Mengapa Permatang Pauh dan Bukan Kulim Bandar Baharu

sumber agendadaily

Cakap-cakap bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tiba-tiba membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh kerana ingin mengalih perhatian terhadap tuduhan liwat, rupa-rupanya memang betul.

Hal ini diakui Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (KKB), Zulkfili Noordin dalam http://zul4kulim.blogspot.com

Menurut beliau, Sebelum ini, Anwar memang ingin bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu (KBB) sekiranya mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 19 Ogos ini selepas petisyen oleh calon Barisan Nasional.

Zulkifli berkata, beliau sudah bersedia melepaskan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar walaupun majoriti orang KKB tidak bersetuju beliau mengosongkan kerusi berkenaan.

“Perlu saya tekankan di sini bahawa mereka yang tidak bersetuju itu bukan kerana tidak mahu DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding di KBB, tetapi mereka khuatir akan berbangkit isu kronisma dalam Pakatan Rakyat nanti bila DSAI, DSWA (Datuk Seri Wan Azizah) & NI (Nurul Izzah) duduk dalam Parlimen. Dalam keadaan itu ada pulak Lim Kit Siang/Lim Guan Eng & Karpal Singh/Gobind Singh juga duduk dalam Parlimen,” kata Zulkifli.

Menurutnya, beliau memang telah bersedia pada tarikh tersebut (19 Ogos) untuk mengosongkan kerusi KBB.

“Ini telahpun dimaklumi oleh DSAI & pimpinan Pakatan Rakyat. Malahan DSAI dalam pidatonya di Kulim menyatakan bersedia bertanding di KBB setelah Mahkamah mengisytiharkan KBB kosong,” ujarnya.

Zulkifli berkata, namun perkembangan mutakhir menukar perancangan apabila maklumat diterima pada hari Rabu malam bahawa kemungkinan DSAI akan dikenakan pertuduhan meliwat dalam masa terdekat.

“Maka pimpinan PKR telah mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan pilihanraya kecil perlu dibuat segera. Bagi mereka menunggu 19 Ogos mungkin akan terlambat nanti. Sebab itulah keputusan dibuat mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta-merta untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan segera,” katanya.

Menurut Noordin, beliau satu-satunya orang yang membantah keputusan tersebut dan mendesak supaya DSAI & pimpinan PKR memikirkan semula keputusan tersebut.

“Namun mereka kekal dengan keputusan tersebut. Walaupun saya sangat sedih namun tetap akur dengan keputusan pimpinan tersebut,” katanya.

Kini sudah jelas cerita sebenar kenapa Wan Azizah kelam kabut melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu dan serta merta Anwar umum akan bertanding di situ.

Semuanya gara-gara pemimpin PKR itu percaya kononnya Anwar akan ditangkap dan dikenakan pertuduhan meliwat sedangkan Zulkifli yang pernah jadi peguam dan membela bekas timbalan perdana menteri itu sebelum ini percaya tidak mungkin ada pertuduhan terhadap Anwar sebegitu cepat.

Beliau tidak bersetuju dengan khabar angin yang menyatakan akan ada tangkapan terhadap DSAI dalam tempoh 48 jam pada Khamis lepas.

“Ini kerana saya sebagai peguam tahu tidak mungkin tangkapan & pertuduhan akan dikenakan terhadap DSAI dalam 48 jam kerana Peguam Negara belum pun menerima kertas siasatan dari pihak polis. Dan apabila menerimanya pun pihak AG perlu menapis & menganalisa semua keterangan & bukti yang dikemukakan polis. Sudah tentu ini memerlukan masa. Apatah lagi timbul isu lapuran Pusrawi yang kelihatannya saperti menidakkan berlaku liwat. Sudah tentu pihak AG akan menyiasat dengan lebih teliti.,” tulis Zulkifli di blognya itu.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Mengapa Permatang Pauh dan Bukan Kulim Bandar Baharu

  1. kuntakinte

    Salam, semata2 nak selamatkan anwar, untong2 kalau kes sodom berlaku US boleh campur tangan secara serius, sebab bakal calon MP kena tangkap, isk..isk..iskk, bersedia lah rakyat untuk menghadapi satu lagi siri crisis lost world of sodom.

    pada kembar2 lain macam DAP dan PAS fikirlah, mana cerita nak tambah kerusi pembangkang di Parlimen untuk perintah Malaysia, kalau yang sedia ada pun dikosong dan nak ambil balik itu pun belum tentu lagi, bila nak penuh nya Parlimen dengan beruk2 pembangkang, wa asil balik asal lah jumlah nya,, sudahnya… satu lagi lakunan si hero PKR ni berjaya manakala si kembar2 nya tertipu jugak akhirnya. esok dia bertanding keluar lah ramai2 si kembar pi racun otak rakyat permatang pauh, aku jugak yang selamat. he..he..

  2. Hamba Allah

    Kalo hang rasa hang hebat macam hang tuah jom debat dengan aku ( hang jebat )…

    Jangan jadi pak turut sahaja!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s