Rating Pak Lah Turun Di Paras Terendah

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre, populariti Pak Lah turun ke paras bawah 50% sejak tahun 2004. Walaubagaimanapun, kajian ini hanya 1030 individu di Semenanjung Malaysia berumur lebih 21 tahun yang dipilih secara rawak. Butiran kajian ini boleh di dapati melalui laman ini. Menurut laman web agendadaily, Pak Lah tidak peduli dengan keputusan kajian yang dilakukan dengan alasan perkara ini adalah lumrah bagi orang yang bergelar ahli politik. Persoalan sekarang boleh kah rating Pak Lah melonjak naik semua ke tahap yang tinggi seperti mana masa beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2004? Apakah Pak Lah harus menafikan keputusan kajian-kajian bebas yang dilakukan terhadap beliau? Penulis percaya Pak Lah mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak mengendahkan keputusan kajian yang dilakukan terhadap pentadbiran beliau.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Rating Pak Lah Turun Di Paras Terendah

  1. insan

    aku rase paklah kene kaji mane silapnye..rating turun boleh membahayakan ketika PRU nanti..
    walaubagaimanapon aku harap kajian boleh dibuat keatas lebih ramai individu..baru paklah tau ramai yang tak suke die..heheh

  2. BakaL PM

    Maybe btl ramai x suka Pak Lah sebabnya dia terlalu berlembut & terbuka walaupun berkenaan dgn isu sensitif lebih2 lg yang berkaitan dgn kedaulatan org melayu… Sepatutnya Pak Lah harus setegas TDM yang mengamal kan pemerintahan Diktator supaya kedaulatan kita terjaga……. Tp x bermakna xde pemimpin BN lain yang berkaliber… Ramai lg yang berkaliber kalau nak dibandingkan dgn pembangkang yang terang2 menjahanamkan kedaulatan melayu…. Yela anak angkat kesayangan diaorg tu HINDRAF x akan putus asa menjatuh kan melayu dengan sokongan DAP dan di restui oleh PAS … Jd UMNO perlukan perubahan untuk menarik kembali kepercayaan rakyat…. Sayangila bangsa & agama…. Berkorban demi agama & bangsa adalah sesuatu yang mulia…. Yang penting adalah syg skali rasanya kalau bumi bertuah ini jatuh kpd pembangkang…. Dimana hendak kita bawa diri dan letakkan maruah bangsa kita nanti???

  3. pemerhati

    skrg ini pun org melayu sudah terpinggir gara2 UMNO bersongkol dgn MCA dan MIC 😦

  4. neutralman

    aku bukan pro mana samada gov or pmbkg..tp aku sokong yg mana nmpk btul pd mata aku..tp aku tersentak seketika bila aku terbaca dlm paper harakah yg dipetik dr akhbar sinar yg menyentuh ttg kabinet bygn yg dibuat oleh mb selangor skrg..walaupn mb tersbt dah menafikannya tp aku rasa benda ni x mustahil akan terjadi if btl2 anwar dpt jd pm malaysia nnt kalau tngok drpd situasi dlm pkr tu sndiri…ni petikan yg aku copypaste k:
    Berikut adalah sebahagian petikan artikel tersebut:

    ‘Shah Alam-Walaupun belum memerintah negara tetapi Pakatan Rakyat (PR) sudah membentuk ‘kabinet bayangan’ yang diterajui Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain menjadi Perdana Menteri, Anwar juga kana memegang portfolio Menteri Kewangan

    Katanya, penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dialntik sebagai Timabalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

    “Terdapat kemungkinan struktur ‘kabinet bayangan’ itu akan diubah beradsarkan pengalaman PR dalam mentadbir kerajaan Selangor. Rasanya kita akan uabh dan lakukan.

    “Tetapi saya rasa setelah kita berdepan usaha mengubah Selangor selama empat bulan lagi,”katanya.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diterajui oleh Tian Chua, Gobalakrishnan, Irene Fernandez, Senator Yong Teck Lee dan William Leong

    Struktur ‘kabinet bayangan’ yang terdapat dalam laman blog Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran itu menyenaraikan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan ke II dan Karpal Singh sebagai Menteri Dalam Negeri ‘. – mks. _

    apa akn jd pd malaysia jika btl2 ini terjadi???kalaupun x jd btul2..pertahanan,kewangan,keselamatan sumenye dipegang oleh ‘bangsa malaysia’ yg mmg nmpk kekaburan dalam ‘semangat partiotik’ mereka trhadap negara ini amnya dan bangsa melayu khususnya..walaupun kerajaan skrg ada diwakili oleh ‘bangsa2 malaysia’ yg sekaum dgn yg dlm kabinet bygn td tp aku lebih percayakan kesetian mereka kpd malaysia berbanding org2 dlm kabinet bygn tu…
    ya Allah, selamatkanlah malaysia, selamatkanlah org melayu!!!

  5. AbangTuah

    Salam neutralman..

    Terima kasih diatas usaha memaparkan ‘kabinet bayangan’ tersebut. Kawan tak sanggup menatapnya, kawan harap perkara ini tidak akan berlaku pada Negara kita ini. Melayu kena bersatu dan berusaha agar perkara tersebut tidak menjadi realiti.

  6. keris silau

    Salam buat semua rakan2,

    hmm… jika inilah kabinet yg dibayangkan oleh anwar and gang dalam PR, aku yakin, tempohnya hanya untuk sepenggal ataupun mungkin kurang. berdasarkan senarai nama dan portfolio2 utama yg dituliskan neutralman, aku tak nampak mana2 nama yg berkaitan dgn PAS. jika ini benar, aku dapat tafsirkan bhw corak pentadbiran PR (jika dpt memerintah), bulat2 menolak juga pentadbiran berlandaskan nilai2 Islam kerana tiadanya wakil PAS memegang portfolio2 utama dlm kabinet. adekah kerana mereka ini ulama2, makanya Anwar memutuskan mereka tidak layak memegang portfolio2 utama dan hanya memberi portfolio hal ehwal agama shj kpd mungkin 1-2 wakil PAS. adakah PAS akan membiarkan hal ini berlaku? jika benar PAS mahukan Malaysia menjadi negara Islam sebenar mengikut pandangan mereka, setidak-tidaknya, PAS perlulah melebihi drpd DAP dalam jumlah perwakilan mereka di dalam kabinet. hanya dgn itu, perjuangan mereka akan terlaksana.
    mengapakah aku katakan tempohnya hanya sepenggal ataupun kurang? pastinya jika inilah hakikatnya, PAS akan menarik diri drpd PR dan dgn itu, majoriti PR akan merosot dan mungkin kerajaan baru akan dibentuk. kerajaan apakah? adekah kerajaan campuran BN+PAS akan menjadi realiti? wallahualam…

  7. Apai Ngelai

    Salam neuralman,

    Saya menghargai pendedahan perkara ini dari saudara.

    Inilah dia bayangan sebenar pemerintahan yang orang-orang Melayu PKR nak lihat.. Saya secara peribadi cukup tak setuju dengan cadangan DSAI melantik orang KAFIR yang membenci Islam selama ini menjadi TPM pula. Di manakah dia hak-hak orang Melayu? Inilah yang kita bimbangkan.. (saya merasa sangat geram dan cukup marah bila membayangkan yang LKS atau KSgh mungkin boleh menjadi ketua negara satu hari kelak. Saya tidak dapat menerima keadaan ini. Dan saya mengutuk semua pengkhianat2 melayu yang berusaha membantu orang kafir ini untuk menjadi pemimpin negara islam, negara kita)

    Bayangkanlah jika ini benar, mereka pasti akan naik dan mengambil alih jawatan PM selepas DSAI bayangkanlah apa yang akan berlaku pada orang Melayu dan umat Islam. Lihatlah MB perikatan di Perak yang patuh dan bekerja di bawah telunjuk DAP. Bentuk perjuangan yang seperti inikah yang PKR agung-agungkan selama ini? Tidakkah penyokong PKR itu sendiri sedar yang mereka telah melakukan satu kesilapan besar dengan menyokong perikatan puak Kafir harbi?

  8. MOHD NASSER IBRAHIM

    KNAPER KITA SIBUK2 DGN PARTI2 NI….?
    LANTAK LER APER NAK JADI..KITA BISING2 KAT SINI PUN BUKAN DIORG PEDULI…
    SEMUA ASYIK DOK BAYANGKAN KEDUDOKAN,WANG RINGGIT,KUASA YG BAKAL DIMILIKI…JADI KITA NI TAK PERLU LER NAK SAKITKAN KEPALA DOK TLG FIKIR2 BENDA2 YG MASIH SAMAR2..
    APER PUN…TAKE THE RISK..CHANGE THE CURRENT ADMINISTRATION…KALAU TAK BAGUS…KITA TUKAR LAGI LER….
    KAN ITU ADER LAH ASAM GARAM PEMERINTAHAN…ADER BAIK, ADER PULAK BURUK NYER…
    KALAU TAK CUBA..MANER KITA TAHU….
    JNG JADI MACAM “KATAK” DIBAWAH TEMPURONG…
    YANG PASTI….RAKYAT YG MEMBAYAR GAJI2 PAK PAK MENTERI TU…SEDAR LER SKIT DIMANA BUMI DI PIJAK..DISITU LANGIT DIJUNJONG…..
    AKHIR NYER…KEBUMI GAK KITA KEMBALI…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s