Dulu MP Sendiri Dikasari..kini Wartawan Jadi Mangsa

dari malaysiakini

PKR sedang menyiasat insiden kekasaran terhadap seorang jurugambar wanita, dilaporkan dilakukan oleh penyokong parti itu, selepas majlis ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

“Siasatan terhadap insiden tersebut telah dan sedangpun berjalan,”  satu kenyataan pejabat Anwar hari ini dipetik.

“PKR sentiasa memandang tinggi dan menghargai usaha pihak media untuk melaporkan sebarang program anjuran kami.

“Kami juga akan memastikan sedaya upaya tiada lagi insiden yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.”

Loh Hoay Hoon, jurugambar harian Guang Ming Daily dilaporkan diserang oleh sekumpulan lelaki selepas ceramah Anwar di Seberang Jaya, Pulau Pinang hujung minggu lalu  bagi mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Beliau didakwa dicekik, dipukul di bahagian kepala dan ditendang.

Sementara itu, Persatuan Wartawan Foto Cina Malaysia (MCPA) bercadang memulaukan semua program PKR sebagai membantah tindakan petugas parti itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, satu-satunya wartawan foto di negara ini berkata insiden terbaru itu menunjukkan PKR gagal mengawal petugas-petugasnya walaupun aduan kekasaran terhadap pekerja media pernah dibuat sebelum ini.

MCPA pernah mengadu secara rasmi kepada parti itu sewaktu petugas angkata muda PKR menghalang tugas media sewaktu kekecohan dalam konsert sebuah kumpulan punk rock sempena perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di stadium Kelana Jaya awal bulan lepas.

Dalam laporan polis Loh (foto kiri), beliau mendakwa diserang sekumpulan lelaki yang mengekorinya di satu kawasan letak kenderaan selepas ceramah tersebut.

“Selepas MCPA dimaklumkan tentang kejadian tersebut, satu aduan telah dibuat kepada biro penerangan PKR tetapi, setakat ini, tiada jawapan,” kata MCPA dalam kenyataannya itu.

Persatuan itu juga menyeru polis agar sentiasa mengawasi pada masa akan datang dan segera menahan suspek yang terlibat dalam kejadian seumpama itu.

nota: adakah insiden kali ini sama seperti insiden yang menimpa YB Kelana Jaya yang dikenali sebagai insider ‘anak-anak muda’ oleh Khalid Ibrahim

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Dulu MP Sendiri Dikasari..kini Wartawan Jadi Mangsa

  1. keris silau

    Salam semua,

    inilah masalahnya bila keFANATIKan yg melampau hingga menjadikan yg tak berdosa mangsa keadaan. inikah kebebasan yg diperjuangkan oleh PKR hingga sanggup mencederakan wartawan? kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

  2. BakaL PM

    Penyokong pembangkang biasala…. Ibarat pemimpin rakus diranjang pengikut lg la rakus x kira tempat & mangsa…. Risau aku bsk2 kena balun dari blakang….

  3. pemerhati

    salam…

    biasalah keris silau.. politik malaysiakan kotor, suka sgt provokasi lepas ini kita tgklah apalagi akn berlaku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s