Laporan BPR Terhadap Pak Lah

sumber harakahdaily

Veteran Umno, Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato’ Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik “of the highest order”.

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik “of the highest order,” walau apa pun alasan yang diberi.

“Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga,” katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

“Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

“Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno,” katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Laporan BPR Terhadap Pak Lah

  1. keris silau

    salam semua,

    hmm… sekiranya petikan itu benar, aku takut semakin berpecah belah ahli dalam UMNO. namun, itukan daripada harakah. tgu je lah samada benar atau tidak laporan daripada lidh rasmi pasti Islam Malaysia.
    namun ade baiknya, perkara itu disiasat dgn telus tanpa mengire kedudukan jika benar seperti didakwa.

  2. kuntakinte

    Salam, sedara keris silau untuk hiasan, bukti UMNO demokrasi dan bukan ampu mengampu seperti di kutuk2 dik puak2 haluan kiri selama ini, sesiapa saja ahli UMNO boleh membuat laporan kepada polis ke BPR ke…..

    nasihat kepada puak2 haluan kiri lepas ini jangan nak tuduh2 orang UMNO kaki pengampu, kaki jerk, ikut kata pemimpin faham……….

  3. AbangTuah

    Salam bro keris silau..

    Kawan tak kisah siapa aje pemimpin UMNO asalkan yang memerintah negara ini BN. Memang dah jadi tradisi..yang korup mesti dicantas untuk memberikan laluan kepada yang lebih bersih dan segar…ingat bro…UMNO yang menjadi tunjang kekuatan melayu perlu dipertahankan walau apa pun terjadi…walau sebusuk mana mereka menuduh..ingat musuh tetap menunggu peluang kena ingat tu bro…ini nasihat yang jujur….

  4. BakaL PM

    apa pun yang dapat dilihat kat sini masa Pak Lah jd PM pembangkang dan segelintir rakyat mendesak beliau berundur…. Selepas menerima kritikan dan desakan yang kuat beliau bersedia berundur dan menyerahkan kepada Najib…. Namun kesudian Pak Lah berundur tetap dikritik memandangkan beliau telah menetapkan penggantinya…. Jd kesimpulan nya segala yang Pak Lah buat skarang sama ada baik atau tidak tetap akan dipersoalkan…. Lebih baik buat apa yang Pak Lah nak jer sebab kalau dgr cakap org semua mesti x betul… ikut salah x ikut lg la salah…. Ntahla….

  5. keris silau

    salam buat semua,

    itulah yg amat diperlukan. keterbukaan dalam parti. aku harap isu ini akan mampu menyatukan semua ahli UMNO dan memberi menafaat dlm memperjuangkan agama dan bangsa kita.
    AbangTuah, nasihat bro akan kekal dlm ingatan aku.
    terima kasih….

  6. AbangTuah

    Salam…

    Kawan sebenarnya suka kalau Pak Lah jadi garang sikit…tapi baru2 ni kawan seronok tengok beliau bantai LGE berkaitan tuntutan ganti rugi..tapi tak rugi. Kalau Pak Lah teruskan cara macam ni…lagi bagus..buat stail Tun..tegas..Peduli apa dengan orang..buat baik pun salah buat tak baik lagi salah…hantam saja…

  7. tubir

    Pak lah kena garang dan keras kepala sikit ,macam TDM dulu dulu. barulah orang takut parti komponen takut ,tak lah main sedap cakap aja .Sekarang ni kalau kita tengok menteri cakap lain ,pak lah cakap lain , TPM cakap lain .Kalau dulu menteri pun takut nak keluar kenyataan .kena hati hati .Walaupun dulu kita lihat hanya Tun saja yang banyak cakap tapi dia tau apa yang dia buat .Malaysia ok parti pembangkang hampir pupus macam harimau belang .Tapi segalanya berubah bila paklah ambil alih kuasa beliau banyak berdiam diri ,Macam tak ada ja .
    beliau kena agerasif hentam pembangkang jangan sampai dia orang bangun ,kalau pembangkang dah bangun susah nak kawal macam sekarang ni .
    orang sekarang ni suka dengar pembangkang bercakap walaupun apa yang dicakap tu hanya cakap bohong dan tak munasabah. Dia orang banyak masa terluang ,nak dengar wakil rayat BN berucap atau nak beri ceramah jangan haraplah ,nak datang jenguk kawasan pun payah .sampai ada yang kebulur tak makan ,rumah hampir menyembah bumi pun wakil rayat tak ambil tau . Sekarang ni lihat lah apa dah jadi bila rayaat marah ,Jangan lupa pensil untuk memangkah ada pada rayaat.
    Pru12 bukan kayu pengukur pada sokongan pada parti pembangkang .Itu undi rayaat marah kat wakil rayaat. tunggulah Pru 13 nanti kemana perginya pati pembangkang .Tapi ini semua bergantung sejauh mana BN dan wakil rayaatnya boleh berubah .Sokongan dan dokongan rayaat masih ada dan kuat .
    Apa yang perlu sekarang ni Pak lah dan najib kena garang garang garang .Muhyidin yasin pun kena garang macam dato on keras kepala sikit .Mana yang degil tu sumbat kan aja dalam ISA atau tembak ja kasi mati ,habis cerita .
    Kita sebagai rayaat biasa orang melayu berasa malu bila melihat dan mendengar ucapan saudara DSI kami meluat ,benci ,menyampah .Sekiranya jadi kenyataan apa yang di war warkan oleh PR mengenaai kebenit bayangan tu saya rasa ramai orang melayu akan menunggu disimpang atau tepi jalan ………dengan ……………….untuk memestikan yang baru dilantk tu tersungkur rebah ………….
    Kalau tak caya buat lah …………….orang sekarang ni pendek akal nya …………………….tapi panjang ushanya …………………

  8. pemudaGOMBAK@ceri

    Dah terlambat.. ini soal kulit.. dah kulit pak lah tu mcm tu, lembut je.. tp rupanya jadi lain. Tun Det elok2 nak pencen.. dh kena keja lg teruk dr jd PM tuhari. tapi.. reason nk dakwa Pak Lah di BPR ni pun, mcm tak cukup kukuh aje.. mcm tergopoh2 aje.. ada la tu dalang kat belakang tu.. sudahnya, imej Melayu makin merudum.. elok buat survey ‘imej ketuanan Melayu’ plak.. agaknya baru depa2 ni nak sedaq.. Hmmm…

  9. keris silau

    Assalamualaikum Rakan2,

    sekadar pendapat,

    1- tak perlu PakLah garang seperti TDM kerana Pak Lah dan TDM ialah insan yg berbeza.

    2- Pak Lah kena lebih ADIL. dalam maksud yg sebenar, “meletakkan sesuatu itu ditempat yg seepatutnya.” sbg contoh, kalo ambil kira konteks ketegasan, perlu letakkan ketegasan dlm permasalahan rakyat, dalam hal tuntutan bangsa lain, dalam hal memantapkan ekonomi melayu dan bumi, isu berkaitan permintaan kakitangan kerajaan.

    3- jangan biarkan keluarga turut sama berpolitik selagi Pak Lah mengetuai UMNO, sepertimana yg dilakukan oleh PKR dan DAP.

    wassalam

  10. southernwheel

    hebat sangat ker Paklah korang tuh? huhuhu… poyo sungguh di mata aku nih…

  11. AbangTuah

    Salam..

    Pada pandangan aku pemimpin pembangkang seekor pun tak boleh pakai..khouhhh..phuiii

  12. assalamualaikum , pandangan aku kalau betullah ada yg report berkenaan salah guna kuasa pak lah dan najib , ia seperti anjing menyalak bukit ,media akan siarkan sekali , kemudian akan hilang dan terus tutup dan tidak kedengaran lagi perkara itu ,begitulah ketegasan dan keadilan dan kezuhudan pak lah dan najib menangai masaalah yg dihadapi , tidak bagi orang bawahan akan disoal siasat serapi-rapinya sehingga terberak ,terkencing ,lagi-lagi lah kalau berlainan team dan ada potensi untuk mara . perkara itu kata Tun ..adalah satu bentuk kezaliman .. aku tak tahu apa lagi nak dibuat untuk memperbaiki umno .. tunggu lah sehingga pak lah pencen nanti ada tak lagi hormatkan dia lagi ..kita lihatlah nanti seperti nasib Tun.. kalau tun walaupun sudah diluar umno karismanya masih ada lagi … tetapi kalau pak lah aku rasa tak ada lah ..semasa pengang jawatan pun ramai yg desak turun …

  13. shah

    Pendapat aku, UMNO kena bersihkan parti daripada pemimpin rasuah. Rakyat sekarang tahu selama ini orang2 UMNO banyak ambil kesempatan dari DEB dengan memperkayakan diri dan kroni-kroni masing-masing (perkara yang tak boleh dinafikan).

    Kalau PR memerintah pun takde masalah. Sudah 50 tahun UMNO/BN memerintah tapi aku tengok UMNO/BN ambil kesempatan dan tidak amanah dengan kepercayaan yang diberi oleh rakyat.

    Tengok satu masa dulu UMNO/BN pernah keluar cadangan untuk menswastakan hospital kerajaan. Kalau LLN & Telekom nak swasta rakyat masih boleh terima. Jika UMNO nak diterima kembali oleh rakyat, ubahlah perangai tu.

  14. Bakal PM

    Shah… elok nasihat tu… Tp jgn la hipokrit… Nasihatkan dua2 skali… BN dan PR… Bukannya rasuah dalam BN jer… kat PR pun berlambak juga rasuah… x tgk isu2 semasa ker??? berapa ramai yg dari PR terlibat rasuah baik dari segi wang mahupun seks??? Salahlaku moral pun berlambak… Jd kalau nak nasihat eloklah nasihat kedua2nya skali…. Sekian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s