Daily Archives: August 5, 2008

Dulu MP Sendiri Dikasari..kini Wartawan Jadi Mangsa

dari malaysiakini

PKR sedang menyiasat insiden kekasaran terhadap seorang jurugambar wanita, dilaporkan dilakukan oleh penyokong parti itu, selepas majlis ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

“Siasatan terhadap insiden tersebut telah dan sedangpun berjalan,”  satu kenyataan pejabat Anwar hari ini dipetik.

“PKR sentiasa memandang tinggi dan menghargai usaha pihak media untuk melaporkan sebarang program anjuran kami.

“Kami juga akan memastikan sedaya upaya tiada lagi insiden yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.”

Loh Hoay Hoon, jurugambar harian Guang Ming Daily dilaporkan diserang oleh sekumpulan lelaki selepas ceramah Anwar di Seberang Jaya, Pulau Pinang hujung minggu lalu  bagi mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Beliau didakwa dicekik, dipukul di bahagian kepala dan ditendang.

Sementara itu, Persatuan Wartawan Foto Cina Malaysia (MCPA) bercadang memulaukan semua program PKR sebagai membantah tindakan petugas parti itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, satu-satunya wartawan foto di negara ini berkata insiden terbaru itu menunjukkan PKR gagal mengawal petugas-petugasnya walaupun aduan kekasaran terhadap pekerja media pernah dibuat sebelum ini.

MCPA pernah mengadu secara rasmi kepada parti itu sewaktu petugas angkata muda PKR menghalang tugas media sewaktu kekecohan dalam konsert sebuah kumpulan punk rock sempena perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di stadium Kelana Jaya awal bulan lepas.

Dalam laporan polis Loh (foto kiri), beliau mendakwa diserang sekumpulan lelaki yang mengekorinya di satu kawasan letak kenderaan selepas ceramah tersebut.

“Selepas MCPA dimaklumkan tentang kejadian tersebut, satu aduan telah dibuat kepada biro penerangan PKR tetapi, setakat ini, tiada jawapan,” kata MCPA dalam kenyataannya itu.

Persatuan itu juga menyeru polis agar sentiasa mengawasi pada masa akan datang dan segera menahan suspek yang terlibat dalam kejadian seumpama itu.

nota: adakah insiden kali ini sama seperti insiden yang menimpa YB Kelana Jaya yang dikenali sebagai insider ‘anak-anak muda’ oleh Khalid Ibrahim

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Rating Pak Lah Turun Di Paras Terendah

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, populariti Pak Lah turun ke paras bawah 50% sejak tahun 2004. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya 1030 individu di Semenanjung Malaysia berumur lebih 21 tahun yang dipilih secara rawak. Butiran kajian ini boleh di dapati melalui laman ini. Menurut laman web agendadaily, Pak Lah tidak peduli dengan keputusan kajian yang dilakukan dengan alasan perkara ini adalah lumrah bagi orang yang bergelar ahli politik. Persoalan sekarang boleh kah rating Pak Lah melonjak naik semua ke tahap yang tinggi seperti mana masa beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2004? Apakah Pak Lah harus menafikan keputusan kajian-kajian bebas yang dilakukan terhadap beliau? Penulis percaya Pak Lah mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak mengendahkan keputusan kajian yang dilakukan terhadap pentadbiran beliau.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan BPR Terhadap Pak Lah

sumber harakahdaily

Veteran Umno, Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato’ Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik “of the highest order”.

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik “of the highest order,” walau apa pun alasan yang diberi.

“Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga,” katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

“Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

“Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno,” katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Boikot Permatang Pauh !!!

penulis pada dasarnya agak bersetuju dengan pandangan sesetengah supaya BN memboikot pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi. ini disebabkan atas beberapa perkara:

1. ia merupakan satu pembaziran wang rakyat. PRU 12 baru sahaja berlangsung lebih kurang 5 bulan yang lepas.

2. permatang pauh merupakan kawasan hitam bagi BN

3. pilihanraya kecil kali ini hanya untuk memuaskan ‘nafsu’ tamakkan kuasa individu terbabit

4. parti2 komponen dalam BN sedang sibuk dalam ‘menjenamakan semula’ parti masing2. kekalahan di permatang pauh sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses ‘rebranding’ ini

5. sekiranya BN menang, ia tidak memberi impak yang besar seperti majoriti 2/3 di parlimen

6. ketandusan isu-isu semasa dan kelemahan pentadbiran kerajaan di dalam menangani isu rakyat seperti harga minyak dan sebagainya. kegagalan kerajaan untuk menangani isu ini sudah pasti memberi kelebihan kepada calon lawan

7. kekurangan calon yang kredibil dan sesuai di pihak BN bagi menentang DSAI. ini disebabkan ramai calon baru sahaja selesai PRU12.

8. komitmen parti komponen agak terhad akibat masing-masing sedang sibuk dengan pemilihan pucuk pimpinan parti masing2.

9. isu-isu seperti ekonomi, inflasi dan beban kepada rakyat akibat kenaikan rakyat harus diutamakan dahulu dan bukannya keutamaan diberikan kepada pilihanraya kecil ini.

10. sebagai satu tanda protes di mana pengosongan kerusi permatang pauh ini dibuat secara sengaja semata-mata untuk memberi laluan kepada DSAI.

20 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dr Asri Bertanding di Permatang Pauh

Penulis menerima maklumat tidak rasmi yang mengatakan bahawa Mufti Perlis akan bertanding di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan beliau akan mewakili parti mana pada pilihanraya ini. Pertembungan 3 penjuru akan berlaku pada pilihanraya ini di mana DSAI(PKR) akan bertanding bersama-sama dengan calon dari BN dan AKIM.

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda