyat. Cukup lantang PKR.. DAP senyap je…apa hai?
    Ingatlah wahai para Melayu’s yang dari Perak, Selangor dan PP. Ambillah parti yang ikhlas yang benar-benar menjaga hak kita, pilihlah kerajaan lupaakaannnnnn yang laiinnnn….!
    Wassalam.

    P/s: Brokuntakinte, kite dah tukak cara cakap dah. Itu dodol lama orang sekarang dah tak berapa sangat nak makan. Kita pi hidangkan kek Saddam Hussein je lah..hehehe..

  17. BakaL PM

    mak aih panjang bebenor Apai Ngelai…. Kalau x paham jugak x tahula melayui yer…. Tulis melayu tu bukan tamil…….. Big 8 nak tambah ker???

  18. Big8

    Salam Apai Ngelai,

    Tahniah atas semangat yg ada dlm dr saudara..Saya amat paham perasaan saudara. Tidak hairanlah nukilan saudara panjang begini rupa.

    Maaf cakap, kalau yg x paham dgn perjuangan Melayu, yg xkisah nasib bangsa, yg tidak menangis 13 Mei dulu, Diorang Melayu yg boleh disogok. Diorang Melayu yg tidak cintakan negara. Kita lihat sendiri bagaimana maruah negara dihina, kita lihat penyokong yg datang ke stadium, berapa ramai yg pakai jersi malaysia dan berapa ramai pula yg pakai jersi chelsea? kenapa ini semua berlaku? Rakyat Malaysia menang sorak malam 2, tetapi berapa ramai yg sedar negara mereka di kotak katikkan. Macam pak pandir, menang sorak kampung yg tergadai. Sedih saya lihat tahap semangat kenegaraan yg ada pada diri rakyat malaysia.

  19. kuntakinte

    Salam, isk….isk…isk…. lain macam apai ngelai naik angin….. kalau apai ngelai bertanding dgn melayuiiii teman pasti undi apai ngelai….

    cantik bahasa saddam hussein brother, dari pakai bahasa Al Gore, cassey dan si wolf tu.

    lajak terus je apai ngelai, teman, abangtuah, bakal Pm sokong je, tu belum si big8 lagi tu,dalam2 tu berani sindir2 si singa utara mamak penang plak tu, teman pecaya mamak sat gi dia balas naik minyak angin plak si mamak tu, kemayau le kepala hotak si melayuiiii tu. tu apa la plak nak cari akai nak kona tu…….he…he..he…

    barvo brother apai ngelai!!!!

  20. AbangTuah

    Salam..

    Apelah kau orang tak puji pantun aku pun..penat aje mengarangnya…kau orang ingat senang nak dapat ilham cam tu…berbuih mulut melayui bila baca…

  21. kuntakinte

    Salam, bravo!!! pantun abangtuah tak kesah le, abangtuah jolok baru jatuh kah..kah..kah…

  22. HidupMelayui

    nanti sat noooo…. abang tashkil hangpa semua! apaingelai!…. low class soalan mu!
    Big8,….. tak baca buku ka?
    Abang Tuah! ……terminum air buih ka?
    hehehe…… aku ada sibuk sikiiiitttt jer ni, maklumlah permatang pauh perlu diperhalusi dan dihindarkan dari makhluk2 jelmaan TUAN-TUAN hangpa semua…….(hangpa ni semua kira cam kunta-kinte le……)

    nanti bila ada chance, aku mengertikan hangpa semua…..

  23. AbangTuah

    Salam..

    melayui aku nanti cabaran mu..mai..kurap dalam baju tu mai kami bubuh ubat….salapkurap…kehkehkeh..

  24. Salam,

    Yang digelar Melayui,
    Mamak nak ketawa dengan komen awak tentang Mamak penang!.Mamak memang kaki pusiang,Hati-hati dengan mamak!…inilah mamak sarankan pada semua sekian lama tentang DSAI..Kalau Melayui nak tahu…Mamak Penang ini saja buang masa dalam bloging ini…tapi mamak memang 100% setuju pendapat awak ini tentang mamak…tapi awak cuma lupa satu “Yang awak sokong sangat DSAI itu keturunan apa?.Apa dia mengaku keturunan syed ke?.Dah tahu perangai mamak ini berpusing-pusing atau putar alam kenapalah hang pii sokong siMamak yang tak mengaku Mamak itu.Hang dah jumpa tok moyang dia ke?.Atau pun kamu nak mamak beri Salsilah keturunan dia?.Tapi Mamak ini bukan jenis menjatuhkan air muka orang!.Nanti sama macam kau ini hah…mentah dan tak faham Ugama.Baca nas al Quran yang sebutkan pasai Bangsa dan Agama.Dalam dunia ini nak cari bangsa yang tulin Memang tiada Melayui oi…mesti ada percampuran!Bukankah kita berasal daripada “Adam Dan Hawa”jadi Kau dengan Mamak tak akan tiada tali persaudaraan?.Itu pun kalau kau yakin dengan apa Al-Quran kata.Kalau kau yakin Tiori Charles Darwin manusia ini berasal dari Monyet atau beruk..jadi keturunan kau adalah Monyet!.
    Mamak Penang ini tak gila kuasa macam DSAI hah!.Kamu pii lah kaji keturunan kamu dulu Melayui!cari sekurang-kurangnya 10 Generasi selepas itu kamu kamu mai sembang kat Mamak!.Semua ahli sejarah mengakui yang membuka Negeri Melaka itu Parameswara atau pun Nama Islamnya Sultan Iskandar itu adalah mamak!.Dan Tun Perak itu Mamak..pasai itu sampai sekarang Perdana Menteri dipanggil “Memamada”dalam bahasa Istana.Memanda bererti “Mamak Anda”.Mamak itu bermakna Uncle…kan sedap dipanggil.Mamak ini tiada pernah ada hati nak jadi “Tuan”.Cuma kamu semua yang gila panggil mat salleh yahudi itu ‘Tuan”.Mamak cuma ingatkan kamu semua yang tuan sebenarnya adalah Melayu.Tentang Pulau Pinang kamu bacalah sejarah dulu..penduduk mamak dan peranakan cina lebih awal telah tinggal di Pulau Pinang dari orang Melayu.Cuma di Seberang Perai diduduki oleh Orang Melayu kedah.Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light untuk menjadikan pusat perniagaan’East India Company’.Kamu kena faham dulu fakta sejarah.Mamak penang ini bukan Mamak India Muslim yang terdapat kat Johor atau KL.Kami di Pulau Pinang adalah bangsa Peranakan Melayu.Macam Mamak Penang Bapak Melayu dan Emak orang Peranakan India.Jadi keturunan ikut siapa?Emak ke Bapak?.Kamu kena faham betul dengan Mamak Penang!.Macam Orang Jawa di Indonesia kamu tanya kat depa Sampai mati tak mengaku Melayu .Kenapa?.Tapi kat Malaysia kita mengaku Orang Jawa itu orang Melayu Betul tak?.Bahasa Ibunda Mereka lain.Ada orang-orang tua yang duduk kat Batu Pahat Johor langsung tidak tahu bahasa Melayu!.Kesimpulanya kamu anggap sajalah Mamak ini macam bangsa Jawa itu dah!.

    Melayui !kalau hang singgah ke Rumah DSAI kamu mai ke Restoren Mamak…mamak pasti bagi kau makan Nasi kandak free!.Kerana Mamak tak kira ideologi politik dalam perniagaan dan kawan.Dan Mamak kalau boleh tak mahu jatuhkan air muka bangsa lain di Malaysia!.Ramai mamak yang sokong PKR tapi sayangnya kecaman kamu terhadap bangsa Mamak telah kecewakan hati mereka dan Pasti mereka akan mengundi UMNO dalam Kawasan Parlimen Permatang Pauh nanti.Mamak juga print komen kau dan propagandakan PKR ini anti-Mamak Pulau Pinang.Walau macam mana pun kamu tulislah lagi banyak-banyak hinakan bangsa mamak Pulau Pinang ini supaya mamak-mamak yang sokong PKR ini dapat pelajaran dari tulisan engkau!.Kamu cuma pandai tapi tak cerdik macam Mamak Penang!.Wassalam.

  25. Apai Ngelai

    Salam semua,

    daripada Awie Melayui Sejati__________!

    Reformasi,
    Itu yang kau uciap kang,
    Bila janji kau tak pegang,
    Bawa bohong minyak dijajaaaaa,
    Yang sekecil 50sen,

    Menanti,
    Di permatang pauh,
    kau dan istri bina bersama,
    dalam parti,
    Piiiiiiiiiii Kiiiiiiiiiiiiiiirrrr Arrrrrrrrrrrr…..!

    Usia perangkap eekau,
    Lemah jer, kau dapat tahanka?
    Namun ekau masih berkeras atiiiii…….!

    Tinggai kenangan,
    Gagal segala impian,
    Tinggai bertanya,
    erti reformasiii……….!

    kenangan itu…..anganmu itu…..!
    Hanya mainan tidurmuu…
    Tinggai sejarah erti reformasi.

    Yang pernah ekau angan-angankan dulu oh…

    kah..kah..kahhhh….

    Tu dia haa Melayui oii, hang dah kene sepinggan penuh ketam masak lemak cili api mamak tu… pekat dia punya kuah tau..! Pedas………!

    P/s: Kita bagi kene sebijik satu sorang si Rambo Melayui ni. Keh keh keh…
    AbgTuah lutu tu apa ah? ketukke?

  26. AbangTuah

    Salam Apai Ngelai…

    Cantik punya lagu..seronok memikirkan mulut melayui mesti berbuih bila baca…

    ‘Lutu’ loghat selatan..ya, madsudnya lebih kurang ketuk…tapi lebih uhmm…impak dan powernya

    Oh ya…kawan ada lawat weblog pembangkang..cuba juga nak masuk bertempur..tapi mereka tak bagi laluan..takutttttt kat kita…kahkahkah

  27. kuntakinte

    Salam, dah mamak penang dah mengamuk!!!! dan naik angin!!!, kalu aku jadi kau le melayuiii oi..aku tak berani jeru penang, sat gi mamak hantar santau kat hang. tu lah melayuiii oi jaga2 sikit bahasa dalam2 tu duk kata apai ngelai low class big8 tak baca buku, abangtuah minum buih, sat gi hang dapat lah pulak dari depa2 tu,, he…

    apai ngelai dah bagi lagu awie melayui sejati kat hang, sedap ngak lagu tu… sat gi hang melayuii balas lagu menaruh harapan zaiton sameon kah..kah..

  28. AbangTuah

    Salam para sahabat UMNO.

    Kawan kunjungi weblog PerakBangkit..kesian kawan tengok..kena belasah dengan Bandit Siber2 …apa macam kawan sarankan kepada Panglima Siber2, kuntakinte, mok, sekupangdua, Apai Ngelai, Mamak Haji, Yeop KK, battleship dan lain kita bantu pewaris keturunan Dato Maharaja Lela@Perakbangkit mempertahankan weblognya dan perjuangannya….disamping kita menjadi resident blogger disini kita luangkan sedikit masa di; http://perakbangkit.blogspot.com

    Kawan pun dah mula uli, tenyeh dan lenyek mereka..Jommmmm.

  29. Salam,
    salam untuk sahabat-sahabat.Mamak baru uli tepung roti canai dan tunggu nak tebar dan goreng ada dua tiga spesis lagi…!!!perakbangkit dalam perjuangan ini kamu bukanlah seorang diri pasti bantuan akan tiba…apai sediakan sebuah lagu slang perak untuk kawan kita perakbangkit..supermok kita lama tak dengar cerita…!!wassalam.

  30. Apai Ngelai

    Salam kuntakinte, mamak, abgTuah,

    Perakbangkit, teruskan perjuanganmu. Kawan pun asal tempat lahir kat Batu Gajah. Sekolah mula kat Perak tamat pun kat Perak. Pastu balik kat Sarawak… hik..hik…Sedih..! Hiba, mana tak kawan selama ni emosi dgn Melayu yang tak kisah negeri kita dipegang DAP.. Takpelah..PRU13 nanti azamlah tawan balik Perak tu, yea…!

    Hehehe.. mamak, kawan tak pande buat lagu slang Perak .. susah, malaih nak pikior.. Ni lagu khas untuk teman Perak sebagai renungan……………….

    (Sedutan Versi asal Ekamatra – Sentuhan kecundang)
    **************************************************
    KITA, TEMPUH SEGALA RINTANGAN (Umno, MIC, MCA Perak)

    KECUNDANG JUA MENIMPA (MIC-Samy Vellu)

    KITA TELAH MENCUBA SEGALA (Kempen2 BN)

    NAMUN TEWAS AKHIRNYA (PPP-M Kavyeas)

    PUTUS TAK BISA DISAMBUNG (Project CAR)

    KUSUT TAK TERURAI (Peranan Raja dan mufti kerajaan Perak oleh BA)

    HILANG TAK BISA DIGANTI (Tanah rizab KPG BARU – 999Thn Pajakan)

    PATAH KEKERINGAN (Melayu takdak dpt buat apa2 dah)

    CINTA TERLARA, BAGAI TERBUAI, DALAM RIMBA YANG GELAP DAN PENUH DURI (PAS dalam BA)

    MESTIKAH AKU MERATAP, MEMBINASAKAN DIRIKU (Melayu PKR Perak)

    ATAUKU BIAR SAJA IA BERLALU (MB Perak –Mhd NJ)

    SENTUHAN KALI TERAKHIR, ABADI DALAM HATIKU (DAP dapat tuntut hak sendiri)

    TAK DAPAT KU MENGHALANG, PERPISAHAN INI.. (Kekalahan BN kat BA Perak)..

    P/s: AbangTuah, ni orang muda punya lagu..Kite punye lagu lagi umphhh dari pantun AbangTuah Kekekekeh….! (Lompat masuk bakul…tolonglah angkat!)

  31. AbangTuah

    Salam…Apai Ngelai

    Shabas dengan penulisan yang perbagai variasi…ini akan membuat weblog ni akan lebih digemari….

  32. kuntakinte

    Salam, ish…ish… ada darah artis jugak apai ngelai ni, kalau masuk AF tentu kuntakinte afundi punya, apai ngelai buat lagu menaruh harapan zaiton sameon untuk orang Perak kah…kah…

    boleh lawan dengan artis puak2 haluan kiri si akhil kurus kering tu.

  33. kuntakinte

    Salam, abangtuah dan mamak pelawa kuntakinte, teman tak kesah demi perjuangan sambut ajakan sahabat2 lagi pun teman anak perak, malu teman orang johor ngan orang penang ajak teman sambut. moh kita ke perakbangkit.

    akan tercatit di webblog perakbangkit nama2 pejuang tersohor abangtuah, mamak,mok, apai ngelai, sekupangdua, big8 , ikan emas, ikan kecil, yeop kk dll, moh kita!!! sama2 berjuang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s