Dr Asri Bertanding di Permatang Pauh

Penulis menerima maklumat tidak rasmi yang mengatakan bahawa Mufti Perlis akan bertanding di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan beliau akan mewakili parti mana pada pilihanraya ini. Pertembungan 3 penjuru akan berlaku pada pilihanraya ini di mana DSAI(PKR) akan bertanding bersama-sama dengan calon dari BN dan AKIM.

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

23 responses to “Dr Asri Bertanding di Permatang Pauh

  1. AbangTuah

    Hmmm..

    Orang agama, sekira lebih ramai diserap masuk UMNO maka lagi cepatlah tercapainya usaha kearah Daulah Islamiah di Malaysia.

    Kawan harap beliau akan bersama UMNO dan BN.

  2. ASSSALAMUAIKUM SEMUA!

    TEMAN RASA SENANG JER… SESIAPA PUN BOLEH …MUFTI PERLIS KER TAU PERSAORANGAN KALAU TEMAN SEBAGAI PENGUNDI ..TEMAN GARENTI TAK KAN BAGI KAT KAK PONGGONG TU.. NABI TAK MENGAKU UMAT……

    HIDUP PERJUANG BANGSA YANG BUKAN KAKI JUBURAN

  3. keris silau

    salam semua,

    tuah, ade baiknya permikiran kau tu. memang bagus kalo ramai golongan celik agama join UMNO. tapi, aku takut golongan2 itu telah menjadi hampir sekuler. aku takde niat nak menuduh, cuma lihat je lah beberapa contoh yg dah ade dalam UMNO. mula2 sekali ust pirdaus tu, asalnya imam besar masjid negara, tutur katanya lemah lembut, sopan dan penuh nasihat. namun setelah masuk UMNO, tutur bicara mula berubah. nasihat diganti dgn amarah. adekala hampir sahaja beliau membuat tuduhan yg jarang sekali kita dgr sewaktu beliau menjadi imam dahulu. kemudian datang pula ustazah masyitah, sesiapa yg melihat penampilan terkini ustazah itu, pastinya terkejut. boleh kata perubahan yg besar dan hampir menyamai artis wanita popular. bicara agama juga didengar semakin sekuler apabila byk perkara yg seperti dibenarkan walau hakikatnya tidak. mengapakah perkara ini berlaku? sememangnya golongan cerdik agama perlu ada dalam UMNO mahupun BN, namun janganlah kiranya segalanya berubah tatkala menjadi ahli kerajaan. contohlah ulama silam, sanggup dipenjara, sanggup tolak jawatan kerana tak nak bersekongkol dgn pemerintahan yg zalim dan tidak menerapkan nilai2 keislaman. bukan niat aku nak kata kerajaan sekarang ni zalim atau tiada nilai2 Islam, cuma sekadar memberi contoh.
    buat sekupangduas, terlalu cepat kau menghukum org yg kena tuduh. perbicaraan belum lagi dijalankan dan keputusan belum dibuat. janganlah kau mengatakan seseorang itu kaki bontot sekiranya mahkamah kerajaan pilihan kau belum buat keputusan lagi. tak perlulah aku ingatkan dosa yg menunggu bagi mereka yg mengatakan sesuatu yg buruk kpd seseorang tanpa bukti. kita dah besar panjang…
    wassalam….

  4. AbangTuah

    Salam..

    Keris silau…kalau ulama masuk UMNO banyak kebaikannya..depa ni bolehlah memperbaiki lagi agama dalam Kerajaan yang dah sedia baik tu. Saudara..kerajaan ni tak dapat juga nak ditafsirkan sekular sepenuhnya kerana telah cuba melakukan apa yang terdaya…mengikut keupayaannya dan kemampuannya untuk melaksanakan pemerintahan berlandaskan islam. Kalau kerajaan ni semacam kerajaan Turki, itu baru sekular betul.

  5. kuntakinte

    Salam, sedara keris silau untuk hiasan, macam mana pulak dengan orang ugama dalam PAS yang berceramah bersembor2 air liur tu tuduh sana tuduh sini, mengata sana mengata sini, jerit sana jerit sini, macam mana pulak dengan ustazah PAS jadi WR di Selangor mengatakan bela babi tak apa kita hanya jangan makan daging babi, sentuh takapa boleh samak.

    masalah nya terlalu jumud kepala hotak, ramai ustaz dan ustazah yang menyokong kerajaan di trade mark dengan kata macam2 sebab mereka menyokong kerajaan, sebab yang suka bangkitkan isu tersebut puak2 PAS je manusia lain tak bangkit pun isu ini. sebab mereka nak monopoli institusi keagamaan mesti PAS. itu aje…

  6. BakaL PM

    Apa la keris silau ni…. Org UMNO ajak PAS berdamai x nak… Nak jgk kwn dgn Kafir yang terang2 anti islam… Pastu ajak tokoh agama join UMNO pun keris silau bantah…. ntahla… Lebih elok rasanya kalau melayu bersatu dari melayu berpecah dan menihak kpd kafir…. yang saya tahu Ulama itu adalah perwaris nabi tp sikap PAS yang terang2 menolak tawaran kerjasama UMNO itu tidak langsung menunjuk kan sifat perwaris yang dikatakan itu…. Nabi pun boleh maaf kan umat ini kan pulak ulamak PAS yang terang2 menyimpan dendam yang tiada kesudahan….

  7. keris silau

    Salam AbangTuah, Kuntakinte dan Bakal PM,

    maaf sekiranya kenyataan aku kat atas salah pada pandangan saudara semua.
    seperti yg aku cakap, “tuah, ade baiknya permikiran kau tu. memang bagus kalo ramai golongan celik agama join UMNO. ” aku mmg sokong sbb perkara ni ada kebaikan, cuma “tapi, aku takut golongan2 itu telah menjadi hampir sekuler.” melahirkan rasa khuatir/risau dgn perkembangan semasa contoh2 yg aku berikan di atas. tidak juga aku menyamakan Malaysia dgn Turki, kerana sememangnya TUrki semasa zaman Mustapha Kamal Al-tartuk, ketara sungguh sekulernya. hinggakan Azan telah dialihkan ke bahasa turki drpd bhs Arab. sekali lagi, cuba pahamkan ape yg aku cuba sampaikan, “perubahan sikap golongan cerdik ulama selepas memasuki BN”.
    aku sedari dulu memang tidak menyukai tingkah penceramah PAS, bagaikan mereka lebih memahami Islam itu drpd kite semua. atas dasar itu juga antara penyumbang aku menjadi golongan OAP. perihal babi, aku cube kupas seneutral yg boleh. adakah, termaktub di dalam mana2 kitab yg menghalang kita drpd meminggirkan khinzir itu? kerana ada khinzir itulah, kaum nabi Nuh alaihissalam dpt dihindari dari segala penyakit semasa di dalam bahtera baginda. setiap sesuatu itu ade pro and kontra. bukan la aku menyukai khinzir itu kerana ia jelas hidupan yg haram bg umat Islam. namun jgn dipinggirkan ia kerana ia tetap makhluk tuhan. dlm hal penternakan khinzir ini, kita teliti lah perancangan yg cube dibuat. sekiranya ianya memberi impak buruk kpd msyk Islam, sama2 lah kite menegahnya.
    bakal PM, aku bukan menolak cadangan PAS + UMNO, seperti aku dah terangkan kat atas. dan jika berbicara pasal hubungan PAS dan DAP, jgn lah kita lupa akan hubungan UMNO dan MCA dan MIC. mereka itu juga kafir jualah. adekah mereka tidak memusihi Islam? bukan tugas kita hendak menghukum? kerana pengetahuan kita amat terbatas.
    apapun maaf sekali lagi jika ada penulisan aku yg kurang disenangi oleh saudara2. sesungguhnya byk lagi yg perlu aku pelajari dan daripada saudara2 lah aku dapat peluang ini.
    wassalam…

  8. insan

    salam keris silau..

    aku setuju dgn pendapat kau…pasal MCA,dan MIC..DAP tak kira siapa pon..asalkan die tak beragama islam pasti memusihi islam.jadi kita yang islam kene berhati2.

    pasal ustaz-ustazah yang dah masuk umno pon satu cerita juga..dulu pakaian labuh samapi bwh dada sekarang makin nak tunjuk dada..

    ape pon aku setuju sgt laa dengan kamu wahai keris silau..pandangan abg tuah pasal lebih ramai org agama masuk umno pon bagus..tapi pastikan mereka ni memimpin bukan nya dipimpin..

    kuntakaki..biar makamah jalankan siasatan..masih takdak buki nak katakan DSAI tu meliwat..kalau aku tuduh hang liwat saiful cam mane..hang mesti tak ngakukan..hang kata takdak bukti..jadi biar Polis yang bersih dan amanah tu jalankan siasatan..liwat ni nabi tak ngaku umat..fitnah ni dosa die same macam bunuh 1000umat islam..(kalau tak silap aku laa)

    apepon gudlak kepada parti2 yang bertanding..umno buktikan kepada rakyat siapa anwar dan anwar sebaliknya…

  9. PUTERA UMNO 90

    DR Asri ada pengaruh yang besar dalam politik walaupun dia seorang mufti….dia akan bagi saingan yg kuat kat anwar…..untuk golongan2 pro gay ..bersedia!

  10. Salam,

    Dr.Asri orangnya berani tapi Mamak cuak sikit dalam arena politik!.Walau pun Dalam Islam politik tidak boleh dipisahkan dari agama tapi kita perlu memahami keadaan politik tanah air dan juga politik global.Kadangkala sebagai ahli parlimen dan ahli undangan negeri ini berbedza tugasnya.Ahli Parlimen perlu memahami dasar negara dan perlu utamakan dasar Negara dari sudut politik.Cuma kita perlukan seorang pemikir politik Islam yang unggul didalan dan diluar negara.Masanya sudah tiba untuk BN meletakan orang yang berpendidikan Agama ini kepada potfolio yang bukan saja jabatan agama tapi pada kementerian yang selalunya mengendalikan Dasar negara.Dengan ini realisasilah negara Islam yang sebenar akan wujud!.Alhamdulillah.

    Dr.Asri ini pernah mengeluarkan Fatwa ISA yang diamalkan oleh kerajaan adalah Haram.Ini perkara menyentuh Dasar Negara!.Kemungkinan PM tengah fikirkan nak mansuhkan ISA?..tapi apakah penggantinya akan setuju!.Allahualam.

    Dalam pilihanraya Kecil seperti ini Isu calon tak penting lagi kerana calon pembangkang sudah dikenali disini.Cuma UMNO kena fikir kenapa Penduduk Permatang Pauh perlu undi Kerajaan?.Apa yang tersirat dalam hati kebanyakan penduduk disini!.Bagaimana cara untuk memikat hati mereka beraleh kepada UMNO!.janji pihanraya sudah lapuk!.bangunan dan Jalanraya tak perlukan lagi bagi mereka!.Apa yang yang mereka perlukan!.Tak perlu mesjid kristal!.Selami jiwa mereka!.Baca hati mereka!.Berbicara dengan hati mereka!.Ini adalah tugas Pak Lah…cuma Pak Lah yang ada kualiti ini!.Pak Lah kena turun padang..untuk peperangan terakhir ini!.Mamak bukan kecilkan potensi orang lain tapi adakalanya pemimpin besar turun dan cara peribadi menyelesaikan masalah rakyat lebih dipandang mulia!.Seperti raja-raja dulu…selalu keluar menyamar mendengar rungutan rakyat tentang kepincangan pemerintahan negaranya!.Apabila pemimpin dikasihi rakyat..orang buta kita letak sebagai calon pun boleh menang!.Kerana medan tempuran di Permatang Pauh adalah pertempuran yang hidup mati bagi DSAI.Beliau yang dalam tekanan.UMNO dan BN tak perlu merasai tekanan ini.Tak perlu keliru..tenang dalam misi!.”Don’t work hard,Work smart”.Bergabung dengan pengalisa- pengalisa politik yang handal dan pandai cakap kat TV itu dan suruh mereka membuat strategi dan analisa faktor-faktor…jangan carcah merbah….terutama golongan muda…menyampah nanti penduduk sini!.Wassalam.

  11. hampeh

    Kenapa perlu nya Dr Asri utk diletakkan melawan Anwar di permatang pauh. Apakah disebabkan Dr Asri ni seorang mufti yg mmg kita tau pasti mmg tinggi ilmu agama nyer. Dari tindakan ini kita tau pihak umno telah secara sedar atau pun tidak sedar mengiktiraf ketinggian peribadi dan agamanya Anwar sehingga terpaksa cuba meletakkan seorang mufti utk mengimbangi Anwar….seorang manusia yg dituduh rendah moral dan akhlaknya.
    Tapi kesian sekali lagi pada umno Dr. asri menolak pelawaan mereka itu. Kalau dah takder sgt calon yg setaraf…boikot jer pilihanraya tu.

  12. Yang pasti tajuk kat atas itu termasuk dalam senarai “bohong” . Kenapa ana cakap begitu? Klik kat sini

    http://nmjnh.wordpress.com/2008/08/06/isu-calon-permatang-pauh-siapa-bohong-asri-atau-pak-lah/

    Tak kisah siapa yang akan bertanding, yang pasti, lawannya nanti ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim

  13. AbangTuah

    Salam…

    Hampeh..lama tak nampak…semangat naik balik ke lepas kena puji dengan atasinchi…baik dia kan.

    Hampeh begini…baik lawannya buruk, Alim lawannya jahil..bukan nak imbangi tapi nak benamkan terus yang jahat…kahkahkah

  14. hampeh

    tuah….
    sejak dua menjak ni aku nampak selalu kau gelak dalam komen kau….aku rasa kau ni gelak pada diri sendiri yang buta pada kenyataan. Ok camni lah….diambil dari kata2 acronym kau…aku buat kesimpulan bahawa yang buruk dari pihak kau…yang baik dari pihak kami…yang jahil dari pihak kau dan yang alim dari pihak kami….setuju.

  15. AbangTuah

    Salam..hampeh

    Hampeh…awak ni sekarang dah kurang rational dan berfakta..awak jangan malukan atasinchi…Dulu awak memang hebat..kawan pun kecut juga, tapi sekarang kurang mampu berhujah dengan baik dan jitu…kawan boleh kunyah mentah-mentah…

    Kita hidup ni kena merendah sikit (sikit aje)…kawan sejak atasinchi bagi pandangan kawan dah berubah banyak..walau pun ikanmas selalu suruh kawan brutal dan ganas.

    Nii demi menjaga nama baik atasinchi..berhujahlah dengan elok ya..jangan masuk bakul angkat sendiri sudahlah beb..jadi seumpama keris kilau, aku dan Insan…hebat.

    Hai entah apa-apalah puak pembangkang ni..dah tewas teruk kat weblog ni..macam-macam perangai..ada yang menyamar, ada yang nak jadi hantu, ada yang jadi klon….tapi pada pandangan kawan itu membuktikan kata-kata kawan betul….dah tak ada arah…hekhekhek….

  16. kuntakinte

    Salam, abangtuah lupa yang nak jagi gangter pun ada, amacam sedara natural aku dah ada dua sekarang, berani kau nak lawan aku, sekali kau cabar aku 3 mari, 4 mari kah..kah.. ngetor aku.

  17. atasinchi

    Assalamualaikum,

    sepuluh jari dipohon kerna kesuntukan masa yg amat terhad dlm meluangkan masa dlm blog ini, walau hakikatnya kita sama2 ada 24 jam sehari, namun itulah MANUSIA, ada sahaja urusan yg kadangkala perlu dan kadangkala tidak perlu dan pastinya setiap kita ada masalah sendiri. dalam hal teman, terlalu byk urusan kerja yg perlu teman bereskan. hanya sempat menjeling-jeling sesaat dua ke blog ini bagi melepas rindu. namun tiada upaya utk sama2 interaksi lantaran tuntutan yg wajib perlu dilaksanakan.
    AbangTuah, terima kasih kerana masih mengingati teman. ingatkan ketiadaan teman ini tidak mengundang rasa ingatan drpd sesiapa, tetapi alhamdulillah teman ada sahabat yg baik seperti AbangTuah. walau mungkin KURANG sefahaman, namun jika kena gayanya tiada masalah menjadi shabat baik.
    perihal tentang hampeh, mungkin ada sesuatu yg mempengaruhi pemikran dia hingga dia terlari dari menjadi orang yg kita kenali. namun, janganlah kiranya kita keruhkan keadaan, ada baik kiranya, kikta cuba kembalikan identiti hampeh seperti yg kita kenali. knp perlunya begitu? kerana jika hampeh mampu kembali berhujah dgn ilmunya, kita juga yg dapat untung. seumpama kita menuntut ilmu, dan menuntut ilmu itu fardhu ain kpd org Islam dan pahala jua balasannya. buat AbangTuah, cuba lebih bersabar walaupun teman lihat AbangTuah semakin matang dan berhemah, teruskan. sekali dua terLARI itu biasalah, cuma jgn terBIASA. hehe…
    buat hampeh, inikah hampeh yg aku kenali? atau pelanduk 2 serupakah? bicara mu sedikit menggusarkan, kerana terbit keriakan yg tak sepatutnya. bukanlah nk kata teman ni baik sangat utk mengatakan akan org lain, namun teman hanya niat utk menyampaikan, memesankan agar teman dan juga rakan2 tidak keluar dari batas2 Islam.
    bagi teman, bagus juga AbangTuah sering tertawa, sekurang-kurangnya, dpt meredakan amarah yg mungkin terbit dari penulisan rakan2 lain. apa pun, teman harap, kita sama2 dapat MUQABALAH secara ilmiah di sini agar, kebaikannya nanti kita juga yg dapat. insya Allah.

    wassalam….

  18. atasinchi

    Salam buat AbangTuah,

    Sebelum teman terlupa, seperkara lagi buatlah sesuatu demi Allah, Rasulullah dan diri sendiri. janganlah berdemikan teman atau org lain. apa yg sudah teman sampaikan sebelum ini ikhlas buat rakan2 kerana Allah swt. bukan niat teman nk mempersendakan AbangTuah, cuma ingatan tulus ikhlas kpd sahabat yg baik. agar kita sama2 mendapat faedah daripadanya, insya Allah.

    wassalam.

    p/s: merujuk kpd pesanan AbangTuah kpd hampeh, “Nii demi menjaga nama baik atasinchi..”

  19. AbangTuah

    Salam atasinchi..

    Terima kasih kerana membetulkan kesilapan.Kadang-kadang nak cepat sangat ketika online…nak jimat letriklah katakan sampai lupa nak semak semula penulisan.

  20. Pingback: P 44 Permatang Pauh The Center Of A Growing Attention Of National And International Viewers « A Total Blog

  21. antiUMNO

    mmm… geng pembangkang kalah kat web? rasanya banyak blog2 pro UMNO tak jawab pun…

    sudah lah, bukan PAS tak mau berkawan ngan UMNO.. tapi bau UMNO tu hanyir… nak dekat pun dah rasa nak muntah…

    dekat 10 surat ajak muzakarah sebelum PRU12, haram UMNO tak peduli pun, ntah2 masuk tong sampah terus… dah hilang majoriti 2/3 baru nak terhegeh2…

    pastu buat kenyataan PAS dah muzakarah ngan UMNO.. buat PKR dan DAP bengang… sedangkan, orang UMNO ajak, PAS pergi pun dengan penuh waspada….

    dah tak pasal2 ahli PAS pun keliru, tapi bagus jugak, bagi panas Muktamar kat Ipoh aritu….

    kalau rasa2 nak kawan ngan PAS, kena belajar ikhlaskan hati…. jangan kejar projek, pasir, dsb jer… errr.. korang tak nak kejar projek landskap ker…?

  22. naktahu

    salam best gak laman ni.

  23. AbangTuah

    antiUmno,

    Pergi dah, bau PAIH bukan lagi hayir, tapi dah HANCING, kuat kencing. Apa yang PAIH tak kencing, manifesto dulu pun tak tertunai. Kalau dah parti kurap, kurap juga, usah nak berselindung di balik agama usah temberang lagi.

    Nak sangat perintah Kedah, Perak orang dah bagi perintah, tapi kebaikan apa yang kau orang dah bawa, tak ada apa-apa pun, lebih menjahanamkan adalah. Lagi-lagi mata Lebai pelahap kau orang nampak, BALAK-BALAK-BALAK-BALAK-BALAK…deiii pundek pirahhhhh..khroughh Phuiii.

    Apamacam..wa ingat nak rehat bulan puasa ni, tapi untuk memerangi tentera Dajal musuh agama, bangsa dan negara, ni terpaksa juga luangkan masa sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s