Boikot Permatang Pauh !!!

penulis pada dasarnya agak bersetuju dengan pandangan sesetengah supaya BN memboikot pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi. ini disebabkan atas beberapa perkara:

1. ia merupakan satu pembaziran wang rakyat. PRU 12 baru sahaja berlangsung lebih kurang 5 bulan yang lepas.

2. permatang pauh merupakan kawasan hitam bagi BN

3. pilihanraya kecil kali ini hanya untuk memuaskan ‘nafsu’ tamakkan kuasa individu terbabit

4. parti2 komponen dalam BN sedang sibuk dalam ‘menjenamakan semula’ parti masing2. kekalahan di permatang pauh sedikit sebanyak memberi kesan kepada proses ‘rebranding’ ini

5. sekiranya BN menang, ia tidak memberi impak yang besar seperti majoriti 2/3 di parlimen

6. ketandusan isu-isu semasa dan kelemahan pentadbiran kerajaan di dalam menangani isu rakyat seperti harga minyak dan sebagainya. kegagalan kerajaan untuk menangani isu ini sudah pasti memberi kelebihan kepada calon lawan

7. kekurangan calon yang kredibil dan sesuai di pihak BN bagi menentang DSAI. ini disebabkan ramai calon baru sahaja selesai PRU12.

8. komitmen parti komponen agak terhad akibat masing-masing sedang sibuk dengan pemilihan pucuk pimpinan parti masing2.

9. isu-isu seperti ekonomi, inflasi dan beban kepada rakyat akibat kenaikan rakyat harus diutamakan dahulu dan bukannya keutamaan diberikan kepada pilihanraya kecil ini.

10. sebagai satu tanda protes di mana pengosongan kerusi permatang pauh ini dibuat secara sengaja semata-mata untuk memberi laluan kepada DSAI.

20 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

20 responses to “Boikot Permatang Pauh !!!

  1. Boikot? kerana pembaziran? atau kerana ketakutan…

    ketara sangat sedang berpulas otak mengelak daripada cabaran, nak cuba menghasut SPR…, nak merialisasikan pemerintahan diktaktor, ingin memiliki kuasa sepanjang hidupnya, hidung tak mancung pipi tersorong sorong…

  2. atasinchi

    Assalamualaikum…

    pada hemah teman, ade baiknya jangan diboikot pilihanraya itu. kerana;

    1- menang kalah belum dipastikan, makanya peluang bergantung kpd jumlah pencalonan. dan pastinya peluang utk BN menang adalah sama rata dgn PR, tak kiralah itu kubu kuat siapa pun.

    2- tiada ape yg rugi (atau org kampung teman ckp, “nothing to lose”). kalo BN menang, ianya bonus, dpt tambah satu kerusi lagi dlm parlimen. dan kalo kalah pun, tak menjejaskan jumlah kerusi dlm parlimen.

    3- sikap Melayu, pantung undur sebelum berjuang. pastinya UMNO bukan jenis suka berundur sblm bertarung.

    4- usaha lebih keras dgn ikhlas dlm perjuangan (bukan guna taktik kotor) utk rakyat. buktikan BN bukan seperti yg BN katakan pada pembangkang (penuh dgn taktik kotor).

    5- jika benar BN ingin boikot, teman rasa akan makin ramailah yg mungkin akan menyertai PR.

    fikirkanlah bijak pandai UMNO dan BN…

    wallahualam..

  3. waris79

    orang melayu pantang berundur sebelum di cabar…
    mari kite ramai2 turun ke permatang pauh memberi sokongan dan berkerjasama…..
    walau apa pun keputusannya kite terima dgn hati terbuka…

  4. Big8

    Salam pemilik blog,

    Maaf, saya kurang bersetuju dgn pandangan yg diutarakan agar BN memboikot PR tersebut. Jika kita memboikot bererti tiada proses demokrasi yg berlaku. Rakyat dinafikan hak untuk memilih. Apa akan jadi dgn rakyat permatang Pauh. Kita perlu memberi ruang mereka membuat pilihan untuk menentukan nasib mereka. Semoga pilihan yg dibuat akan menguntungkan rakyat di sana. Insyaallah. Kepada pengundi2 yg berdaftar diminta keluar mengundi. Kerana setiap undi yg dibuat menentukan masa depan anda dan waris2 anda.

    p/s : Pemimpin tanpa pendirian pemimpin pilihan PRU12. PRU kecil bagaimana pula?. Adakah terus memperjudikan nasib anda?

  5. waris79

    dengan calon yang berkeliber….
    dengan strategi yang betul..
    dengan kerjasama yang erat dari parti komponen yang lain…
    insyaallah…sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan majoriti nya
    kita tau itu kampung halamannya…namun…
    belum try belum tau…
    biar orang2 permatang pauh yang menentukannya..
    jangan lagi dipergunakan oleh parti pembangkang..

  6. BakaL PM

    Pada saya jgn diboikot…….. Lawan jer wahai pejuang UMNO…. Kita xrugi apa pun… Kalau PKR menang memang kerusi dia pun tp kalau UMNO menang padan la muka PKR……. Yang penting UMNo kena berjuang untuk bantu nasib melayu di Pulau Pinang yang semakin terpinggir….. Hidup UMNO hidup Melayu…………

  7. paan

    kenapa nak boikot? negara kita negara demokrasi.di mana hak rakyat? negara malaysia negara demokrasi.rakyat mempunyai hak untuk memilih pemimpin.jd bg saya,patut nya kita sama2 menyokong PKR agar dapat kita melahirkan pemimpin yang berwibawa, di samping menghapuskan pemimpin yang berjiwa rasuah.hidup anwar!

  8. BakaL PM

    yo paan…. x kan Anwar jer hidup??? Kau x nak hidup jgk ker???

  9. kuntakinte

    Salam, sedara paan ‘melahirkan pemimpin berwibawa’ ke pemimpin yang terbawa – bawa hal peribadi kepada rakyat, terbawa – bawa nak jadi PM sangat dah, bila masanya nak tambah kerusi pembangkang asyik2 pematang pauh, he..he… geli teman nak pilih pemimpin berjiwa sodomi, banding dengan jiwa rasuah boleh bertaubat, ini nabi pun mengaku umat beb…

  10. Nano

    Boikot je la!!! dah tentu@ BN kalah. Bagi je DSAI menang tanpa bertanding. Hamid Albar pun dah cakap, benda ni costly…so nak buat apa membazir duit rakyat lagi? Rakyat X kisah kalau DSAI menang, rakyat Permatang Pauh pun X kisah, Aiman…lagi X kisah! Kalau ANWAR take over negara pun, kita x rugi apa2.Nothing to loose…kita cuba la cara Anwar pulak. Mana tau menjadi??? Masa zaman Mahathir, orang kata Malaysia maju…tapi siapa belakang Mahathir masa tu? Bukan ke Anwar…bila dia X de je, Malaysia teus jatuh merudum sampai sekarang. X ada pencapaian yg memberansangkan langsung, lagi jahaman ada la. Kita X boleh nak menidakkan realiti ini. Kita harus buka hati kita, selain mata. Mata dah nampak bermacam2 salah laku kerajaan skrg, tapi hati kita cuba menutup & menidakkan keadaan…Renung-renungkanlah…

  11. umnomuda

    Nano,

    Malaysia maju semasa zaman TDM bukan sebab Anwar. Sila berpijak pada realiti. Anwar menjahanamkan lagi ade la..ingat-ingat balik berapa interest kereta dan rumah masa Anwar jadi TPM dan Menteri Kewangan dulu. Siapa yang nak guna dana IMF?

  12. UMNOGen3

    Kecewa!!! Bengang!!!
    Kenapa Penang, Selangor, Perak, Kedah jatuh ke pembangkang? Apa yg pemimpin UMNO dah buat? Ada tanah rizab melayu pegi buat projek rumah high cost. Yg duduk bangsa cina hindu yg kemudian dpt hak mengundi kawasan melayu tu. Yang meLAYU ni bungkus balik kampung mengundi kat kampung. Lepas ni sume kawasan maju pembangkang bolot sbb meLAYU dah kena halau! Tinggal la negeri miskin dpt kat BN. TENSION!!!

    P/s: mana pegi pakar2 perancang bandar & ekonomi kita yg semestinya org melayu?

  13. wan hazzief shah

    tak payah boikot…
    tak payah takut….
    anwar awal2 lg dah cakap, BN akan bg rasuah utk menang…
    walaupun ramai yg jangka dia menang, dia masih cakap cam 2…
    bn- pr peluang mng sama rata…
    tp kalau bn menang:
    1) anwar akan dedahkan bukti2 baru (dia kan pendebat terhandal, byk crita blh direka) utk burukkan kerajaan.
    2) akan adalah demonstrasi ckp spr tdk telus, kerajaan korupsi dan isu-isu basi akan ditimbulkan
    3) akan wujud drama-drama baru utk mnunjukkan bn main kotor (Xkan x knal anwar lg kottt)
    4) dan lain-lain lg semata-mata utk menyemai kebencian rkyat pada kerajaan…

    Jgn kita lupa pad Allah pencipta kita… Bila Dia berkata Kun Fayakun… Maka jadilah ia…..

  14. keris silau

    Salam buat UMNOgen3,

    berdasarkan nama, aku anggap kau ni pastinya golongan muda. namun sekiranya salah, maafkan aku. aku paham kekecewaan yg kau zahirkan, kerana aku sendiri kecewa pabila melihatkan keputusan PRU12 yg lepas. hampir semua negeri kaya dn maju jatuh ke tangan PR dan nasib Johor masih dipegang oleh BN. namun, aku lihat semua ini merupakan faktor yg disumbang oleh ketidak samarataan pembangunan yg dilakukan oleh kerajaan. pembangunan terlampau ditumpukan pada kawasan2 tertentu sahaja yg tanpa disedari meminggirkan bangsa melayu. tetapi jgn salah paham akan apa yg aku ingin sampaikan, bukanlah aku tidak bersyukur dgn pembangunan yg sedia ada. jika kita lihat, pembangunan yg terlalu pesat hanya dapat dilihat di kawasan2 bandar besar shj, seperti KL, PJ, Ipoh, JB, georghtown dll. kite sedia maklum, di kawasan ini majoritinya pasti didiami oleh bangsa bukan melayu. ini terjadi kerana, apabila sesuatu kawasan itu menjadi kawasan yg maju, kos sara hidup meningkat dan nilai hartanah juga meningkat. setiap penempatan yg dibina di kawasan2 ini pastinya kurang mampu dimiliki oelh majoriti org melayu yg rendah sosio ekonominya, hanya segelintir sahaja yg mampu. kesan daripada itu, org melayu hanya mampu memiliki rumah di kawsan yg kurang maju seperti di bukit beruntung, kajang, kuala selangor, dll. walaupun ade juga pembangunan, di kawsan2 terbabit, namun ianya tidak mampu menaikkan taraf sosio ekonomi org melayu amnya. dan jika dilihat, walaupun minoriti di kawasan2 tersebut adalah bukan melayu, tetapi sosio ekonomi mereka lebih tinggi berbanding org melayu.
    dan apabola berlaku masalah dlm pentadbiran kerajaan terutama dalam hal berkaitan ekonomi, golongan yg cukup terjejas adalah golongan yg di bandar2 besar. lantaran itu, mereka merasakan kerajaan tidak mengambil langkah yg baik dlm menangani masalah ekonomi negara sehinggakan menyempitkan kantong mereka, lalu mesej disampaikan dalam pru. jika dilihat, UMNO tidak kalah teruk dalam PRU lepas, sebaliknya kepercayaan bangsa bukan melayu di bandar2 besar sudah kurang kepada pentadbiran BN dan mengakibatkan sokongan kpd komponen BN yg lain seperti MCA dan MIC merosot dan beralih kpd parti lawan. ditambah dgn sokongan Melayu yg bukan UMNO, menyebabkan kemorosotan majoriti besar kpd BN. cuba kita lihat dari perspektif yg lebih luas, mengapa hal ini boleh berlaku. adekah teurk sangat ekonomi malaysia sebelum pru12 yg lepas? sebenarnya tidak, tetapi mereka menilai secara keseluruhan prestasi ekonomi negara sejak peralihan kuasa drpd TDM kpd Pak Lah. mereka2 ini merasakan Pak Lah tidak dapat memacu ekonomi negara seprti zaman TDM lantaran tiada pembangunan positif yg dibuat oleh PakLah yg menguntungkan mereka. rancangan pembangunan koridor idea Pak Lah juga dilihat tidak mampu meyakinkan golongan itu lantaran kelembapan dalam pelaksaan dan juga kekurangan dana. yg mereka musykilkan ialah, kemana perginya dana2 negara yg cukup byk semasa ditinggalkan oleh TDM tempohari? hinggakan TDM juga hilang kepercayaan kpd pengganti beliau itu. wang byk dihabiskan dlm bentuk pemberian pampasan dan menyelamatkan syarikat seprti perwaja steel dan juga kpd gerbang perdana. aku tertarik ketika isu pampasan kpd gerbang perdana ekoran pembatalan projek jambatan bengkok. pada masa itu, kerajaan hanya mengumukan sejumlah kecil shj pampasan diberi kpd gerbang perdana, tetapi dato’ shahrir samad (yg pada itu pengerusi PAC) memberi kenyataan bhw, nilai sebenar pampasan kpd gerbang perdana adalah lebih besar drpd yg diumumkan oleh kerajaan. inilah antara bibit2 kehilangan kepercayaan rakyat kpd pentadbiran Pak Lah. dan mengakibatkan kemarahan TDM dan juga sultan Johor (mungkin mereka2 ini ada keuntungan dlm pembinaan jambatan itu – wallahualam..).
    selain itu, kita juga sedia maklum bahawa taburan penduduk melayu adalah besar di kawasan kampung atau pedalaman berbanding bukan melayu di kawasan2 bandar semenjak belum merdeka lagi. atas sebab itu juga mereka2 ini telah mendominasi ekonomi negara dan juga sesuatu kawasan itu. bagi org melayu yg walaupun ramai telah berhijrah ke bandar2 besar ini, mereka masih lagi mendaftarkan pusat pemilihan meraka di kampung halaman mereka. justru, tidak hairanlah, majoriti di kawsan bandar2 besar ini masih dikuasai oleh bukan melayu walau hampir dapat diimbangi oleh org melayu.
    aku rase, cukup dulu cerita aku dalam menjawab kekecewaan UMNOgen3. sesungguhnya yg baik itu adalah drpd Allah swt, dan yg buruk itu adalah kekhilafan aku.
    wassalam…

  15. UMNOGen3

    Salam for Keris Silau…

    Good introduction and explanation…

    Dari apa yg dpt aku simpulkan dr cerita panjang lebar ko tu adalah KEPIMPINAN YG LEMAH. Kawasan kampung bila dimajukan akibatnya org melayu TERPAKSA dipinggirkan. Sebabnya MELAYU dan PEMIMPINnya yg lembab. Kita semua tahu MELAYU mmg dilahirkan lemah dan lembab, tp disinilah gunanya PEMIMPIN utk menyelamatkan MELAYU. MELAYU kan sentiasa ‘TAAT KEPADA PEMIMPIN’. Takde pekdahnya negara maju tp melayu dipinggirkan! Tgkla Brunei…low profile tp rakyat happy.

    Tu sbb aku nak jadi UMNO Generasi ke-3. UMNO generasi ke-2 terlalu lemah dan lembab! Aku lebih senang guna perkataan UNITED MALAYS kot tp bukan UMNO. Kita turunkan ‘atuk-atuk dan nenek2’ UMNO skrang… ganti dgn generasi muda. Klu atuk2 tu dok pegang jawatan lama2 sgt, bila masanya generasi muda cam aku nak jd pemimpin. Kejap2 sudahla.

    p/s : sorry la beb gua emo skit

  16. lawan tetap lawan,kalah atau menang jng di pertikaikan……. org lama…

  17. keris silau

    Salam UMNOGen3,

    hmm… melayu dilahirkan lemah dan lembab? kalau mcm tu, tak guna ada pemimpin melayu ramai2, sebabnya dah nama bangsa dia MELAYU, pastinya LEMAH dan LEMBAB. itu hanya terjadi jika semua setuju dgn kenyataan UMNOGen3 itu.
    pada aku pula, bukan ditakdirkan MELAYU itu dilahirkan LEMAH dan LEMBAB. semuanya bergantung kepada individu2 itu sendiri. tak kira bangsa apa sekalipun, pasti ada sebahagian yg berSIFAT sedemikian. hatta jika dikaji akan ayat2 Allah, sesungguhnya setiap kejadian itu sama sahaja, tiada ape yg berbeza dari segi kePANDAIan masing2. yg membezakan sesama insan ialah INSAN itu sendiri. kerana tidak akan Allah ubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan mereka sendiri yg berUBAH.
    hakikat yg aku yakini selama ini ialah lebih kepada SIKAP MELAYU itu sendiri. sebahagian besar MELAYU mepunyai sikap MALAS. sikap MALAS inilah yg akan menjadi faktor penentu kepada segala yg menjadi pemisah antara kaum atau individu.
    jika kita MALAS belajar, maka kita akan jadi BODOH.
    jika kita MALAS berusaha, maka kita tak akan mendapat sesuatu.
    jika kita MALAS beribadat, maka kita tak akan dapat dosa pahala.
    jika kita MALAS kerja, maka kita akan kurang punca pendatapatan.
    dan pastinya byk lagi jika kita MALAS…., kita …….

    pokok pangkalnya sikap MALAS itu mmg sedia ada dlm diri setiap INSAN. itulah antara ujian yg seringkali kita sebagai MANUSIA gagal utk melepasinya.

    mengapa kita lihat MELAYU di malaysia ni LEMAH dan LEMBAB? kerana kita MALAS. mengapa kita MALAS, kerana kita majoriti dan penduduk asal TANAH MELAYU ini. maka secara otomatiknya, kebanyakan MELAYU ini merasakan diri mereka sudah cukup selesa dgn ‘title’ itu. segalanya pasti kerajaan akan bagi dan diutamakan. hidup tanpa tekanan dan tidak perlu bersaing dgn bangsa lain dgn gigih, cukup sekadar BIASA2 saje. itulah mentaliti yg telah ditanam sejak sekian lama dalam diri MELAYU. dan kerana itulah MELAYU masih di situ, tidak ke mana2. hanya segelintir yg berjaya mengeluarkan diri dari ‘comfort zone’ itu, yg dilihat berjaya menyaingi bangsa lain. mereka2 ini tidak MALAS dalam perbuatan mereka. walau adakala keputusan tidak menyebelahi mereka, tetapi mereka tidak MALAS utk lebih gigih dan berusaha menyiapkan diri utk bersaing. dan pastinya, mereka2 ini tidak terlalu bergantung akan quota2 yg telah disediakan utk MELAYU.
    jika sikap ini berterusan dalam jati diri MELAYU, pastinya MELAYU tak kan kemana, dan mungkin akan dipintas oleh kaum yg sebelum ini di bawah MELAYU.
    ditambah dgn krisis kepimpinan yg kurang efisien dan matang, akan mengakibatkan MELAYU lebih terjerumus ke paras yg amat membimbangkan.
    janganlah terlalu memikirkan kenapa MELAYU lebih ramai di penjara2, di belakang2 lorong gelap, di pusat2 pemulihan, di hotel2 murah. kerana kita TUAN kepada TANAH MELAYU ini dan kitalah bangsa majoriti di TANAH MELAYU ini, pastinya MELAYU lah yg paling ramai di mana2 sahaja. kalau di negara china, pastinya bangsa cina yg ramai majoritinya di tempat2 yg dinyatakan tadi. begitu juga di India atau mana2 negara kepunyaan sesuatu bangsa itu.
    apa yg penting, mampukah bangsa MELAYU ini menghadapi cabaran dalaman (krisis jati diri) sendiri sebelum menongkah arus globalisasi?
    jawapannya ada dalam diri setiap MELAYU itu sendiri, dan bukan pada pemimpin mereka. jika dilihat senario MELAYU di sini, memang sukar utk menjadi gah seperti bangsa2 lain. masakan tidak, MELAYU itu sendiri telah dipecahkan kepada 3 golongan dan mereka2 ini saling bertelagah dalam memperjuangkan pendapat masing2. tuduh menuduh, fitnah menfitnah, caci mencaci, sudah menjadi mainan mereka2 ini. inilah krisis dalaman yg aku maksudkan, yg tampak tiada penghujungnya. sampai bila pun aku tak pasti. namun, harapan tetap ada utk MELAYU tidak menjadi semakin LAYU. selagi nyawa di kandung badan, selagi itu harapan tetap ada. hanya dapatkah MELAYU itu sedar dan bangkit dan tidak menjadi MALAS? pasti ada suatu masa nanti, Insya Allah.

    wassalam….

  18. penangkia

    Dear Keris Silau,
    The unfortunate Malay in this country left far behind because of the policy ran by the UMNO government, and some of the Malays such as Abg Tuah and KuntaKinte rather look Malay standard as same as Red Indian in America, aborigines in Australia and Maori in New Zealand.Those ethnics are all protected by their government policies. The presence divisions Umno leaders are contractors the most.They only concern about their projects, and seems that they put aside their concern about Malays in this country.Go on Keris Silau….

  19. AbangTuah

    Hei Penangkia..

    Are you jocking…I never consider any malays as aborigines or anything as what you claimed. I only consider a few person like you and equivalent are so naive and
    dumb as mule to know which is truth talk which is gimmick talk leaders.

    Yes I agree with you..the goverment is a contractor..to generate enough income for this country to feed your beastly mouth…ass-hole.

  20. hello hello

    dear penangkia,

    melayu ni tak boleh disamakan dgn aborigines di Australia ataupon Maori di NZ kerana Melayu di Malaysia ialah 60%..maknanya Malayu majority. aborigines and maori ni mmg betul2 minority sbb tu dorng di’protect’ oleh government. Melayu kite ni nk diprotect jugak oleh kerajaan..bukan sbb dorng minority…tapi sbb diorng rasa itu hak ketuanan melayu dorng…which UMNO claims to preserve it. Masalahnya, hak SEMUA org pon UMNO dah nafikan…bukan setakat cina dan india..teruk betul la UMNO ni..sgt tak sedar diri. nk kaya sorng2…ish ish

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s