Daily Archives: August 6, 2008

Anwar Didakwa Esok

Pejabat Peguam Negara akan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, esok.

Notis bertulis untuk Anwar hadir di mahkamah telah disampaikan kepada beliau tengah hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, polis telah selesai menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar.

Katanya, ia berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia wujud dalam sistem perundangan negara.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dimajukan ke pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan dan memutuskan untuk mendakwa Anwar di Mahkamah.

Notis bertulis itu telah diserahkan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, Deputi Supritendan Jude Pareira kepada Anwar di kediamannya di Segambut Dalam di sini pada pukul 12.05 tengah hari ini.

sumber utusan

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret esok

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, esok.
Peguamnya, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini pada pukul 10.40 pagi ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dibawa ke mahkamah.
Beberapa pegawai polis berpakaian preman kelihatan berada di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini sejak pukul 10 pagi. – utusan

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Program Bacaan Wakaf Al-Quran

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Penulis ingin memaklumkan bahawa salah seorang ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang, Ustaz Norazrol akan menganjurkan program di atas bermula 1 Ramadhan.  Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada waris arwah-arwah untuk berbakti dengan cara mewakafkan(bersedekah) pahala bacaan Al-Quran 30 Juz kepada arwah. Bacaan akan disempurnakan oleh Qari yang berpengalaman dalam bacaan Al-Quran. Upah RM25 untuk satu arwah. Senaskah surah Yassin akan dihadiahkan kepada pewaris untuk diwakafkan atas nama arwah.

Sekiranya para pembaca berminat untuk menyertai program ini, sila email ke pemudaenggang@gmail.com. Arahan dan tatacara pembayaran akan dimaklumkan melalui email.

Terima Kasih

Wasalam.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selepas kontrak sosial…kini Memeluk Islam

Difahamkan bahawa Majlis Peguam akan menganjurkan satu forum bertajuk Memeluk Islam. Forum ini dianjurkan selepas satu forum mengenai kontrak sosial telah dianjurkan oleh pihak yang sama. Penulis amat hairan dengan Majlis Peguam di bawah pimpinan Peguam Ambiga yang penulis melihat mutakhir ini agak ‘berminat’ utk menganjurkan forum-forum yang berkaitan dengan isu-isu sensitif seperti Kontrak Sosial dan kini mengenai Memeluk Islam.

Forum atau debat mengenai sesuatu perkara amat elok dan bagus sekiranya isu yang dikupaskan tidak sensitif. Kegagalan untuk menguruskan sensitiviti di kalangan rakyat bakal mengundang bencana kepada rakyat tersebut.

Forum Memeluk Islam ini juga dijangka akan menyentuh Artikel 121 (1A) Perlembagaan Malaysia dan akan membincangan keperluan utk mengkaji semula beberapa kes pertukaran agama di Malaysia. Harus diingatkan bahawa ramai individu di dalam Majlis Peguam ini mendukung dan meyokong Inter Faith Commission (IFC) di negara kita.

Penulis amat berharap agar sebarang forum yang berkait dengan isu-isu sensitif sekiranya hendak dianjurkan, hendaklah diadakan secara tertutup. Janganlah kita menggunakan dasar keterbukaan kepimpinan Pak Lah hari ini secara membabi buta. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruh padahnya.

Perlu diingatkan bahawa kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. Kebebasan bersuara bukanlah satu kebebasan mutlak terutama di dalam membahas isu-isu sensitif.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda